Cerpen : Segalanya Kebetulan

Karya : Miss Frenz
Email : arimis_eve@yahoo.com.my

“Aduh,” keluh Malissa kesakitan akibat dilanggar.

“Cik, saya minta maaf” makhluk tersebut meminta maaf atas kesalahannya.

‘Hish, tak ada mata ke, dahlah aku nak cepat. Kalau nak langgar pun esok lusa jelah.’ Malissa mengomel sendirian di dalam hati. Kalau ikutkan hatinya yang satu itu, mahu saja dimarahnya makhluk yang telah merempuhnya. Nasib baik makhluk tersebut dah minta maaf.

“Cik tak apa-apa ke,”makhluk tersebut bertanya sambil menolong Malissa mengutip barang-barang yang bertaburan.

“Tak, saya tak ada apa-apa. Saya masih hidup lagi,”balas Malissa dengan nada lucu. Makhluk itu hanya ketawa mendengar lawaknya. Ketika Malissa mahu mendongakkan kepalanya untuk melihat siapakah gerangan makhluk tersebut, dia terpana seketika.

“Aiman…” dengan tidak semena-mena nama itu yang keluar daripada mulutnya.

“Awak panggil siapa”

“Aiman, sampai hati awak tinggalkan saya. Saya merana hidup tanpa awak. Tolonglah jangan tinggalkan saya lagi.” Suara Malissa sudah mula kendur.

“Cik, saya rasa awak dah salah orang. Saya bukan Aiman.” Malissa mula tersedar yang di hadapannya bukan Aiman. Tidak mungkin Aiman akan berada di hadapannya sekarang.

“Err…saya minta maaf. Saya tersalah orang.” Malissa terus meninggalkan tempat itu. Dia tidak mahu lewat ke tempat kerja. Makhluk tersebut memanggilnya namun panggilannya itu tidak dibalas oleh gadis yang telah dilanggarnya itu.

BOS BARU
“Lisa, kamu tau tak hari ini bos baru akan datang. Agaknya handsome tak bos baru kita tu. Lisa , kak Gee cakap dengan kamu, kamu mengelamun apa,”sergah Fauziah setelah merasakan dia bagai bercakap dengan tunggul kayu. Malissa yang mengelamun terus tersedar.

“Maafkan Lisa kak Gee. Lisa berkhayal tadi. Kak Gee cakap apa tadi.

“Dah sahlah kak Gee cakap sorang-sorang tadi. Kenapa dengan Lisa hari ini. Kak Gee tengok, Lisa yang periang asyik monyok saje dari tadi. Lisa ada apa-apa masalah.” Baru sahaja Malissa mahu meluahkan isi hatinya yang bercelaru sejak dilanggar tadi tetapi niatnya dihalang apabila bos baru yang ditunggu-tunggu sudah tiba.

“Kak Gee, kita cakap nanti ya,”sempat Malissa berbisik dengan Fauziah. Fauziah hanya mengangguk.

“Ok semua. Saya kenalkan bos baru kita, Encik Azuan Muslim. Beliau akan menggantikan tempat Tuan Musa sementara. Seperti yang kalian tahu, Tuan Musa telah pergi ke Austalia untuk mendapatkan rawatan. Jadi , jika ada apa-apa masalah sila rujuk kepada Encik Azuan.”terang Mazlan panjang lebar. Masing-masing mula memperkenalkan diri. Tiba giliran Malissa, semua senyap. Malissa yang tertunduk sejak dari tadi tersedar apabila tangannya disiku oleh Kak Gee. Malissa mondongakkan kepalanya perlahan-lahan untuk memperkenalkan dirinya kepada bos baru. Alangkah terperanjatnya bila wajah yang dirindui selama ini berada di hadapannya.

“Aiman…,”itulah ayat pertama yang mampu di keluarkan Malissa ketika itu.

“Cik,”Azuan menegurnya. Dia tidak sangka akan berjumpa dengan Malissa di tempat kerja barunya ini.

“Lisa, ini bukan Aiman. Yang berada di depan Lisa, Encik Azuan.” Kak Gee bersuara setelah yakin Malissa dalam keadaan keliru sekarang.

“Err… saya minta maaf, saya tak sengaja. Nama saya Malissa. Saya setiausaha Tuan Musa. Tapi memandangkan Encik Azuan telah manjadi bos sekarang, saya akan bekerja di bawah encik,”Malissa bersuara walaupun dirinya masih dalam keadaan keliru.

“Semoga kita dapat bekerjasama.”balas Azuan.

“Baiklah, kamu semua bolah mulakan kerja kamu. Malissa, awak masuk ke dalam bilik saya. Saya mahu awak terangkan tentang syarikat ini kepada saya.” Azuan mengarah anak-anak buahnya. Ketika Malissa mahu melangkah ke bilik Encik Azuan, Kak Gee sempat berpesan supaya tidak berkhayal. Dia tahu masalah yang menimpa gadis itu. Malissa hanya mengangguk mendengar pesanan yang dituju khas untuknya. Dengan berhati-hati, dia mengetuk pintu bilik Azuan.

“Masuk,” kedengaran suara dari dalam memberi arahan. Malissa menarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan perasaan gelisahnya sejak tadi.

“Boleh kita mulakan Encik Azuan,”Malissa berdiri di hadapan Azuan sambil memegang sebuah buku.

“Ok, silakan.”
Selesai menerangkan segala maklumat tentang syarikat dan agenda bos barunya pada hari ini, Malissa meminta diri untuk keluar.

“Jika tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.”

“Malissa, tunggu dulu,”Azuan menghalang. Kalau boleh dia mahu menatap wajah manis Malissa. Sejak dari tadi dia memerhatikan gadis bertudung litup itu.

“Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu encik.”

“Tak usahlah berencik-encik dengan saya. Panggil Azuan saja cukuplah.”

“Baiklah,”Malissa hanya menurut. Dia tidak mahu memanjangkan cerita. Lagipun dia lebih selesa dengan panggilan yang tidak formal.

“Saya nak tanya awak satu soalan boleh.”

“Apa dia,”Malissa menanti.

“Siapa Aiman?”soal Azuan. Dia teringin sangat hendak tahu siapa lelaki yang selalu disebut Malissa setiap kali berjumpa dengannya. Malissa hanya diam.

‘Hish, kenapalah soalan ini juga yang ditanya. Apa aku nak jawab.’bisik Malissa di dalam hati.

“Kalau awak keberatan nak beritahu saya tak mengapa.” Azuan bersuara setelah dia yakin soalannya tidak akan dijawab.

“Sebenarnya, Aiman tu adik saya,” Malissa menjawab dengan serba salah. Dia tidak mahu hubungannya dengan bos baru terjejas hanya kerana hal kecil.
‘Sory Azuan. Saya terpaksa bohong. Lagipun awak tak perlu tahu tentang Aiman.’

“Kenapa awak panggil saya Aiman. Saya rasa setiap kali kita berjumpa, awak pasti akan sebut nama adik awak tu,”soal Azuan kehairanan.

“Sebab muka Azuan sama dengan muka dia. Lagipun saya rindukan dia.” Malissa memang terkejut sewaktu bertemu dengan Azuan pertama kali. Wajah Azuan memang mirip dengan Aiman, lelaki yang amat dirinduinya. Tidak semena-mena dia teringat akan Aiman. Lelaki yang banyak meninggalkan kenangan manis sepanjang bersamanya.

“Malissa,”Azuan memanggil dengan nada yang lembut. Dia mengetuk meja dengan menggunakan sebatang pen setelah panggilannya tidak dijawab. Malissa terpinga-pinga apabila mandengar namanya dipanggil.

“Awak dah terbang sampai ke mana tadi.”

“Maafkan saya,” Malissa segera meminta maaf.

“Tak mengapalah. Saya tak mahu mengganggu awak lagi. Awak boleh teruskan kerja awak.” Malissa meninggalkan bilik itu. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Azuan. Itu hanya membuatkan dia terkenang akan lelaki yang mahu dilupakan selama ini.

ARIF AIMAN

“Aiman…”Malissa memanggil lelaki yang berada di hadapannya itu. Wajah itu hanya tersenyum memandangnya. Lelaki itu memegang tangan Malissa dan tangan seorang lelaki yang menyerupai wajahnya. Malissa keliru apabila melihat dua orang lelaki
seperti kembar berada bersamanya. Dia pasti salah seorang daripada lelaki itu adalah Aiman. Tangan Malissa disatukan dengan tangan lelaki itu oleh Aiman. Aiman mahu beredar daripada tempat yang Malissa sendiri tidak tahu di mana. Kelibat Aiman semakin lama semakin menghilang. Malissa berusaha memanggilnya.
‘Arif Aiman, tolong jangan tinggalkan saya.’namun Malissa hanya mampu meluahkan ayat itu di dalam hati. Sungguh sukar untuk dia berkata-kata ketika itu. Kini Aiman telah hilang dari pandangan matanya. Yang tinggal hanya dia dan seorang lelaki mirip Aiman. Lelaki itu memandangnya dengan penuh bahagia. Pegangan tangannya semakin lama semakin
erat.

“Astagfirullah al-azim, aku mimpi rupanya.”Malissa segera beristigfar setelah terjaga daripada tidur. Dia teringat kembali akan mimpinya itu. Arif Aiman, tunang Malissa yang telah pergi untuk selamanya sejak setahun yang lalu akibat kemalangan yang menimpa dirinya. Bukan mudah bagi Malissa untuk melupakan insan yang amat disayanginya. Selama lapan bulan mereka mengikat tali pertunangan, namun kesudahannya amat menyakitkan bagi Malissa. Tetapi di kala dia mahu melupakan segala kenangan yang berkaitan dengan Aiman, hadir seorang insan yang membuatkan dia sering berkhayal. Azuan, bos baru yang menggantikan tempat Tuan Musa.

PERASAAN BARU

Setelah dua bulan bekerja bersama Azuan Muslim, hidup Malissa semakin ceria. Jika dahulu dia merindui gurau senda Aiman. Kini dia bahagia dengan jenaka Azuan yang sering membuatkannya tidak kering gusi. Setiap hari, ada sahaja idea nakal daripada lelaki itu. Layanan Azuan terhadapnya cukup membuatkan hati wanitanya tersentuh. Adakah lelaki yang memegang tangannya dalam mimpi yang dialami Malissa beberapa bulan lepas adalah Azuan. Soalan itulah yang sering bermain-main di minda Malissa. Wajah milik lelaki itu mampu mengembirakan jiwanya ketika dilanda masalahnya. Lelaki itu murah dengan senyuman. Tidak rugi Malissa menjadi setiausaha Azuan. Malissa tertanya-tanya, apakah perasaannya terhadap Azuan sama seperti perasaannya terhadap Aiman.
‘Ah! Tak mungkin Azuan akan suka dekat aku. Mesti dia dah ada buah hati. Kalau tak, siapa perempuan yang bersama dengan dia hari tu.’ Malissa serta-merta teringat yang dia pernah terserempak dengan Azuan bersama-sama seorang perempuan. Perempuan itu sungguh cantik. Lebih-lebih lagi apabila berganding bersama dengan lelaki yang kacak. Ketika itu,perasaan cemburu timbul setiap kali melihat Azuan bermesra bersama perempuan itu. Malissa tidak dapat mengawal persaannya itu. Dia segera meninggalkan tempat tersebut. Bila difikirkan semula tindakannya itu, memang tidak wajar. Siapalah dia untuk berasa cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

“Malissa…”suara tersebut mematikan lamunannya.

“Awak termenungkan siapa. Mesti istimewa orang yang awak ingat tu kan. Harap-harap sayalah orangnya.”Malissa hanya tersenyum mendengar kata-kata Azuan.
‘Dah mula dah mamat ni.’rungut Malissa.

“Kalau saya betul-betul teringat dekat awak macam mana. Awak nak buat apa?” Malissa cuba mendalami isi hati Azuan. Seboleh-bolehnya dia mahu tahu perasaan lelaki itu terhadap dirinya.

“Kalau betullah awak ingat dekat saya, mesti saya tak tidur malam. Siapalah yang tak suka kalau diri diingati

oleh gadis cantik seperti awak.”Azuan memandang Malissa dengan pandangan yang penuh harapan. Dia berharap agar gadis di hadapannya ini mengerti akan perasaannya.

“Sudahlah, malas saya nak layan bos. Lama –lama dengan awak boleh buat saya jadi gila. Sebenarnya awak nak apa berada di sini,”soal Malissa mahu tahu tujuan sebenar lelaki itu berada di hadapannya.

“Saya nak tengok muka buah hati, pengarang jantung, intan payung dan semua yang seangkatan dengannya. Sekarang bila dah dapat tengok baru lega hati saya.”pandangan Azuan masih tertumpu pada wajah Malissa yang putih bersih. Dia tenang setiap kali menatap wajah bersih itu.
Malissa tidak mengambil kisah dengan kata-kata Azuan. Baginya, lelaki itu sekadar bergurau. Namun, kadangkala dia berharap semua gurauan Azuan adalah benar.

“Kalau macam tu awak berdiri jauh-jauh. Saya nak buat kerja.”pinta Malissa.

“Hish, awak ni. Tak baik halau peminat setia tau.”

“Sukahati awaklah.”

“Okaylah. Sebenarnya saya nak beritahu awak, minggu depan awak kena ikut saya pergi outstation di Cameron Highland selama seminggu. Jadi, awak siap sedia ya. Anggap sepanjang seminggu tu tempoh untuk kita berbulan madu.”Malissa segera mendongakkan kepalanya. Azuan mengenyit mata sambil berlalu ke biliknya.
‘Mamat ni memang dah gila agaknya. Aku kena simpan nombor telefon rumah sakit jiwa. Senang sikit kerja aku.’ngomel Malissa.

DILAMAR

Setelah lima hari bertugas, Malissa kini mampu menarik nafas lega. Esok dia akan pulang ke Selangor. Tetapi sebelum pulang Azuan mahu membawanya ke suatu tempat yang dia sendiri tidak tahu di mana.

“Awak mahu bawa saya ke mana Azuan,”soal Malissa memecah kesunyian di dalam kereta.

“Awak tunggu sajalah. Jangan risau, saya bukan nak kidnap awak pun.”Azuan bersuara untuk melegakan hati gadis di sebelahnya itu. Dia ada rancangannya sendiri hari ini. Dia mahu menjadikan hari ini sebagai satu hari yang amat bermakna bagi Malissa.

“Beranilah awak nak culik saya. Saya silat baru tahu.”

“Hish, ganas betul awak ni,”Azuan mengakhiri kata-katanya setelah tiba di tempat yang dinantikan. Malissa di bawa masuk ke sebuah taman yang sangat cantik. Matanya melilau melihat sekeliling tempat itu.

“Wah, cantik sungguhlah tempat ni!. Mana awak tahu ada tempat yang indah macam ni.”wajah Malissa ketika itu amat kagum dengan keindahan taman tersebut. Di sekelilingnya dipenuhi tumbuhan hijau dan terdapat sebuah kolam air terjun yang sangat menarik.

“Tengok oranglah. Awak, saya tanya awak sesuatu boleh?” wajah Azuan bertukar serius. Malissa tidak selesa dengan keadaan itu.

“Apa dia?”

“Apa perasaan awak terhadap saya. Kalau boleh saya mahu awak jawab sejujur-jujurnya.”Malissa hanya diam sambil menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia bersedia untuk menjawab persoalan tadi.

“Saya sendiri pun tak tahu apa perasaan saya terhadap awak,”jawab Malissa. Tetapi bukan jawapan itu yang dia mahu suarakan.
‘Kenapa susah sangat aku nak cakap yang aku memang ada hati dengan dia.’Malissa berkata-kata dalam hati.

“Awak tahu tujuan saya bawa awak datang ke sini.” Malissa hanya menggeleng.

“Saya nak awak tahu bahawa saya amat cintakan awak. Sejak dari hari pertama saya jumpa dengan awak, hati saya jadi tidak keruan.”Azuan menarik nafas sebelum meneruskan kata-katanya.

“Saya mahu jadikan awak sebagai teman hidup saya untuk selamanya. Awak sudi untuk hidup bersama saya tidak kira susah atau senang.” Azuan memandang Malissa tepat ke anak matanya. Dia perlukan jawapan daripada gadis yang berjaya membuatkan pintu hatinya terbuka.

“Tapi awak tak tahu yang saya pernah bertunang. Sekarang bila awak dah tahu mesti awak akan ubah niat awak bukan. Sudahlah, Azuan saya mahu balik. Petang ni awak tak payah jemput saya. Saya balik naik teksi saja,”Malissa langsung tidak memberi peluang kepada Azuan untuk bercakap. Dia terus berlalu pergi. Dia pasti Azuan akan menolak dirinya setelah tahu dia bekas tunang orang. Panggilan Azuan langsung tidak dihiraukan. Dia berlari sekuat hati lalu menahan teksi yang kebetulan melalui kawasan itu. Air mata Malissa mengalir keluar setelah ditahan sejak tadi. Dia mahu pulang ke Selangor secepat mungkin. Tiba-tiba dia tersedar akan tindakannya itu.
‘Kenapalah aku ni bodoh sangat. Kiranya aku tak bertepuk sebelah tangan selama ini.’ Serta –merta perasaan serba salah hadir dalam hatinya. Tetapi dia tidak mampu berhadapan dengan Azuan setelah apa yang berlaku. Tentu Azuan akan menjauhi dirinya daripada Malissa lebih-lebih lagi bila tahu mengenai Aiman. Malissa terus menangis bagaikan budak kecil mahukan sesuatu.

KEHILANGAN

“Hello! Lisa ke ni?”sapa suara di talian setelah Malissa menekan butang hijau pada handsetnya.

“ Ya, ni Lisa. Kenapa Kak Gee. Bunyi macam ada orang nak mati saja.” Lisa ketawa kecil tanda dia sedang bergurau.

“ Memang pun ada orang nak mati. Lisa tahu tak yang bos kemalangan semalam?”terang Kak Gee dengan nada cemas. Malissa yang mendengar berasa sangat terkejut kerana tidak menyangka bahawa gurauannya itu adalah betul. Perasaan Malisa semakin tidak menentu. Dia teringatkan Azuan dan kisah di taman semalam.

“ Lisa okay ke. Lisa… Lisa… Lisa dengar tak akak cakap,”suara di hujung talian yang memanggil namanya memecahkan lamunannya.

“ Lisa masih ada di sini. Terukkah keadaan bos akak? Lisa takutlah. Lisa nak pergi hospital sekarang. Akak tahu di mana hospital itu dan nombor biliknya?”
Malissa segera mematikan talian dan bergegas ke biliknya lalu mencapai tudungnya. Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, hatinya langsung tidak tenteram. Banyak perkara yang difikirkannya. Sebaik sahaja Malissa tiba di perkarangan hospital yang telah diberitahu oleh Kak Gee, dia terus mencari nombor bilik yang dihuni oleh Azuan. Akhirnya dia menemui bilik bernombor 573. Malissa memulas tombol pintu tersebut dangan persaan gementar. Kini di hadapannya terdapat seorang lelaki yang terlantar di atas katil dalam keadaan matanya sedang tertutup. Air mata yang di tahan sejak tadi akhirnya bercucuran keluar. Malissa menarik kerusi di sebelah Azuan lalu duduk.

“Azuan, apa dah jadi ni. Tolonglah buka mata awak. Saya tak suka tengok awak dalam keadaan begini. Saya mengaku saya menyimpan perasaan pada awak. Saya tahu tindakan saya pada awak membuatkan awak kecewa. Tapi tolonglah jangan tinggalkan saya. Cukuplah saya sudah kehilangan orang yang pernah saya sayangi. Saya belum bersedia untuk menerima kehilangan awak. Saya cintakan awak. Kebetulan yang berlaku
antara kita membuatkan saya bahagia. Dulu saya perlukan belaian kasih sayang daripada Aiman. Tapi sejak awak muncul saya dapat rasakan semua itu.” Malissa terdiam sebentar. Dia teringat segala kebetulan yang berlaku sehingga dia berkenalan dengan Azuan.

“Azuan tolonglah buka mata awak.”Malissa menggoyangkan badan Azuan dengan lembut. Dia berharap sangat lelaki di hadapannya itu mendengar suaranya. Dia lega kerana dapat meluahkan isi hatinya. Air mata yang mengalir semakin laju di biarkan sahaja. Inilah kali kedua dia menangis bagitu teruk sekali. Dahulu dia menangisi pemergian bekas tunangnya, kini dia menangis kerana lelaki yang sudah mendapat tempat di hatinya menggantikan Arif Aiman.

“Jadi awak terima lamaran saya,”Malissa terkejut mendengar suara itu. Dia memandang Azuan yang membetulkan kedudukan dirinya di atas katil. Azuan memandang Malissa dengan wajah yang ceria tanpa rasa sakit.

“A… Awak masih hidup. Awak tak ada apa-apa ke?”soal Malissa gugup.

“Saya dah dengar apa yang awak cakap. Saya sengaja pura-pura tidur,”jawab Azuan.

“Jadi awak main-mainkan sayalah ya,”Malissa geram tapi dia tidak marah. Perasaan takut hilang serta-merta dalam dirinya.

“Kalau saya tak buat macam tu, sampai mati pun saya takkan tahu perasaan awak tu. Tapi sekarang saya dah tahu yang saya tak bertepuk sebelah tangan.” Azuan mencuit hidung Malissa dengan manja. Dia amat menyayangi gadis di hadapannya itu.

“Awak dengar apa yang saya cakap,”wajah Malissa yang putih bersih bertukar merah kerana diusik.

“Malissa saya tahu tindakan awak menolak lamaran saya semalam adalah kerana awak pernah bertunang bukan. Saya dah lama tahu pasal bekas tunang awak. Saya tak salahkan awak malah saya bersyukur dikurniakan wajah yang sama seperti dia. Kalau tak macam mana dapat berkawan dengan awak.” Azuan mengenyitkan matanya. Malissa berasa amat terharu dengan luahan isi hati Azuan.

“Baiklah, bersaksikan katil dan barang di hospital ini saya mahu melamar awak menjadi isteri saya. Wahai cik Malissa, sudikah awak menjadi teman sehidup semati saya sehingga akhir hayat.” Azuan menhulurkan tangannya. Lagaknya seperti seorang puteri mahu disunting putera raja.

“Kalau saya tak terima?” Malissa sengaja mahu menduga.

“Kalau begitu nampaknya ajal saya semakin tiba.” Azuan berpura-pura sedih. Dia tahu kali ini lamarannya pasti akan berjaya.

“Awak tolong jangan cakap pasal ajal okay. Saya takut.”luah Malissa.

“Baik sayang.” Ucap Azuan sambil mengangkat tangan. Malissa tersenyum melihat gelagat Azuan. Dia bersyukur kerana dapat bertemu dengan jejaka yang bernama Azuan. ‘Segalanya adalah kebetulan yang merubah hidup aku. Semoga tiada lagi kebetulan seperti ini hadir dalam hidupku.’

16 Respons

  1. waa..bes gak cite miss ni…hmmm..tp kalo malissa tu jd miza lg bes…hihi=)

  2. wah miza lak nak jd heroin… kalau hero tuh letak nama MUZRI.. baru lagi best.. ada aura kasih sayang sikit..

    Best karya miss frenz.. tahniah

  3. amboi,sakan u all ek..dua2 nk jd hero heroin..pe pn,misz frenz mmg bez.
    tp klu cite ni wat lg panjang,lg best..hihi
    chaiyyok2!!

  4. molek kalo x d bahagikan pada chapter2…
    bru suprise ckit…
    overall not bad

  5. alops….
    kepada sumer yg telah mambace karya miss komen tau….
    bagi pndapat….biar miss btulkan aper yg slh…
    insyaallah miss akan hslkan karya yg ada watak miza n muzri…
    time ksh atas sokongan sumer….

  6. wahh suka menulis ..novelkan la..bley beli hehehe

  7. not bad miss….
    cuma agak kelam kabut sikit…
    rasanya ok kalau dipanjangkan sikit lagi…tambahkan thrill…

    maaf yea…juz some thoughts…

    anyway, keep up with the good work!
    sape tau…blh jadikan novel lakz!

  8. Hmm.. cerita ok tapi skema sangatla intonasi bahasa tu, cam kaku je.

  9. ermm…kalu miss frenz 1st time tulis cerpen,gie ucapkn tahniah. jln cite oklah cuma ada persamaan dgn novel yg gie pernah baca,maybe gie dah biasa baca buku novel2 tapi kalu miss frenz minat menulis teruskan mana tahu bole jadi penulis novel popular masa tu gie bole mintak autograf kan…kan…teruskan usaha yer miss frenz…

  10. cite dia ok..sy suke..
    ringkas..x peningkan kepala..
    release tension..
    tapi lg best kalu ada unsur2 romantik cikit..

  11. assalamualaikumm..kepada semua yang ada tinggalkan komen di laman ni..bb nak mintak tlng blh x?mcm mn kiter nak save cerpen ni sumer??bb suka baca cerpen n novel sumer ni!tp bb x de internet..so kalau boleh trus ke email lagi bagus!sebab melalui email, sekurang2nya bb blh copy n paste..tp kat sini tak boleh nak copy n paste..pless help me!bb betul2 teruja nak baca sumer citer dalam web ni…baby akan tinggalkan email baby yer < pooh010187@yahoo.com.my>

  12. miss,sy rasa ada part yg ttinggal.cthnye;cmner azuan dpt tau psl tunang lisa?lg 1,pengolahan perasaan azuan xbrapa jelas..hy perasaan lisa lbh byk dtonjolkan..anywys,i enjoy it:)..him nae ja(gud luck)

  13. allo misz frenz.. overall cite ni not bad gk r.. cume kloo olah kan lagi watak azuan ok kot.. *azrina*

  14. overall ok lah…kalo miss naki buat cite psal miza n muzri,abih bile nak masukan name wany skali..hehe

  15. hai!!
    thankz coz komen miss nyer cerpen..
    skang ni miss dlm proses nak siapkan cerpen miss..sperti yg miss janjikan miss akan guna nama muzri ngan miza..wany jgn rsu..miss akn msukkan jgk..u all doakan lah erk spya miss dpt buat yg lbih baik daripada yg ini..nshat u all miss hargai..thankz so much..

  16. miss!! u pny cerpen best ar..
    x lama lg bley ar tulis novel plak yea..hehehe
    keep up the good work!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: