cerpen : Syafiq syafiqah

Azrin Syah

Seperti biasa aku berlari ke sekolah. Setiap Isnin beginilah aku… malas bangun pagi selepas dua hari bercuti. Tambahan pula kerja sekolah baru separuh aku sentuh. Ah takper ada Joseph.

“Woof!”

“Mak!!!”

Entah bila aku mewakili sukan Komanwel dalam acara lompat tinggi aku pun tak pasti. Sedar-sedar aku dah berada dalam pagar rumah Joseph. Joseph tersengih memandangku yang pucat. Maunya tak.. nyaris digigit anjing. Nasib baik rumah Joseph dekat.

“Jom!” Dia tersenyum mesra.

Aku angguk sambil memeluk beg. Aku angkat kaki tinggi takut-takut anjing tadi masih mengejar kami. Joseph seperti dapat membaca isi hatiku lantas mengayuh sepantas yang boleh.

“Joe, petang ni macamana?”

“Macam biasalah… aku tunggu kau.”

“Lambat sikitlah.. ada kelas agama… kau sanggup ke tunggu?”

“Tak apa.. aku lepak library..”

“Okey..”

Kami menuju ke kelas masing-masing. Joseph memang teman yang baik. Dia tahu kesukaran aku untuk pulang ke rumah sendirian. Maklumlah.. rumahku agak tersorok dan terpaksa melintasi semak belukar. Kalau lalu di kawasan perumahan Joseph aku menggunakan jalan besar tapi jauh untuk ke sekolah. Oleh itu Joseph menawarkan diri untuk memboncengkan aku pergi dan pulang dari sekolah. Aku terhutang budi dengannya.

*****************************

“Fiq.. Yus.. jom makan… nanti sejuk tak sedap..”

Kecur liur aku apabila mak meletakkan pinggan berisi pisang goreng yang masih panas. Segera aku meletakkan pensil. Joseph mengerut dahi. Aku tersengih. Dia tengah tekun mengajarku grammar yang amat payah aku fahami. Dia memang pandai. Semua subjek dia konker. Matematik, English, malah BM sekalipun. Apa yang aku teror hanyalah subjek Seni. Aku memang suka melukis. Ha, time tulah giliran aku mengajar Joseph. Barulah aku boleh tunjuk skill.

“Makan dulu Yusof, karang sambung.”

“Baik, mak..” Joseph akur dengar saranan mak.

Terima kasih, mak. Mak memang panggil dia Yusof kerana dua sebab. Pertamanya kerana susah nak sebut ‘Joseph’ sebab berbelit lidah katanya. Agaknya kerna itulah aku pun turut tergeliat menyebut perkataan dari bahasa asing.. hehe.. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ha. Yang kedua pulak.. sebab mengenangkan arwah kembarku yang bernama Yusof. Abangku meninggal ketika kami masih merah. Sebab tu mak sangat menyenangi kehadiran Joseph dalam hidup kami walaupun berbeza keturunan. Malah Joseph tanpa segan panggil mak aku ‘mak’ yang kadangkala mencetuskan pergaduhan antara kami sebab aku jeles.

“Joe.. jom mandi sungai..”

“Tu jer tau.. lepas makan, main. Apa nak jadi ngan kau nih Syafiqah!”

Aku merenung Joseph. Dia terkedu menyedari kesilapannya.

“Sorry, Fiq.. aku tak sengaja..”

Joseph menepuk bahuku. Sifat dia yang kadang kala pelupa atau ‘sengaja mengusik’ tulah yang buat aku bengang. Agaknya dia dah lupa yang kami tak bertegur berhari-hari hanya kerana kesilapan kecil itu. Akhirnya Joseph mengalah. Dia memang sentiasa mengalah denganku.

********************************

1989

Seperti biasa aku pulang bersama Joseph. Sekarang dia dah mempunyai sebuah motor walaupun tak berlesen. Dia memang orang berada. Mummy dan papanya tak jemu mencurahkan wang ringgit pada anak lelaki tunggal mereka itu. Aku pun tak tahu kenapa aku juga menjadi pilihan pemuda serani ni untuk menjadi temannya walhal ramai lagi yang setaraf dengan kedudukannya. Siapalah aku nih.. sebatang kara hanya ada mak yang hanya mengambil upah menjaga anak orang untuk menampung hidup kami.

Namun dia tetap dengan pendiriannya. Da suka berkawan denganku.. tak kira apa kata orang. Dia memang degil. Aku pun tak tahu kenapa dia suka sangat berkawan dengan aku yang comot nih. Lantaklah.. aku pun suka berkawannya.

“Fiq… aku kena ikut mummy balik German jumpa papa. Aku mungkin sambung study kat sana. Nanti belajar rajin-rajin. Aku tak der kat sini tolong kau. Jangan nakal-nakal. Jangan buat mak risau… kirim salam dengan mak.. aku tak sanggup berdepan dengannya.”

Aku tersentak. Aku renung mata coklat itu tanpa berkedip.

“Joe?”

Aku tak yakin dengan apa yang aku dengar sebentar tadi.. Joseph akan meninggalkan kami. Dengan siapa aku mahu bermain nanti. Aku tak mungkin dapat pengganti sebaik Joseph. Entah kenapa dada ku sebak Tapi aku takkan menangis. Itu prinsipku.

“Jumpa mak dulu Joe. Apa katanya nanti.. apa Joe sudah tak sudi bertemunya?”

Joseph akur dengan paksaanku. Seperti yang diduga.. mak menangis sambil mendakap Joseph erat. Dia cepat-cepat meminta diri. Aku hanya menghantar ke muka pintu. Aku tahu hati Joseph berat melangkah pergi. Jangan lupakan kami, Joe.

**********************************

2000

“Fiq… malam ni lepak tempat biasa?”

“Tengoklah.. aku tak der moodlah……”

“Commonlah.. kejap jer… I promise..”

“Okeylah…….”

Aku sebenrnya malas. Badanku letih sangat. Ingatkan bantal dengan tilam je. Tapi si Charlotte nih tak paham-paham.

“Alah.. kalau Fiq tak nak.. Bad kan ada…”

Badariah tersengih. Aku tergelak melihat Charlotte mencebik. Aku pun tak tahu kenapa gadis kacukan Cina dan India ini begitu tergilakan aku. Duit aku sebenarnya. Siapa tak kenal Fiq di Uptown nih. Lebih-lebih lagi aku selalu lepak berkumpulan. Kami sering mencuri tumpuan lebih-lebih lagi dari gadis-gadis yang meminati kaum seperti kami. Charlotte salah seorang dari mereka. Malangnya aku jugak yang berkali-kali cuba dipancingnya. Suka-suka bolehlah.. lebih-lebih aku tak sanggup. Aku masih ingat asal-usul.

Aku boleh dikatakan cukup segalanya sekarang nih pun, dengan izin Tuhan…berkat doa dan susah payah mak. Walaupun aku terdidik dari kecil begini, namun tak pernah aku nak mengambil kesempatan. Aku masih kenal diri aku. Aku tak akan mudah hanyut seperti mereka. Dino, Bad, Along, dan beberapa nama yang menjadi temanku sering membawa pulang ‘teman wanita’ ke rumah masing-masing. Jika di tempat terbuka pun mereka bercumbu-rayu, usahkan ketika bersendirian di rumah. Ah! Aku tak mau fikir yang bukan-bukan. Yang penting jaga tepi seluar sendiri.

“So.. jadilah malam ni ekk.. U naik apa?”

“Motor nih jer lah.. senang parking..”

Aku tersengih lagi apabila Charlotte muncung. Selalu dia bersungut jika aku membawa CBRku ini menjemputnya. Bukannya apa.. dia tu kalau pakai skirt tak kurang dari sejengkal, tak sah. Tulah terkial-kial naik motor. Silap-silap prapp.. koyak. Tak ke haru.

“Kereta lah, yang..”

Hi.. meremang romaku bila diraba begitu.

“Tak nak sudah.. U pergilah sendiri.”

Aku menghidupkan motor dan membiarkan gadis itu terpinga-pinga menelan asap. Dari side mirror aku dapat melihat Bad mengusungnya ke arah berlainan. Rezeki kau Bad. Eleh.. aku tak heran.

Ponnnnnnnn!!!

Astaga.. nyaris aku terbabas.

“Kureng ajar punya driver. Eleh.. setakat bawak kereta kompeni aku tak heranlah!!!”

Aku tak tahu kenapa aku marah-marah. Mungkin kerana terlalu penat. Aku menunggu pemandu Volvo itu keluar. Sah driver baru dapat lesen nih. Sesuka hati jer sondol motor aku.

“Woi. Sini.. apa terpinga-pinga lagi tu. Tengok lampu nih saper nak ganti…. aku tak kira kau kena bayar sekarang kalau tak aku report. “

“Alah.. tak kan dengan member pun berkira.. Fiq.”

Giliran aku tercengang. Bila pulak aku kenal mamat nih. Pemuda itu menanggalkan Rayban dan tersenyum. Aku masih terkedu. Saper nih? Setahu aku kat KL nih boleh dikira dengan jari teman yang aku ada. Bukannya aku kera sumbang apatah lagi menyombong tak tentu pasal. Entahlah dah memang aku macam ni.

“Tak per lah.. cik ambik kad saya nih.. bila ingatan tu dah pulih.. contact saya. Saya akan bayar semua kerosakan yang cik alami..”

Peh.. terer jugak balak mix nih cakap melayu. Terkagum jugak aku seketika. Aku pun tak tahu bila aku sampai rumah. Sedar-sedar aku dah kat dalam bilik air. Mandi.. bukak peti sejuk carik habuan perut… bukak tv… aku pun dah nak terlelap tiba-tiba aku teringat pasal petang tadi. Aku membelek wallet. Nih dia…

JOSEPH WILSON
Creative Manager

Aku ternganga. Joe?

**************************************

“Peh garang giler kau semalam Fiq..kecut gak perut aku…”

“Alah kau tuh.. saper suruh buta pegi langgar aku……”

“Dah namanya accident… tapi untung dapat jumpa kau…” Joseph tersengih.

Dia masih ramah seperti dulu. Cuma aku yang agak segan. Dah lama kami tak berjumpa, kan?

“Ingat dah tak sudi balik Malaysia…”

“La.. aku kan anak jati sini.. tengok IC nih..”

Aku tergelak. Joseph merenung ku tanpa kedip.

“Mak apa khabar?”

Aku terdiam. Tak sampai hati memberitahunya.

“Mak dah tak der, Joe. Tapi satu bungkusan diwasiatkan untuk kau, aku lupa nak bawak. Nanti kita ambik, ya..”

Joseph tunduk. Aku nampak hidung merah, matanya berair. Aku faham Joe.. tapi, kering air mata pun mak takkan kembali. Aku pun sentiasa mendoakan kesejahteraan mak di sana. Mak.. Fiq rindu..

“Maaf.. sepatutnya nih hari kita .. ah… lama tak jumpa.. kau mesti rindukan aku kan?”

Aku tersenyum. Aku pun tak pasti.. rindu? Mungkin.. tu pun masa tahun pertama dan kedua ketiadaan Joseph.. Selepas itu aku dapat menyesuaikan diri. Cuma mak yang sentiasa bertanyakan khabar Joseph. Aku pun tak tahu bagaimana nak menghubunginya ketika itu. Aku anggap Joseph dah lupakan kami.

“Dah lama kau di sini Joe?”

“Dah 2 tahun. Aku dah habiskan pengajianku dulu baru aku kembali ke sini. Orang pertama aku cari ialah kau dan mak. Tapi mereka cakap kau dah pindah.”

Aku tersenyum tawar. Mak juga meninggal masuk tahun kedua.

“Fiq, Aku ader 2 surprise untuk kau…”

“Apa dia?”

“Aku boleh cakap satu dulu…..”

Aku menatapnya dalam-dalam. Dah lama aku tak renungnya begitu. Dulu aku suka buat dia begitu sampai merah telinga Joseph menahan malu.

“Aku dah memeluk agama Islam, namaku Muhammad Yusof Abdullah.”

Sesuatu yang tak dijangka. Ingin sahaja aku mendakap pemuda itu kerana terlalu gembira dan terharu. Joseph seperti dapat membaca niatku. Dia tersenyum manis.

************************

Pejam celik sudah masuk 5 bulan sejak aku bertemu Joseph ops.. Yusof. Amanah mak yang aku tak ketahui isinya sudah aku sampaikan padanya. Kalau mak ada tentu dia turut gembira dengan ketulusan Yusof memeluk Islam. Tentu mak masak pulut kuning.Hubungan kami kembali rapat. Perlahan-lahan aku meninggalkan kehidupan ku yang agak liar. Kembali rapat dengan Yusof bermakna menyerahkan telinga supaya diisi dengan ceramah dan nasihat itu ini. Aku tak kisah. Kan aku pernah dibiasakan suatu ketika dahulu. Yusof banyak mengajarku..dulu dan sekarang.

“Syafiqah…….”

Aku menjeling tajam. Yusof menunjukkan muka selamba.

“Ulang sekali lagi Yus..”

“Syafiqah!”

Aku bingkas bangun tapi Yusof lebih pantas menarik tanganku.

“Duduk..” Dia bersuara lembut.

“Sampai bila kau nak macam nih. Kau takkan jadi lelaki. Walau kau tukar namamu sekalipun. Ingat Syafiqah… kau tu perempuan. Sampai bila kau nak hidup dalam kepompong lakonan nih..”

“Aku tak berlakon!!! Inilah aku..”

“Aku tahu… aku kenal kau… tapi kau boleh berubah kalau kau mahu.. sampai bila mahu hidup dalam dunia palsu kau tu.. aku boleh pimpin kau…”

Aku mencari kejujuran dari renungan matanya. Aku hampir tewas.

************************************

Aku tergelak kecil. Yusof ternganga dengan perubahanku. Aku sendiri meminta agar dia tak mencariku dalam masa 2 bulan untuk aku menilai sendiri kata-katanya tempohari. Akhir aku merasakan aku tak perlu bantuannya.. bukannya ego tapi, kalau inginkan perubahan.. kita harus melakukan sendiri.. barulah kekal. Nasib takkan berubah kalau tidak kita yang ubah, bukan?

“Cantik kau Fiq..”

“Syafiqah!”

Yusof tersenyum. Kacak pada pandanganku. Kami berpakaian sedondon warna kuning cair atas permintaan ku. Macam pengantin pulak.

“Oleh kerana ini hari yang penting, aku juga nak umumkan surprise aku yang kedua.”

Aku memandang ke arah yang Yusof tunjukkan.

“Syafiqah.. she is my girl, Arissa…”

Aku hampir pitam. Entah kenapa aku berasa amat kecewa.

************************************

2003
Sidney

Aku mengemas barang. Aku belum pasti samada ingin pulang ke Malaysia atau tidak. Bila teringat Yusof.. aku tak menyesal dipertemukan kembali dengannya kerana dia sekurangnya telah menyedarkan aku dari mimpi. Pertamanya dia menyedarkan aku tentang pembawakanku yang salah dan hampir terpesong, jika terlewat membawa akibat yang buruk.. yang keduanya mengajar aku erti sayang kepada seorang lelaki yang selama ini tidak pernah aku impikan. Terpenting pengajaran ketiga.. aku mengerti pahitnya sebuah kekecewaan. Tapi aku tak salahkan dia. Dia tak tahu apa-apa, dia memang ikhlas dengan ku.. itu yang aku kesalkan.

Sifatku yang terburu-buru ini lah membuatkan aku tercampak di bumi yang terkenal haiwannya yang mempunyai poket ini untuk menyambung pelajaran. Yusof yang agak terkejut dengan keputusanku yang secara tiba-tiba terpaksa akur . Semoga dia berbahagia dengan pilihannya. Nasib baik sekarang aku bercuti panjang. Cuma tunggu result. Adalah masa sebulan dua. Pujukan Yusof supaya aku menghadirkan diri di majlis perkahwinannya tak mampu aku tolak. Entah di mana dia dapat alamat aku di sini aku pun tak tahu. Ada pasang spy kot. Tunggulah kepulanganku, Joe.

********************************************

Aku sorong beg sambil mata melilau ke kiri kanan. Mana dia nih. Kata nak jemput aku.

“Woof!”

Aku tersentak. Sepasang mata coklat tersengih padaku. “Ha.. terkejut! Ingat macam mana gaya kau melompat pagar masa kena kejar anjing dulu?”

Aku tergelak. Tak sangka dia masih ingat peristiwa itu.

“Bagilah salam dulu.. apalah..”

“Assalamualaikum Cik Syafiqah.. maaf lambat sikit.. jam..”

“Waalaikumsalam.. ha, macam tulah baru sejuk sikit hati aku nih.”

Yusof masih tersenyum. Dia masih kacak seperti dulu. Namun air mukanya tak berseri. Agaknya bakal pengantin macam tulah kot. Seri kena simpan sampailah atas pelamin apa orang cakap, save the best for last.

“Kenapa kurus sangat nih Yus?”

Aku memandang atas bawah. Mukanya cengkung Cuma matanya yang masih bersinar walau pun lebam macam mata panda.

“Rindukan budak tu..” Yusof berbisik antara dengar dan tidak.

“La.. sabarlah.. beberapa hari lagi kawin lah kau. Tak menyempat..” Aku mengusik.

“Jom.. aku pun dah lapar nih…”

****************************************

“Kenapa kau datang lewat malam nih Yus.. apa kata orang .. tak manislah..kau tu dah nak nak jadi laki orang…”

“Aku bosan kat rumah… jom keluar.. jangan risau, aku belanja..”

“Okey.. lima minit..”

Aku bergegas ke bilik. Capai apa yang sempat. Aku masih macam dulu.. sempoi. Cuma aku sudah bertudung. Sebaik turun.. Yusof terus menghidupkan enjin kereta. Eih.. tak menyempat jugak dia nih. Sepanjang jalan dia membisu. Aku pun dah kehabisan idea. Aku sesekali aku mencuri pandang pada pemuda berambut panjang di sisiku itu. Kenapa dengan dia nih.. sakit ke? Kalau sakit pegi lah carik bakal bini dia. Apasal aku jugak.

“Yus.. asal diam je. Tadi beria-ria ajak keluar.”

Diam lagi. Sampai di hadapan restoran, Yusof tanpa segan silu menarikku masuk. Aku nak menepis tengok muka dia serius semacam je.. sebab tu aku diamkan. Dia menuju ke satu sudut yang sudah tersedia hidangan. Dah tempah ke? Apa yang special sangat malam nih Yus? Cukuplah dua kali kau surprisekan aku. Lama-lama aku boleh kena sakit jantung. Kau memang pandai menghadiahi aku dengan kejutan.

“Makan..”

Seperti robot, aku patuh. Dah orang suruh makan bukannya minum racun.

“Yus…?”

Aku mengelap mulutnya yang comot. Dia tersenyum. Tiba-tiba dia menarik tanganku dan menggenggam jemariku erat. Ha, kan dah cakap.. surprise lagilah tu. Aku dah cukup terkejut sekarang. Jangan buat aku pengsan sudah.

“Kenapa kau buat aku macam nih, Syafiqah.”

“Laa.. aku buat apa?”

Perlahan-lahan aku leraikan tangan dari genggamannya.

“Tahukah kau yang selama ni.. aku..”

Aku mengerut kening.

“Aku suka kan kau, Fiq.. Syafiqah..”

“Yus…apa kau merepek nih…kau kan dah nak kawin!”

Aku pantas meluru keluar. Macam drama swasta pulak.

“Syafiqah! Tunggu.. Dengar apa yang aku nak cakap nih…”

Aku menggeleng-geleng sambil menutup telinga. Kenapa dengan Yus nih. Gila meroyan apa. Seram gak aku.

“Yus.. face it… there’s nothing between us.. even though once I got crush on you.. but now I realized.. its only a dream, honey.. come on, its over.. zaman budak-budak dah berlalu.. tapi u are still my best friend, ever .. dunia akhirat…kalau Yus kesian kat aku.. please.. stop it.. and forget about everything. .aku anggap kau tak pernah mention pasal tu, okey..”

Yusof memegang bahu memaksa aku merenung matanya. “Okey.. tell me now.. say it.. that u have never ever loved me.. say it!”

Yusof menggoncangkan bahuku kuat. Mulutku terkumat-kamit.. tapi tak mampu meluahkannya…aku sebak.

“Say it Syafiqah…”

Serta merta aku memeluk Yusof dan menangis semahunya. Yusof mengusap kepalaku sambil berbisik memujuk.
“Syafiqah… syy.. okey.. I won’t force u.. sorry if I have hurt your feelings…but I swear.. I never lied when I told u that I love u……… baby.. Syafiqah.. please…”

Aku tergamam. Yusof menghulurkan sebentuk cincin yang amat aku kenali. Cincin arwah mak. Bagaimana…

“Ini wasiat mak..supaya aku menyunting, kau.. Syafiqah..”

“You don’t have to… I can take care of myself..”

“Syafiqah.. jangan berdegil lagi.. aku ikhlas.. lagipun kepulangan aku ke sini memang kerana mu….. I know that I can’t live without you.. kau tahu tak sejak kau lari setiap saat aku jadi tak keruan. Don’t u know or u just don’t care!”

Aku ternganga. Apakah sandiwara ini. Yusof hentikan.. aku dah pening.

“Arissa kau nak campak mana? Senang nya kau buat perempuan macam nih.. macam sampah.!”

Yusof tergelak kecil. Aku merenungnya geram.

“Syafiqah… tu adik aku.. Aries.. kau jumpa dia masa dia masih kecil, ingat? Aku sajer nak buat gimik.. tak sangka kau… aduiii..”

Yusof tergelak besar bila aku tak henti-henti memukulnya. Malunya aku rasakan pada saat itu. Mana nak taruk muka aku nih.

“Oh.. jadi selama nih betullah aku tak bertepuk sebelah tangan…. mulanya aku frust jugak tengok kau tak kisah.. berlagak selamba. Tup, tup hilang.. further study.. bukannya dekat.. Australia. Rupanya membawa dirilah konon..”

“Yus!!!”

Segera aku menekup mulutnya.

“Eh.. Syafiqah…cincin dah jatuh.habislah.. tu mak punya..”

“Alamak..”

Aku turut cemas…segera aku melutut mencari-cari di sekitar ku.. mana tahu tercampak kat situ.. Yusof menarikku bangun. Dia tersenyum penuh makna. Di mulutnya terkepit sesuatu yang bersinar. Aku terjerit kecil kegembiraan. Terus ingin menyambarnya.

“No.. no…bukan ambik dengan tangan…but…”

Yusof menunding jari ke bibir merahnya. Muka aku terasa pijar. “Gatalnya!!! Amik kau…”

“Adui.. Syafiqah..uih.. betul-betul jatuh kali nih.. habislah..”

“Baguslah.. sapa nak kawin dengan kau..” Aku menjelirkan lidah.

“Jangan cakap macam tu ..kalau aku jumpa cincin tu kita terus pergi jumpa kadi, okey? Eh, nak pergi mana tu?”

“Okey.. kalau kau jumpa.. kita kawin… aku balik dulu.. kau cariklah sampai besok..”

Aku menahan teksi sambil tersenyum lebar. Erat ku genggam cincin di tangan..

22 Respons

  1. sweeeeetozzz

  2. cutenyeeeerzz citer ni…comel gitu!hehehehe

  3. best giler cter ni….

  4. best laaa hehehehe..

  5. bestla citer ni…
    sambung ar lagi…:)

  6. mcm sama dgn live aku……….. huhuhu

  7. bets la citer ni..
    sedih pun ada..menyentuh perasaan la..wat novel mesti best..
    kalu novelkan jgn lupa inform yer..

  8. waaahhh!!!!!

    agr mnarik r,…

    hheheheh..
    dpt jd cmni msti bez kn..

  9. emm..not bad..tringt kisah i dulu2..hehe..

  10. aah..so sweet..
    idea ni agk unik

  11. suka la citer ni….life sy mcm syafiqah kan best…….ni…asyik putus cinte jer….huhuhuhhuhu….

  12. besyer dapat jejaka cam yusof…….bhgie hidupku!!!!!!!!

  13. besh nyer..
    but,,
    terlampau simple..
    anyway..
    best,cute n sweet..
    :p

  14. simple but nice..keep me interested to read till the end…mula mcm pelik gak sbb tba2 jd pompuan..rupenyer mmg pmpuan..tipah tertipu…hehe

  15. bestla..lps ni way nama hero n herpin nyer najib najibah plak eh..

  16. hye juz nak say cite ni simple tp pengajaran 2 de gk..sweet sgt..semoge ley hasil kn lagi cerpen yang tip toap.. tahnih *AZRINA*

  17. not bad this story. well done. saya harap saya dpt membaca g cerpen yang bgus mcm nie.

  18. sgtlah comel+sweet nyer..
    😀

  19. sweet+comel+simple
    best siot..
    ayat pun x formal sgt

  20. suke sgt2…name bf kite pn yusof gak tau

  21. sweets story…make us remember about the true meaning of love to GOD and somebody special to us…always be the best…:)

  22. so sweet…..
    sy suke cerpen niey…
    i think awk leyh jd pnulis cerpen niey….
    hukhuk..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: