Novel : Dalam Diam Aku Menyintaimu 2

Noreyn

Bab 4
“Masyitah, sebenarnya saya panggil awak ni ada perkara yang nak saya bagi tau awak”

“Apa dia Dato’?”

“Sebelum tu saya nak tanya, awak berinai satu badan ni? Kahwin ke?”

“Er.. tak Dato’ saja je pakai. Sepupu saya kahwin jadi saya pun join le sekaki”

“Oo saya ingat awak yang kahwin”

“Apa dia yang Dato’ nak cakap tu?”

“Saya nak transfer awak ke bahagian kontrak”

“Bahagian kontrak? Tapi kenapa?” Alamak, mati aku.

“Sebab saya rasa khidmat awak diperlukan di sana”

“Tapi saya tak ada pengalaman dalam bidang tu Dato’”

“Awak boleh belajar Mas. Di sana nanti boss awak adalah En. Muhammad Izharudean. Project Director. Rasanya awak kenal sangat kan?”

“Ye Dato’. Tapi..” Laki aku tak kan aku tak kenal tapi apasal tiba tiba je?

“Saya tau awak hairan tapi saya rasa awak dapat belajar banyak di bahagian kontrak”

“Tapi Dato’, saya dah biasa dan selesa bekerja di bawah Dato’”

“Masyitah ini peluang untuk awak belajar lebih banyak. Dah 2 tahun awak jadi secretary saya. Rasanya setiap hari awak buat kerja yang sama. Ini satu peluang yang baik untuk awak”

“Baiklah Dato’. Keputusan dah di buat saya tak boleh kata apa. You’re the boss” Nur berkata lemah.

“Baguslah kalau macam tu”

“Jadi bila sepatutnya saya berpindah ni?”

“Saya rasa hari ni awak kemas kemas dulu. Esok bolehlah awak mula bekerja dengan En. Izhar”

“Baiklah Dato’. Tapi apa jawatan saya di sana?”

“Tak banyak beza. PA kepada En. Izhar”

“Oo. Lagi satu. Macam mana dengan Dato’ kalau saya berpindah ke sana?”

“Itu awak jangan risau. Datin akan gantikan tempat awak. Datin tu dah lama merengek dengan saya, boring katanya duduk di rumah”

“Okeylah Dato’ saya keluar dulu. Nak berkemas” Patutlah beriya iya nak pindahkan aku.

“Masyitah, anggaplah ini sebagai kenaikan pangkat awak” Nur yang sudah melangkah berpaling dan melontarkan senyuman kelatnya.

Bab5

“Masuk sekejap”

“Baik En. Izhar” Nur melangkah menuju ke bilik Izhar yang hanya beberapa tapak setelah meletakkan ganggang telefon.

“Duduklah. Macam mana kerja?”

“Biasa je” Nur menjawab setelah mengambil tempat di depan Izhar.

“Tak kan tak ada apa apa yang luar biasa?”

“Tak adalah. Awak nak apa sebenarnya ni?”

“Awak temankan saya lunch meeting hari ni dengan sub-cont kita KN Construction boleh?”

“Ada ke boss tanya pendapat kuli dia bila nak buat keputusan?”

“Okeylah kalau macam tu rasanya awak setujulah. Kita bertolak pukul 12 nanti. Okey? Awak boleh teruskan kerja awak.” Kenapa kata kata kau seperti tusukan sembilu? Aku bukan seperti ketua yang lain. Sememangnya aku akan meminta pendapat rakan seperjuangan aku yang lain. Semuanya aku anggap seperti rakan seperjuangan walaupun aku adalah ketua. Kenapa kau berubah sehingga begini Nur? Kenapa kau tak semesra dulu? Sebelum kita berkahwin dulu? Apa yang berlaku sehingga kau begitu tega memberikan syarat kepada aku ketika aku melamar kau dulu? Kenapa? Kau dah lupa ke pada kenangan manis kita dulu? Nur. Hanya kau di hati. Aku akui sebelum ni aku berkawan dengan ramai gadis tapi bukan untuk tujuan lain hanya untuk mencari pasangan yang betul betul serasi dengan aku. Oleh kerana itulah aku sering di gelar ‘Mat Romeo’ ataupun ‘Playboy’. Tapi sejak aku mengenali kau aku mula memendam rasa. Aku mula menyintaimu secara diam. Aku begitu pasti waktu itu kau juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku tapi sekarang aku tak dapat memahami kau. Kadang kala kau seperti meyayangi aku tapi kekadang kau seperti begitu membenci aku. Yang aku tak dapat terima, kenapa kau beriya iya merahsiakan perkahwinan kita? Kalau kau tak suka dengan perkahwinan ini kenapa kau setuju dulu? Kenapa Nur? Kenapa???? Adakah semuanya kerana wang? Adakah kau juga seperti gadis gadis lain? Mata duitan? Tapi aku rasa kau bukan macam tu. Entahlah.

Bab 6

“Tumpang tanya encik. Ini KKM Group’s kan?”

“Ye. Cik ni nak jumpa siapa?”

“Dato’ Kamarudean. Ada interview”

“Oo interview. Awak ni siapa?”

“Nama saya Nur Masyitah Bt Badrul Hisyam”

“Nur Masyitah. Kalau macam tu jomlah kita ke meeting room”

“Tapi encik ni?” Nur bertanya sambil melangkah seiring dengan jejaka tersebut.

“Orang yang awak nak jumpalah”

“Dato’?”

“Ye. Saya. Boleh kita mulakan temuduga kita?”

“Boleh. Boleh” Kata Dato’ tapi kenapa muda sangat?

“Apa awak ingat orang muda tak boleh jadi Dato’ ke?”

“Hah? Macam mana awak eh Dato’ boleh tau apa yang saya fikirkan?”

“Ala dah biasa sangat. Okeylah kita mula sekarang. Umur berapa?”

“22”

“Emm 22? Umur saya 25. Sesuai sangatlah tu”

“Apa dia? Sesuai?”

“Yelah. Sesuailah kalau kita nak bertukar tukar pendapat. Okey. Anak berapa?”

“Anak? Saya tak kahwin lagi. Anak kucing adalah”

“Buat lawak pulak awak ni”

“Maaf Dato’”

“Awak tinggal kat mana?”

“Sekarang ni masih tinggal dengan mak ayah di kampong. Kalau dapat kerja ni baru nak cari rumah sewa kat K.L ni”

“Tolong tulis alamat awak kat kertas ni”

“Tapi Dato’, kan ke saya dah serahkan semua butir butir diri saya sebelum ni? Dato’ tak semak ke?”

“Saya kata tulis, tulis ajelah”

“Baiklah Dato’” Nur menulis alamatnya di kampong lalu diserahkan kepada jejaka tersebut.

“Awak bukan tunangan orang kan?”

“Bukan”

“Eh lupa pulak. Ni tulis nombor handphone awak sekali”

“Yelah”

“Mak ayah awak buat apa di kampong?”

“Ini dah lebih ni Dato’, saya ke sini bukan untuk temuduga mencari jodoh. Tapi temuduga sebagai setiausaha Dato’” Nur meluahkan kemarahannya setelah tahap kesabarannya sampai ke kemuncak.

“Oo. Ye ke? Ingatkan temuduga untuk cari jodoh tadi” Jejaka tersebut senyum.

“Izhar! Dah habis interview? Boleh saya interview sekarang?”

“Boleh Dato’. Silakan” Izhar segera bangun.

“Hah? Apa ni sebenarnya?”

“Maaf cik Nur, sebenarnya saya bukan Dato’ Kamarudean. Nama saya Muhammad Izharudean bin.. er tak payahlah rasanya. Macam budak darjah satu pulak. Anyway thanks for this” Izhar melangkah keluar sambil mengoyang goyangkan kertas di tangannya.

“Boleh kita mulakan cik Masyitah? Maaf ye. Staff saya yang seorang ni memang macam tu”

“Ye Dato’”. Betul ke ni Dato’ Kamarudean? Atau ada lagi yang nak main mainkan aku?

“Saya memang Kamarudean. Orang yang sepatutnya menemuduga awak. Janganlah risau”

“Baik Dato’” Nur tersipu malu.

3 Respons

  1. assalamualaikum…
    hurmm…saya mula menyukai novel ni…

  2. sama larh..
    mule tdik x best sgt..
    skunk da best!!

  3. hehe.. blh tahan cite nie
    senang dphmi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: