Novel: Dalam Diam Aku Menyintaimu 3

Noreyn

Bab 7

“Awak, jom kita pergi makan. Saya belanja”

“Tak apalah ‘Datuk’ saya tak nak” Nur mengemas mejanya.

“Ala awak ni. Benda tu dah setahunlah. Masih tak boleh lupa ke?”

“Nak lupa macam mana?”

“Maknanya awak memang sukakan sayalah?”

“Hee awak ni kan. Tak ada kerja lain ke?”

“Sekarang tak ada. Tengah free. Pasal tu saya ajak awak makan ni. Jomlah”

“Maaflah ‘Datuk’ saya tak nak. Saya dah bawa bekal. Sekarang ni saya nak pergi makan. Boleh ‘Datuk’?” Nur mengambil bekal makanannya dari dalam laci dan melangkah ke arah ruang dapur yang disediakan di pejabat tersebut.

“Awak, saya dah tau sangat yang awak selalu bawa bekal. Pasal tu saya dah tapau siap siap. Nak makan sekali dengan awak”

“Suka hati awak” Nur terus melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi yang terdapat di situ setalah membasuh tangannya. Izhar pula mengambil tempat bertentangan dengan Nur. Meja kecil yang memang untuk dua itu penuh dengan bekalan yang di bawa oleh Nur dan juga bungkusan bungkusan yang di bawa oleh Izhar.

“Nur, tak kan awak makan seorang je kot? Tak kan tak nak share kot?”

Nur yang baru nak meyuap nasi ke mulutnya terkejut.

“Awak panggil apa saya tadi?”

“Nur. Kenapa?”

“Tak ada apa. Makanlah tapi kalau tak sedap jangan complain okey?”

“Awak pun janganlah segan segan. Ambillah lauk yang saya beli ni”

“Eh tak payahlah. Cukup apa yang saya bawa ni”

“Ala janganlah malu kucing. Malu malu rimau dahlah” Izhar berkata sambil meletakkan seketul pegedil dan ayam ke pinggan Nur. Manakala nur pula meletakkan ayam masak merah yang di bawanya ke dalam pinggan Izhar.

“Wah wah bukan main lagi. Siap bertukar tukar lauk ni. Saya ada miss apa apa ke ni?”

“Dato’. Jemputlah makan sekali”

“Tak payahlah. Saya ada date dengan girlfriend kejap lagi”

“Sapa?”

“Datinlah sapa lagi? Okeylah saya tak nak kacau awak berdua makan. Saya keluar dulu” Dato’ Kamarudean yang sudah melangkah berpatah semula.

“Izhar, kali ni jangan main main lagi. Okey? Be serious. I need answer as soon as possible. Don’t waste this good opportunity. Okey?”

“Okey boss”

“Kenapa saya tengok cara awak cakap dengan Dato’ ni macam kawan kawan je?”

“Kenapa? Tak kan tak boleh kot?”

“Bukan tak boleh tapi dia kan boss kita jadi seharusnya kita hormatkan dia. Macam tadi selamba je awak tanya dengan sapa dia keluar? Lain kali sopanlah sikit”

Pelik aku dengan budak ni. Tiba tiba jadi peramah. Macam dah kenal lama. Sebelum ni bukan main lagi sombongnya bila aku ajak borak. Setiap kali call tak layan. Bagi bunga. Tengok tengok bunga dah masuk dalam tong sampah. Bagi coklat ambil tapi bagi kat Kak Mira, suruh bagi kat anak dia. Tapi bila aku panggil Nur tiba tiba je berubah jadi macam ni. Apa sebenarnya rahsia di sebalik panggilan ‘Nur’?

Bab 8

Sejak dari hari tu kau dan aku menjadi rapat. Seperti sepasang kekasih. Tapi apa yang aku perhatikan kau sungguh berjimat. Walaupun kau bekerja sebagai seorang setiausaha tapi kau mahir dalam bidang kira kira. Kau ada budget bulanan kau sendiri. Kalah aku yang berkecimpung dalam bidang kontrak. Bermain dengan angka berbanding abjad. Cara kau yang sungguh sederhana sungguh menawan aku. Kau berbeza dengan gadis gadis lain. Bukan seorang yang bermata $$. Walaupun kau tidaklah sejelita gadis gadis lain tapi kesederhanaan kau memikat aku. Senyuman yang tak pernah lekang di bibir dengan lesung pipit di kiri dan kanan pipi. Ayunya kau di mataku. Cara pemakaian mu juga sungguh sederhana. Sentiasa berbaju kurung dan bertudung. Serba serbi cukup. Pakej yang aku harapkan sebagai pasangan hidup aku. Sunguh sunguh aku di lamun cinta. Lagu dendangan kumpulan Sting memang kena betul dengan aku.

Entah mengapa ku rasa tak menentu
Semenjak aku mengenali dirimu, sayang
Terbayang-bayang wajahmu di mataku
Hingga tersentuh rasa indah di kalbu
apakah ertinya

Aku tak tahu mengapa aku rindu
Ingin ku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hati ku
Di dalam diam aku menyintai mu

Ku harap kau faham perasaan ku
Yang kini dilamun rindu pada mu
Sungguhnya aku telah jatuh cinta
Oh…indahnya bila bersama mu
Cinta ku dengan ikhlasnya
Janganlah engkau sia-siakan
Harapan dan impianku

Bab 9

“Awak, awak dah siapkan budget untuk bulan ni ke?”

“Dah. Kenapa?”

“Taklah saja je tanya?”

“Cakap pasal budget ni saya nak tanya awak sikit ni”

“Apa dia?”

“Awak ada bagi duit dekat mak ayah awak tak setiap bulan?”

“Tak ada. Kenapa awak tanya?”

“Tak baik tau awak buat diorang macam tu. Dahlah awak tak tinggal sekali dengan mereka dah tu tak bagi duit langsung. Berdosa awak tau”

“Nur, saya bukan sengaja tak bagi duit dekat diorang tapi masalahnya diorang dah tak ada. Dah meninggal 4 tahun lepas masa mengerjakan haji. Mereka meninggal di sana dan di kebumikan juga di sana. Tak kan awak nak suruh saya ikut diorang kot?”

“Sorry. Mana saya tau. Awak tak pernah cerita pun?”

“Awak tak tanya. Awak tanya saya yang awak tu macam mana?”

“La awak ni. Kan ke saya ada buku untuk budget bulanan? Awak pun pernah tengok hari tu kan?”

“Ye la tau. Tapi kenapa awak ni terlalu berkira sangat?”

“Maksud awak?”

“Yelah awak sepatutnya dah boleh beli kereta. Lesen pun dah ada tapi awak lebih rela naik bas atau LRT. Dah tu pulak selalu bawa bekal. Kalau nak ikutkan awak dah mampu sebab company kita dah sediakan hostel untuk kakitangan seperti awak. Banyak baki gaji awak yang awak simpan. Kenapa? Tak kan nak kahwin kot?”

“Saya ada impian yang belum terlaksana dan saya akan kejar impian saya tu tak kira walau sesusah mana pun”

“Apa dia?”

“Rahsia. Satu hari nanti awak akan tau juga”

Semuanya berjalan dengan lancar. Kau dan aku bertambah erat. Walaupun kita masing masing tak pernah mengucapkan kata kata cinta dan sayang aku pasti kau juga seperti aku. Sehinggalah hari itu.

Bab 10

“Har. Apa you buat kat sini?”

“Eh Tina. You buat apa pulak kat sini?”

“Eeei you ni. I tanya you dulu la. I saja je jalan jalan. You?”

“Nak jumpa kawan. Janji jumpa kat sini tapi mungkin tak sampai lagi kot”

“Ooo girlfriend ya?”

“Harap haraplah”

“Eh you tak jumpa lagi ke puteri idaman you tu?”

“Dah jumpa dah. Hari ni I nak lamar dia. Wish me luck”

“Oo really. I’m sure that she will say yes. Don’t wory”

“Thanks”

“Assalamualaikum”

“Waalaikumusalam. Hah Nur. Dah sampai pun awak. Kenalkan ni Tina. Tina, kenalkan Nur Masyitah”

“Hai. Tina”

“Hai” Mereka bersalaman.

“Okeylah Har, Mas, I balik dulu ada hal sikit. Before that, good luck Har” Tina berlalu setelah memeluk bahu Izhar dan melagakan pipinya dengan pipi Izhar. Kiri dan kanan.

“Jom Nur. Saya ada hal sikit nak cakap dengan awak”

“Apa dia?”

“Awak ni. Kot ye pun jomlah kita duduk kat kerusi sana tu. Shopping mall ni belum nak runtuh lagi”

“Apa dia” Nur bertanya setelah mengambil tempat di bangku tersebut.

“Nur, sudi tak awak jadi isteri saya?” Izhar berkata sambil menghulurkan sebentuk cincin kepada Nur.

“Ya” Nur berkata setelah hampir 10 minit mendiamkan diri. Manakala Izhar pula senyum hingga ke telinga.

“Tapi..” Senyuman Izhar mati serta merta.

“Tapi?”

“Dengan beberapa syarat. Kalau awak boleh setuju dengan syarat saya, saya pun akan setuju untuk menjadi isteri awak”

“Okey. Apa dia syarat awak”

“Yang pertama, saya tak nak bertunang sebaliknya kita terus nikah lepas 3 bulan”

“Okey. Lagi?” Lagi bagus macam tu.

“Yang kedua, saya nak majlis kita tu nanti hanya dibuat di rumah mak ayah saya kat kampong dan saya yang tentukan siapa tetamunya”

“Okye. Lagi?” Lagi senang kerja aku.
Yang ketiga dan yang paling penting..saya. saya..”

“Apa dia? Cakaplah tak payah malu malu. Abang akan turutkan”

“Saya nak… saya… saya nak hubungan kita sebagai suami isteri hanya pada nama”

“Apa maksud awak ni?”

“Saya tak nak awak sentuh saya”

“Hah? Tapi kenapa Nur? Kenapa?”

“Awak jangan tanya kenapa. Itu syarat saya. Kalau awak boleh terima kita boleh teruskan tapi kalau awak tak sanggup, biarlah kita hanya berkawan sahaja”

Kenapa syarat kau berat sangat? Tapi aku tak mahu kehilangan kau. Aku betul betul menyintai kau. Aku akan turutkan seandainya itu kemahuan kau kerana aku tak mampu hidup tanpa kau di sisi.

“Okey. Saya setuju”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: