Novel: Dalam Diam Aku Menyintaimu 4

Bab 11
“Awak. Awak cakap ada lunch meeting dengan client. Nak pergi ke tak ni? Sekarang dah pukul 11.30 ni. Jadi tak?”

“Jadi. Awak turun dulu kejap lagi saya datang”

“Okey” Nur melangkah meninggalkan Izhar.

Jauh mengelamun aku rupanya. Nur, sungguh pun kau membawa cahaya di dalam hidupku tapi hatimu sungguh sukar untuk diduga. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Di De’lla Café.

“Fahim, Fahizul. Kenalkan my wife, Nur Masyitah” Nur memandang Izhar dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

“Yang ke berapa ni?” Fahim bertanya dalam gurauan.

“The one and only”

“Yelah tu. Tapi I tak pernah jumpa pun Mas sebelum ni? Baru masuk ke?” Fahizul pula bertanya.

“Tak. Dah 2 tahun tapi sebelum ni saya bekerja sebagai setiausaha Dato’ Kamarudean. Cuma baru baru ni ditukarkan ke bahagian kontrak sebagai P.A En. Izhar”

“Bertuahnya you Izhar. Tapikan, kenapa Dato’ tu nak lepaskan setiausaha yang secantik ni? Kalau akulah..”

“Eh you all ni nak bincang pasal kerja ke atau nak interview mrs I?”

“Alamak ada orang jealous lah”

“Tapi Fahim, betul juga cakap Izhar ni. Kau tak perasan ke yang tangan Mas tu berinai? Izhar pun. 3 jari kanan dan 3 jari kiri. Memang macam pengantin baru. Are you Mas? Izhar?”

“Tak adalah En. Fahizul. Kebetulan aje tu. Janganlah layan sangat gurauan En. Izhar ni. Dia memang suka bergurau” Izhar merenung Nur.

“Okeylah kita tak usik you lagi. Tapi sebelum kita mulakan perbincangan kita, I nak pergi gents room sekejap. Jom Fahim. You nak ikut ke Izhar?”

“No. Thank you”

“Awak, awak balik office dulu biar saya je yang bincang dengan diorang”

“Eh awak ni. Tadi bukan ke awak yang suruh saya ikut? Sekarang nak suruh saya balik pulak. Tak naklah saya. Kita balik sama samalah”

“Awak, dengarlah cakap saya ni? Baliklah”

“Awak, saya nak balik naik apa? Kita datang sama sama, balik pun sama samalah”

“Awak drive kereta saya. Awak pun tak buat apa apa kat sini. Dengar kitorang berbincang je. Nanti awak boring pulak”

“Awak. Kenapa sebenarnya ni?”

“Nur, dengarlah cakap saya ni. Nah kunci kereta saya. Pergi cepat” Menyesal aku bawa kau ke sini, bukannya aku tak tau perangai dua beradik tu. Kalau boleh semua perempuan nak di tacklenya.

“Yelah. Nanti awak nak balik macam mana?”

“Itu awak jangan risau pandailah saya”

“Okey”

“Eh Izhar mana Mas nak pergi tu?” Fahim dan Fahizul yang baru sampai bertanya serentak apabila terpandang Nur meninggalkan mereka.

“Ada hal sikit kat office tu. Can we proceed with our agenda?”

“Okay”

Bab 12
Apasal dengan Izhar ni? Cemburu ke dia? Tak kan pulak. Apasal pula dia suruh aku balik office? Dia terasa ke dengan tindakan aku yang menidakkan status kami? Atau dia terasa bila aku terkasar bahasa dengan dia bila dia ajak aku temankan dia tadi? Bukan aku sengaja tapi bila aku nampak si Tina tu pagi tadi terus emosi aku berubah. Geramnya aku bila teringatkan macam mana dia peluk dan berlaga pipi dengan Izhar. Depan aku pulak tu. Si Izhar pulak layan aje orang macam tu. Itu yang aku terbawa bawa marah aku bila Izhar minta aku temankan dia. Tapi apa sebenarnya hubungan mereka? Kalau diorang tu pasangan kekasih kenapa Izhar nak kahwin dengan aku? Dan apa pula hubungan Tina dengan Dato’ Kamarudean? Tak kan Dato’ pun boleh terpikat dengan perempuan macam tu? Pakai baju pun macam tak cukup kain je. Datin Nadia tu jauh sepuluh kali lebih baik dari Tina. Izhar. Lelaki pertama yang Berjaya membuat aku gila bayang macam dalam lagu Sting tu, Dalam Diam Aku Menyintaimu tu. Memang kena sangat dengan aku.

Entah mengapa ku rasa tak menentu
Semenjak aku mengenali dirimu, sayang
Terbayang-bayang wajahmu di mataku
Hingga tersentuh rasa indah di kalbu
apakah ertinya

Aku tak tahu mengapa aku rindu
Ingin ku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hati ku
Di dalam diam aku menyintai mu

Perwatakannya yang bersahaja memikat aku. Kesungguhannya melembutkan hatiku. Yang paling penting panggilannya terhadapa aku, itu yang membuat aku teruja untuk mengenalinya. Memang selama ini aku mengimpikan seorang jejaka memanggilku dengan panggilan Nur yang membawa maksud kepada cahaya. Aku ingin menjadi cahaya di dalam hidupnya. Menerangi perjalanan hidupnya. Setiap kali dia memanggilku dengan panggilan itu secara automatic aku akan lembut hati. Tapi adakah dia mengerti perasaanku ini dan kenapa aku mengenakan syarat syarat itu?

Bab 13

“Nur, awak pernah cakap yang awak ada impian yang awak nak kejar kan?”

“Ye. Kenapa?”

“Boleh awak berkongsi impian awak tu dengan saya?”

“Belum masanya lagi. Kalau dah sampai masanya saya akan bagi tau awak”

“Awak masih tak nak bagi tau saya tapi saya nak berkongsi impian saya dengan awak”

“Apa dia?”

“Sebenarnya saya nak sangat buka sebuah rumah kebajikan untuk anak anak yatim dan juga warga emas. Saya nak bagi sebanyak mungkin perhatian dan kasih sayang untuk mereka yang memerlukan”

“Kenapa?”

“Sebab saya sangat sukakan budak budak. Tambahan pula ibu bapa saya pun dah tak ada jadi dapatlah saya menumpang kasih pada mereka”

Aku pun sama Izhar, aku nak menjaga mereka yang memerlukan. Walaupun aku masih mempunyai mak dan abah tapi mereka bukanlah ibu bapa kandung aku. Mereka ambil aku dari rumah anak yatim semasa aku berumur 3 tahun setelah ibu bapa aku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Mak mandul jadi aku membesar tanpa adik, abang ataupun kakak. Sebab tu aku sangat sayangkan anak anak dan juga warga emas supaya aku boleh menumpang kasih sayang mereka. Aku tak pernah bagitau impian aku kerana aku takut orang akan metertawakan aku. Sungguh aku tak sangka yang impianmu dan impianku sama. Suatu kebetulan yang betul betul tak ku sangka.

“Nur, awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?”

“Hah? Apa dia?”

“Saya sangat berharap yang saya dapat kejar impian saya tu. Sebagai mana awak sedang mengejar impian awak. Dan saya juga amat berharap yang saya mendapat pasangan hidup yang sama seperti saya dan dapat menolong saya menguruskan rumah kebajikan tu nanti”

“Amboi tingginya impian awak tu”

“Ya. Awak nak tau apa yang saya nak bagi nama rumah tu nanti?”

“Apa?”

“Nur Kasih”

“Nur Kasih?”

“Ya Nur Kasih. Cahaya kasih. Nur, kita kejar sama sama impian saya tu ya?” Izhar bersuara perlahan namun masih jelas diperdengaran Nur.

“Apa Dia?”

“Tak ada apalah”

Insya Allah Izhar. Insya Allah saya akan cuba untuk mengejar impian kita tu.

Demi kerana impian kita tulah aku mengenakan syarat syarat tu semasa kau melamar aku Izhar. Aku tak mau sesiapa pun mengetahui tentang perkahwinan kita dan melarang kau dari menuntut hak kau sebagai seorang suami kerana aku tak nak ada sebarang komitmen dan kebarangkalian aku akan mengandung sebelum sempat kita mengapai impian kita tu. Seandainya impian itu terlaksana aku tak akan melarang seandainya kau ingin mengumumkan perkahwinan kita di dalam akhbar sekalipun. Aku mengahwinimu bukan kerana wang tapi kerana aku betul betul mencintaimu Izhar. Sabarlah Izhar, mungkin tak berapa lama lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: