Novel: Dalam Diam Aku Menyintaimu 5

Bab 14
“Awak, bangunlah awak. Dah pukul 11 pagi ni”

“Bangunlah awak. Awak ni kan kalau cuti mesti macam ni. Liat sangat nak bangun”

“Awak. Bangunlah” Memandangkan tiada sebarang jawapan Nur memanggil agak kuat.

“Muhammad Izharudean. Bangunlah”

Izhar membuka mata lantas menarik Nur yang sewaktu itu sedang duduk disampingnya menyebabkan Nur terbaring. Lalu Izhar melekapkan bibirnya ke atas bibir Nur untuk seketika dan melepaskannya. Nur segera bangun dan menutup mulutnya dengan kedua dua belah tangannya.

“Kan saya dah bagi amaran pada awak hari tu, jangan panggil nama saya. Awak degil. Kalau rasa rasa nak kena tutup mulut dengan mulut cubalah panggil nama saya lagi” Izhar berkata selamba lalu duduk di birai katil.

“Habis awak tu susah sangat nak bangun. Macam mana lagi saya nak kejut awak?”

“Banyak lagi cara lain yang awak boleh guna. Kan saya dah cakap, kalau boleh saya nak awak panggil saya abang?”

“Awak. Panggilan tu kan tak penting? Janji saya hormatkan awak kan?”

“Nur, dahlah kita ni nama je suami isteri takkan sampai nak panggil abang pun tak boleh?”

“Kenapa panggilan yang jadi isu sekarang?”

“Nur, sampai bila awak nak macam ni? Cuba awak bagi tau saya kenapa awak setuju kahwin dengan saya?”

“Kan saya dah cakap sebab nak habiskan duit awak dan untuk selesaikan masalah saya” Sebab saya mencintai awak Izhar. Terlalu mencintai awak.

Izhar mengeluh kuat.

“Cakap pasal duit ni, saya nak pakai duitlah. RM 5,000.00. Boleh?”

“Tak habis habis duit. Perempuan semuanya sama. Saya ingatkan awak lain tapi rupa-rupanya sama je. Nah” Izhar menghulurkan sekeping cek setelah menulis jumlah dan menurunkan tandatangan.

RM 15,000.00? aku minta RM 5,000.00 je. Marah ke?

“Esok awak kena ikut saya pergi Langkawi. Ada meeting kat sana. 3 hari. Saya dah book tiket dan juga hotel”

“Tapi.. saya..”

“Tapi apa?” Izhar merenung Nur dengan matanya yang sengaja dibesarkan. Marah sangat nampaknya.

Nur hanya mengelengkan kepalanya. Izhar melangkah ke arah bilik air.

Macam mana ni? Aku ada janji dengan budak budak tu nak belikan baju baru. Tunda lagi. Nak beli susu, pampers. Macam mana ni? Nak minta tolong siapa lagi ni?

“Kenapa? Susah sangat ke nak ikut saya ke sana? Apa pun, esok awak tak boleh bawa handphone. Okey?” Izhar yang berdiri di luar bilik air bersuara.

“Hah? Kenapa?” Kenapa pulak tak boleh bawa handphone?

“I’m the boss right?”

“Yes. You’re the boss” Nur bersuara lemah.

Bab 15

Kenapa dengan Izhar ni? Suruh aku ikut tapi sekarang tinggal aku sorang sorang dekat sini? Book bilik pulak satu je. Memang aku isteri dia tapi hakikat ni tak ada siapa pun yang tau kat office tu. Mau kecoh diorang tu kalau dapat tau yang aku dengan Izhar sebilik. Mau di tuduh aku berzina pulak. Hish kalut betul lah. Izhar, apasal ni sebenarnya? Ada meeting ke tak ada? Kalau ada kenapa tak suruh aku ikut? Rasanya setiap kali meeting kena buat laporan. Kalau aku sendiri tak ada nak buat laporan macam mana? Pening pening. Hal budak budak tu lagi. Handphone pun tak ada. Macam nak pecah kepala aku ni. Keluar ambil angin kejap la. Nur berjalan lambat lambat mengikut saja langkah kakinya tanpa tujuan.

“Eh, macam kenal je lelaki tu” Nur berjalan lebih laju dan mengamati lelaki dan perempuan yang jalan beriringan tidak berapa jauh darinya.

“Sah. Memang Izhar. Dengan Tina. Kalaupun dia nak bercengkarama dengan Tina janganlah ajak aku temankan dia kat sini. Meeting konon. Meeting apa? Meeting dengan Tina? Habis tu nak suruh aku buat laporan apa? Laporan budget untuk perkahwinan korang ke?

Baru saja Nur ingin berpatah balik ke biliknya Izhar yang terpandangnya melambai lambai sambil memanggil namanya.

“Nur!. Nur!”

Dah ada awek kat sebelah tu buat apa nak panggil aku lagi?. Nur tak dapat menahan kesedihannya lagi. Matanya juga sudah tidak dapat menampung genangan air lalu mengalir tanpa henti. Nur berlari ke arah biliknya.

Izhar yang hairan dengan tindakan Nur mengejarnya.

“Nur. Nur. Tunggu!”

Nur yang sudah masuk ke dalam biliknya terus megemas bajunya ke dalam beg.

“Kenapa ni?” Izhar yang baru sampai bertanya.

“Saya nak balik K.L”

“Yelah tapi kenapa?”

“Awak cakap ada meeting?”

“Ye. Memang saya ada meeting kat sini. Apa masalahnya?”

“Meeting dengan siapa? Tina?”

“Are you jealous Nur?” Izhar tersenyum.

“No I’m not. I’m very happy right now. Very happy”

“Awak, janganlah macam ni. Kita kan baru je sampai pagi tadi? Lagipun dah nak malam ni. Mana ada flight?”

“Tak kisahlah nak naik apa pun saya sanggup asalkan boleh balik hari ni”

“Tak boleh. Saya tak benarkan awak balik hari ni?”

“Awak siapa nak halang saya?”

“Suami awak”

“Saya tak kira saya nak balik juga”

“Nur, dengarlah cakap saya. Kalau awak nak balik juga tunggulah sampai esok. Malam ni awak tidur sini. Dah lewat ni. Bahaya. Esok pagi saya hantar awak. Okey?”

“Okey tapi saya nak bilik lain”

“Nur, selama ni pun kita sebilik juga kan? Tapi saya tak pernah pun sentuh awak kan? Tak kan sekarang awak tak percaya saya? Lagipun kan sini ada dua katil yang berasingan? Dahlah, jom kita pergi makan dulu lepas tu kalau awak nak tidur. Tidur dulu saya ada hal sikit hari ni. Mungkin lewat sikit baru balik”

Bab 16

Ya Allah, 25 missed call dari Firdause. Oh ya aku lupa yang aku ada janji dengan dia hari ni. Nak beli barang keperluan untuk anak anak ku itu. Baik aku sms Firdause, suruh dia bawa budak budak tu ke Pertama Complex jam 3 nanti.

Jari jari Nur menekan nekan punat telefon bimbitnya.

“Apa agaknya yang Izhar tengah buat sekarang? Tengah berseronok dengan Tina ke? Sampai hati dia buat aku macam ni. kalau ye pun marahkan aku tak kan sampai nak main cinta dengan Tina? Siapa sebenarnya Tina tu? Apa hubungan mereka? Kenapa Izhar tak pernah ceritakan pasal dia kat aku? Kalau dia kekasih Izhar, apa pula hubungan dia dengan Dato’? Pening kepala aku. Dari aku fikirkan semua ni lebih baik aku uruskan hal anak anak ku itu. Izhar, aku akan buat kejutan pada kau semasa kau balik nanti. Tunjukan pada kau yang impian kita telah terlaksana.”

***************

Nur, tak sangka kau sayangkan aku rupanya. Kalau tak masakan kau cemburu bila kau nampak aku dengan Tina? Sebab tu kau nak sangat balik ke K.L. Aku tau. Akhirnya dapat juga aku ketahui isi hatimu sayang. Alang alang lalu sini singgah Pertama Complex sekejaplah, nak belikan tudung untuk sayangku.

Izhar melangkah masuk ke dalam complex tersebut setelah memparkir keretanya. Izhar melangkah perlahan lahan sambil matanya melilau mencari tudung yang berkenan di hatinya. Sehinggalah dia terpandangkan Nur mendukung seorang bayi berusia lebih kurang 3 ke 4 bulan bersama sama beberapa kanak kanak dan seorang jejaka. Mencuba pakaian yang terdapat di situ. Izhar yang marah dengan keadaan itu bertindak keluar dari complex itu.

“Patutlah beriya iya nak balik K.L, ada hal lain rupanya. Siapa budak budak tu? Anak dia ke? Tak mungkin. Tapi baby tu? Lagi tak mungkin, 2 tahun Nur bekerja sepejabat dengan aku tak pernah pulak aku tengok badan dia berisi. Sepanjang 7 bulan aku kahwin dengan dia tak pernah pulak aku perasan perubahan badan dia. Tak mungkin tu anak dia. Tapi siapa mereka? Apa dia buat dengan duit duit yang selalu dia minta selama ni? Setiap kali minta RM 5,000.00. Rasanya dah berpuluh puluh ribu ni. Apa dia buat dengan duit tu semua? Siapa mereka? Apa kaitan mereka dengan duit yang aku bagi tu? Arrhgggg…. Pening. Pening. Apasal kau buat aku macam ni Nur. Apasal?”

Satu Respons

  1. HYE?sy dah bc smpai cpter 5 ni.smkn excited sy nk thu ksdhan citer ni..pe agknye ye?-nur-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: