Novel : Dalam Diam Aku Menyintaimu 6

noreyn

Bab 17

“Eh Fina, kau nak tau tak pasal boss kita tu?”

“Apasal pulak dengan En. Izhar?”

“Kau tak perasan ke sejak si Masyitah tu ditukarkan ke bahagian ni, boss kita dah banyak berubah?”

“Aku perasan juga. Setiap kali dia pergi mana mana mesti dia bawa si Mas tu. Taulah dia tu P.A tapi aku hairanlah diorang tu. Masa mula mula tu lagi aku pelik. Masa Mas baru tukar kat sini”

“Tangan dia berinai kan?”

“Itu satu hal, yang aku pelik En. Izhar pun berinai juga. Aku rasa mesti ada something dengan diorang ni”

“Aku pun rasa macam tu juga. Aku rasa si Mas tu queen control lah sebab tu En. Izhar bawa dia ke mana mana pun”

“Iyelah aku pun rasa macam tu. Tak sangka kan? Nampak macam baik je tapi…”

“Yelah. Sejak Mas bertukar kat sini En. Izhar dah jarang bergurau dengan kita semua. Dulu ada juga dia belanja kita makan kadang kadang. Ataupun tanya pendapat kita. Sekarang ni semuanya di serahkan bulat bulat dekat si Mas tu”

“Yelah Iza, En. Izhar tu seorang boss yang baik tapi disebabkan si Mas tu dia jadi macam ni”

“Itu kau belum dengar lagi berita panas yang aku dengar ni. Budak budak admin semua dah kecoh tau”

“Apa dia?”

“Kan hari Isnin itu hari diorang pergi Langkawi?”

“Ha’ah aku dengar juga. 3 hari kan?”

“Betullah tu. Kebetulan Tini budak admin tu bercuti kat sana. 3 hari jugak tapi dia check in hari Ahad. Malam hari Isnin tu dia sajalah ambil angin dengan hubby dia. Kau tau apa?”

“Apa?”

“Dia nampak En. Izhar dengan Mas tu baru balik dari makan. Dia buat selamba jelah. Saja je dia perhati diorang. Tengok tengok diorang masuk bilik yang sama tapi tak sampai 15 minit En. Izhar keluar balik tapi dah tukar baju lain. Tini ni pun buat dek jelah. Saja je duduk kat situ. Sembang sembang dengan hubby dia. Satu jam lepas tu En. Izhar balik. Masuk bilik yang sama lepas tu tak keluar keluar. Lama juga Tini tunggu kat situ, adalah 2 jam. Tak keluar keluar. Lampu pun dah padam. Dia pun blah lah”

“Tak sangka ye En. Izhar boleh buat kerja macam ni. Betul ke kau ni? Macam tak percaya je aku ni”

“Kalau tak caya pergilah tanya Tini”

“Tapi apasal En. Izhar tak masuk office sampai sekarang hah? Dah dekat 2 minggu ni?”

“Mana aku tau kau tanyalah dekat ‘mrs’ dia”

“Kau tanyalah kalau berani. Suruh aku pulak”

Nur yang mendengar sedari tadi melangkah perlahan ke arah tempatnya.

Aku mesti berjumpa dengan Dato’.

Bab 18

“Cuba awak bagi tau saya Mas, kenapa awak nak letak jawatan?”

“Saya ada masalah peribadi Dato’”

“Masalah apa? Mas, kalaupun awak nak letak jawatan orang yang sepatutnya awak bagi tau adalah Izhar, bukan saya”

“Tapi En. Izhar dah lama tak masuk office. Saya tak tau dia ke mana”

“Awak P.A dia sepatutnya awak lebih tau” Dato’ Kamarudean bersuara agak keras.

“Saya tak tau Dato’. Betul saya tak tau”

“Mas, saya nak awak jelaskan tentang gossip yang saya dengar pasal awak dan Izhar. Saya rasa awak pun tau apa maksud saya kan?”

“Dato’ sebenarnya kami tak buat perkara yang tak baik pun”

“Kalau dah duduk sebilik baik apanya?” Suara Dato’ Kamarudean semakin meninggi.

“Sebenarnya Dato’, Izhar tu suami saya. Kami dah kahwin secara sah”

“Kalau dah kahwin kenapa kami tak pernah terima apa apa undangan pun?”

“Semua ni salah saya Dato’, tapi kalau Dato’ tak percaya saya boleh tunjukkan sijil nikah kami”

“Baiklah Mas, awak ceritakan pada saya apa sebenarnya yang dah terjadi?” Suara Dato Kamarudean beransur rendah.

“Sebenarnya Dato’, dah 7 bulan kami kahwin. Silap saya kerana beri Izhar 3 syarat sebelum bersetuju dengan lamarannya”

“3 Syarat?”

“Ye.yang pertama, majlis tu mesti diadakan selepas 3 bulan. Yang kedua, majlisnya mesti diadakan di kampung saya dan jemputannya saya yang tentukan. Yang terakhir sekali, saya tak benarkan Izhar menyentuh saya”

“Mas. Mas. Kenapa awak setuju dengan lamaran Izhar kalau macam tu? Kerana wang?”

“Dato’, saya setuju sebab saya sayangkan dia bukan sebab duit”

“Habis tu kenapa awak letakkan syarat syarat tu?”

“Sebab nak kejar impian kami”

“Impian awak berdua?”

“Sebenarnya Dato’, saya ada impian untuk membuka sebuah rumah kebajikan untuk anak anak yatim dan juga warga emas. Sebab tu saya bersusah payah mengumpul duit. Tak sangka yang Izhar juga ada impian yang sama. Sebab tu lepas kahwin saya selalu minta duit dari Izhar untuk perbelanjaan pembukaan rumah tersebut”.

“Apa kaitan syarat tu dengan impian awak berdua?”

“Saya tak nak ada komitmen lain sebelum sempat impian tu terlaksana”

“Kenapa? Awak takut mengandung ke?” Dato’ Kamarudean senyum.

“Ye Dato’. Saya bukan tak nak anak tapi saya nak impian tu tercapai dulu”

“Pernah tak awak berbincang dengan Izhar pasal hal ni?”

“Tak pernah Dato’. Saya ingat nak beri kejutan pada dia tapi rasanya dia dah tak perlukan saya dalam hidupnya. Entah entah sekarang ni dia dah kahwin lain”

“Kenapa awak cakap macam tu pula”

“Yelah Dato’ dah banyak kali saya nampak Izhar dengan Tina. Sebelum kahwin dulu siap peluk dan berlaga pipi lagi. Last sekali masa dekat Langkawi dulu. Pasal tulah saya tak sanggup nak duduk sana dan balik keesokan harinya. Tapi Izhar sampai sekarang tak Nampak bayang. Entah entah tengah honeymoon dekat sana”

“Mas, tak baik buruk sangka dengan suami sendiri”

“Betul Dato’ saya tak tipu. Rasanya Dato’ pun kenal dengan Tina tu. Saya pernah nampak dia jumpa Dato’ dulu”

“Ha.. ha.. ha.. Tina tu ke?”

“Kenapa Dato’ ketawa?”

“Sebenarnya Mas saya pun ada rahsia juga yang nak diceritakan pada awak”

“Apa dia Dato’?”

“Sebenarnya Izhar dan Tina tu adik saya”

“Hah? Saya tak percayalah. Izhar tak pernah cerita pun? Dato’ pun sama. Lagipun saya tak pernah dengar dari staff yang lain pun?”

“Izhar memang macam tu. Awak ingat tak masa awak datang untuk interview dulu?”

“Ye. Izhar menyamar sebagai Dato’. Jadi?”

“Awak ingat kalau dia hanya staff biasa saya berani ke dia buat macam tu? Sebenarnya Mas, Izhar yang beriya iya suruh saya panggil awak untuk di temuduga lepas dia baca C.V awak. Gambar yang awak sertakan sekali masa tu masih ada dalam simpanan Izhar sampai sekarang. Lepas saya interview awak, saya cakap pada dia yang awak tak sesuai sebab tak cukup pengalaman dan juga penampilan yang terlalu sederhana tapi dia tetap suruh saya lantik awak sebagai setiausaha saya sedangkan masa tu Datin yang pegang jawatan tu. Kebetulan masa tu Datin tengah mengandung jadi dia suruh saya bagi cuti pada Datin supaya awak boleh gantikan dia. Izhar nak awak berada di bawah saya supaya saya boleh menilai awak dan dari penilaiannya saya, saya rasa awak seorang gadis yang baik sebab tu saya tak halang dia bila dia nak berkawan dengan awak. Penukaran awak ke bahagian kontrak pun atas permintaan Izhar sendiri. Izhar memang rapat dengan saya walaupun kami berbeza 15 tahun. Izhar tak pernah rahsiakan apa apa dari saya. Syarat syarat awak tu pun dia ada ceritakan pada saya. Masa tu memang saya tak setuju tapi dia cakap mungkin ada baiknya sebab dia boleh menguji awak”

“Menguji saya?”

“Ye. Sama ada awak kahwin dengannya kerana wang atau sayang sebab tu dia selalu tanya awak kenapa awak kahwin dengan dia tapi awak selalu cakap yang awak nak habiskan duitnya kan?”

“Ye. Memang salah saya. Tak sepatutnya saya cakap macam tu pada dia”

“Mas, saya tau semua masalah rumahtangga awak. Tadi tu saya cuma nak dengar dari mulut awak sendiri je. Saya dah dapat pastikan yang awak kahwin dengan Izhar kerana awak sayangkan dia bukan kerana duit. Sebab tu saya ceritakan semua ni pada awak sedangkan di sini tiada seorang pun yang tau Izhar tu adik saya”

“Tapi Dato’ semuanya dah terlambat. Izhar dah marah sangat dengan saya. Sampai sekarang saya masih tak tau dia di mana”

“Izhar ada di rumah keluarga kami, bersama saya. Awak ingat tak hari yang awak balik K.L tu?”

“Hari Selasa. Kenapa Dato’?”

“Sebenarnya Izhar pun balik hari yang sama tapi lewat sikitlah. Kebetulan dia singgah ke Pertama Complex, nak cari tudung untuk awak. Masa tu dia nampak awak dengan beberapa orang budak dan ada seorang lelaki bersama awak. Tengah cuba baju. Dia marah sebab tu dia tak nak jumpa awak”

“Ooo itu Firdause. Penjaga budak budak tu. Dia dah kahwin pun Dato’. Isteri dia pun kerja dekat rumah bakti tu tapi tak dapat ikut sebab nak jaga warga emas yang tak larat nak jalan. Bayi yang saya dukung tu pun anak Firdause dengan Fatimah. Memang saya bawa mereka keluar untuk beli baju dan keperluan yang lain”

“Kalau macam tu Izhar salah faham dengan awaklah”

“Tapi Dato’ yang saya tak faham, Dato’ cakap yang Tina tu pun adik Dato’ juga tapi gaya mereka tak macam adik beradik pun?”

“Tina tu dengan Izhar memang macam tu. Ramai orang salah faham dengan mereka. Sebenarnya jarak antara saya dengan mereka memang jauh. Tina tu beza dengan saya 12 tahun. Izhar pula 15 tahun. Tina dan Izhar rapat dengan saya lebih lebih lagi Izhar. Tapi Tina dengan Izhar tak berapa rapat sangat sebab Tina belajar di asrama lepas tu melanjutkan pelajaran ke U.K. Sebab tu mereka macam kawan kawan je. Dahlah awak jangan risau. Balik nanti ikut saya. Pujuk si Izhar tu.

“Baik Dato’”

“Janganlah panggil Dato’ lagi. Panggil aje Along. Lagi satu, Along dah putuskan untuk buat majlis korang berdua hujung bulan ni. Tak boleh menolak lagi”

“Okey Dato’ eh Along”

Bab 19

“Masuklah Mas, bilik Izhar tu dekat atas belah kiri”

Nur menaiki tangga menuju kearah bilik Izhar. Pintu dikuak. Izhar ada di dalam. Tengah tidur. Nur mendekati Izhar lalu duduk di sampingnya.

“Awak. Saya datang ni. bangunlah” Tiada jawapan

“Awak. Bangunlah. Tak elok tau tidur petang petang macam ni” Masih tiada jawapan

“Awak”

“Muhammad Izharudean bang..” Izhar lantas menarik tangan Nur sebaik membuka matanya sehingga menyebabkan Nur terbaring. Izhar merapatkan mukanya ke muka Nur. Agak lama mereka berkeadaan begitu dan kemudian Izhar melepaskan pegangannya.

“Sorry. Sorry. Saya lupa sangat. Lain kali saya tak panggil nama awak lagi. Okey?”

“Ada apa awak datang sini?”

“Nak jumpa dengan awaklah. Saya rindu sangat tau dengan awak”

“Dahlah tak payah nak bodek saya. Awak nak berapa pulak kali ni?” Izhar bertanya sambil mengeluarkan buku cek dari briefcasenya.

“Awak, saya datang sini bukan sebab nak minta duit. Saya datang sebab nak ajak awak balik rumah. Jomlah kita balik ke rumah kita”

“Apa bezanya? Kita ni kan nama je suami isteri. Awak sendiri yang nak macam tu kan? Lagipun kan awak kahwin dengan saya hanya untuk menghabiskan duit saya je?”

“Awak, saya minta maaf banyak banyak okey. Memang tak sepatutnya saya buat awak macam tu tapi sebenarnya saya setuju kahwin dengan awak bukan sebab duit tapi….”

“Ahh sudahlah. Saya tau kenapa awak tiba tiba berubah macam ni”

“Apa maksud awak?”

“Yelah. Saya tau yang Along dah ceritakan semuanya pada awak. Yang saya ni adik dia jadi awak nak berbaiklah dengan saya supaya senang awak nak habiskan harta kami”

“Masya Allah. Sumpah awak, bukan itu niat saya”

“Dahlah jangan nak berlakon depan saya. Cakap berapa awak nak kali ni? RM 20,000.00, RM 30,000.00 atau RM 50,000.00?”

“Awak, sampai hati awak. Saya tak nak duit. Saya nak awak. Saya kahwin dengan awak bukan sebab duit tapi sebab saya betul betul cintakan awak” Nur berkata perlahan lalu terus berlari keluar dari bilik tersebut menuruni tangga.

“Nur tunggu” Izhar cuba mengejar tapi Nur sudahpun keluar dari rumah tersebut.

“Har, kenapa ni? Mari ke dalam Along ada hal sikit nak cakap dengan Har” Izhar mengekor Dato’ Kamarudean ke ruang tamu walaupun dia sebenarnya ingin mengejar Nur.

Bab 20

“Awak, dah seminggu majlis kita selesai tapi awak masih macam ni. sampai bila awak nak marahkan saya?”

“Saya macam biasa je”

“Awak, hari ni saya nak berterus terang dengan awak”

“Berkenaan apa?”

“Berkenaan impian saya”

“Hai.. apa mimpi awak nak ceritakan impian awak tu? Bukan ke selama ni awak berahsia sangat?”

“Ye. Memang salah saya. Ini dia impian awak dan juga saya” Nur menghulurkan sekeping gambar yang telah siap dibingkaikan. Potret yang mengabadikan sekumpulan kanak kanak dan juga warga emas di hadapan sebuah rumah yang terdapat papan tanda ‘Rumah Bakti Nur Kasih’.

“Saya kahwin dengan awak sebab saya betul betul cintakan awak. Saya tak sangka yang impian kita ni akan terlaksana secepat ni. saya bagi syarat syarat tu sebab tak nak ada komitmen lain sebelum sempat kita capai impian kita tu. Hari tu lepas selesai majlis kita kat kampung, mak dan abah panggil saya dan serahkan geran rumah mak dan ayah kandung saya. Rupa rupanya mak ayah kandung saya dan mak dengan abah kawan baik jadi selama ni diorang jadi pemegang amanah kepada satu satunya harta yang mak ayah tinggalkan. Duit yang awak selalu bagi dan juga duit simpanan saya tu saya gunakan untuk membaiki rumah tu dan juga perbelanjaan yang lain lain” Nur bersuara melihatkan Izhar yang hanya mendiamkan diri.

“Abang tau. Saja je nak dengar dari mulut sayang sendiri. Hari tu lepas sayang lari tinggalkan abang, Along dah ceritakan semuanya”

“Eei sampai hati. Awak ni saja je nak dera saya”

“Hai.. tak kan ber‘awak‘ lagi? Abanglah”

“Yelah cik abang sayang, intan, payung”

“Hah macam tulah. Ni abang nak tanya kat sayang ni”

“Apa dia?”

“Kenapa sayang kahwin dengan abang?”

“Sebab nak habiskan duit abanglah”

“Eleh tak nak mengaku konon. Hari tu yang nangis nangis cakap cintakan abang tu apa? Tadi pun”

“Habis tu dah tau nak tanya buat apa?”

“Saje je, suka nak menyakat sayang. Suka nak dengar sayang cakap yang sayang cintakan abang”

“Bencila”

“Benci ke sayang?”

“Abang…”

“Okeylah. Okeylah. Kita pergi lawat ‘Nur Kasih’ ye?”

“Okey”

10 Respons

  1. best ar citer ni…

  2. ha’a bestla citer ni.erm,pasni wat buku eh..sy mesti tertarik utk bc lg.-nur-

  3. elo?nk ty,citer ni ada smbungan lg tak??

  4. SO BEST LAH CITER NIH…WATLH NOVEL MESTI LAKU…XPUN ADA SAMBUNGAN…

  5. best r cte nie….sedih tau..terharu…huhu

  6. best arh citer nerh..
    tpi pendek sgt..
    klo nk publish buku,
    ulas byk sket eik?!
    yg nerh pown da ckp tpi klo nk lebeyh best, ulas agik..

    klow wat buku, wat Nur Kasih eik..

    ending dye x happy sgt..
    cmtue jew..

    wat lebeyh lagik larh..
    bru best!!

    gud luck to you!!

  7. bestlaa cite ni..tema kasih yang yang ditonjolkan memberi impak kepada jiwa pembaca.namun…
    penutup cerita ini perlu lebih kupasan yang menggembirakn.

  8. cerita yg menarik… tp 3 syarat nur n alasan dia berikan 3 syarat tu mcm tak best… ade kot org camtuh… kan..

  9. cerite ni saye suke sangat…….jiwang la…………

  10. tah ler…aku baca lak citer nie biase jerk. macam tak logik pun ada gak, boleh plak pompuan tu nak kawin tanpa tau asal usul laki dia. pastu lak citer ringkas giler. tak syok lngsung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: