cerpen : Kubur Cinta

Tisya batuk lagi. Dia dah malas nak ke klinik. Da berbiji pil dia telan, dah berbotol ubat yang melalui kerongkongnya. Biarlah. Tisya tahu nanti dia baik sendiri. Seperti selalu. Doktor cakap antibodi dia lemah. Tisya akur, lalu banyakkan makan sayur dan buah serta pelbagai vitamin. Hasilnya? Tiada. Kadang-kadang Tisya rasa kepalanya berat dan berdenyut sakit tapi bila dia buat pemeriksaan, doctor cakap Tisya ada migrain. Makan ubat dan jauhi kafein dan coklat itu saja. Pun Tisya turutkan.

“Koff… !”

Tisya tersentak. Ada cecair yang keluar bersama batuknya. Tisya memandang tapak tangan. Merah. Tisya lap hidung, Juga berdarah.

“Mama!”

Tisya terasa ingin menangis. Tapi siapa di sisinya sekarang?

*****

“Woi… lajunya, tunggulah…”

Meera termengah-mengah membuntuti langkah Tisya yang pantas. Sesekali Tisya berhenti sambil merungut-rungut.

“Kau cepat-cepat ni kenapa … takkan lari dewan tu dikejar..”

“Banyaklah kau punya kejar. Nanti orang ramai gila kalau kau rajin pergi la beratur sepanjang keretapi tu.”

Meera mengerut dahi. Terkagum dia untuk seketika. Kata-kata Tisya ada benarnya. Meera sendiri tak tahu nak beratur di barisan mana. Semua bersimpah siur.

“Ha.. beraturlah kau sampai besok. Aku dah pesan bangun awal. Kau bukannya tak tahu student sini berapa ribu lagi nak terhegeh-hegeh.”

Meera hanya tersengih-sengih. Maklumlah, kali pertama mendaftarkan diri di IPT, mana dia tahu.

“Aku haus… kau nak kirim?”

Meera mengangguk.

“Apa-apa je lah.. thanks darling.”

Tisya berlalu sambil mendengus. Bengang betul dia hari ni. Memang dia tak suka tempat yang ramai manusia sebegini. Tapi kerana kasihankan Meera dia menyabarkan diri. Ikutkan hati dah lama dia cabut balik. Dia berhenti di depan mesin air. Tisya masukkan jumlah yang diminta. Lepas tekan button merah untuk ice lemon tea, dia bingung.

“Aik.. tak turun pun. Tak sekolah punya air kotak.”

Dumm… Tisya menerajang mesin. Dia tak mempedulikan bisikan manusia di sekelilingnya. Lantaklah.. bukan duit diorang.

“Padan muka. Bak balik duit aku. “

“Nah!”

“Eh mesin tahu bercakap?” Tisya garu kepala.

“Sini lah…”

Tisya berpaling. Seorang pemuda tersenyum sambil menghulurkan syiling.

“Apa nih, saya bukan mintak sedekah awak…”

Pemuda itu tergeleng. “Saya bukannya nak bagi awak. Saya nak ajar macamana pakai mesin yang tak sekolah ni.”

Tisya diam sambil memandang gerak geri pemuda itu.

“Nah… iced lemon tea kan… ni bukan sedekah, saya belanja.”

Tisya hanya memandang pemuda itu berlalu.

“Berlagak tu. Ingat kau hensem sangat. Terima kasih sajalah. Rezeki aku nak buat cam ner.”

Tisya merungut sendirian. Tapi air yang sejuk itu tetap diteguk rakus.

“Tisya!”

Dia mendapatkan Meera yang melambai.

“Sikit air, hauslah…”

“Dah habis register ke?”

“Haah, kat sini dah. Tapi nanti kena ke fakulti. Pas tu…”

“Dah dah. Aku tahulah. Nanti aku tunjuk.”

“Tak payahlah… nih ada member baru aku ni nak bawak aku pergi sama.”

Tisya teralih pada teman-teman baru Meera.

“Nih Siti, Rozi, Hanim, Firdaus ngan Hakimi. Diorang satu course ngan aku tau.”

“Korang, ni cousin aku, Tisya.”

Tisya mengangguk dan bersalam.

“Eloklah tu dah ada member. Aku lapar ni… soru dulu lah yer… apa-apa hal carik aku kat café atas tu.”

“Okey…”

“Si Tisya tu macam dah biasa je kat sini… dia senior ke?”

Siti bertanya dengan wajah penuh tanda tanya. Meera hanya tersenyum dan mengangkat bahu.

*****

“Hai sorang je?”

Nyaris aku tersedak. Laa budak tadi.

“Boleh join?”

Aku angguk dan mengisyaratkan dia supaya duduk.

“Dah habis register?”

Pemuda itu angguk.

“Kau ambik course apa?”

Aku terbatuk. Pemuda itu merenung hairan.

“Aku ni ada muka student sini ke?”

Pemuda itu tersengih. “Muka tu tak tahulah, memang lain dari yang lain.”

Sah nak kenakan aku lagilah tu.

“Tisya!”

Aku menoleh geram. Budak Meeera ni kalau tak jeritkan nama aku biar satu cafe ni dengar tak sah agaknya.

“Tengok aku bawak sapa nih.”

Aku tepuk dahi. Alahai dah terjumpa pulak.

“Aku duk sana lah. Member panggil tu.”

Pemuda tu minta diri. Aku angguk. Meera tersengih menuju ke arahku sambil mengepit lelaki di sebelahnya.

“Tisya ponteng kelas ye?”

“Mana ada papa. Hari ni lecturer mc.”

Meera di sebelah menekup mulut. Aku mencubitnya, geram.

“Meera nak makan apa? Ni uncle belanja sebab dah jadi mahasiswi sekarang.”

Aku menjelirkan lidah pada Meera. Bangga la tu.

“Eksyen pulak tu. Kelas pun tak masuk lagi.”

“Jangan usik dia Tisya. Kamu tu, papa nak masukkan kat sini tak nak. Kalau tak, dah jadi senior Meera.”

“Alah.. tak minatlah, pa. Nanti papa selalu spot check Tisya. Tak der privacy lah nanti.”

“Oi sayang, orang datang sini nak belajar, bukannya suka-suka.”

Tanpa di suruh, budak Meera ni menyampuk.

“Betul cakap Meera tu. Ha, kalau kamu nak sambung degree kat sini pun papa boleh uruskan nanti.”

“Tengoklah papa.”

Aku malas nak bertekak. Papa memang macam tu. Aku memang rimas nak study kat sini. Lagi pun kebanyakan mereka aku kenal. Dah biasa lepak sini pun. Lecturer kat sini pun selalu datang rumah. Maklumlah bapak aku kan dekan. Tu yang boring. Nanti apa-apa aku buat terus je sampai kat bapak aku. Hish tak dapat aku bayangkan. Aku lebih bahagia dengan kolej sekarang. Walaupun tak sestandard orang yang study IPT kat sini aku lagi best. Pakai apa pun tak terikat dengan law. Lagi pun course yang aku ambik sesuai dengan minat aku. Tu yang turut menarik minat Meera untuk belajar yang sama course Graphic Design. Ah, belajar kat mana pun sama aja. Yang penting kita buat yang terbaik.

***

Diam tak diam dah setengah semester aku tak jenguk Meera. Jauh apa Shah Alam tu. Jam lagi. Tapi hari ni aku nak surprisekan dia. Mesti dah ramai kawan sekarang. Mesti glamer kat fakulti FSSR dia tu. Itu yang dihajatkan sebenarnya.

“Oi… baru nampak batang hidung.”

Aku tersengih melihat Meera yang pura-pura marah. Haa kan betul tu la keje diorang melepak.. tunggu kelas bukannya nak membaca ke, menelaah ke.

“Nih member-member aku, Tisya. Ada yang kau dah kenal kan?”

Aku anggguk dan hadiahkan diorang senyuman.

“Ada kelas ni. Ehh jap.. kau nak tengok gambar masa minggu silaturrahim hari tu tak.”

Meera hulurkan album. Aku membelek sambil tersenyum sendiri. Mesti teruk budak ni kena buli. Hehe.

“Haa.. yang ni budak most wanted kat sini tau. Semua akak senior nak ambik jadik adik angkat. Pak we angkat pun ada.”

Budak ni? Eleh aku kenal lah.

“Sapa nama? Ehh kau pun sama terminat jugak lah tu. Bukan aku tak kenal sepupu aku ni.”

“Dean. Hensem tak? Dia tahu kau cousin aku. Dia kirim salam.”

“Hmm.. tak hensem pun.. tak minat.” Aku mencebik.

“Tu la kau. Asyik cakap besar je. Aku nak tengok sangat gaya kau bercinta. Mesti tangkap lentuk.”

“Hello.. ni Tisya lah. Geli lah syok-syok kat orang ni.”

“Dah, aku nak blah. Tapi tunggu aku tau. Banyak benda aku nak cerita.”

“Ya lah..”

Buat apa lah aku nak lepak kat sini. Dah le pakai t-shirt seluar bermuda lagi. Silap-silap kena saman. Kesian bapak aku kena bayar. Ehh kejap. Toilet! Aku berlari untuk melepaskan hajat. Peh lega…Aku melangkah keluar dengan penuh kesopanan alamak.. ha.. kan dah accident.

“Ops.. sorry, sengaja.”

Aku buat lawak. Pemuda itu tersenyum sambil kenyitkan mata. Aku tergamam. Hilang idea nak menyakat. Dada aku berdebar gila masa ni. Aku pun tak tahu kenapa.. Dia hilang. Masuk toilet gak kott. Rilek. Kenapa pulak aku gabra. Setahu aku lah.. aku tak pernah macam ni. Agaknya terkena sumpahan la.

Trut titi tit. Aiseh telipon pulak.

“Hello…eh papa.”

“Tisya kat school ye? Kenapa pakai short.”

Alamak sapa lah yang repot. “Tisya ada bawak spare. Alah lagi pun Tisya bukannya student sini.”

“Tak manis Tisya. Apa kata orang kat sini. Anak papa tak respek dengan rules.”

“Yer la orang tukar ni. Papa dah makan?”

“Kenapa Tisya nak belanja ke?”

Ehh lawak le tu.

“Pa.. mama kirim salam.. dia suruh balik rumah, makan.”

“Tisya…”

“Sorry, tapi memang Tisya rindu nak makan sekali macam dulu. Ada mama, papa. Bestkan?”

“Tisya, kan kita dah bincang hari tu. Tisya pun dah terima kenyataan kan? Jangan risau, Insya Allah kita berpeluang makan sama macam dulu. Okey sayang?”

“Ye la papa. Janji lagi…”

“Tisya tak nak jumpa papa ke? Tidur sini ke hari ni? Esok tak der kelas kan?”

“Tak tahu lagi. Tengoklah cam ne. Tisya tengah tunggu Meera habis kelas.”

“Jangan nakal-nakal ye?”

“Ye.. babai papa. I love U.”

Aku offkan handphone. Senang.

“Kenapa mengeluh? Ada problem ke?”

Aku tersentak. La dia ni ponteng kelas ke? Dean tersenyum lagi. Senyumlah kau. Aku memang suka pun tengok. Aku cuba buka mulut tapi terasa berat. Aik, biasanya aku nih bukan main peramah. Tapi depan makhluk ni lain pulak.

“Err..”

“Aku Dean. Kau ni Tisya kan? Meera’s cousin?”

Aku angguk. Ya Allah berilah kekuatan untuk bersuara. Terngiang-ngiang kata Meera yang mencabarku. Aduhai kenapa jadi cam ni. Jatuh la ego aku.

“Ponteng ke?”

Akhirnya mampu jugak aku bersuara. Dia tergelak.

“Tak tunggu kelas art history. Ha tu Meera dah datang. Aku pergi dulu ye? Senyum sikit. Dari tadi terkebil-kebil.”

Alamak, malu. Ye ke aku blur tadi.

“Kenapa dengan kau ni ternganga je. Lalat masuk karang.”

“Apa ilmu dia pakai ha, Meera. Aku rasa dah jatuh cintalah.”

“Merepeklah kau. Oo tadi cakap besar. Nanti jatuhlah saham kau. Kan semua jantan yang tergila-gila kau tolak mentah-mentah. Cinta monyet konon. Tak ada masa tangkap lentuk la kan?”

Aku tergelak besar. Terkena batang hidung sendiri. Aku memang tak pernah jatuh cinta. Bercinta tu ada tapi kejap-kejap. Agaknya inilah balasan…

“Lupakan je la Tisya. Dean tu dah ada awek la. Sebab tu dia masuk sini… awek dia tu dah part 3 budak Hot Cat.”

“Lawa ke Meera?”

“Ehh.. ke situ pulak. Dah dia suka lantak la lawa ke tak…”

Ehh melawan budak Meera ni.

“Alah, baru couple. Kawin pun boleh cerai.”

Tiba-tiba mood aku hilang. Meera segera perasan dengan perubahan ku itu. Ah dia tak tahu sakitnya hatiku pada perpisahan. Yang jadi mangsa? Aku.

“Aku tak kira. Aku dapatkan jugak budak Dean tu. Pastu aku tayang kat kau. Kau cabar aku tak?”

Meera tergelak kecil sambil menepuk bahu.

“Go for it girl. Tapi bertuah la Dean tu, boleh cairkan hati sepupu aku yang keras macam batu ni. Cayalah.”

Aku menjelir lidah. Tiba-tiba perut berbunyi.

“Aduh.. apa-apa hal carik nasik dulu.”

Sampai di port biasa kami, aku tanpa tunggu lebih terus melahap. Meera lain la control ayu. Orang dah glamer kat sini kata kan.

“Hai Tisya, lama tak nampak!”

“Ehh, Wan. Kau belum habis lagi ke?”

“Ada lagi 2 semester la. Nih junior aku ni, Meera kan?”

Meera mengangguk. Aku tenung Wan atas bawah. Dah lain sekarang. Makin hensem.

“Dah kawin belum.”

Wan tersedak. Aku dengan Meera sama-sama tertawa.

“Kau ni memang nakal tak sudah. Adu kat bapak kau baru tahu.”

“Eleh bakal bapak mertua kau jugak.”

Tiba-tiba aku terdiam. Dean berdiri di sebelah Wan. Entah kenapa Aku tengok air mukanya berubah. Agaknya aku perasan sendiri.

“Ha, Sya nih roommate aku, Danial.”

“Dah kenal. Duduklah..”

Aku control keadaan. Agaknya memang aku tak ada nafsu kat dia. Demi ego terpaksalah aku sahut cabaran yang aku sendiri buat.

****

“Hello Meera kau kat mana? Datang rumah aku tak?”

“On the way la ni.”

“Dean apa khabar?”

“Ehh khabar aku kau tak tanyer.”

Aku tertawa riang. “Bunga dah kasi?”

“Sett… kenapa kau suruh aku bagi kat Wan? Bagi terus kat Dean kan senang. Aparra.”

“:La.. politik la. Kan diorang sebilik. Dean ada tanyer tak?”

“Mesti lah, lagilah aku balik saing dengan dia. Banyak betul dia tanya. Siapa yang bagi la, Wan tu ada awek ke…aku cakap alah dia kenal sapa yang bagi tu. Ada ke patut si Wan tu, dia suruh budak Dean tolong bawak bunga tu sebab dia naik motor, takut rosak. Dean tak kisah pun.”

Terbeliak mata aku. “Kau ada cakap aku kasik ke?”

“Tak lah, tapi aku rasa dia boleh agak la.”

“Biarlah.. eh kau datang sini cepat. Boring ni. Mama outstation lagi.”

“Ye la… kalau tak kau tak nak tolong buat assignment aku, tak ingin aku ke sana.”

“Eh, banyak cakap pulak. Cepat datang.”

“La.. dah aku dalam bas ni. Sah-sah bukan aku yang bawak.”

Ye tak ye. Aku tepuk dahi. Cepat datang Meera. Aku betul-betul busan ni. Mama pun dah tahu aku sunyi, bukannya nak entertain. Papa pun sama. Aku ingat kalau diorang berbaik balik pun keadaan begini jugak. Masing-masing sibuk. Tak per la pa, mama, Sya dah besar. Tahulah jaga diri sendiri. Mama tahu belikan itu ini untuk Tisya, papa pulak hulur duit tak habis-habis. Memang Tisya bersyukur, agak nya inilah kasih-sayang yang papa dan mama curahkan pada Tisya. Terima kasih banyak-banyak. Tapi Tisya nak buat apa pakai baju lawa-lawa, pakai barangan branded, ma? Buat apaTisya pegang duit beribu-ribu sebulan, pa? Sedangkan Tisya sunyi. Sakit pening semua Tisya sendiri yang jaga. Tisya dah makan ke belum siapa yang kisah?

*****

“Tisya tak sihat ke?”

“Kenapa Wan? Aku nampak sakit ke?”

“Muka pucat sikit… dan nampak cengkung.”

“Biasalah, Wan. Student. Banyak assignment.”

“Ha.. bila nak ajar aku buat animation. Yang 3D punya.”

“Datang lah rumah. Ah tak pun aku bagi kau software 3d Mac. Nanti kau boleh try sendiri.”

Wan angguk. Dari jauh Meera melambai. Aku membalas.

“Kau makan roti je Wan? Diet ke?”

Meera mengerut kening. Wan memandangku. Aku faham maksudnya.

“Dia memang tak makan nasik. Dari kecik pun makan roti. Tak der roti tak leh hidup. Kan, Wan?”

“Betul le tapi sikit ajalah. Aku makan juga nasi, kalau terpaksa. Memang tak boleh makan, aku pun tak tahu kenapa.”

“Oooo..”

Aku tahu Meera masih kompius. Nak buat macam mana. Dah dia suka makan roti. Sebuku roti tu dia boleh habiskan sekejap je. Tak payah sapu apa. Pelik tapi ada keistimewaannya juga.

“Tisya, Dean nak jumpa.”

“Ha?”

Dah lama aku tak dengar nama itu disebut. Aku pun hampir lupa.

“Dia nak belanja kau sebab hari tu birhday dia kau kasi coklat kan?”

“La, kau bagitau ke Wan?”

“Nak buat macam mana, kau pun tahu aku ni lembut hati.”

“Dia marah?”

Ada getar dalam suaraku kali ini. Wan tersenyum penuh makna.

“Dia makan sorang tahu? Kitorang mintak sikit pun tak kasi.”

Aku turut tergelak. Nakal jugak budak Dean ni.

“Dia ada kat mana sekarang?”

“Kat tasik. Buat assignment..”

Aku terus berdiri.

“Eh, tak menyabar je dia ni. Tunggulah.”

Aku tersengih.

“Aku dah bagi can ni, tak paham-paham lagi ke?”

Meera dan Wan berpandangan. Aku segera berlalu.

*****

“Mama!”

Tisya meluru dan memeluk ibunya. Puan Rosnani membalas rangkulan dan mengusap mesra rambut anak tunggalnya.

“Mama ada belikan present untuk Tisya…”

Tisya tersenyum tawar. Lagi-lagi dia dimomokkan dengan hadiah. Tisya sakit mama… Pernah ke mama nak ambil tahu?

“Thank you, ma. Mama Tisya ada satu permintaan, mama boleh tunaikan tak?”

“Apa dia, sayang… apa saja untuk Tisya mama akan cuba.”

“Tisya nak.. kalau boleh… nak makan bersama mama dan… emm papa. Kat mana pun Tisya tak kisah sebab Tisya rindu sangat nak bersama mama dan papa Tisya. Boleh, kan ma? Itu saja ma…”

Puan Rosnani mengeluh perlahan. Sebenarnya ini adalah permintaan anaknya yang ke ratusan kali. Bukan dia tak cuba tunaikan cuma, masa tak mengizinkan.

“Okey. Nanti mama call papa dan kita arrangelah ikut schedule. Mana tahu mama free papa pula tidak. Tisya faham kan?”

Tisya angguk. Dia memang faham. Faham sangat.

“Mama Tisya rasa mengantuklah. Tisya naik dulu ya?”

Dia mencium dahi, pipi dan tangan mamanya. Lalu berlari pantas ke bilik. Dia menyeka airmata yang mengalir. Tisya menyembamkan muka ke bantal, menangis semahunya. Kata-kata doctor tempohari masih terngiang di telinga. Tisya mengidap barah. Semua tanda-tanda yang menunjukkan penyakit itu sudah di tahap seri us terdapat pada tubuh Tisya. Doktor mengharapkan dia bersabar dan cuba mengaturkan pembedahan secepat mungkin padanya. Tapi Tisya tahu masanya sudah suntuk. Rambut lebatnya sudah berkurangan… pipinya cengkung. Beratnya turun mendadak walaupun Tisya tak memilih makan. Deria rasanya sudah hilang, walau apa yang disuapkan ke mulut, Tisya tak mampu merasa. Doktor mengarahkankan berada di wad dalam masa yang terdekat ini tapi Tisya enggan. Dia mahu menghabiskan masa bersama keluarga buat masa ini. Kalau boleh mahu bersama mama dan papa menikmati hari-hari terakhir yang bakal dilaluinya. Tisya rasakan matanya semakin berat. Gelap.

*****
“Assalamualaikum!”

Dean tersentak. Memandang aku atas bawah sambil menjawab salam. Aku tersengih-sengih sambil membetulkan cap.

“Buat per?”

“Nak tolong ke?”

Aku kenyit mata dan mengambil tempat di depannya.

“Tolong tengok kau je la, boleh?”

Sakat ku nakal. Dean tersenyum malu. Eleh malu-malu kucing. Aku pun apa lagi ni lah masanya mengayat. Curahkan segala ilmu. Hehe. Aku bersila di depannya. Entah kenapa hari ni aku nak tengok Dean puas-puas. Nanti masing-masing dah busy. Susah pulak aku nak menatap budak yang aku admire ni.

“Ajar aku lukis Sya. Kaukan terer. Hari tu kau kasi kat aku kau punya drawings, kan. Terima kasih.”

Alamak. Kantoi lagi. Ni mesti keje Meera ngan si Wan. Aku dah tulis siap-siap secret admirer pun Dean tahu jugak. Aiseh, buat cam ner nasik dah jadi bubur. Memang hampir setiap hari mesti aku lukis sekeping lukisan untuk Dean. Entah, aku pun tak tahu kenapa. Bila teringat dia, aku terus capai pen atau pensel dan lukis. Pas tu setiap minggu aku pass kat Meera dan ada lah ayat best-best aku tulis kat situ. Strategi kot.

“Tisya, lukis aku boleh?”

Dean merenung aku penuh harap. Nak bagi mak we lah tu.

“Maner lah aku reti lukis ni, Dean. Silap-silap jadi muka beruk pulak.”

Dean tertawa.

“Takkanlah… please… “

Dia hulurkan pensel dan kertas. Macam mana ni. Panik gak aku. Tangan aku menggeletar ketika menyambutnya. Buat-buat tersentuh sikit. Ambik kesempatan.

“Okey tengok sana.”

Aku tunjuk ke kanan, Dean menurut. Aku tengok perspektif mukanya. Dengan selamba aku pegang pipi Dean dan tolaknya ke tepi sikit. Bukannya luak. Kesempatan lagi. Hehe. Lama aku renung Dean, bukannya apa, ambik mood. Aku sebenarnya segan. Biasanya aku buat drawing masa sorang-sorang kat bilik, boring-boring bolehlah. Aku tengok Dean tenang. Yakin lah tu. Tangan ku bergerak-gerak sambil mata aku tak lepas merenungnya. Matanya… turun ke hidung, berhenti di bibirnya merah. Aku terhenti. Tangan aku mengagau mencari pemadam.

“Cari apa Tisya?”

“Duk diam-diam…jangan gerak”

“Cakaplah, kau nak apa? Aku tolong ambilkan.”

“Aku nak kau.”

Mata berpandangan. Aku tersengih. Ketelanjuran kata-kata memang tak boleh ditarik balik. Muka Dean berubah merah. Aku capai pemadam dan sambung melukis. Masing-masing diam. Aku tenggelam dalam duniaku.

“Jangan risau Dean. Aku memang minat kau. Tapi setakat tu aja. Sumber inspirasi. Aku tahu kau dah ada awek. We ara buddies right?”

Aku hulurkan potret yang ku lukis pada Dean. Biarlah dia menilai sendiri. Di bawahnya aku tulis from ‘secret admirer’. Lama Dean menatap wajahnya di kertas itu. Aku berdiri dan mengibas punggung.

“Bye Dean. Aku balik dulu. Take care, coz I do care.”

Aku tersenyum penuh makna. Dean masih terpaku. Sebenarnya aku terasa sebak tapi aku pasti kenapa. Aku dapat merasakan yang aku takkan bertemu Dean selepas ini.

****

“Assalamualaikum…”

Dean berdiri di muka pintu sambil memegang sejambak ros. Kelihatan seorang wanita terjengul di situ. Dean mengagak umurnya lewat 30-an namun masih berperawakan menarik, nampak lebih muda.

“Cari siapa?”

“Err… Tisya ada auntie?”

“Awak ni Danial, ya?”

Dean mengerut dahi. Macam mana wanita ini tahu namanya.

“Eh, Dean masuklah dulu.”

“Prof. Jai. Maaf kalau saya mengganggu.”

Dean bersalaman dengan Dr. Jailani.

“Duduk dulu Dean, nanti auntie ambilkan minuman.”

“Tak payah susah-susah auntie.”

Puan Rosnani tersenyum dan berlalu. Dean masih memandang sekeliling mencari kelibat Tisya.

“Cuti semester belum habis Dean dah balik sini..?”

“Ada part time kat pejabat abang saya, prof. Sambil cari pengalaman, dapatlah duit poket sikit.”

Dr. Jailani mengukir senyum.

“Tisya mana prof?”

Sekian kalinya pertanyaan Dean tak terjawab. Puan Rosnani yang menatang dulang berpandangan dengan bekas suaminya.

“Pergilah ke bilik Tisya kat atas tu, Dean. Awak akan tahu dia di mana.”

Dean keliru. Tanpa berfikir panjang dia bergegas ke tingkat satu. Bilik yang berhadapan dengan tangga bagai menggamitnya supaya masuk. Dean memandang sekeliling. Bilik yang ceria berwarna kuning air dan biru langit itu sangat menyejukkankan mata. Tapi Dean terasa kosong. Dia teralih pada meja tulis di satu sudut. Dia mengagak di situlah tempat Tisya menghabiskan masanya dengan melukis. Dean terpandang sesuatu yang amat dikenali. Potret dirinya. Tisya membingkaikannya di samping gambar ibu dan ayahnya. Dean menghampiri meja. Tangannya mencapai sekeping sampul surat bewarna biru. Tertulis di situ untuk ‘Dean’ dari ‘secret admirer’. Dengan penuh perasaan ingin tahu Dean mengeluarkan surat yang juga bewarna biru dan membaca.

Buat Dean yang dirindui.

Aku terima kemboja ini sebagai lambang kasih kita. Aku pasti yang tangan ini tak bertepuk sebelah sahaja. Iringilah aku dengan doa, Dean… itu sahaja yang aku pohon. Jangan sedih Dean. Tiada jodoh di sini, insya Allah kau akan bertemu yang lebih baik dari aku. Ingat selalu, Tisya sayangkan Danial.

“Tisya!”

Dean berlari turun.

“Prof! Auntie benarkah?”

Puan Rosnani mengangguk. Matanya merah. Dr. Jailani tunduk. Dean terasa seperti bermimpi dan lututnya menggeletar. Dean gagahkan diri untuk berdiri. Perlahan memohon diri untuk pulang. Dia tak mampu untuk berada di situ lebih lama.

“Tisya. bukan aku tak sudi menyambut cintamu dulu, tapi aku ragu. Aku sedar aku siapa.. tak mungkin berdiri di sampingmu. Tapi Tisya, sesungguhnya hanya kau yang berjaya mengetuk pintu hati ini, percayalah. … Maafkan aku. Aku terlewat. Mampukah aku kuburkan cinta ini, Tisya?”

Bisik Dean. Terasa matanya pedih. Air mata lelakinya tumpah jua.

6 Respons

  1. so sweet..declare your love b4 its late..

  2. huhu..mmg touchcing citernye:(..mcm2 emosi ada bila bace.u all,luahkan ksh syg korng tau wlpun xthu cranye..aslkan smpai kt org bkenaan..by jie:P

  3. waaaaaaaaaaa….. cedey nye cite dia… tapi sweet gk mule2 2.. bg u all kat luar cne luah kn la cinta 2 sblm terlmbt.. gud luck *azrina*

  4. huh, best tp sedey le..
    luahkn cinta anda sblm terlambat..

  5. cite nie best tp ending nye ak ase ptt dean n trisya bersatu walau sekejap…

  6. yup aku stuju nga ciko..citernye best tp ending sedih..tu yg tak best. aku paling benci ending sedih, tapi nk wat camne dah lumrah hidup katakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: