Cerpen : kasih safiah

Ibnu Reza
paradsym@yahoo.com

SATU

‘Ish mn dia letak kitab fiqh muqarran ni’? tangan safiah membelek-belek kitab di rak buku sahabatnya. Ni yang malas aku nak percaya dengan ahli bait sendiri. Getus hati kecilnya!. Pantas tangannya mengalih-alihkan beberapa buah kitab kuliah syariah tahun dua itu. ‘Alhamdulillah, jumpa pun’, diambil lalu. keluar menuju ke biliknya . seketika dia meletakkan di atas meja kedengaran bunyi pintu rumah dikuak.. kelihatan Aida muncul sambil tersenyum, terus menghampirinya. ‘amboi, muka macam nak orang je ni’ apa kes pulak?

‘yer memang nak makan orang pun’ balas safiah sambil muncungkan mulut. ‘tambah-tambah kalau orang tu kau sendiri’ tambah safiah sambil anak matanya mengerling ke arah aida yang sedang berlalu ke dapur.

‘Emm, imtihan lagi 3 bulan, baik aku prepare siap-siap’ begitulah sikap safiah, bijak mengatur masa.
Tatkala sedang menyisip mukasurat kelihatan sepucuk surat berwarna biru pada pertengahan kitab. Pelahan-lahan surat itu dibuka…

Assalamualaikum

Kaifa hal? Nama saya sumaiyyah binti ahmed. Berasal dari sebuah negara bahagian barat benua Asia, negara mangsa yahudi, palestin. Boleh kita berkenalan?saya suka berkawan dengan orang dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Nanti boleh kita berkongsi cerita. Harap enti sudi jadi sahabat ana.

Yang ikhlas
Sumaiyyah

Lantas fikirannya berpusat pada selembar kenangan yang lalu…. Saat perkenalan dan persahabatannya dengan gadis berdarah turki campuran palestin itu. Malam itu Safiah lena bersama pelukan warkah usang beserta gamitan memori silam.

DUA

‘Maaf! Ana terlambat, ada kemalangan kat depan tu tadi’ jelas aku sewaktu baru tiba depan pintu surau Syeikh Sodiq Al-adawi itu.

‘Silakan duduk ustazah, kita baru nak mula’ jelas seorang ustaz di situ.

‘memandangkan semua dah hadir, marilah kita mulakan mesyuarat dengan ummul kitab… Al Fatihah’ pengerusi memulakan ucapannya.

Semua yang hadir mula membaca Al Fatihah sambil membelek-belek kertas kerja yang baru diedarkan.

‘baik, kali ini kita akan mengadakan satu majlis mega, iaitu majllis sambutan Maal Hijrah. Lebih kurang tiga minggu lagi, jadi saya sudah aturkan tugas-tugas kepada yang terlibat. Boleh lihat atas kerja masing-masing’ jelas Ketua Badan Dakwah

Pengarah – Ustaz Hafifi bin Zainal

Timbalan pengarah – Ustazah Safiah binti Yassir

‘ya Allah! takkan timbalan pengarah kot, aku mana reti nak handle semua ni’ bisikku perlahan.

Hampir dua jam setengah perbincangan mesyuarat itu dijalankan akhirnya majlis ditangguhkan dengan tugasan yang ditentukan oleh pengarah program.

Seusai program itu pantas kaki safiah melangkah pulang ke rumah.

TIGA

‘pertemuan kita disuatu hari

Menitipkan ukhuwah yang sejati

Bersyukur ku kehadhrat illahi

Diatas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi

Dugaan yang menimpa diri

Bersabarlah diatas suratan

Ku tetap pergi jua’

Mendayu-dayu lagu ‘doa perpisahan’ nyanyian kumpulan brothers dari corong speaker komputer peribadi milik safiah. Sudah dua hari dia terlantar dikatil biliknya, penyakitnya dua tahun yang lepas makin menyengat-nyengat kebelakangan ini. “kau kena berehat Alia, biar kami uruskan pasal dewan tu’ nasihat Syamimi dan Aida petang dua hari yang lalu tatkala mana dia bekeras hendak membersihkan dewan untuk majlis sambutan itu.

Bep!bep! telefon bimbitnya bergetar, menandakan ada mesej masuk,
:Assalamualaikum, kaifa hal? Harap2 enti sihat. Sumayyah disini Alhamdulillah. Macam mana madah safiah, dah ulangkaji? Safiah mungkin datang lewat sikit sebab Negara sumayyah sedang perang teruk sekarang ni. Doa-doakan semoga sumayyah selamat ya,. Wassalam.

Kepulangan sumayyah ke negaranya empat bulan yang lalu bermain-main di layar ingatan safiah. Berat untuk melepaskan tangan sumaiyyah tatkala mereka bersalaman buat kali terakhir di lapangan terbang Cairo itu. Lambaiannya seolah-olah lambaian yang terakhir. ‘insyaAllah kita akan berjumpa lagi sumayyah’ hati kecil safiah berbicara.

EMPAT

Ahad-25 januari, satu lagi serangan besar-besaran dilancarkan keatas semenanjung Gaza, palestin. Bermula dari jam 11 malam hingga jam 9 pagi waktu Malaysia. Menurut maklumat semasa lebih kurang 20 buah jet pejuang jenis F-12 kfir 10, buah jenis F-117 nighthawk dan 5 buah Lockheed F-104 starfighter digunakan dalam pertempuran tersebut. Serangan yang bertalu-talu itu memusnahkan sekurang-kurangnya tiga stesen janakuasa serta meletupkan sebuah pusat membeli belah berdekatan Al Shail. Serangan balas pihak lawan juga telah berjaya menjatuhkan 5 buah pesawat jenis nighthawk dan kfir. Jumlah kematian terkini adalah sebanyak 79 orang dewasa dan 21 kanak-kanak.

Keratan akhbar ‘al azhar’ itu ditatap kemas, sambil anak matanya memerhatikan gambar-gambar yang tersiar.‘Oii… aku nak kena buat apa ni’ laung Faezah dari hujung pentas sambil tangannya memegang beberapa jambak bunga plastik.

‘la…… kau lekat la kat bahagian tepi pentas tu, takkan nak makan kot’ balas safiah sambil tersenyum melihat sahabat-sahabatnya sibuk menghias pentas untuk program Maal Hijrah itu, lantas mematikan tumpuannya pada akhbar itu.

‘Alhamdulillah siap jugak pentas ni. Mujur kawan-kawan sanggup tolong aku, kalau tidak bernasyid atas lantai la kumpulan Devoicess nanti’ safiah berlalu sambil memandang kain rentang “ Majlis Sambutan Maal Hijrah’ terpampang di atas muka pintu dewan besar itu.

LIMA

‘Eh Fifi, hang boleh tolong aku tak?, tolong tukar aku jadi ajk unit lain, aku tak reti la urus bab-bab hadiah ni” ngomel Razif pada pengarahnya. ‘alahai, macam la aku taktau. hang klu berurusan dengan ustazah syamimi tu mesti nak mengelak. Tak boleh! Tak boleh! Hang kena handle jugak pasal ni’ jelas Hafifi membesarkan anak matanya menjeling Razif. Pantas razif berlalu mengerut dahi sambil memicit-micit dahinya. “bukannya kau tak tahu perangai minah syadid tu’ kedengaran suara razif acuh tak acuh. Akhirnya petang itu menyaksikan pertemuan dua insan yang tidak pernah sependapat, dalam satu perjumpaan mesyuarat unit hadiah dan cenderamata.

“Alia safiah bintu yassir maujud?” Tanya posmen arab sambil mencatit sesuatu diatas kotak yang dipegangnya. ‘Aiwah ya ammu, istanna’ Raihana berlari anak memanggil safiah. ‘Syukran’, ucap safiah tatkala mana kotak itu diterimanya. Seketika kedengaran deruan enjin makin sayup menandakan posmen itu berlalu. ‘siapa yang kirim tu alia?’ sapa Raihana selaku senior ahli bait safiah. Ahli baitnya lebih gemar memanggil namanya dengan panggilan Alia. ‘entah la akak, alia pun tak pasti’ tangannya membelek-belek kertas pembalut mencari kalau-kalau ada terukir nama pengirim. ‘Nanti la Alia bukak, nak sambung masak kejap’ safiah bingkas bangun menghala ke dapur.

ENAM

Hari ini sekali lagi perjumpaan semua unit berlangsung, Cuma kali ini bertempat di surau pihak lelaki. Banyak perkara yang dibincangkan. Kesemua unit memberikan komitmen yang memberansangkan. “ana ada satu cadangan” tiba-tiba suara Syamimi mencelah. ‘apa kata kalau kali ni kita panggil mana-mana syeikh sebagai panel jemputan atau ahli vip, boleh jugak kita tahu macam mana sepatutnya Maal Hijrah disambut. Syamimi menjelaskan buah fikirannya. ‘bagus juga idea ustazah Syamimi tu, ada kelainan sikit program kita kali ni’ sahut faeiz dari unit pengisian menyokong cadangan itu. Keadaan diam sejenak, masing-masing tunduk berfikir.

‘ana rasa, cadangan tu elok diserahkan kepada unit pengisian saja, terpulang kepada antum untuk pertimbangkannya’ Komen pengarah. ‘Ustaz Faeiz bincang la dulu dengan ustazah Syazwina’ sela Safiah.
‘baiklah mesuarat kita tawaquf setakat ini dulu, semua unit mesti menjalankan tugasan sebaik mungkin, kita akan bertemu semula tiga hari sebelum majlis berlangsung dalam mesyuarat yang terakhir nanti’ kalam terakhir dari Hafifi selaku pengarah program. Majlis itu ditangguh dengan tasbih kaffarah dan surah Al’asr.

Bungkusan yang baru dibuka ditatap lama, seakan-seakan ada maksud tersirat disebalik hadiah tersebut. Sejak balik dari perjumpaan petang tadi, safiah berkurung saja dalam bilik. Di belek-belek sebuah lukisan tangan yang sudah dibingkaikan berlatarkan gambar dua orang wanita. Cantik, berada dalam sebuah taman, seperti sedang bergembira bagai tiada masalah. Begitu juga sebuah Kristal berbentuk hati, terukir dua huruf ‘S’ ditengah-tengahnya. Terselit satu warkah jua disitu.

‘Tinggi sikit Aida!’,” ok kat situ, paku terus!” jerit Safiah Terasa kepuasan meresap ke seluruh jiwanya saat dia memandang bingkai lukisan itu akhirnya tergantung di dinding biliknya. Kristal itu tidak dibiarkan begitu saja, malah diletakkan terus atas meja studynya.

TUJUH

Rasa bersalah Raihana belum hilang lantas dia berwudhuk dan mengusaikan dua rakaat solat sunat. Namun masih terbayang-bayang beberapa bait kalimah-kalimah yang dibacanya sebentar tadi. Sumaiyyah mimpi safiah bersama-sama dengan sumaiyyah dalam satu taman yang sangat cantik. Orang kat taman tu pun baik-baik. Sumayyah teringin sangat nak pergi kat situ. ‘Astaghfirullah!, tak sepatutnya aku baca surat orang tanpa keizinan’ bisik Raihana perlahan. Resah itu beransur hilang tatkala mana kalamullah meniti dibibirnya.

Para hadirin mula memenuhi dewan Solah Kamil yang mampu menampung seramai 300 orang dalam satu-satu masa. Setiap unit mula menjalankan tanggungjawab masing-masing. Paling sibuk sekarang unit disiplin dan protokol. Pengerusi mula mengambil tempat. Barisan VIP sudah mula melabuhkan punggung di sofa bahagian hadapan. Beberapa minit kemudian keadaan kembali tenang. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” Faizal selaku pengerusi majlis memulakan ucapan. Diikuti tasbih dan tahmid kehadrat illahi seterusnya ucapan alu-aluan . sejam yang berlalu menyaksikan ucapan daripada pengarah program, diikuti ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Negeri dan selingan nasyid pembukaan. Bergema dewan itu dengan tepukan seketika tatkala mana nasyid itu disudahkan. Agenda yang paling dinantikan hampir tiba. Namun…
Di satu sudut yang lain kelihatan seorang gadis berpeluh keringat membasahi wajahnya. Matanya dipejam rapat.

AKHIR

“lekas-lekas bawak dia pergi hospital, nampak parah ni’ arah seorang ustaz disitu. Wajah Safiah pucat, nafasnya tersekat-sekat. Hujung cupingnya kedengaran pengerusi menjemput syeikh Rushd Al Syafie ke pentas untuk meneruskan agenda. Perutnya dirasakan bagai tercucuk sesuatu yang amat tajam. Ya! Hampir tembus keluar merobek ususnya. Badannya terasa ringan, dingin sekali. Bayangan sumayyah sedang melambai memanggilnya. Kedengaran sayup bunyi kenderaan lalu lintas.

“alhamdulillah, majlis masih berjalan lancar” hati kecil Hafifi bersuara sambil tangannya menyeka peluh dimuka. Di sudut hatinya berharap semoga Safiah selamat. Para hadirin khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh syeikh Rushd pakar ilmu Fiqh itu. Sejam suku kemudian taklimat itu disudahi dengan penyampaian cenderahati oleh Yang Dipertua Negeri kepada syeikh. Majlis itu akan berakhir beberapa ketika lagi. Sementara menunggu kumpulan Devoicess menyempurnakan agenda terakhir itu, tayangan slide show dipaparkan.

Beep!beep! deringan telefon bimbit Hafifi berbunyi, menandakan mesej masuk. Assalamualaikum, ada berita dari teman palestin saya. Teman senegaranya Sumayyah baru meninggal dunia akibat dibedil peluru sesat tentera yahudi sebentar tadi. –Syuhada. Hafifi mencatat maklumat itu diatas buku notanya. ‘InsyaAllah aku akan maklumkan nanti’ dewan bergema lagi, kali ini dengan gelak ketawa para hadirin. Rupanya tayangan itu berjaya mencuit hati mereka. Paparan yg ditunjukkan adalah sebuah animasi islam berunsur sejarah. ‘semalam yang telah pergi, menghilang tanpa jejak, membawa bersama….’ Tut! Pantas punat hijau ditekan, “Assalamualaikum, ada apa hal?” sahut Hafifi. Waalaikumussalam ustaz, ada berita sedih yang ana nak maklumkan’ kedengaran suara tersekat-sekat ditalian. “ada apa ustazah?” jantung Hafifi berdegup kencang. “Saudari safiah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir lima minit yang lalu” teresak-esak suara itu melafazkannya. “innalillahi wainnailaihiraji’un” terasa sendinya bergetar kuat menerima perkhabaran itu.

“sebelum agenda terakhir ini diteruskan, ada dua pengumuman ingin saya sampaikan” Hafifi mengambil nafas. “pertama saudara kita sumayyah telah meninggal dunia dibumi palestin setengah jam yang lalu, akibat peluru sesat rejim yahudi” lafaz Hafifi terang. Hadirin mendengar penuh perhatian. Keadaan sunyi seketika.
“yang kedua, sahabat kita juga timbalan pengarah program ini…” Suara Hafifi berhenti disitu. Rembesan air mata mula menitiskan manik-manik jernih diwajahnya. Hadirin terkedu! Menanti penuh sabar. “saudari Alia Safiah binti Yassir juga telah pergi menghadap illahi lima minit yang lalu akibat kanser usus yang dialaminya dua tahun yang lepas” Akhirnya terlafaz juga khabar tahzan dari mulut Hafifi. Kedengaran suara alunan zikir dibibir para hadirin. Begitu juga suara tangisan sayup di kawasan akhawat

Petang itu menyaksikan pemergian dua insan yang tidak disangka-sangka. Bagi Raihana, dia memahami hakikat yang sedang berlaku. Memahami warkah Alia pada hari yang lalu. Majlis itu berakhir dengan lagu ‘doa perpisahan’ oleh kumpulan devoicess. Bagi Aida, Faezah dan Syamimi lagu itu akan terus berkumandang mendayu-dayu dihujung telinga mereka. Apa yang pasti, Alia Safiah sudah tiada lagi……..

glosari

imtihan-peperiksaan
prepare-bersedia
kaifa hal-apa khabar
handle-urus
maujud-ada
aiwah ya ammu-ya pakcik
istanna-tunggu
syukran-terima kasih
tahzan-sedih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: