My Cold Hearted Prince

Bab 1

~Pertemuan Pertama~

“Teruk betul pak cik ni,ada ke patut tinggal aku,” luah Najwa, kesal. Ini sudah kali ke-20 Najwa datang lewat ke sekolah. Oleh kerana dia sudah ditinggalkan jadi dia terpaksa berbasikal ke sekolah. Tiba-tiba…

“Aaaaaaa…” Najwa menjerit.

“Kau ni buta ke, hah? Teruk betul, habis baju aku kotor,” kedengaran suara seorang lelaki di telinga Najwa.

“Amboi, sesedap mulut je tuduh aku buta, kurang ajar!” Sebaik sahaja Najwa berdiri, dia terdiam .

“Kenapa diam? Tadi kata aku kurang ajar sangat, “ Mata lelaki itu merenung tajam wajah Najwa.

“Er…sorry,” Lancar sahaja perkataan itu keluar dari mulut Najwa.

“Sorry? Senang je kau cakap sorry, baju aku yang dah kotor ni, kau nak ganti ke? Dahlah kata aku kurang ajar,” Wajah lelaki itu masih tegang. Apabila lelaki itu berkata begitu, hati Najwa berasa sangat jengkel terhadap lelaki yang berwajah kacak itu.

“Kau nak apa lagi? Dahlah, kau maafkan jelah aku ye, lagipun aku dah lambat nak pergi sekolah,” Najwa terus menunggang basikalnya.

“Woi, hutang kita belum selesai lagi!” Jerit lelaki itu.

“Halalkan je!” Jerit Najwa pada lelaki itu sambil melambai tangan.

“Hampeh punya perempuan,” kata lelaki itu sebaik sahaja bayangan Najwa hilang dari ekor matanya.

~Janganlah Marah~

“Najwa terbongkok-bongkok mencari kelibat guru kelasnya, Puan Hamidah yang terkenal dengan sikap garangnya.

“Hoi, ngendap apa?” Bahu Najwa ditepuk kuat.

“Eh, Aku tengah ngendap mak mentua aku mengajar!” latah Najwa,kuat. Serentak dengan kedengaran gelak tawa dari kelas 5 Sains 1. Gadis yang mengejutkan Najwa juga ketawa kuat.

“Sejak bila Cikgu Midah jadi mak mentua kau? Otak dah mereng kot,” kata gadis itu lagi sambil menolak kepala Najwa.

“FAZ! Kau ni kan,suka susahkan aku,mati aku dengan Cikgu Hamidah karang,” kata Najwa sedikit gusar.

“Cik Annysa Najwa, jangan risau. Mak mentua kau tu tak ada,dia pergi pejabat,” kata Faz dan dia terus menarik tangan Najwa ke dalam kelas.

“Kenapa dia pergi pejabat?” Tanya Najwa sebaik sahaja duduk di atas kerusi.

“Entah, Asyraf kata ada budak baru,” Faz memandang wajah lelaki idamannya,Muhammad Asyraf Haikal.

“Asyraf kata…” kata Najwa sambil mengangkat keningnya.

“Benci betulla kalau cakap dengan kau ni,” luah Faz atau nama sebenarnya, Nurul Ain Fazleena kepada Najwa.

“Ei, ingat aku suka sangat cakap dengan kau? Sikit-sikit Asyraf itu, Asyraf ini, muak tau tak?” luah Najwa sambil memasamkan muka.

“Najwa,aku main-main je la. Janganlah marah,” pujuk Faz yang ternyata gelabah apabila melihat muka Najwa yang masam.

“Weh, Cikgu Midah is on the way!” Jerit Efiza, gadis yang terkenal dengan dengan nama, Minah Merapu.

~Dia Lagi?~

Sebaik sahaja Puan Hamidah melangkah masuk ke kelas itu, suara riuh rendah dari kelas itu terus senyap. Mata pelajar-pelajar perempuan kelas itu terus tertancap pada wajah lelaki yang masuk ke kelas itu bersama dengan Puan Hamidah. Mata Najwa juga tertancap pada wajah yang sama dilanggarnya pagi tadi.

“Dia lagi?” Sebaik sahaja Najwa bersuara, satu kelas memerhatikan dia.

“Bila awak datang Annysa Najwa? Saya tak nampak awak pun tadi,” suara Puan Hamidah kedengaran.

‘Mati aku!’’ hati Najwa berbisik.

“Saya tanya awak Annysa, awak tak ada mulut ke nak cakap?” Keras suara Puan Hamidah.

“Er…saya…baru dat…tang…cik..gu…” jawab Najwa, tergagap-gagap.

“Kali ni, apa alasan awak?” Tanya Puan Hamidah lagi.

“Saya kemalangan, cikgu,” jawab Najwa.

“Kemalangan? Saya tengok awak okey je,” Puan Hamidah merenung tajam wajah Najwa.

“Betul, cikgu! Saya terlanggar ‘monyet’, cikgu,” Najwa menjeling wajah lelaki yang dilanggarnya.

“Ada orang bela monyet ke kat taman awak tu? Dahlah, duduk. Esok awak kena datang awal, kalau tak, saya tidak akan teragak-agak untuk beritahu pengetua,” kata Puan Hamidah.

“Baik, cikgu,” kata Najwa sambil tersenyum manis kepada lelaki itu.

~Azhan~

“Assalamualaikum, nama saya Azhan Amer. Saya baru pindah ke sini tiga hari lepas. Saya dari Kuala Lumpur. Terima kasih,” terang Azhan kepada semua pelajar dalam kelas 5 Sains 1.

“Baik, Azhan. Awak boleh duduk di sebelah Asyraf,” kata Puan Hamidah dan kemudian, dia menyambung, “Saya harap kamu dapat tolong Azhan untuk sesuaikan diri di sini. Saya dan cikgu lain ada mesyuarat jadi kamu buat kerja masing-masing dan jangan bising. Asyraf, kamu tolong bawak Azhan melawat persekitaran sekolah nanti ye.”

“Bangun…terima kasih cikgu,” suara Asyraf kedengaran kuat.

“Terima kasih, cikgu!” jerit kesemua pelajar 5 Sains 1.

“Faz, ada kertas kosong tak?” Tanya Najwa.

“Kau tak marah aku ke?” Tanya Faz kembali.

“Kalau kau tak bagi aku kertas, lagi aku marah,” kata Najwa, separuh mengusik.

“Okey-okey…nah!” Faz menghulurkan sehelai kertas kosong kepada Najwa”

“Kamsahamnida,” kata Najwa sambil tersenyum manis lalu menulis sesuatu di atas kertas tersebut.

“Efiza, sini jap. Kau tolong bagi kertas ni kat Azhan tu ye,” arah Najwa sambil mengenyitkan mata.

“Amboi, belum apa-apa dah tulis surat cinta. Upah tak ada ke?” Tanya Efiza sambil tersenyum.

“Waktu rehat nanti aku belanja kau ayam goreng favourite kau tu,” kata Najwa.

“Okey, janji tau!” Efiza terus berlari ke meja Azhan

~Surat Cinta~

“Nah, ada orang bagi!” Efiza meletakkan sura itu dia atas meja Azhan.

“Apa ni?” Tanya Azhan.

“Ni nama dia surat cinta,” terang Efiza.

“Kalau macam tu, tolong buang!” Kata Azhan, keras.

“Ei, jahatnya perangai! Kesian Najwa tau tak,” Efiza terus mengambil surat tersebut.

“Kejap-kejap, sapa bagi? Najwa? Bagi sini surat tu,” Azhan terus merampas surat itu dari tangan Efiza.

“Kau ni pelikla!” Efiza terus pergi dari situ.

“Apa yang dia tulis,hah?” bisik Azhan kemudian dia terus membuka lipatan kertas itu dan terus membaca,

Assalamualaikum, apa khabar? Sakit lagi tak kena langgar tadi? Anyway, aku tulis surat ni nak ‘mintak maaf’’ sebab langgar kau tadi…mesti sakit kan? HAHAHA!!! Aku ada satu soalan nak tanya, bukan tadi baju kau kotor ke? Macam mana kau basuh? Guna air mata ke? HAHAHAHAHA!!!! Anyway, aku nasihatkan kau, janganla buat muka tak de perasaan kau tu,okey? Sebab kelas nie kelas yang mempunyai penghuni yang happy so jgn rosakkan mood kitorang! Okeyla aku nak blah dulu…Assalamualaikum.

~Annnysa Najwa~

‘Kurang ajar punya perempuan,’ bisik hati Azhan,

“Surat apa ni, Azhan?” Tanya Asyraf,tiba-tiba.

“Takde apa-apa,” jawab Azhan tanpa memandang Asyraf.

“Betul ni?” Tanya Asyraf lagi.

“Yup, 100% betul,”kata Azhan.

“Asyraf, aku and Faz nak pergi tandas,” kata Najwa yang tiba-tiba berada di depan Asyraf,

“Pergilah,” kata Asyraf tanpa memandang Najwa.

“Azhan, tolonglah senyum,” bisik Najwa sebelum berlalu. Kata-kata Najwa itu mengejutkan Azhan yang tekun membaca.

Bab 2

~Secret Admire~

Sudah lima bulan Azhan menjadi penghuni kelas 5 Sains 1. Dia masih menjadi orang yang tidak mempunyai perasaan. Dia dan Najwa masih kekal seperti dulu, yang berbeza kini dia sudah mempunyai kawan baik, Asyraf dan Syafiq.

“Asy, tolong bagi kat Azhan tau,” ujar Julia yang kemudiannya berlalu bersama-sama temannya.

“Apa tu? Surat cinta ke? Julia minat kau? Tidak! Aku tak percaya!” Syafiq menggelengkan kepalanya berkali-kali tanda tidak percaya.

“Syaf, kau ni kenapa? Dari jauh aku nampak kau macam orang gila je,” tanya Azhan sambil tersenyum.

“Hah, ni Julia bagi bagi kat kau,” Asyraf menghulurkan surat yang diberi oleh Julia.

“Surat lagi? Kau buang je la, aku tak suka!” Ujar Azhan yang sudah melangkah ke dalam kelas.

“Tepi sikit,” Najwa menjerit dan terus terlanggar Azhan.

“Ish, tak alert betulla monyet ni,” kata Najwa perlahan.

“Kau panggil aku apa?” Tanya Azhan yang sudah berdiri.

“Mana ada aku panggil kau, buang masa aku je tau tak?” Najwa mendongak untuk melihat wajah Azhan yang sememangnya tinggi daripadanya.

“Najwa, mati kau kejap lagi!” Jerit Adibah yang sudah terlepas dari pegangan tangan Faz dan Efiza.

“Kejap lagi kita sambung gaduh, okey? Bubye!” Najwa terus berlari meninggalkan kelas 5 Sains 1.

“Dibah, relaksla. Syafiq takkan baca.Percayalah,” kata Efiza sambil menepuk belakang Adibah.

“Kalau dia baca macam mana? Malu aku!” Kata Adibah.

“Kalau dia baca, kau tak payah susah nak pendamkan perasaan kau tu lagi,” kata Afiqah yang mendekati mereka.

“Banyakla korang. Aku yang malu nanti,” kata Adibah perlahan.

“Mesti Syafiq terkejut sebab dia ada secret admire,” kata Efiza.

~A Guy Without Feelings~

“Sorry, Julia. Saya tak dapat terima cinta awak tu,” Azhan berkata perlahan.

“Tapi kenapa? Saya tak cukup cantik ke di mata awak?” Julia kelihatan begitu sedih, apatah lagi cintanya ditolak oleh seorang pelajar yang sudah pasti tahu tentang title ‘PUTERI’ yang dipegangnya.

“Tak, bukan sebab tu, Julia. Saya tahu yang awak puteri kat sekolah ni, oleh sebab itu saya rasa awak layak dapat seorang putera yang lebih baik dari saya,” ujar Azhan sebelum berlalu meninggalkan Julia.

Dari jauh ada lima orang makhluk ALLAH yang sedang menonton drama antara Julia dan Azhan.

“Apalah mamat tu, Orang secantik Julia pun dia tak nak. Kalau aku jadi dia, dah lama Julia tu aku jadikan kekasih hati aku,” kata Najwa.

“Biarlah dia tolak cinta si Julia tu, lagipun aku rasa Julia tu terlampau gedik untuk Azhan. Julia tu kan playgirl so, memang patut Azhan tolak cinta dia tu,” kata Efiza pula.

“Eh, korang sedar tak yang perangai Azhan tu macam Putera Lee Shin dalam Princess Hours?” Tanya Adibah.

“Dibah, jangan kaitkan Shin dengan dia, okey? Shin is nicer. Moreover, Azhan is a guy without feelings. Dia tu tak layak kalau nak dibandngkan dengan Shin,” bantah Najwa yang sememangnya peminat setia Shin atau Joo Ji Hoon.

“Ni yang aku malas ni, ada pulak peminat fanatik Ji Hoon kat sini,” kata Afiqah.

“Dahlah tu, jom balik kelas. Waktu rehat dah abis,” ujar Faz.

“Jom…” sahut mereka semua.

Di kelas, Syafiq baru saja selesai membaca surat yang ditulis oleh Adibah. Asyraf terus menyalin semua isi surat tersebut di atas papan hitam. Semua yang membaca terus ketawa. Azhan dan Syafiq sekadar memerhati dengan senyuman nakal di bibir mereka.

“Apa tu?” Tanya Najwa sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas.

“Adibah tak sangka kau berani nak meluahkan perasaan kau, hebatlah kau ni!” Kata Akmal.

“Oh, Dibah awak dah sampai, saya dah baca surat awak. Tak apa kan kalau saya bagi semua orang baca?” Syafiq tersenyum sambil meletakkan tangannya dia atas bahu Azhan.

“Apa ni? “ Air mata Adibah mula mengalir apabila luahan hatinya menjadi tatapan umum.

“Takkan awak tak tahu, ni luahan hati awak,” Syafiq mula menunjukkan surat yang ditulis oleh Adibah kepada Najwa.

Syafiq, saya dah lama nak gtau awak yang saya sukakan awak. Sejak dari first day saya nampak awak kat dalam kelas 3 Cemerlang dulu. Saya tahu, awak mungkin takkan terima saya, yelah siapalah saya di mata awak kan? Tapi saya harap awak sudi terima saya sebagai kawan awak. Itu je buat masa sekarang. Bye!

~Nurul Adibah~

“Kenapa nak menangis ni? Kalau kau dah sudi tulis, tak payah nak menangis sebab malu. Patutnya aku yang malu sebab dapat surat dari perempuan macam kau ni. Tau tak?” Kata Syafiq, kasar.

“Kalau kau suka aku, baik kau belajar bersolek dengan Julia dulu, okey Adibah sayang?” Sindir Syafiq, kasar.

Sindiran Syafiq telah membuat Adibah lari keluar dari kelas itu. Najwa yang berada di muka pintu berjalan mendekati Syafiq dan terus menumbuk perut Syafiq.

“Aduh! Hoi, kau dah gila ke, hah?” Syafiq terduduk di hadapan Najwa.

“Tak, aku tak gila! Aku cuma mengajar orang yang tak reti hormat kawan baik aku! Kalau kau buat macam tu kat aku dengan kawan-kawan aku, memang cari nahaslah jawabnya. Kau jangan cuba-cuba nak cari pasal dengan kawan-kawan aku. Memang patut geng kau ni dipanggil geng MONYET sebab perangai memang macam monyet!” Kata Najwa sebelum berlalu.

“Hoi, kau jangan sesuka hati nak panggil kitorang monyet!” Kata Azhan.

“Kenapa? Kau terasa ke? So sorry, Cold-hearted Prince,” Najwa menundukkan kepalanya seolah-olah sedang memberi hormat kepada orang tua.

“Cold-hearted Prince? What is that?” Tanya Azhan dengan kasar sambil merenung wajah kelat Najwa.

~My Love~

“Takkan tak tau lagi? Itukan nama panggilan kau!” Najwa cuba berlalu tapi lengannya dipegang Azhan.

“Kau ni sapa? Sesuka hati je nak panggil aku macam tu,” Azhan merenung tepat wajah Najwa.

“Aku? Takkan tak kenal lagi? Annysa Najwa binti Zulkiflie. Itu nama aku. Dan aku ada hak nak panggil kau macam tu,” ujar Najwa yang terpaksa mendongak untuk memandang wajah Azhan.

“Hak? Kau bukan sesiapa dalam hidup aku! Kau bukan mak atau ayah aku. And you are not even my girlfriend.And for your information my dear, aku dah ada girlfriend and she is Julia. Understand?” Azhan melepaskan tangan Najwa yang tiba-tiba menundukkan kepalanya. Julia yang berada di situ terkejut dengan kata-kata Azhan.

“Najwa…cepat…kitorang tak dapat…cari…Adibah!” Efiza tiba-tiba muncul dan wajahnya yang putih itu menjadi merah kerana letih berlari.

“Takkan kau tak dapat cari dia?” Tanya Najwa yang terus menoleh pada Efiza.

“Eh, Najwa kenapa kau…” kata-kata Efiza dipotong oleh Najwa.

“Takde apa-apa. Jomlah cari dia,” Najwa terus menarik tangan Efiza.

“Azhan, betul ke saya ni girlfriend awak?” Tanya Julia sambil mendekati Azhan.

“Er…my love. Hari Sabtu ni kita keluar sama-sama,okey?” Azhan tersenyum

“Okey,” Julia membalas senyuman Azhan.

~Something Wrong Somewhere ~

“Korang tak cari dia kat library ke? Itukan tempat favourite dia,” tanya Najwa kepada Efiza.

“Najwa, tadi kenapa kau menangis?” Efiza tiba-tiba bertanya.

“Takde apa-apalah,” Najwa tersenyum pada Efiza.

“No, there’s something wrong somewhere, I can see that in your eyes,” kata Efiza sambil memerhatikan Najwa yang pura-pura tidak mendengar.

“Balik nanti, kau cerita kat kami semua or kami consider kau sebagai ex-best friend kami, okey?”Tanya Efiza.

“Yelah, nanti aku cerita, Jom cari Adibah dulu,” Najwa terus menarik tangan Efiza.

Sementara itu…

“Relaks, jangan risau. Kalau ada orang usik-usik kau pasal surat tu, kau bagi tau je kat Najwa atau aku,” Faz menepuk bahu Adibah yang ternyata masih terkejut.

“Hmm…okey,” balas Adibah, perlahan.

“Jom, masuk. Mesti Efiza dengan Najwa risau,” Afiqah menyampuk dan terus menarik tangan Adibah.

Sebaik sahaja mereka masuk, semua mata tertancap pada Adibah. Kesemua mereka rasa bersalah apabila melihat mata Adibah yang sedikit bengkak kerana menangis. Syafiq juga terasa bersalah yang amat sangat pada Adibah apatah lagi dia telah memalukan Adibah.

“Aik, Najwa takde pun,” kata Faz apabila matanya tidak dapat menangkap bayang Najwa.

“Efiza pun,” sambung Afiqah.

“Asyraf, Najwa dengan Efiza pergi mana?” Afiqah bertanya.

“Korang rasa?” Pertanyaan Afiqah dibalas dengan pertanyaan dingin Asyraf.

“Ni yang aku malas ni, kalau ada apa-apa je mesti satu kelas gaduh,” kata Faz yang sedikit kecewa dengan reaksi Asyraf.

“Ala, kau bukan apa, kau Cuma risau tak dapat nak dekat dengan Asyraf je,” usik Afiqah.

“Cekodok betulla kau ni!” Kata Faz yang menepuk kuat belakang Afiqah.

“Kalau takde jugak, kita pergi lapor kat cikgu, “ ujar Najwa ketika memasuki kelas.

“Ehem…Najwa, diorang ada kat dalam,” kata Efiza lalu memusingkan badan Najwa.

“Dibah! Kau selamat!” Jerit Najwa yang ternyata gembira apabila terlihat Adibah.

“Yes, I’m safe!” Adibah tersenyum apabila terlihat gelagat Najwa.

“Sorry, Dibah. Kalau bukan sebab aku, benda ni mesti tak jadi,” kata Najwa sedikit kesal.

“It’s okey. Aku tak kisah pun,” Adibah menepuk bahu Najwa. Ketika itu, Efiza berbisik dengan Faz dan Afiqah. Dan mereka bertiga kemudiannya merenung tajam wajah Najwa.

“Najwa,” Faz memanggil Najwa yang sedang tersenyum.

“Ye,” Najwa menoleh.

“Kenapa tadi kau menangis?” Dengan selambanya Afiqah bertanya.

“Hah?!” Najwa terlopong dengan pertanyaan itu. Dan seluruh kelas juga terkejut dengan pertanyaan itu kerana mereka tahu Najwa adalah seorang perempuan yang susah untuk mengalirkan air mata.

~I Don’t Know~

“Apalah korang ni? Janganlah tanya depan diorang, aku malu tau tak,” ujar Najwa ketika mereka berjalan kaki untuk pulang ke rumah.Mereka memilih untuk tidak menaiki bas kerana mereka lebih senang berbincang jika berjalan.

“Malu konon. Sekarang cerita kat kami, kenapa kau menangis?” Afiqah bertanya.

“Aku pun tak tau kenapa aku nangis tadi,” Najwa menjawab.

“Nonsense, tak mungkin kau tak tau sebab kau menangis,” kata Faz.

“Seriously! I don’t know!” Najwa memandang wajah Afiqah.

“Aku rasa benda ni ada kaitan dengan Azhan,” kata Efiza.

“Kejap-kejap, apa kaitan dengan dia pulak?” Tanya Najwa

“Aku rasa jelah sebab dia orang last yang cakap dengan kau,” Efiza tersengih.

“Speaking of Azhan…” Adibah bersuara tiba-tiba dan dia terus berhenti.

“Kenapa?” Tanya Najwa.

“Tu, kat depan!” Kata Adibah dan serentak dengan itu keempat-empat rakan itu memandang ke depan.

“Diorang tunggu sapa, hah?” Tanya Faz

“Julia kot, dah jangan banyak tanya! Jom balik,” Mereka terus berjalan dan ketika melintasi kumpulan MONYET, nama Adibah telah dipanggil.

“Adibah, tunggu dulu. Aku nak cakap sikit dengan kau,” panggil Syafiq.

“Tak payah cakap apa-apa. Saya tahu apa yang saya kena buat. Jangan risau saya takkan hantar lagi benda-benda karut macam…” kata Adibah dipotong.

“I’m sorry,” ucap Syafiq perlahan.

“Takpe, awak tak salah. Saya yang salah,” Adibah tersenyum dan cuba berlalu.

“Boleh tak kalau saya nak ajak awak keluar?” Syafiq memandang Adibah dengan penuh harapan yang menggunung.

“Awak ajakla orang lain yang setaraf dengan awak. Saya nak balik, sorry,” kata Adibah dan terus meninggalkan mereka termasuk rakan-rakannya,

“La, dia tinggal kitalah,” kata Efiza lalu mengejar Adibah yang sedang tersenyum seorang diri.

“Hoi, wait for us,” jerit Faz dan Afiqah yang turut mengejar mereka.

“Weh, janganlah tinggalkan aku,” jerit Najwa tapi dia tidak sempat mengejar apabila Syafiq memanggilnya.

“Kenapa? Panggil-panggil orang pulak, nak apa?” Tanya Najwa sambil menoleh ke arah rakan-rakannya yang sudah jauh meninggalkannya.

“Thank you,” kata Syafiq tiba-tiba.

“Thank you? What’s up with you, bro?” Najwa mengangkat sebelah keningnya. Telatahnya itu mengundang tawa Asyraf. Azhan pula sekadar mendiamkan diri.

“Thank you sebab kau sudi tulis surat tu untuk Adibah,” kata Syafiq.

“Kejap-kejap…aku tak faham. Tadi kau kutuk-kutuk dia, sindir-sindir dia sekarang kau berterima kasih kat aku. Tak masuk akal langsung!” Kata Najwa sedikit kasar.

“Sebenarnya, aku dah lama minat kat Adibah sejak Form 1 lagi. Tapi tadi aku cuba uji dia sama ada dia betul-betul sukakan aku atau tak sebab informer aku bagi tau yang dia tak tulis surat tu, tapi kau. Tapi tak sangka sekarang dia marah kat aku,” ujar Syafiq sedikit kesal.

“Stupid!” Kata Najwa sambil mengetuk kepala Syafiq.

“Sakitlah,” kata Syafiq sambil menggosok kepalanya.

“Tau pun sakit, Kau ni dasar bengong tau tak, ada ke nak uji cinta orang! Walaupun aku tulis tapi itu luahan hati Adibah. Ei, sengal betulla! Kau dengan informer kau, sama bengong!” Ujar Najwa sedikit geram.

“Weh, jangan sesuka hati nak panggil aku bengong,” kata Azhan.

“Oh, kau informer dia! Patut pun,” kata Najwa.

“Kau ni…” Azhan cuba untuk mendekati Najwa tapi dihalang oleh Syafiq.

“Kau tolong aku, boleh tak?” Tanya Syafiq.

~Please~

“Please, bolehlah Dibah. Kita keluar lima orang,” rayu Efiza.

“Tak naklah. Aku malas,” kata Adibah.

Malam itu mereka semua tidur di rumah Najwa. Efiza, Afiqah dan Faz sudah mengetahui rahsia hati Syafiq dan mereka sanggup untuk membantu Najwa untuk memujuk Adibah agar keluar bersama-sama mereka.

“Bolehla,” pujuk Afiqah,

“Dahlah tu, dia tak nak keluar, tak payah paksa,” kata Najwa perlahan.

“Ala, Najwa! Janganlah merajuk. Okey, besok aku keluar,” Adibah bersetuju.

Keesokkan harinya…

“Jom pergi kedai buku,” ajak Najwa.

“Jom,” balas mereka berempat.

“Eh, tu bukan geng MONYET ke?” Tanya Adibah.

“Yup, jom pergi kat diorang,” Najwa menarik tangan Adibah.

“Tak nak,” Adibah cuba menarik tangannya.

“Jomlah, Syafiq tengah tunggu kau,” Afiqah membantu Najwa menarik Adibah.

“Ooo…korang tipu aku,” Adibah berkata perlahan.

Sebaik sahaja mereka sampai di meja geng MONYET, mata Najwa tertancap pada Julia yang berada di samping Azhan.

“Kau buatlah apa yang patut, aku nak balik dulu!” Bisik Najwa pada Efiza.

“No, you don’t. You are not going to leave me alone,” kata Adibah.

“Adibah, kau faham kan? Hati aku sakit sangat. Please,” ujar Najwa.

“Najwa,” mereka berempat menyebut nama Najwa.

“Korang faham,kan? Hati aku sakit sangat bila nampak dia. Biar aku pergi, okey?” Saat itu, air mata Najwa mengalir sekali lagi.

“Najwa? Kau menangis? Aku start apa-apa lagi, kau dah nangis?” Syafiq tercengang.

“No, takde kaitan dengan kau,” Najwa tersenyum dan terus berlalu.

“Cepatlah cakap,” Adibah menatap wajah Syafiq yang tenang.

“Adibah, aku…er…saya tahu awak still marah pasal hal semalam. I’m so sorry,” kata Syafiq.

“Saya dah maafkan awak. Itu je kan? Saya pergi dulu,” Adibah sudah berkira-kira untuk berlalu namun Syafiq terlebih dahulu bersuara,

“Saya sukakan awak. Since the first time I saw you when we were in Form 1. Remember the beautiful word I wrote when we were in Form 3? It was for you,” Syafiq menghulurkan sehelai kertas kepada Adibah.

“True love doesn’t have an happy ending,

That’s because…

True love doesn’t have an end.”

~Muhammad Adam Syafiq~

“I love you, Adibah! Sarangheyo,” luah Syafiq perlahan.

“Kenapa jiwnag sangat ni? Ni bukan Syafiq yang ego tu,” ujar Adibah sambil tersenyum.

“Syafiq yang ego tu dah mati,” kata Syafiq membalas senyuman Adibah.

“Okey, benda ni dah selesai,” kata Asyraf yang berdiri di sebelah Faz.

“Wait, since when both of you were together?” Tanya Efiza pada Asyraf.

“Shh…biarlah rahsia,” Faz tersenyum pada Asyraf yang sudah gelabah tenuk.

“Macam mana awak sarangheyo tu I LOVE YOU?” Tanya Adibah pada Syafiq.

“Ada orang ajar dia,” jawab Azhan.

“Hah? Sapa?” Tanya Adibah lagi.

“Annysa Najwa bt. Zulkiflie,” jawab Asyraf dan Syafiq serentak sambil merenung Azhan.

“Right, Najwa! Where is she?” Efiza tiba-tiba bertanya.

“Sorry Julia, I’ve got to go,” Azhan tiba-tiba berdiri.

“Are you going to chase her?” Tanya Julia.

“Chase who?” Azhan pura-pura bertanya.

“Perempuan yang berjaya mencuri hati awak yang dingin tu,” Julia tersenyum.

“What?” Azhan terkejut.

“Saya tahu Azhan, yang awak tipu bahawa saya ni girlfriend awak untuk buat dia cemburu, kan?” Tanya Julia.

“Sorry Julia, saya tak faham,” kata Azhan.

“Come on, bro. You love her,” Syafiq memegang bahu Azhan.

“Who?” Tanya Azhan.

“The one and only, Annysa Najwa,” jawab Asyraf.

“Pergilah,” kata Efiza.

“Kau pun tahu?” Tanya Azhan.

“Yup, since Najwa tulis surat ugutan tu untuk kau. Dengar je nama Najwa, kau terus nak baca surat tu, waktu aku dah tau yang kau memang sukakan dia,” Efiza tersenyum.

“Pergi, jangan bagi puteri awak terlepas,” Julia menggesa.

“Thank you,” Azhan terus berlari.

~How Did She Fell In Love ~

“Najwa, Najwa…kenapalah kau menangis tadi?” Bisik Najwa seorang diri.

Najwa teringat kembali bagaimana dia jatuh cinta dengan Azhan. Semuanya berlaku pada bulan April, bulan ketiga Azhan datang ke sekolah.

“Azhan, awak jadi partner saya boleh tak?” Syamimi memegang lengan Azhan.

“Saya…” Azhan kelihatan serba salah.

“Aku…takkan melupakanmu…” Najwa melangkah masuk ke dalam kelas 5 Sains 1.

“Er… saya dah ada partner,” Azhan bersuara.

“Siapa?” Tanya Syamimi.

“Er…Najwa,” Secara tidak sengaja nama Najwa disebut oleh Azhan.

“Hoi, monyet! Kau panggil aku ke?” Tanya Najwa.

“Ehem…yelah, aku panggil kau. Kau kan partner aku,” kata Azhan sambil menepuk bahu Najwa tanda geram kerana digelar monyet.

“Partner? Since when aku…” Najwa tidak dapat berkata-kata apabila Azhan meletakkan jari telunjuknya di bibir Najwa.

“Shh…jangan cakap apa-apa. Kita mengaku jelah hubungan kita sekarang. Ye, sayang?” Azhan merenung wajah Najwa yang ternyata terkejut.

“Kenapa awak pilih dia? She’s stupid, you know. You should get someone better just like me,” Syamimi menjeling Najwa.

“Amboih, sesedap mee bandung kau kata aku STUPID ye! Weh Cik Syamimi binti Tahir, kalau dah Azhan suka aku, biar kat dialah. Yang kau sibuk sangat kenapa? Kalau kitorang nak bersama pun, yang kau sakit hati sangat kenapa? He’s mine okey? Now, berambus dari pandangan mata aku!” Najwa menarik nafas lega kerana berjaya meluahkan kesemua isi hatinya.

“Aku benci kau, Najwa!” Bentak Syamimi sebelum berlari keluar kelas.

“Woi, kau ingat aku suka sangat kat kau? Blahla woi!” Jerit Najwa yang tanpa dia sedari, Azhan merenungnya.

“Yang kau pulak…” Najwa terdiam sebaik sahaja menoleh apabila menyedari wajahnya direnung oleh Azhan.

“Kenapa dengan aku?” Azhan berpura-pura tenang sedangkan hatinya berdebar kencang.

“Yang kau sesuka hati monyet kau tu kata kita ada hubungan kenapa? Since when kau dengan aku ada hubungan hah?” Najwa terus melepaskan rasa marahnya.

“Apa salahnya kalau aku ada hubungan dengan kau?” Azhan merenung mata Najwa.

‘Cantiknya mata dia!’ Hati Najwa terpegun dengan pandangan mata Azhan.

“Hoi, aku cakap dengan kau! Bukan dengan kayu!” Azhan menolak kepala Najwa.

“Weh, apa ni? Main tolak-tolak kepala pulak! Kasi penampar sulung kang, menangis!” Marah Najwa untuk menutup malu kerana terlalu asyik memerhatikan mata Azhan.

“Kau dah jatuh cinta kat aku kan?” Dengan wajah selamba Azhan bertanya.

“Hah?!” Najwa terdiam apabila Azhan meninggalkannya begitu sahaja.

~My Cold-Hearted Prince~

‘Aiseh, apa ni? Kenapa aku asyik teringatkan dia? Najwa, stop it! You have to forget Azhan! He’s not for you!’ Bisik hati Najwa.

“Najwa!” Jeritan dari Azhan membuatkan Najwa terkejut.

“Monyet mana yang panggil aku ni?”Najwa bertanya sendiri.

“Hoi, kat belakang kau!” Jerit Azhan lagi.

“Azhan? Kau buat apa kat sini?” Najwa berjalan mendekati Azhan yang tercungap-cungap.

“Julia mana?” Tanya Najwa lagi.

“Kau sempat lagi tanya pasal Julia?” Azhan kelihatan terkejut

“Dah tu, dia kan girlfriend kau. Bla…bla…bla…” Kata Najwa sedikit geram.

“Bila pulak dia jadi girlfriend aku?” Azhan bertanya.

“Buat-buat tanya pulak! Malas layan kau!” Najwa ingin berlalu tapi lengannya dipegang dengan kejap.

“Weh, apa ni? Uih, kot sesuka hati je nak pegang aku. Lepaskanlah! Sakit!” Marah Najwa.

“Aku suka kau!” Luah Azhan.

“Oih, monyet! Kau ngarut apa ni? Lepaskan tangan aku,” Najwa menarik lengannya.

“Aku suka kau, Najwa! Since kau marah Mimi lagi!” Luah Azhan sekali lagi.

“Okey, that’s it! Where are they?” Najwa memerhatikan sekelilingnya.

“Who?” Tanya Azhan kembali.

“Kawan-kawan kaulah! This is not funny,okey!” Najwa menjeling Azhan.

“There are not here, Najwa! Listen here, I’m in love with you,” Azhan merenung wajah Najwa yang kelihatan gelabah.

“Aku tau kau akan kata aku ni takde perasaan so tak mungkin jatuh cinta pada kau tapi itulah hakikatnya sekarang, aku memang ada perasaan dan perasaan itu untuk kau. Hanya untuk kau. But, I guess you didn’t understand it. Sorry,” Azhan terus berlalu dan ketika itu Najwa mengukir senyuman.

“Azhan! Betul ke perasaan kau tu untuk aku je? Bukan untuk Julia or Mimi?” Najwa menjerit.

“Weh, jawablah! Cold-hearted Prince! Jawablah soalan puteri di hati awak ni!” Najwa tersenyum nakal.

“Ye, Puteri Periang! Perasaan saya hanya untuk puteri seorang!” Azhan menoleh dengan senyuman terukir di bibirnya.

“Janji tau, perasaan putera hanya untuk puteri ni!” Najwa menunjukkan jari kelingkingnya.

“Janji! Perasaan Putera Dingin ni hanya untuk Puteri Periang!” Azhan mengikat perjanjian dengan Najwa.

“Weh, jiwang karat!” Syafiq tiba-tiba muncul bersama Adibah dan yang lain-lain.

“Bukan aku ye. Mamat ni yang jiwang!” Najwa menjeling Azhan.

“AKU? Hello, sapa yang panggil aku Cold-hearted Prince? Kau kan? Nak main tuduh-tuduh pulak!” Azhan merenung Najwa.

“Sapa suruh kau buat muka takde perasaan kau tu? Kan dah melekat nama tu dengan kau! Lagipun, tadi kau yang kata kau suka aku! Aku tak kata apa-apa pun,” Balas Najwa, geram.

“Diorang start balik!” Kata Afiqah dan Efiza serentak. Mereka semua menggelengkan kepala melihat telatah Azhan dan Najwa.

24 Respons

  1. best nyer cita nie…

  2. so sweeeeeeeet…..klu la love story aku mcm nie…..huhu

  3. lawak je…bagus!!! CHAIYO!!!

  4. hmmm leh tahan…

  5. Whooaaaaaa…best gile la cite nih…
    Ayat selamba je, senang nak faham cite. Love itttt!

  6. uwaa~
    aku nk my luvstory cmnie..
    gaduh2..pstu,jth cinta..
    arrhh.so romatic..

  7. ermm.like this <3 story..
    cinte yg sempoi..
    haha..cnta ngn 1 class…

  8. ok la citer ni….bese ar cnta budk2 skul…..jgelh hbungn korg tu yer…

  9. da pernh bace kt tokeikedai..

  10. so….sweet..
    bgus dpt boy cm ni…one f my choice..

  11. wow!! best giler lar…kdg2 2, lawak gak ek…tp, mmg best!!!

  12. huhu..
    ske nyer citer nih…
    sweet…

  13. fuh!!
    gile mantap story..
    i’m lovin it! ahakz..
    best siot!!
    sweet gile!!

  14. kih3x…tringat cinta monyet kwnku yg hampir tjadi..

  15. Kelakar,teringat kawanku yang hampir jatuh hati.

  16. mmg best!!!teringin nk g zaman sekolah balik!

  17. best giler!!aku nak my lurvstory camgini…gaduh pastu cinta..

  18. oklah.. cinta budak2.. tapi tak sesuai utk golongan dewasa.. anywat to the auther keep up a good job!!!

  19. bes…cite yg menarik..olahan pun bes…mudah difahami…

  20. Wow..best nyer citer nie..Kelakar..Cinta
    ank2 sek.. pd penulis teruskn tulis citer yg best cm nie k.. Best of luck..

  21. bestnye…huhu bestnye da la klaka

  22. ni mcm based on true story je….good work

  23. cerita yang sweet…. besh.teruskan buat yg dabest k.chayuk………..

  24. antare sume cite kat sini..citer ni bes skali..remaja kan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: