cerpen: Kiranya Ku Tahu

Mata ku tidak berkelip memandang siling yang putih bersih itu. Kosong. Sekosong hati dan jiwa ku ketika ini. Fikiran ku berkecamuk. Walaupun mata ku tartancap pada dada siling, namun fikiran ku menerawang jauh mengingatkan peristiwa yang berlaku petang semalam.

Petang semalam di dalam hujan renyai-renyai motosikal ku terbabas dan nyaris-nyaris melanggarnya yang sedang berjalan seorang diri sambil berpayung dan mendakap beberapa buah buku rapat ke dadanya. Kereta Porsche yang ku kira pemandunya cukup tidak bertimbangrasa itu memecut gah selepas memotong ku pada jalan yang sempit itu. Mungkin dia tidak perasan dengan keadaan ku yang sudah jatuh terjelepuk di atas tanah sambil terkial-kial mengalihkan sebahagian badan motosikal yang menimpa kaki ku. Dalam pada aku menyeringai kesakitan itu, rupanya ada insan lain yang turut me rasai bahangnya. Rupa-rupanya dalam keadaan kelam-kabut itu aku tidak perasan yang roda motosikal ku merempuh kaki gadis manis itu. Sambil terhencut-hencut dia bangun cuba membantu ku. Buku-bukunya yang berteraburan tidak dihiraukan. Basah lencun ditimpa hujan.

Maafkan saya!Tukas ku cuba berdiri. Aduh!Sakitnya kaki ku hanya Allah sahaja yang tahu.

Tak pelah, bukan salah awak pun. Sakit ke Banyak ke luka Tanyanya pula sambil matanya meliar memerhati ke seluruh inci tubuh ku.

Sikit je ni. Kaki awak bagaimana Terseliuh ke Nanti awak pergi ke klinik. Bilnya saya bayarkan! Balas ku pula masih dihantui perasaan bersalah.

Sambil tersenyum mulus dia membetul-betulkan tudungnya yang sudah kuyup ditimpa hujan. Tak pelah. Menyusahkan awak sahaja. Bukannya sakit sangat kaki ni. Sikit je!

Kalau macam tu, saya minta maaf sekali lagi. Saya tak sengaja. Aduh! Bibir merahnya sekali lagi mengukir senyum. Hilang semua sakit yang berdenyut-denyut di kaki ku ini. Hujan renyai-renyai yang semakin lebat menggila memaksa pertemuan kami berakhir di situ. Ketika cuba menghidupkan motosikal, ku lihat dia mengutip buku-bukunya yang sudah dibasahi air hujan lalu berlari-lari anak menuju ke kolej pertama. Sekilas pun tidak dipandangnya aku yang masih bermandikan hujan. Apabila aku meninggalkan tempat itu, azan Maghrib telah pun berkumandang dan malam mulai mengambil tempat.

Kenapa asyik termenung saja ni, Hakim Ingatkan buah hati ke

Sapaan Anuar mematikan lamunan ku. Orang macam aku ni… siapalah yang sudi. Pandang sebelah mata pun tak! Kau tu lainlah, berlambak perempuan yang nak jadi kekasih kau. Orang glamorlah katakan! Jawab ku cuba berseloroh.

Anuar yang akhirnya ketawa mendengar usikan ku. Memang Anuar agak popular di kalangan warga kampus kami. Siapa yang tidak kenal dengan wakil pemidato yang sering menjadi johan di dalam setiap pertandingan pidato antara universiti. Kepetahannya berbicara dengan wajah tampan berkumis nipis itu sentiasa menjadi igauan para siswi. Aku Ahh!! Tiada apa-apa yang istimewa tentang aku berbanding Anuar.

Kalau tak ingatkan buah hati, kenapa tersengih-sengih seorang

Nanti, kalau dah confirm Sang Kumbang dapat memikat Sang Bunga, barulah sedap sikit aku nak cerita kat kau.

Eleh.. nak berfalsafahlah pulak. Alamak! Lupa la pulak aku ada janji nak jumpa dengan Nur. Nak ambil nota. Pergi dulu, ya!

Aku tersengih memerhatikan Anuar yang tergesa-gesa meninggalkan ku termangu-mangu seorang di bilik. Walaupun baru dua semester sebilik dengannya, kami cukup rapat. Satu saja yang tak difahami tentang dirinya. Selalu sangat berahsia mengenai hal-hal peribadinya. Terutamanya mengenai hubungannya dengan Nur. Nur, gadis yang hanya ku kenali pada nama sahaja. Namun, aku rasa Nur pastilah seorang gadis yang cukup istimewa kerana pujian mengenainya sering sahaja meniti di bibir Anuar. Tidak banyak yang aku ketahui mengenai Nur. Cuma yang aku tahu, dia pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan tahun dua. Itu sahaja. Tak pernah sekalipun aku dipertemukan. Ahh… Peduli apa aku!!

Hati ku sekali lagi diserbu perasaan hampa dan kecewa. Masuk hari ini sudah seminggu aku berulang-alik dari asrama ku ke kuliah melalui kolej Pertama. Namun, bayang gadis manis yang mulai mencuri hati ku tidak pernah sekalipun ku lihat semenjak hari itu. Ahh!! Payah benar nampaknya nak bersua muka.

Aku membelokkan motosikal ku menuju ke pekan buku. Hajat di hati mahu mencari beberapa buah buku rujukan untuk subjek Undang-Undang Kontrak. Sambil menuju ke rak buku yang tersusun rapi, mata ku meliar melihat tajuk-tajuk buku yang tertera sambil tangan ku menyambar sebuah daripadanya.

Perhatian ku terganggu dengan suatu suara yang ku rasakan pernah mendapat tempat gegendang telinga ku. Tatkala aku menoleh untuk melihat milik siapakah suara itu, darah ku berderau, jantung ku berdenyut pantas. Serta-merta aku diserbu perasaan yang tidak keruan. Adakah gadis misteri yang selama ini dicari-cari Bagaikan ada satu bisikan halus menyuruh aku mendekatinya. Menapak dengan perlahan, aku lantas menyapa dalam debaran.

Asalamualaikum. Er.. er.. ingat saya lagi tak Aku menyapanya dengan tergagap-gagap. Dia memandang ku dengan hairan. Apabila bibir mulusnya menguntum senyum, barulah aku berasa lega. Senyumannya ku balas mesra.

Awak yang jatuh motor hari tu, kan Dia menanya ku.

Bagaimana dengan kaki awak hari tu Dah o.k ke Aku menyoalnya pula sambil mata ku melirik ke arah kakinya yang putih gebu itu.

Dah! Dah elok pun. Awak bagai mana Dah sembuh sepenuhnya ke Gilirannya pula menyoal ku. Nyata dia sedikit gamam apabila mata ku meliar melihat ke arah kakinya. Cepat-cepat ku alihkan mata ku ke arah lain.

Alhamdulillah. Dah baik semuanya. Tak de kelas ke hari niAku menukar tajuk perbualan. Cuba mencungkil sedikit sebanyak mengenai dirinya.

Saya baru saja habis kelas. Nak balik ke asrama selepas ni!

Ooh, begitu! Fakulti mana Penghuni First College ke

Saya memang stay kat Kolej Pertama. Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. O.klah, jumpa lagi, ujarnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman pada ku.

Ku soroti langkahnya yang penuh sopan santun itu. Ah! Bagaimana aku boleh terlupa menanyakan namanya. Kejar, lekas!

Hmm.. maaf! Boleh saya tahu siapa nama awak Saya Hakim! Nyata dia sedikit terkejut dengan perlakuan ku. Aku pura-pura tidak mengerti.

Amal!Jawabnya ringkas lalu berlalu meninggalkan ku. Sekilas dia berpaling melihat ku lalu tersenyum. Hati ku bersorak girang. Kalbu ku dimamah ceria. Rasanya akulah orang yang paling bahagia pada hari ini.

Puas mengiring ke kanan, ku pusingkan badan ku ke kiri. Serba tak kena rasanya. Kipas siling yang berputar ligat tidak mampu mendamaikan resah hati ku. Tidak mampu menyamankan gelora yang bertamu. Sudahkah Amal baca isi surat ku Fahamkah dia apa yang ingin ku nyatakan Sukakah dia Marah Arghh!!

Tidak dapat ku gambarkan bagaimanakah reaksinya setelah menatap warkah dari ku pagi Selasa kelmarin. Nyata dia tergamam apabila aku memberhentikan motosikal ku, merapatinya lalu aku menyeluk kocek kemeja ku dan menghulurkan sampul surat putih bersih itu.

Huluran ku disambut dengan wajah yang kehairanan. Tanpa sanggup menunggu lama lebih lama aku terus beredar dari situ memecut laju menahan malu. Semalam, puas ku pujuk Anuar supaya mengarang sepucuk surat untuk ku. Surat itulah yang ku utus untuk Amal. Surat yang menyampaikan segala isi hati dan perasaan ku yang kudus ini terhadapnya. Nyata Anuar cukup bijak bermain dengan kata-kata.

Sekali-sekali Anuar mendesak aku untuk mengenalkan Amal padanya namun selalu hampa kerana ku rasa belum sampai masanya lagi untuk mendedahkan segala-galanya. Lagipun, aku hanya mengenal gadis manis itu sebagai Amal. Nama penuhnya pun aku tidak tahu. Tak mengapalah, buat permulaan ini cukuplah sekadar nama sependek itu yang aku ketahui. Itupun sudah lebih dari cukup. Apa yang lebih penting, bagaimana reaksi Amal hari Selasa ini, agaknya

Ah ! Hati ku diselimuti hampa. Amal tiada di hentian bas menunggu bas seperti hari-hari sebelumnya. Kenapa Sakitkah dia Atau aku sudah terlewat hari ini Jam di tangan ku kerling. Pukul 8.30 pagi. Waktu biasa aku bertukar senyum dengannya setiap Selasa. Atau… dia marah dengan kandungan surat itu lantas menjauhkan diri dari ku

Benak ku diserbu seribu persoalan. Terasa gunung yang ku daki sudah semakin curam dan menyusahkan. Terasa aku sudah hampir tersungkur sebelum sempat memulakan larian. Apabila ku suarakan hal ini kepada Anuar, dia mengatakan bahawa itu adalah perkara biasa dalam permulaan menjalinkan sesuatu hubungan. Perempuan kan tebal dengan sifat malu, begitulah ujarnya kepada ku. Lega rasanya hati ku. Malah apabila dia menceritakan begitu jugalah reaksi Nur ketika pertama kali menerima bingkisan cintanya dulu, aku bertambah lega. Namun, dia tidak berputus asa sehingga hati Nur akhirnya berjaya ditakluki sepenuhnya. Aku harus menjadi setabah Anuar dalam memenangi hati Amal.

Aku berlari-lari anak mendapatkan Amal. Kenapa dia sengaja memalingkan mukanya apabila terpandangkan ku. Pantas setelah meletakkan kembali buku di rak, dia mengatur langkah untuk meninggalkan perpustakaan. Tiada secalit pun senyuman di bibirnya. Matanya tajam memandang ku. Marahkah dia

Maafkan saya. Boleh saya bercakap dengan Amal sekejap Aku mengatur kata setelah langkahnya berjaya ku hadang.

Awak nak apatanyanya tegas.

Er… er… Pasal surat yang saya beri kepada Amal hari tu macam mana tanya ku pula.

Dia mendongakkan mukanya. Memandang ku dengan renungan yang tajam. Macam mana apa

Er… Takkanlah Amal tak faham. Sebenarnya, saya memang ikhlas nak berkawan dengan Amal. Tak salah kan

Memang tak salah. Tapi… maaflah. Saya tak boleh nak terima perasaan awak yang macam tu terhadap saya. Lagipun, saya tak kenal awak!

Ok lah kalau macam tu. Tapi, kalau boleh kita berkawanlah dulu. Saling mengenali. Saya…

Maaflah sekali lagi. Saya rasa setakat ini sajalah hubungan kita berdua. Lagipun tiada sebarang hubungan lagi yang terjalin antara kita berdua, kan Maafkan saya, minta diri dulu!

Aku tergamam dengan drama yang berlaku sebentar tadi. Tidak ku sangka begini layanan Amal terhadap ku. Sangka ku dia menyambut pertemuan kami tadi dengan senyuman manisnya seperti biasa. Walaupun aku hanya terserempak dengannya di perpustakaan, aku tahu dia pasti takkan lokek untuk menghadiahkan satu senyuman mesra kepadaku. Sesungguhnya seorang yang bernama Amal itu cukup payah untuk ku dekati!

Anuar menepuk-nepuk bahu ku. Satu keluhan yang maha berat ku lepaskan. Aku menggaru-garu kepala ku yang tidak gatal. Tidak tahu bagaimana harus ku huraikan segala perasaan tidak keruan yang berselirat di hati ku. Anuar terdiam apabila ku ceritakan layanan Amal terhadap ku lewat petang semalam. Mungkin simpati dengan nasib ku. Tiba-tiba Anuar tersenyum lebar memandang ku. Aku memandangnya meminta kepastian.

Ingat Nur Tanyanya kepadaku.

Aku semakin dibelenggu hairan. Apa kaitan antara Nur dan Amal

Buah hati kau tu ke Kenapa ujar ku pula.

Bukankah hari tu kau beritahu aku yang Amal tu dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan

Ya, kenapa

Nur pun fakulti yang sama dengan Amal. Amal tahun berapa Nama penuh dia apa Manalah tahu kalau-kalau Nur kenal. Entah-entah mereka berdua tu berkawan pun kita tak tahu, kan

Betul jugak tu. Tapi… aku tak tahu apa-apa pun tentang diri Amal. Hanya tahu nama dia aje. Kalau macam ni… susahlah nampaknya kan, Nuar

Alah, perkara kecil saja tu. Kau jangan bimbanglah. Serahkan saja pada aku dan Nur yang uruskan semuanya. Percayalah, Amal akan jadi milik kau.

Terima kasih Anuar!

Tapi, ada satu syarat! Aku nak kau sendiri yang jumpa Nur. Aku temankan kau saja. Bukannya apa, aku tak kenal pun Amal. Macam mana aku nak terangkan pada Nur. Kau ajelah yang ceritakan semuanya. Barulah lebih jelas, kan!

Kau tak marah ke aku nak jumpa Nur ni Takut kau cemburu dengan aku je!

Aku kan ada sekali. Sesekali tu, tak pe la. Kalau dah hari-hari, merana aku nanti!

Amboi… sampai macam tu sekali kau, ya! Alah… aku pun tahulah yang kau dan Nur tu dah lama couple. Dah nak kahwin pun, kan Nampaknya adalah rezeki aku nak kenal Nur sebelum kau naik pelamin, ya”

Perasaan ku berbaur antara gembira dan resah. Hari ini aku akan ditemukan oleh Anuar dengan Nur. Tempat telah ditetapkan di Kafeteria Sutera Emas. Aku meminta Anuar menunggu ku di sana kerana aku ada kerja yang perlu dibereskan terlebih dahulu. Tambahan pula, aku rasa sedikit gementar untuk berbicara dengan Nur mengenai perasaan hati ku terhadap Amal. Perasaan malu menyelimuti diri lelaki ku. Ah!! Persetankan itu semua. Yang penting, aku haruslah menebalkan muka asalkan hati Amal berjaya ku takluki. Aku tersentak dari lamunan. Telefon bimbit yang menjerit ku angkat pantas. Anuar!

Kau kat mana lagi, ni Cepatlah sikit. Dah lama aku tunggu ni. Nur pun dah sampai! Suara Anuar kedengaran sedikit kalut.

Aku on the way la ni. Sekejap lagi aku sampai la! Ujar ku pula.

O.k, aku tunggu! Cepat sikit, tau! Balasnya seakan tidak sabar.

Talian telefon ku matikan. Selepas menongkatkan motosikal, dengan pantasnya langkah ku hayun. Mata ku melilau-lilau di celahan manusia yang sedang asyik menjamu selera itu. Tiba-tiba mata ku tertancap pada sepasang teruna dan dara di sudut kiri kafeteria tersebut. Hati ku berbunga ceria apabila itu adalah Anuar. Tetapi, si dara berkurung biru laut di sebelahnya itu mengundang debaran yang maha hebat di hati ku secara tiba-tiba.

Aku menggosok-gosok mata ku beberapa kali untuk memastikan yang aku memang tidak tersilap. Langkah ku mati di situ. Aku terpaku melayani perasaan tidak keruan yang mula menerjah kalbu. Telefon bimbit yang menjerit mengejutkan ku. Anuar lagi rupanya!

Hei, Hakim! Kenapa tak sampai-sampai lagi ni

Nuar, aku nak tanya kau sesuatu! Ada nada getar pada suara ku.

Apa dia

Nur… Nur tu apa nama sebenarnya

Nur Amalina! Kenapa

Astaghfirullah, aku meraup muka mendengarkan nama itu. Suara Anuar yang menjerit-jerit di corong telefon, tidak ku endahkan. Terasa bagaikan ada sebutir batu yang besar menghempap kepala ku. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Rupa-rupanya Nur dan Amal adalah gadis yang sama.

Kiranya aku tahu Amal yang sering menjadi igauan tidur ku, rupanya adalah Nur yang telah sekian lama Anuar mimpikan setiap malam, pasti hati ku tidak merana sebegini. Andai aku tahu Amal adalah sekuntum bunga yang sudah disunting kumbang, pasti aku tidak menyemai benih-benih cinta sebegini hebat terhadapnya. Kiranya aku tahu…

Advertisements

5 Respons

  1. bez la cite ni…cian kan hakim tu…tp nak buat mcm ne..takkan nak jd kawan makan kawan plak…xpela,bunga bukn sekuntum kumbang bukan seekor..

  2. huhu..kashian hakim..

  3. emm…cerita ini ok tp bole agak kesudahan ceritany..

  4. dr awal lg sy dh bleh agak nur dgn ama 2 org yg sma..biasa ja cite ni

  5. CITENYA OKEY ….TAPI PLOT CERITA MENDATAR DAN STRAIGHT FORWORD..ENDING BOLEH DIJANGKA ANYWAY THE IMPORTANT MASSAGE THAT ARTHUR CUBA SAMPAIKAN SETIA KAWAN..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: