cerpen: rahmat

Hari siang bertukar malam. Sekejap lagi azan maghrib berkumandang. Tetapi kelibat Farid belum kelihatan. Resah Mak Lijah masih belum hilang. Selalunya Maisarah akan pulang bersama Farid. Hari ini lain pula.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Farid masih lagi belum balik. Maisarah pula belum keluar dari bilik. Sewaktu pulang tadi, Maisarah terus mendaki anak tangga. Belum sempat Mak Lijah bertanya tentang Farid, Maisarah sudah masuk ke biliknya. Selepas menunaikan solat mahgrib tadi Mak Lijah terus ke dapur menyediakan makan malam. Sesudah menyediakan makan malam tadi, Mak Lijah ke tingkat atas untuk menjenguk Maisarah, tetapi pintu biliknya berkunci. Mak Lijah cuba pula mengetuk pintu sambil memanggil nama Maisarah. Namun hampa, panggilan Mak Lijah tidak berjawab.

Deruan enjin kereta mengejutkan Mak Lijah. Mak Lijah terus menuju ke pintu besar rumah kepunyaan tuannya Farid. Farid adalah anak kepada tuan rumahnya dulu, iaitu Tuan Hashim dan Puan Zainon. Dari kecil lagi Mak Lijahlah yang mengasuhnya sehinggalah dewasa sekarang belum pernah Mak Lijah berpisah dengan Farid kecuali semasa Farid meneruskan pengajian ke luar negara. Itu pun tidak dapat menahan rindu seperti ibu merindui anaknya. Walaupun kini Farid sudah pun berkahwin. Namun Farid tidak mahu berpisah dengan Mak Lijah hingga Mak Lijah diajaknya tinggal bersama.
Farid memberhentikan kereta miliknya dan terus meluru keluar. Dengan rambut yang kusut masai. Pakaian yang compang-camping, tetapi senyuman di wajah anak muda itu masih lagi kelihatan. Mak Lijah menyambut kepulangan Farid dengan baik. “Ke mana Farid pergi ?” tanya Mak Lijah dengan muka yang agak cemas. Tak ke mana Mak, Farid baru balik dari kerja. Ringkas sahaja jawapan Farid.

“Sudahlah mari kita masuk dulu,” ajak Mak Lijah. “Farid pergilah mandi dulu dan jangan lupa solat sekali. Tentunya Farid sudah letih bekerja seharian. Mak Lijah nak ke dapur panaskan lauk. Jangan lupa turun makan, nanti ajak Maisarah sekali.”

Farid sudah tidak kelihatan, penat agaknya tu. Sebut tentang Maisarah, lupa pula Mak Lijah pada dia. Kenapa balik tadi sepatah perkataan pun tidak kedengaran. Selalunya dia akan dakap aku dulu. Tapi hari ini pelik pula perangainya.

Di bilik kelihatan Maisarah sedang mengaji quran. Sayu kedengaran. Farid terus mencapai tuala untuk bersihkan diri. Dingin pula terasa malam ini hingga menusuk ke tulang. Giliran Farid pula mengabdikan diri padaNya. Kelibat Maisarah sudah tidak kelihatan. Agaknya sudah turun ke dapur.

“Sedapnya masakan Mak Lijah. Rasa dah lama tak jamu masakan Mak Lijah.”

“Eh! Maisarah, ingatkan siapa pula tadi,” sapa Mak Lijah.

“Mak Lijah ni siapa pula ada dalam rumah ni, hanya kita bertiga saja. Marilah Mak Lijah saya tolong hidangkan.”

Sambil menghidang makanan Mak Lijah tidak lupa bertanyakan hal sebentar tadi. Maisarah ada perkara yang Mak Lijah nak tanyakan. “Kenapa masa kamu balik tadi Mak Lijah lihat lain saja kelakuan Maisarah ?” tanya Mak Lijah.

“Saya dah agak Mak Lijah perasan kelakuan saya tadi. Saya minta maaf Mak Lijah. Saya betul-betul penat tadi Mak Lijah. Tak ada apa-apa perkara berlaku. Kalau pun Mak Lijah lihat saya balik seorang tadi pun tanpa Abang Farid. Cuma dia sibuk dengan kerja. Saya yang mahu balik dahulu.” jelas Maisarah sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.

“Bukan apa Maisarah Mak Lijah risaukan kamu saja. Entah apa yang terjadi. Ye la selalunya kamu tak pernah balik seorang diri.”

“Tak usahlah Mak Lijah risau, tiada apa yang berlaku,” jawab Maisarah ringkas.

“Ehem.. ehemm.. apa yang dibualkan tu. Mengumpat saya ke?” Sampuk Farid.

“Farid! Kamu ni mengejutkan Mak Jah saja. Sudahlah mari makan.”

Selepas sudah selesai makan malam. Mak Lijah terus saja ke bilik untuk menunaikan solat isyak. Farid dan Maisarah pula ke ruang tamu. Masing-masing mendiamkan diri. Farid mencapai surat khabar. Di pejabat dengan kerja yang berlambak, rasanya tiada masa untuk melihat perkembangan dunia. Maisarah pula sibuk menonton televisyen.

Dari jauh kelihatan Mak Lijah mencuri pandang ke arah Farid dan Maisarah. Aku rasa ada perkara mereka berdua sorokkan tanpa penetahuan aku. “Biarlah mungkin masalah rumahtangga mereka. Siapalah aku untuk mencampuri urusan mereka,” teka Mak Jah dalam hati.

“Abang, Mai rasa tak perlulah kita berdiam macam ni. Mai tak sanggup rasanya berhadapan macam orang lain. Mai tahu mungkin abang terasa apa yang Mai katakan pada abang di pejabat tadi. Tapi semua itu ketentuan Ilahi. Abang kita perlu berbincang. Selama ni, sudah banyak kita ikhtiarkan namun apakan daya kita hanya merancang tapi tuhan yang menetukan. Semua ini dugaan untuk kita.”

Farid hanya mendiamkan diri. Kata-kata Maisarah lansung tidak dihiraukan. Terus saja Farid bangun dari sofa dan menarik tangan Maisarah dan beredar.

“Mai, kita berbincang di sini saja, tak elok kalau Mak Lijah dengar nant,i” terang Farid.

“Walaupun Abang teringin nak tengok rumah kita penuh hilai ketawa dengan budak-budak dan kita masih belum dikurniakan cahaya mata. Semua itu kehendakNya,” jelas Farid dengan tenang.

Sudah 4 tahun berlalu mereka berkahwin tanpa dikurniakan anak, namun Farid masih boleh bersabar. Cuma permintaan ibunya Puan Zainon yang kepingin menimang cucu begitu meninggi gunung.

“Abang tak mahu, hanya kerana Abang anak tunggalnya dan perkara ini sudah tentu melukakan hati Mai. Abang tidak boleh tunaikan permintaanya itu.”

“Tapi Abang, itukan Mak Abang. Mai tak nak Mak abang katakan yang Abang ni anak derhaka” balas Maisarah. Maisarah, cukuplah Mai sahaja di hati abang.”

“Sanggupkah Mai dimadukan. Abang begitu menyayangi Mai. Biarlah permintaan Mak Abang yang ingin Abang berkahwin lain berlalu begitu saja. Biarlah mereka nak kata apa-apa pun. Abang tetap dengan pendirian Abang.”

Maisarah memeluk Farid, air mata mula membasahi pipinya. Farid mencium dahi isterinya kesayangannya. Mai rasa sungguh bertuah mempunyai suami setabah Abang.

“Terima kasih banyak-banyak Abang.”

“ Eh! Terasa kembang semacamlah hidung Abang ni,” gurau Farid. Jelas kelihatan kebahagiaan antara mereka berdua.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tapi masih belum kelihatan tanda-tanda Maisarah hamil. Hinggalah suatu hari selepas Maisarah balik dari kerja. Dia kelihatan begitu letih. Sampai saja di rumah Maisarah terus berehatkan diri di sofa. Farid pula pergi menjenguk Mak Lijah ke dapur. Dari dapur kedengaran bising di ruang tamu. Rupanya kelihatan Maisarah berlari anak-anak ke bilik air. Farid dan Mak Lijah hanya berbalas pandangan.

“Apa kena dengan isteri kamu tu Farid?” tanya Mak Lijah.

“Entahlah Mak Lijah. Biarkanlah.”

“Tu ! Ha dah keluar.”

Farid terus meluru ke arah Maisarah. Muka Maisarah kelihatan tidak bermaya. “Apa kena Mai ni.”

“Tak tahulah Abang, Mai rasa tak sedap badan. Mai termuntah tadi.”

“ Ha! Farid apa yang kamu menungkan, cepatlah bawa isteri kamu tu ke klinik,” sampuk Mak Lijah sambil gelak-gelak kecil.

“Tahniah! isteri Tuan hamil 3 bulan.”

“Ya Allah! Inikah rahmat darimu padaku dengan berkat kesabaranku selama ini. Alhamdulillah.”

Farid mengucapkan terima kasih kepada doktor dan tidak lupa berita baik ini dikabarkan kepada Mak Lijah dan yang lain. Sesungguhnya inilah kurniaan rahmat atas kesabaran mereka suami-isteri. Yang lebih mengembirakan lagi, mereka dikurniakan cahaya mata kembar sepasang lelaki dan perempuan.

Kini sudah genap setahun umur Farishah dan Fatihah. Kegembiraan menyelubungi penghuni milik Farid dan Maisarah. Hilai ketawa anak-anak mereka memecah kesunyian. Tuan Hashim dan Puan Zainon ada bersama dan Mak Lijah tidak lupa mengucap syukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan rezeki ini. Di wajah Puan Zainon terpancar kegembiraan. Perkara dulu biarlah berlalu dimakan tahun. Sikap Farid dengan pendiriannya mungkin ada rahmatnya. Mereka kini hidup bahagia.

4 Respons

  1. not bad la cite ni..tapi kalo diselitkan lagi dgn adegan yg lebih romantik lagi bagusssss

  2. Happy ending…bestnyaaaa

  3. sbar tu separuh drpd iman…..hargailah yang memiliki suami setabah sprtinye…..

  4. gd story butz short saja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: