Cikguku Sayang

Mata aku masih tak lari dari memandang wajah guru baru yang…. alamak, gentle giler. Tak tau apa aku nak cakap, aku ni dah kira kes berat tahap kronik dah sebab terjatuh minat kat cikgu sendiri. Tapi bagi aku apa salahnya, dia pun handsome… dah lah tu usia kami pun cuma jarak enam tahun, tak ler jauh sangat bezanya tu. Hik! Tapi.. aku ingat aku sorang aje meleleh ayaq liur tengok kat cikgu muda tu, rupa-rupanya best friend aku si Siti tu pun sama… bukan setakat air liur, air mata, air hidung, air telinga semua terkeluar. Em… betapa kuatnya penangan cikgu muda yang baru grad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ni. Tengah aku syok-syok mengelamun tu, tetiba je Mek Kembang budak kelas sebelah yang gemuk gedempul tu menepuk belakang aku. Nazak jugak ler kalau dikira dari segi bunyi… dan kalau aku tak kenangkan dia ni tiga kali ganda besar campur berat dari aku dah lama aku buat-buat tak sedar debik dia balik. Tapi aku yang seumpama Perempuan Melayu Terakhir ni hanya mampu melebarkan senyuman pahit di bibir….. (chewah!)

“Untung ler korang… cikgu handsome tu ajar kelas kau, kalau aku sure English dapat A1 memanjang.” Rungut Mek Kembang sambil memandang cikgu baru tu tanpa berkelip. Kengkadang kesian gak aku kenangkan nasib Mek Kembang ni, nama dia bukan tak sedap….. Atikah, best aper… tak tau ler cam ner boleh lekat panggilan Mek Kembang tu.

“Apa yang untungnya? Tak ada apa pun Atie, biasa jer…. yelah, kalau muka aje handsome giler tapi content dalam kepala yilek, kim salam le anak murid nak maju…” Jawab aku selamba. Dalam hati… bagi aku ler, walau pun cikgu tu baru habis tingkatan 5 tapi kalau muka handsome macam tu, dia pandang aku pun aku aje pun dah cutup, aku boleh faham sendiri, tak payah nak buang masa mengajar pun. Tapi depan Mek Kembang ni kena lah jaga imej beb!!!

“Ek en na… yelah tu Diey, Diey…. kalau masa English kelas engkau aku datang tumpang key,” usul Mek Kembang mengakibatkan liur yang aku nak telan tersedak keluar… tak sanggup aku.

“Ei.. sorry, kau nak duduk kat mana…?” soal Siti pantas sambil mengerut dahi tanda protes. Aku boleh agak yang Si Siti tu takut Mek Kembang nak menumpang meja kami.

“Kat tempat korang ler.. mana lagi, buat-buat tak tahu ler pulak.” Alamak… punah ler..

“Sorry kawan, no entry.” Balas Siti yakin.

“Tadi cakap tak hairan kat cikgu tu, takkan takleh nak share sekali…”

“Aik! Sejak bila pulak kau ada share ni nak share-share cikgu tu ngan kitorang…” Sampuk aku. Senang-senang jer nak share cikgu kesayangan aku tu.

“Ala…. kedekut ler korang ni, ni ke dipanggil kawan.”

Amboi sesedap rasa cakap kitorang kedekut. “Kedekut tak kedekut, pasal cikgu tu memang kitorang tak kisah. Tapi, kalau kau datang kongsi meja kitorang yang sekangkang kera pun tak sampai ni, kitorang nak duduk cam mana? Sempit le sayang oi!!!” Siti memberi alasan yang aku rasa bukan sekadar alasan tetapi kenyataan yang tak boleh disangkal lagi. Hidup Siti!

“Amboi! Cantiknya bahasa….”

“Timachih…” Potong Siti buat-buat tak faham. Aku hampir tergelak tapi control…

Mek kembang mendengus marah. “Ala, terus-terang jelah….. aku tahu kau nak kata aku gemukkan?” Soal Mek Kembang meninggi. Alamak.. kes nanya ni, karang mengamuk pulak bayi montel ni… tapi nasib kitorang baik bila Mek Kembang tetiba jer jadi cool balik. Amarahnya terus menghilang bagai awan ditiup angin takkala Hazril, ketua kelas kitorang menyapanya.

“Apa ni Atie, marah je nampak…. memang ler, Atie ni kalau marah makin kiut, suka tengok Atie marah-marah ni.” Ucap Hazril sambil memandang ke arah aku dan Siti. Mek Kembang tersipu malu. Chet!

“Apalah Aril ni, mana ada kiut… dah memang Atie selalau macam ni, cuma Aril jer yang tak perasan tu.”

Aku dengan Siti hampir-hampir tergelak besar, tapi bila ingat balik muka Mek Kembang kalau dia mengamuk…. tahan.. tahan… tak sanggup kitorang nak tanggung risiko. Hazril aku tengok berpaling membelakangi kami, dan aku rasa korang pun boleh agak apa yang dia duk tahan, muka dia dah merah giler macam udang kena bakar, mata dia pun berair macam kolam renang kat pusat akuatik.

“Ish! Apahal pulak Aril tak perasan.. cuma Aril tak nak ler selalu puji Atie, karang Atie cakap Aril tak ikhlas pulak…key? Okeylah Aril ada kerja sikit, nanti kita sembang lagi. Sebenarnya banyak Aril nak borak ngan Atie ni tapi .. yelah, Aril sibuk jer memanjang. Atie mesti fahamkan?” Balas Hazril. Mek Kembang mengangguk tanda faham le konon, sipu Mek Kembang makin bersimpul-simpul..tak berkelip matanya duk pandang Si Hazril yang berlalu tu… Mek Kembang menghadiahkan aku dan Siti satu jelingan tajam sebelum berlalu ke kelasnya bila menyedari kitorang asyik duk pandang gelagat dia yang ala-ala syok sendiri tu.

_________

Masa rehat hari tu kelas 4 Ampuh masih penuh, kebanyakan pelajar tak keluar… maklum ler masa tu bulan puasa. Sedang asyik aku ngan Siti duk main Bridge game, satu suara menyapa dari pintu hadapan kelas. Kiranya betul-betul depan kami sebab aku dengan Siti ni boleh dinobatkan sebagai penyambut tetamu kelas 4 Ampuh memandangkan kedudukan kami yang bersebelahan dengan pintu masuk dan ditambah dengan keglamouran kami ni.. he.. he..he..(riak kebab)

“Assalamualaikum..” Salam diberi.

Kami menjawab hampir serentak. Ya Allah… rasa nak terbalik kerusi yang aku duduk tu bila mata aku tertancap pada guru muda yang berdiri depan aku ngan Siti tu. Tapi sayang, matanya tak pandang pun aku dengan Siti kat depan dia, sanggup dia pandang muka Hazril yang duduk sebatu dari dia tu. Hazril pulak laju jer bangun mendekati guru muda tu, langsung tak kasik can kat kitorang. Konon-konon ler ketua kelas. Game yang aku duk syok kumpul mata tadi dah ter’game over’. Tapi kali ni aku tak kesah sebab ‘game’ kat depan mata aku ni lagi power.

“Ni kelas 4 Ampuh kan?” Soal guru muda itu. “Ya cikgu.” Jawab Hazril pasti. Aku memandang sekilas kat name tag di dada baju guru kesayangan aku tu.

“Zawawi….” Terkeluar perkataan tu dari bibir aku. Kuat semacam pulak tu. Malu memang ler malu, tapi touch up!! Kat belakang dah kedengaran gelak-gelak sumbang.

“Tau ler pandai mengeja…” tah dari mana datang suara yang tak diundang tu diikuti ngan gelak yang menyakitkan hati. Kalau boleh masa tu nak je aku menjerit kat telinga budak tu “Lantak aku ler!!” kuat-kuat, tapi nak menjerit macam mananya, saat tu aku dah tunduk mengalahkan orang sujud. Malu beb!Cikgu muda tu memandang aku sekilas, betul-betul sekilas…. buruk sangat ker aku ni… ni rasa cam nak nangis jer ni.Tapi satu jer yang best, kat bibir dia teroles sekuntum senyuman yang memang kiut miut campur manis, lagi manis dari 10 kg gula cap Tebu. Siti kat sebelah aku dari tadi tercuit-cuit. “Lepas ni masa Englishkan?” Soal cikgu muda yang aku panggil Cikgu Z tu. “Ye cikgu..” Jawab Hazril lagi. Yang menjawabnya Si Hazril, tapi aku pulak yang terangguk-angguk macam burung belatuk buat lubang. Nak buat macam mana, tindakan di luar kawalan. Tak dapek akak nak nolong….

“Nanti saya akan masuk, tapi mungkin lambat sikit sebab saya kena jumpa pengetua dulu. Sementara saya settlekan kerja saya tu, kamu tolong handle kelas.” arah Cikgu Z. Hazril mengangguk patuh. Cikgu Z bepaling untuk pergi tapi terbantut, (mesti kes nak pandang aku sekali lagi ni.. sempat berangan tu) dia kembali ke arah Hazril yang masih belum berganjak. Sambil membetulkan kacamatanya, dia menuturkan sesuatu pada Hazril. Tapi aku ngan Siti ni telinga lintah, still boleh dengar apa yang dia cakap. “Kalau nak main game tu boleh, tapi pastikan diorang tak pasang sound.. bising, dari jauh dah boleh dengar.” Alamak! Kena batang hidung. Aku tengok bibir dia tersenyum semacam. Cheh! Sah ada maksud tersirat le tu kalau senyum perli macam tu. Aku cuma ingat yang dia tu handsome jer, kalau tak, tak kuasa aku nak minat kat dia. (Aik! Marah..)

_________

Kalau dikira, dah tiga minggu Cikgu Z mengajar kat sekolah aku tu. Banyak perubahan yang dibawa kat sekolah tu. Tiga perubahan yang paling ketara ialah…. satu, ramai budak-budak yang masuk Persatuan Seni Silat yang sebelum ni macam gurun Sahara, gersang semacam. Kedua, ramai yang pakai baju kemeja yang leher ala-ala baju melayu tu, termasuklah cikgu-cikgu lelaki lain yang nak bergaya macam cikgu muda tu.. dan yang paling ketara, 95% kepala budak-budak lelaki kat sekolah aku tu dah berwarna-warni. Bukan diorang colourkan rambut, tapi diorang pakai kopiah ala-ala kumpulan nasyid Saujana gitu. Perubahan positif!!! Tapi satu yang aku respect spring kat Cikgu Z ni, tiap kali dia tak ada kelas, dia tak macam cikgu lain yang lepak kat bilik guru tapi dia pergi surau buat amal… ustaz dan ustazah pun tak der serajin tu lepak kat surau. Cayalah Cikgu Z!

Ada satu hari tu aku dengan Siti lepak-lepak kat bawah pokok depan sekolah sambil tengok-tengokkan anak-anak buah aku bertugas, yelah… Penolong Pengawas yang berkaliberlah katakan. Ehem! Saper lagi nak puji kalau tak puji diri sendiri. Masa tulah aku tengok cikgu Z datang dengan motosikal dia. Dia bawak motosikal 125Z jer… aku pandang Siti, Siti pandang aku. Senyuman dah melebar kat bibir kitorang. “Tie.. dia datang dengan senyum kiut miutnya..” Nyanyi aku girang sambil mengenyitkan mata ke arah Siti. Siti mengangguk laju. Laju ajer engko ek! “So Diey..be a good student sempena bulan yang barakah ni..” Hujah Siti berserta gayanya sekali. Lantas kami pun pura-pura berjalan di sebelah Cikgu Z yang tengah parking motor tu. Imej kena maintain, tak boleh nampak sangat yang kitorang minat kat dia.

“Eh! Cikgu… baru sampai?” Soal Siti buat-buat ramah. Cikgu Z sekadar tersenyum sambil mengangguk kecil. Kegentlennya bukan lagi setakat terserlah tapi.. aku rasa setakat ni dalam kamus Dewan pun tak ada lagi perkataan terbaik untuk menggambarkannya. Memang gentle tahap gilos babas ler.. “Lepas ni cikgu masuk kelas kitorangkan?” Cikgu Z mengangguk lagi. “Bak buku-buku tu cikgu, biar kami bawak. Banyak tu…” celoteh Siti yang sekepala dengan aku. Aku rasa nak tergelak jugak sebab aku tengok Cikgu Z cuma bawak dua biji buku teks dan beberapa biji buku latihan jer termasuk ler buku aku. Banyak apa kebendanya. Kenal? Memanglah kenal, untuk buku matapelajaran Bahasa Inggeris aku beli sampul paling special kat dalam dunia, siap binding lagi gitu. Maklum ler… (ada makna tuh..)

“Tak apa… saya boleh bawak.” Balas Cikgu Z. Akhirnya terkeluar jugak suara emas dia tu.satu kemajuan.. “Ala cikgu… bulan-bulan baik ni bagilah kami buat amal sikit cikgu.” Balas aku. Siti yang hanya tersenyum mengangguk tanda mengiyakan. “Em.. cikgu. Dah sepagi kami tunggu kat depan sana tu semata-mata nak buat amal, tapi cikgu lain semua bawak barang sikit-sikit, so kami pun tak berkesempatanlah nak tolong, please cikgu..”

Cikgu Z sekadar tersenyum. Memang cikgu Z ni susah sikit nak dengar dia gelak. Dia yang dah tak tahan dengan telatah kitorang tu menyerahkan buku di tangannya pada kami. “Terus ke kelas cikgu?” soalku. “Tak.. saya nak tandatangan kat office dulu.” “Okey, kami tunggu kat sini.” Balas Siti. Cikgu Z menggelengkan kepalanya. Hik! Tawa aku dan Siti pecah. Bukan nak cakap besar, memang aku dengan Siti geng kamceng yang paling kuat menyakat. Dalam kelas 4A tu kadang-kadang cikgu garang pun kalah gak ngan kitorang, tapi tu kalau kami berdua.. Kalau terpisah atau salah seorang dari kami tak datang sekolah memang jadi siput terus… slow jer, jadi Perempuan Melayu Terakhir ler pulak.

Sampai di kelas semua mata tertumpu ke arah kami, tu belum cakap kelas-kelas yang kitorang lalu tadi. Maklumlah, Cikgu Z ni tak pernah jalan beriringan dengan student perempuan. Kalau masa mula-mula dia datang sini dulu lagi teruk, budak perempuan jalan kat belakang dia pun dia boleh pecut kalahkan Watson Nyambek. So, hari tu kitorang rasa teramat-amatlah bangga sekali, lebih-lebih lagi bila tengok Mek Kembang yang kian mengembang macam dipam-pam bila tengok kami jalan beriringan dengan Cikgu Z tu. Jangan jealous… Sejak mula masuk kelas lagi aku dah perasan yang si Aidil dengan Zul asyik berbisik, tapi tak sangka pula pasal kitorang. Masa tu aku tengah padam papan hitam, Siti pulak tengah bahagikan buku latihan.

“Cikgu..” Panggil Aidil. Cikgu Z aku tengok serius jer pandang muka Aidil. “Aha Aidil…. ada apa?”

“Apasal dengan budak berdua tu, cikgu dah kasik apa kat diorang sampai rajin macam tu sekali…sebelum ni tak ada pulak diorang macam tu. Pemadam papan hitam pun tak pernah sentuh.” Kelas gamat dengan tawa. Aku tengok Siti menjeling tajam ke arah Aidil. Cikgu Z tersenyum sambil memandang ke arah aku dan Siti.

“Biarlah mereka nak beramal sikit…” Balas Cikgu Z selamba. Kami tersenyum puas. “Aha cikgukan.. kau tu sebenarnya jealous Aidil.” Siti melancarkan peluru mortarnya yang ditambah dengan jelinan species bom atom yang maha dasyat… (gimik je tu)

“Aduh… jelingannya menusuk kalbu…. tolong cikgu..” Aidil pura-pura memegang dadanya dengan wajah berkerut. Kelas sekali lagi gamat dengan tawa penghuninya. Selepas kelas kembali reda, Cikgu Z memulakan pelajaran. Tak sampai setengah jam dia menerangkan mengenai Articles, dia menjalankan satu tugas rutin yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh para pelajarnya termasuklah aku. Sessi berborak.. yee!!!!

“Okey, kita sembang kejap. Lagipun kalau saya ajar banyak-banyak pun nanti kamu bosan pulak..” Cikgu Z tersenyum lantas menyambung. “Lagipun semua tu saya reka-reka aje, saya pun tak pandai macam korang jugak.” senyum cikgu Z masih bersisa. Macam biasa aku dengan kebrutalan yang ada mengangkat tangan, yakin jer nampak…. tapi dalam hati cuma tuhan yang tau. Senyuman tak pernah lekang dari bibir aku ni.

“Cikgu.. sebelum kita sembang-sembang… saya ada satu soalan bonus untuk cikgu..”

“Apa dia?”

“Apasal cikgu suka sangat cakap cikgu tak pandai jugak macam kami atau dengan kata lain… bodoh macam kami jugak?” Soalku sambil menekankan perkataan bodoh. Cikgu Z tunduk sambil tersenyum. “Cikgu perli kitorang ek?” Sambung aku lagi tak puas hati. Cikgu Z mengangkat kepala memandang aku. Tang ni yang susah skit ni…. pandangan kami bertaut… (Kuch Kuch Ho Ta Hai) kalau palau filem Hindustan, lepas ni mesti nyanyi punya. Tapi dalam cerita aku ni tak… tautan tu tak lama, Cikgu Z melarikan pandangannya. Memang aku sengaja pandang teat ke arah anak mata dia sebab Cikgu Z memang tak pernah biarkan pandangan dia bertaut lama dengan pandangan pelajar perempuannya. Yes!! Akhirnya kemenangan milik aku. Aku tersenyum puas sambil memandang Siti kat sebelah. Siti menegakkan ibu jari tangannya..

“Tak… tak ada niat pun saya nak perli kamu semua. Memang saya pun tak berapa arif tentang English ni. Di UIA pun saya ambik course syariah bukannya TESL, jadi terpaksalah saya reka-reka mana yang patuut ajar kamu semua.” Jelas Cikgu Z. Aku dengan Siti memandang dengan pandangan selamba macam bukan aku yang soal dia tadi. Nama pun kaki sakat, susah nak dapat gelaran macam tu tau.Walaupun kaki sakat, kitorang highclass punya.kaki sakat, VIP lagi gitu.

_________

Masa yang berlalu seolah-olah terlalu perlahan bergerak, lagi perlahan dari siput buta. Projek juta-juta menanti untuk dilaksanakan. Petang tu aku dengan Siti serbu satu kedai pakaian kat bandar KT. “Kita nak beli warna apa ni Diey?”

“Warna yang gelap, Cikgu Z suka warna macam tu.” Jawab aku confident.

Kami memilih benda kiut yang tersusun kat kedai tu satu persatu. “Yang ni Diey….” Kata Siti sambil mengangkat benda kiut yang berbelang hitam putih tu. Aku memandang Siti. Dah tak boleh tahan lagi dah, akhirnya tawa kami pecah kat situ. Makcik tuan punya kedai turut tersenyum melihat telatah kami berdua.

“Kau ingat Cikgu Z tu banduan baru kuar penjara?” Tawa kami masih bersisa. Petang tu benda kiut warna biru laut menjadi pilihan hati kami yang suci muni macam minyak masak cap Seri Murni ni untuk cikgu kesayangan kami tu. Bukan tu aja, kad pun kami beli… besarnya jangan cakaplah. 180cm darab 200cm. Bayangkan… kami pilih kad tu sebab kad tu pun kiut macam Cikgu Z… ala-ala sijil ….. Anugerah Guru Terbaik!

_________

Assalamualaikum cikgu….” aku memberi salam. Beberapa pasang mata memandang ke arah aku yang tercegat di muka pintu. Rasa macam modellah pulak.

“Ha! Kamu ke mana? Baru jumpa jalan balik ke kelas….” Soal Cikgu Aishah guru matapelajaran Akaun. Masam kelat aku tengok muka dia…. tulah sebabnya belum kahwin-kahwin…. (Sempat lagi mengumpat tu..hik! Sorry cikgu.)

“Saya jumpa Cikgu Rosnah.. pasal pertandingan Sajak.” Bohongku. Pandai makan pandailah simpan. “Cikgu Rosnah panggil ke.. ke mana?” Cikgu Aishah kian galak memerli. Siap ngan mimik muka sekali tu. Kadang-kadang aku terfikir jugak, lagi pun memang ramai budak perempuan yang tak puas hati dengan Cikgu Aishah ni, apasal dia tak suka sangat dengan budak perempuan, kalau budak lelaki senyumannya tu melebar sampai ke telingo. Hasil dari perli memperli dia yang menyebabkan aku terpaksa tercegat kat depan kelas hampir ½ jam dan sedikit sebanyak mencabar kebrutalan aku tu menyebabkan aku membuat keputusan drastik untuk tukar matapelajaran dari Akaun ke Pendidikan Seni.Nampaknya tindakan nekad aku tu mendapat sambutan yang memberangsangkan dari budak-budak kelas aku bila 70% dari budak kelas aku turut mengambil tindakan yang sama. Termenung jugak cikgu tu aku tengok. Ha… baru tahu, apa dia ingat kitorang tak pandai buat reformasi ker?

Bila aku dibenarkan ke kembali ke tempat aku, kaki aku dah rasa kebas semacam. Maklum ler aku mana biasa jadi tiang letrik. Aku menuju ke meja aku sambil menggigit bibir geram. Namun kemarahan aku tu tak lama. Aku pandang jadual kat tepi meja aku. Senyuman semakin mekar. “PA, PA, BI, BI” Aku memandang Siti. “Dah beres ker?” Bisik Siti perlahan, takut kena ngap dengan ‘Singa’ kat depan tu. Aku mengangguk sambil tersenyum. Kedengaran loceng pertukaran masa berbunyi nearing. Cikgu Aishah keluar beriringan dengan Faiz yang disuruh membawa buku yang tak sampai lima biji tu. Konon-kononlah Si Faiz tu budak lelaki paling handsome dalam kelas aku tu. Ketuakan ada, nak jugak dia suruh Si Faiz tu.

“Macamana?” Soal Siti ingin tahu. “Beres…… masa aku masuk bilik guru tadi dia tak ada, tapi masa aku turun dia baru nak naik.” Siti tersenyum. Dari jauh kami memerhatikan guru kesayangan kami menuju ke arah kelas.

“Assalamualikum semua..”

“Waalaikumussalam…” Jawab pelajar 4A serentak dan bersemangat, terutama aku ngan Siti. Semangat kami makin berkobar-kobar takkala melihat beg kertas hadiah kitorang tergenggam di tangan cikgu Z. “Baiklah, sebelum saya teruskan….” belum sempat cikgu Z menghabiskan ayatnya Aidil terlebih dahulu menyampuk. “Kita sembang-sembang dulu… saya pun tak pandai macam kamu jugak…” Kelas gamat dengan tawa. Cikgu Z menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Aidil. “Bukan… sebenarnya saya nak ucapkan terima kashi kat kawan kamu sebab sudi kasik hadiah istimewa ni.” Kata Cikgu Z sambil memandang sekilas ke arah kami berdua. Aku dengan Siti masa tu rasa kembang jugak, lebih kembang dari Mek Kembang kelas sebelah. Apa-apa pun keayuan kena control… hik!

“Siapa cikgu…?”

“Adalah di antara kamu ni.”

“Dia hadiahkan apa cikgu?” Kedengaran lagi soalan dari hujung kelas. Cikgu Z tersenyum sambil tunduk mengambil beg kertas.

“Diorang kasik sesuatu yang memang saya suka….” Balas Cikgu Z sambil mengeluarkan benda kiut tu. (Kopiah ler sayang…) Kelas gemuruh campur gamat campus riuh dengan gelakan. Tak tau ler aku nak cakap apa sebab waktu tu ngan aku-aku sekali bantai gelak. Tapi keayuan tak lupa untuk maintain…. Johari, budak kelas aku yang otak tak betul sikit tu ketawa macam kena histeria sampai boleh terbalik kerusi yang dia duduk. Pelajar dari kelas sebelah terjenguk-jenguk bila mendengar kelas kitorang yang riuh macam pasar borong tu dan waktu tu jugak aku dengan Siti masih sempat mendengar tawa cikgu Z. Sesuatu yang mungkin sukar untuk berulang lagi….. cair beb! Cair secair cairnya bila tengok wajah dia saat tu. Selepas keadaan kembali reda Cikgu Z bersuara. “Result BI kamu dah ada…”

“Yang terbaik berapa cikgu?” Soal Hazril.

“85%.. Tu pun saya kasik markah kasihan tu.”

“Sorang jer ker dapat A1?”

“3 orang….. 2 perempuan 1 lelaki.”

“Poligami tu cikgu…..” Kata-kata Faazal disambut dengan tawa.

“Siapa lelaki yang bertuah sangat tu cikgu?” Soal Hazril.

“Yang perempuan…. anak Azmi….” Aku bangkit secara automatic sambil mengangkat tanda peace.. “World Peace.”

Aidil mencebik. “Ek en na….. World Peace lu…….”

“Jangan jealous ye..” Balasku. Cikgu Z tersenyum sambil memerhati sesuatu di buku rekod.

“Anak Suhaimi……” Giliran Siti untuk tampil.

“Em.. tak der orang lain ker…. asyik asyik diorang!” Rungut Aidil lagi.

“Well…… say something I don’t know….” Balas Siti… riak ler tu.

“Dan lelaki yang bertuah tu Hazril…..”

Hazril bangkit sambil membetulkan tali lehernya. “Sesungguhnya kejayaan ini bukan milik saya seorang tetapi milik kita semua.. majulah sukan untuk negara.” Ucap Hazril

“Piiiiraaahhhhhhh!” Balas Aidil diikuti tawa rakan-rakan yang lain. Hazril duduk sambil tersengeh. Tapi kata orang kalau gelak-gelak sangat ni, mesti ada cerita sedih akan menyusul kemudiaan dan memang betul, sebaik sahaja kelas kembali normal Cikgu Z mula mengatur bicara. “Hari ni saya tak mengajar sebab saya nak habiskan masa bersembang-sembang dengan kamu semua.”

“Apasal cikgu..” Cikgu Z membetulkan kacamatanya. Belum sempat cikgu Z menjawab aku memotong laju. “Emm… kejap cikgu, apa kata cerminmata cikgu tu?” Soalku serius. Dahiku berkerut seribu. Perlakuan aku tu turut diikut oleh kengkawan yang lain. Aku mencubit lengan Reena yang tengah gelak. Cikgu Z membuka kacamatanya sambil membelek-belek mencari apa yang aku maksudkan. Muka dia pun nampak serius.

“La…. saya ingat apa yang berkilat-kilat tu… rupanya cerminmata baru….” Kelas sekali lagi gamat dengan gelak tawa. Begitulah keadaan kelas 5 Ampuh semenjak kehadiran cikgu Z, sentiasa ceria dan dilimpahi dengan gelak tawa warganya. Cikgu Z tersenyum….

“Kamu… ada-ada aje.”

“Sebablah cikgu nampak berseri-seri jer hari ni.” Ujar Yanti dengan tawa yang masih bersisa.

“Yelah, yelah… ketawalah selagi korang boleh ketawakan saya, hari ni last day awak boleh buat macam tu.”

“Kenapa pulak ni cikgu, kitorang gurau jer ler.. sebelum ni cikgu tak marah pun…..” Balas Khairil.

“Bukan apa.. masa saya first time datang sini dulu, saya pernah bagitau yang saya di sini cuma untuk beberapa bulan sahajakan?” Cikgu Z menarik nafas panjang apabila melihat keadaan pelajarnya yang diam membisu. Wajah masing-masing diselubungi suram. Sepi. “Jadi, cikgu nak bagitau… mungkin minggu ni minggu terakhir cikgu mengajar kamu semua. After semester break nanti mungkin cikgu tak datang mengajar sini lagi dah sebab cikgu kamu yang baru akan datang.” Aku tunduk mengadap meja begitu juga dengan pelajar perempuan yang lain termasuklah Johari, tapi dia tunduk bukan sebab sedih tapi….. chet! Dah tertidur rupanya budak tu. Kurang asam betul ler. Waktu tu mata aku dah pedih. Tapi brutal punya pasal aku buat muka bodoh. Belek itu belek ini. Reena kat sebelah aku tengok asyik pandang kat luar. Pandang apa tah, takkan Pak Mat tukang kebun sekolah tu kut? “Kalau ada masa, saya akan datang jengu kamu semua. Jangan pulak dah dapat cikgu baru korang lupakan saya.” Ucap ckgu Z dengan senyuman. Waktu tu aku dah tak boleh tahan kebrutalan aku lagi dah, hancur. Punah ranah. Sebaik sahaja airmata srikandi mengair kat pipi aku yang separa gebu ni, aku terus tunduk, pura-pura ambil pen jatuh.. dalam pada tu sempat lagi aku touch up! Dan keesokan harinya, kami semua dah mulakan cuti semester dan seterusnya menyambut kehadiran 1 Syawal. Malam tu hampir sebelanga air mata duyung aku jatuh. Saja layan blues.

_________

Kini hampir seminggu sekolah dibuka kembali selepas cuti semester tu. Namun aku dengan Reena tak seceria dulu lagi. (Faham-faham jer ler) Mek Kembang pulak tak habis-habis perli kitorang. Sakit hati tu jangan cakap ler. Ingatkan kitorang ni pengawas sekolah yang berwibawa jer, tu pun sempat lagi aku buat-buat tertumpah air kat baju dia. Menyinga jugak dia masa tu, maklum ler air kopi yang aku order khas dari kakak kantin tu aku siap suruh buat pekat-pekat lagi. Rasakan, jangan pandang kitorang tak der mata. Setiap kali masa English aku rasa macam berada di tanah perkuburan. Kelas 4 Ampuh sunyi sepi. Masih tiada guru yang menggantikan tempat cikgu Z. kalau tak, masa-masa ni mesti aku dengan Reena tengah sibuk cuci papan hitam ke, cuci tingkap ke (nak tunjuk rajin ler tu konon…politik!) Tapi sekarang ni kami ler paling pemalas kat dalam kelas tu. Aku pandang muka Reena yang aku tengok macam muka orang tak betul. Aku pun tak boleh tafsir apa isi tersurat dan apa isi tersirat kat muka dia tu. Nak kata dia nak nangis nampak macam nak tersenyum pun ada. Nak cakap dia nak senyum….. mata dia aku nampak macam nak nangis. Akhirnya aku ikut arah pandangan mata dia yang bulat macam bulan penuh tu. Alamak! Akhirnya virus yang melanda dia tu terjangkit kat aku pulak.

“Cikgu Z!!!!!!!” Macam dah ditiming jer suara kami berdua kuat menyebut nama idola kitorang tu. Suasana kelas yang agak bising terus on the spot sunyi sepi. Aku sendiri tak pasti sama ada diorang tu terdiam sebab suara kami yang kuat semacam tu ker atau sebab diorang nampak kelibat cikgu Z. Aku dengan Reena ketawa riang macam budak-budak dapat coklat.

“Assalamualaikum..” Kedengaran suara cikgu Z. Mata kengkawan aku semua mengekori langkah cikgu Z yang menuju ke meja guru.

“Cikgu…. cikgu tipu kami….” Alamak! Macamana boleh terkeluar ayat tu? Intonasi pun manja semacam jer. Malu semalu malunya saat tu… tapi touch up! Touch up! Buat muka selamba. Nasib baik tak kena ‘boo’ dek kengkawan Untuk kali keduanya aku dengar cikgu Z ketawa.

“Tulah… kamu semua suka sangat kenakan saya. Em.. sayang jugak kamu kat saya ek?”

Di bibir aku dan kengkawan waktu tu terukir senyuman penuh makna…. Senyuman kepuasan kerana cikgu Z kesayangan kami masih di sini mengiringi perjuangan kami.

_________

Namun itu semua hanya tinggal kenangan, kenangan manis sewaktu bersama-sama melintasi di zaman remaja 5 tahun yang lalu. Sekarang cikgu Z dah tak ada kat sekolah tu. Kami pun masing masing dah ke menara gading sambung belajar. Aku dan kengkawan terpaksa akur dengan peredaran waktu. Tapi yang paling aku dan Reena frust bila cikgu Z pergi waktu kami tak ada kat sekolah tu…. Kami tengah menghanguskan kulit untuk Jamboori Asia Pasifik di Bukit Kluang Terengganu. Terkilan tu memang terkilan dan aku berani cakap kalau tak kerana semangat turun temurun dari masa cikgu Z mengajar dulu memang aku tak kan dapat keputusan sebaik tu dalam English 1119… malah dengan keputusan tu aku mampu mengikuti Sarjana Muda TESL, namun minat aku bukan di situ.. dan aku tak mengikut jejak guru idola aku tu untuk jadi guru Bahasa Inggeris. Yang pasti hingga kini cikgu Z still is my idol… I like Your Lesson I Love Your Style But What Most I Love Is Your Encouraging Smile… Miss U Cikgu Z.

Buat titipan cikgu Zawawi Yusof:
Dieyana .
21hb April 2002.
1:42 am

Advertisements

6 Respons

  1. ni cam kisah benar je… betul ke ade cikgu zawawi nih???? kalu ade tlg kim slm kt die… hehe3… :p

  2. citer ni best ar..ayat slamber..

  3. chekgu zawawi!!!!
    owg kat sbelah umh kiter chekgu zawawi gak….tp dah retireeee..
    skunk dop jage cucu2…
    nnti kiter kim slm..

  4. emmm..cte ni mmg besh bangattt…:)

  5. kejap siti, kejap reena.. pas 2 mcm syok sndr je… tah la.. tp bca smpai abes gak, sal nk tau cikgu z nya 2 bminat ke x ngn minah2 ss niey..

  6. tul tue…mula2 siti pastu reena lak…konfius…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: