Kesempatan terakhir

I

“Apa kena kamu ni ,Shamsul?Result makin teruk,papa tengok kamu asyik memerap aje dalam bilik tu.Tidur aje kamu tahu!”

“Tapi papa…”

“Menjawab!Menjawab!Pang!”Satu tamparan singgah di pipiku,berbekas di hati.

II

“Shamsul,cikgu bukan nak marah kamu,tapi kalau asyik gagal je, cikgu pun tak tau nak buat apa lagi dengan kamu. Cuba kamu jadi macam si Fawwaz tu,kamu tak nak jadi macam dia?”

III

“Sham,aku rasa lebih baik kau baik-baik sikit,SPM tak lama lagi tau.Kau asyik fail aje ni.Usaha la lebih sikit…”

IV

Satu demi satu adegan yang berlaku siang tadi ditayangkan semula dalam pawagam mindaku.Ini bukan kali pertama drama ini dilakonkan, dan aku pasti,bukannya untuk kali yang terakhir. Bukan kehendakku,bahkan aku memang tidak mahu episod drama yang sama ditayangkan berulang-ulangkali.Bahkan plotnya sama cuma kali ini endingnya agak tragik.Tamparan dari papa tadi mematikan segala harapanku.Sisa-sisa semangat perjuanganku turut lenyap bersama tamparan tersebut.Aku tidak menduga, insan yang paling memahami diriku turut bertindak demikian.

“Kenapa otak aku ni lembab sangat?Kenapalah aku tak sepandai Fawwaz?

Kenapa orang lain hanya nak menyalahkan aku?Dia orang tak tahu sejak aku gagal 5 subjek tahun lepas aku sentiasa berusaha.Tapi aku tetap gagal.Bahkan keputusan aku makin teruk.Aku belajar.Aku tumpukan perhatian.

Kalau betul aku bodoh,kenapa waktu PMR dulu aku skor?
Kenapa sekarang aku tak boleh skor?
SPM bulan depan je. Bodoh ke aku?

Menyesal aku terima pujukan cikgu suruh aku masuk aliran sains lepas PMR dulu.Kenapa aku di tingkatan 3 dulu jadi top-student ,pelajar harapan guru,tapi sekarang semua guru pandang rendah aku.Hina aku.Kawan-kawan pun sama.Tak ada seorang pun nak tanya apa masalah aku.Papa pun dah mula kecewa.Dulu dia yang memberi semangat supaya aku terus belajar.

“Haaah!!!Aku memang tak guna.”

Aku bangkit longlai menuju ke satu-satunya cermin muka di dalam bilikku. Peralatan elektronikku yang canggih-canggih langsung tidak menarik perhatianku,sudah lama aku tidak berchatting dengan komputer.Playstation di bawah katil itu pun sudah berdebu.Sebaliknya, sejak melalui peristiwa malang itu,(gagal dalam peperiksaan), cermin itulah yang menjadi temanku bercanda.Yang sudi mendengar rintihanku.

Wajah cengkung di cermin itu kutenung sedalam-dalamnya. Shamsul sekarang bukan Shamsul yang dulu.Gelak tawa telah lama meninggalkanku.Hatiku sudah beku.Aku sudah lupa bilakah kali terakhir, bahagia berkunjung ke hatiku. Bagaimanakah perasaan tu? Rindu. Sayu mengenangkan diriku.

“Cermin,kalau kau berakal,barangkali kau pun akan meninggalkan aku,”sinis nadaku.

“Betulkah aku ni bodoh?Lihatlah kulitku yang pucat ni?Tak ada siapa pun yang sedar?Tengoklah Fizik?Kimia?Bio?Pengajian Kejuruteraan?Add. Math?”

Meliar mataku merenung sesusuk tubuh yang kurus kering di sebalik cermin itu.Tiba-tiba,mataku tertancap pada mata pisau cukur yang terletak di tepi cermin itu.

Pisau.” Tajam”.

Desis hatiku.Aku teringat parut lukaku yang masih ada sehingga kini akibat bermain dengan pisau cukur papa sewaktu tadika.”Ya”. Mungkin aku perlu melakukan sesuatu supaya dihargai.Supaya mereka mengerti dunia ini memang kejam. Zalim.Zalim!

Pisau cukur itu kini sudah bermain di tanganku.Kutelek mata gillette pisau itu. Berkilat dipanah cahaya lampu bilikku.

“Jangan!Jangan buat kerja bodoh.Kau masih muda.Kau masih boleh berjaya.

Ramai orang berjaya ketika tua.Boon Siew tak pandai membaca tapi menjadi pengedar motosikal terbesar negara.Lim Goh Tong bukannya genius,manusia terkaya di Malaysia. Ustaz kan dah pesan membunuh diri,haram.Tak masuk syurga.Macam mana papa kau,Mama kau? Kau tak kesian kat diorang? Kau kan anak tunggal mereka.Kawan-kawan kau?”Imanku menghalang.

Namun,naluriku berkeras.Aku mesti ajar dunia ni.Biar dunia ni sedar harga diri manusia,supaya tak ada remaja lain melalui pengalaman seperti aku.Apa ertinya aku masih muda, jika umurku hanya dihabiskan untuk menerima kutukan,hinaan dan pandangan yang menyakitkan hati.Mana ada orang yang berjaya kalau bodoh zaman millenium ni.Boon Siew dan Goh Tong tu dah tua.Mereka bermula waktu papa dan mama masih berlampin.Mereka dah tak relevan.Biarlah aku tak masuk syurga pun.Dunia ni pun dah macam neraka.

“Ahhhhhhhhhhhh!Sakitttttttttt!!Mamaaaaaaaaaa!!!!!!Papaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!”

lantang jeritanku tatkala mata pisau menghiris mata uratku.Darah dari tangan kiriku membasahi baju Melayu unguku ,permaidani turki kamarku turut dicemari darahku. Pisau cukur yang tadinya ku genggam terlepas ke lantai.

“Astaghfirullahalazimm.Apa dah jadi ni,Sham. Shamsul!Abang!Abang tengok anak kita ni!”

“Ya Allah.Ina .Panggil ambulan lekas!”cemas suara ayahku mengetuk gegendang telingaku,sambil tangan papaku lembut memangku kepalaku.

Pandanganku jadi berpinar-berpinar dan gelap tiba-tiba. Bisa luka di pergelangan tanganku,tidak lagi terasa…

Tiba-tiba,aku celik semula.Aku dapat melihat papa dan mama yang tidak keruan, riuh-rendah jiran yang mula mendaki tangga rumahku turut kedengaran.Tiba-tiba mataku menangkap kehadiran seorang lelaki berpakaian serba hitam.Dia tersenyum ke arahku. Walaupun senyuman itu tawar hambar tapi itulah senyuman pertama untukku dalam dua tahun ini.Akhirnya…

“Bagus.Shamsul,kau tidak mengecewakan.Akhirnya,kau berjaya menyedarkan dunia mengenai falsafah kau.”

Sejurus selepas itu tiba pula seorang pemuda berjubah putih.Walaupun kacak,tapi mukanya masam.Lelaki berpakaian hitam itu hilang tiba-tiba.

“Puas hati kau?Lihat apa kau dah buat?Kau tahu tak kau dah berdosa? Aku harap iika kau di beri kesempatan kedua,insaflah!”kasar bunyinya.

Aku dah bosan mendengar nasihat hipokrit seperti itu.Tiada bezanya.Ramai orang yang berpura-pura mengambil berat tentang diriku sedangkan pada masa yang sama mendera aku.Kejadian ini disebabkan mereka. Bahkan, mereka masih belum sedar.

Aku dapat melihat jasadku diusung oleh paramedik ke dalam ambulans.Papa dan mama mengiringi jasadku.Jiran-jiran yang hadir mengeleng-geleng.Aku melihat bilikku sekali lagi.Mungkin buat kali terakhir.Potretku yang tersangkut di dinding kutatap sepuasnya.

V

Di hospital,para doktor menerpa ke arah jasadku.Pelbagai jenis tiub yang disambung ke pelbagai jenis beg yang bewarna-warni dicucuk ke lenganku.Akhirnya, jasadku diletakkan di dalam bilik Unit Rawatan Rapi.Doktor pula berjalan perlahan ke arah ibu bapaku yang sudah kegelisahan.

“Bagaimana doktor.bagaimana anak kami?”Papaku menggesa.

“Well,saya harap tuan dan puan dapat bersabar.Kami dah cuba sedaya upaya tapi ingatlah Tuhan Maha Berkuasa…” kata-katanya terhenti dengan raungan mamaku.

Papaku turut mengalirkan air mata lelakinya.
“Sabar dulu,puan.Saya belum habis lagi.Buat masa ini,dia masih stabil tapi kritikal. Kami telah letakkan dia ke dalam ICU ,seperti yang saya katakan tadi,kita hanya mampu berserah dan berdoa.This next 24 hours will be vital to his life.Let’s pray.Jika tuan dan puan ingin melawat dia,saya beri 5 minit and after this dia tidak lagi dibenarkan menerima pelawat.” Doktor tadi membawa papa dan mama melawat jasadku.

“Sham,maafkan papa Sham.Papa tak berhasrat nak berkasar dengan Sham, cuma papa emosional tadi.Sham tahukan,Sham satu-satunya anak papa.Papa terlupa semua kejayaan Sham selama ni,papa cuma nampak kegagalan Sham 2 tahun kebelakangan ni.I fail to be a good father.Maafkan papa,Sham.”

“Mama tak tau nak cakap apa,Sham.Mama nak Sham pulih cepat dan kita akan mula kembali hidup kita.Mama tak sangka anak mama yang mama anggap berani sepengecut ini. Tapi percayalah,jangan tinggalkan mama.Mama tahu Sham pasti boleh.” esakan mamaku sambil mengusap tanganku,matanya menitiskan air jernih di pipiku.

Doktor muda yang memerhati sejak tadi memecahkan suasana bening bilik rawatanku.”Tuan-puan,dia masih koma. Dia perlu berehat.Tuan,puan pun perlu berehat.”

VI

Tiba-tiba datang seorang tua berpakaian serba putih ke arahku.Jernih wajahnya, senyuman tidak lekang terlukis di bibirnya.

“Assalamualaikum,Shamsul.Apa khabar?”

“Waalaikumsalam,entahlah pak cik,saya pun tak tahu.Kadang-kadang saya gembira saya buat keputusan yang betul,tapi menyesal pun ada juga”

“Sebenarnya,bukan salah kamu,bukan salah sesiapa.Dunia memang begitu, sekejap siang,sekejap malam.Kamu cuma tidak dibimbing secukupnya.”

“Lihatlah pakcik,semua orang menyalahkan saya jika result saya teruk.Mereka tak tahu saya study sepenuh hati,tapi masih gagal.Mereka bukannya mahu membantu, tapi cuma menyusahkan saya.Mereka tak mengambil berat tentang saya langsung.Maklumlah,saya bodoh.”

“Jangan cakap begitu ,Sham.Siapa kata mereka tidak sayangkan Sham,lihatlah papa dan mama Sham tadi.Siang nanti lihatlah guru-guru dan rakan-rakan Sham datang melawat Sham.Mereka semua memerlukan Sham.Sham bukan bodoh,Sham cuma tidak belajar dengan teknik yang betul.Mereka pula tidak membimbing,Sham.Itu satu-satunya kesalahan mereka.Sham tak mahu maafkan mereka?”

“Ahh!Dahlah sekolah exam-oriented,mereka pula beri kritikan membunuh.Siapa yang boleh tahan pak cik?”

“Memang sistem pendidikan kita exam-oriented , tapi itu untuk kebaikan kita sendiri. Supaya kita dapat mengenal diri kita.Memang fitrahnya manusia hanya menyukai kebaikan kerana itulah kita lazimnya keseorangan apabila bersedih.Memang tabii manusia bersikap kasar terhadap mereka yang dianggap lebih rendah darjatnya dari mereka.Itu hukum alam,Sham.Terimalah…Berdoalah agar Allah memberi Sham kesempatan kedua Sham.Subuh dah hampir tiba.Pak Cik minta diri dulu. Assalamualaikum.”

Akhirnya,aku ditinggalkan keseorangan menatap jasadku yang terkujur.Mindaku masih cuba menghadam nasihat lembut pak cik yang baru bertandang sebentar tadi. Aku cuba menghazafkan segala memori pahit dari otakku.

Ketibaan rakan-rakan,dan guru-guruku beserta dengan linangan air mata.Benar kata pak cik tadi,mereka masih sayangkan aku.

“Maafkan cikgu, Sham.Cikgu bukan nak membandingkan anak-anak murid cikgu Tapi,cikgu yakin kamu semua sama pandai, sama hebat seperti mereka yang berjaya , kerana kamu semua sama.”

“Sham.Kami semua sahabatmu dunia akhirat.Kau tidak berkongsi masalahmu dengan kami.Kami mahu membantumu, tapi mungkin kami terlalai dengan agenda kami sendiri.Maafkan kami,Sham.Pulihlah sebelum SPM supaya kita boleh begembira bersama-sama ketika mengambil result nanti,Sham.”

Papa dan mamaku tidak terkata apa-apa.

VII

“Ya Allah!Aku pohon padamu,berikan aku kesempatan kedua,ya Allah.Aku berdosa!Aku berdosa, Ya Allah”

“Allahuakbar.Allahuakbar.”

Laungan azan asar dari masjid berdekatan mendiamkan tangisan pelawat jasadku. Pak Cik berpakaian serba putih datang lagi.Tersenyum…

“Haiya alal falahhh,”

Dada jasadku mula berombak.
Doktor dipanggil masuk.Terlatih dan cekap. Stetoskop diacukan kedadaku.Tangannya diletakkan di leherku.

“Shamsul,Allah memperkenankan doamu.Kau diberi kesempatan kedua. Mengucaplah sementara kau diberi peluang.Allah,Maha Pengampun.Shamsul.Mari ikut Pak Cik, Sudah ketetapan di Loh Mahfuz.Tempatmu bukan lagi di sini.”

“La ila ha illallah”

Pasrah dengan qada dan qadar Illahi aku mengikut Pak Cik berbaju putih.Serentak dengan itu dada jasadku berhenti berombak.Doktor tertunduk.Raungan menggema ruangan bilik.

Papa,mama,cikgu,kawan-kawan, maafkan Sham.Sham sayangkan semua.

Selamat tinggal…

3 Respons

  1. sedihnyer…kecian sham..

  2. selamat tinggal…

  3. ingatkan dia sedar semula dr koma rupenyer lain lak jadinyer….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: