Cerpen: kebahagiaan datang kembali

Tergamam aku pabila diberitahu tujuan sebenar menyuruhku pulang kekampung.Semata-mata ingin memberitahuku bahawa ada orang ingin masuk meminangku dan perminangan itu sudah pun dipersetujui oleh kedua-dua orang tuaku.Oh tuhan mengapa berat sekali dugaanmu kali ini.Sesungguhnya aku tidak dapat menerimanya.
Malam itu aku bersendirian didalam kamarku.Kuhembur segalanya disitu.Masih tergiang-giang suara mama memujukku lewat senja hari itu.

“Maafkan mama Alya.Bukan maksud mama untuk membelakangkan Lya,bukan juga niat mama hendak memandai-mandai dalam jodoh Lya.Tapi mamanak tengok Lya bahagia …..ada orang jaga Lya sebelam mama pejam mata sayang”

“Tapi kerana Lya mama.Belum tentu Lya bahagia bersamanya mama.Lya tak kenal pun dia apatah lagi cinta mama.Lya tak boleh mama….Lya tak boleh”

“Cinta tidak akan datang dengan sendiri Lya,kalau kita berusaha mencarinya.Jangan kata Lya tak boleh.Lya tentu boleh kalau Lya berusaha.Mama yakin Lya akan bahagia bila hidup bersamanya”
Hairan aku dibuat mama.Bagai tiada gusar dihati tua itu.Tapi air mataku masih terus mengalir dan terus mengalir menangih simpati.Tapi itu semua mustahil sekali …..Keputusan telah dibuat dan aku sebagai anak harus menurutinya.

Tiba-tiba ingatanku kembali terkenangkan peristiwa silam.Peristiwa antara aku dengannya.Peristiwa yang hampir 7 tahun dan peristiwa itulah yang membuat hatiku tertutup untuk bercinta lagi.

“Kalau berlaku apa-apa pada Zam,janji yang Lya akan jaga diri baik-baik ya sayang.Janji dengan Zam”

“Apa yang Zam cakapkan nie.Tak akan ada sapa yang akan pisahkan kita.Itu janji Lya”

“Tapi tak ada sapa yang akan tahu apa yang akan berlaku pada hari esok sayang.Entah-entah Zam…….

“Stop saying Zam.Lya tak mahu dengar lagi”

Zam diam tidak berbicara lagi.Tapi aku dapat rasakan perubahannya.Sikap Zam berlainan sekali berbanding hari biasa.Dia sungguh romantik, penyayang pada pandangan mataku.Aku dilayan bagaikan puteri.Namun kebahagiaan yang kurasakan tidak kekal lama.Tuhan lebih menyayangi dirinya.Dia terkorban dalam nahas jalan raya setelah selesai menghantarku pulang pada lewat senja hari itu.Dapat kurasakan dunia seakan-akan berhenti berputar.Aku meraung bagaikan orang terkena histeria.Nasib baik adanya Izzaty,sahabatku.Dialah yang memberikan aku semangat untuk aku menerima hakikat bahawa Zam telah pergi…..pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya.

Aku menangis lagi,menangis diatas apa yang telah berlaku hari ini.Kalau mamatahu tentang hal yang sebenar,tentu semua initidak akan berlaku.Aku sungguh penat diatas apa yang berlaku pada hari ini.Entah bila aku lelapkan mata aku sendiri pun tak tahu.Sedar-sedar sinar mentari sudah menyebungi bumi……
…………………………………………………………………………

“Pakai baju nie arah mama sebaik saja memasuki kamarku”

“Baju apa nie mama,macam orang nak nikah aje.Siap dengan mak andamnya sekali”

Mama diam membisu.Tanpa sebarang kata dia meninggalkanku bersama dengan Mak Siti.

“Mari sini biar Mak Siti mekapkan.Biar cantik pengantin baru kita hari nie”

Aku terlopong mendengar bicaranya.Pengantin baru!Setahu aku majlis nie sekadar majlis perminangan bukannya perkhawinan.Tapi aku hanya diam menurut kata.Mungkin Mak Siti tersalah dengar.

“Assalamualaikum”

Aku berpaling.Alangkah terperanjatnya aku pabila kulihat Izzaty datang.datang kekampungku,tapi untuk apa.Siapa yang memberitahunya yang hari nie hari pertunanganku.

“Eh,bila hang mai sina.Sapa bagitau yang hari nie aku……

“Hah,dah siap pun.Pergi salan baju tue.Mak Siti nak keluar sekejap.Nanti Mak sitidatang semula.Nie kawan Lya ke……

“Ha‘a Mak Siti saya kawan serumah Lya”

Izzaty kulihat sedang bersalaman dengan Mak Siti.Selepas Mak Siti berlalu…

“Hoi,tercegat apa lagi,pergilah salin baju tue,nanti pihak lelaki mai baru terhegeh-hegeh nak tukar baju la apa la,”bebelnya.

“aku nak tanya hang sat.Camna hang boleh sampai kat kampung aku nie.Setahu aku tak pernah pun phone hang”

“Tulah hang sampai nak nikah pun tak jemput aku.Gini ke kawan.Semalam mama hang phone aku suruh aku mai sini katanya hang nak kawin”

“Nak kawin.Sapa nak kawin.Aku!Silap dengaq apa hang.Nie cuma majlis bertunang je la”

“Entah,aku dengaq mama hang kata hari nie hari bahagia hang”

Entah mengapa aku tidak sedap hatimendengar butir bicara Izzaty.Aku rasa something yang mama dan papa sembunyikan daripada aku.Tapi aku hanya diamkan diri.Kita tengok ajelah nanti.
…………………………………………………………………………

Malam itu aku nantikan penjelasan mama dan papa.Cincin dijari manisku kutenyeh geram.

“Mama minta maafLya pihak lelaki yang mahukan begitu.Mereka mahu majlis betunang dengan akad nikah diadakan pada hari yang sama”

Apa yang harus kukatakan lagi.Semanya telah punah.Harapanku hanya tinggal impian.Janjiku padanya telahku khianati.Berdosakh aku memungiri janji itu.Aku bangun meninggalkan mareka disitu.Melangkah longlai menuju kamarku.
…………………………………………………………………………

Sebulan berlalu,walaupun aku sudah menjadi isteri orang,namun itu semua tidak aku jadikan sebagai penghalang untuk aku berjaya.Tiada siapa yang tahu bahawa aku sudah bernikah kecuali Izzaty.Dialah yang mengehtahui segala-galanya yang terjadi,tentang pernikahanku dan juga kesengsaraan yang aku alami.

Malam itu aku menerima kehadiran seseorang ke rumah sewaku.Seorang insan yang sepatutnya aku letakkan ditangga yang teratas dalam hidupku.Tapi aku tak boleh.Bayangan masa silam masih lagi mengekoriku.Dia datang tidak tepat pada waktunya kerana Izzty tiada dirumah.Dia pulang menemui ibunya yang dikhabarkan kurang sihat.Tinggal aku seorang diri dirumah itu.

“Assalamualaikum,”sapanya sebaik saja aku ke pintu pagar.

“Awak buat apa malam-malam buta dekat sini.Nanti apa pula tanggapan jiran-jiransaya pula”

“alah nak hairan apa.Abang bukannya datang menggatal rumah anak dara orang,tapi pergi rumah isteri sendiri.Sapa mereka nak halang abang”

“Awak……payah la cakap dengan awak……

“Sunyi jee rumah,Zaty mana,”soalnya.

“Zaty balik kampung jenguk mak dia sakit”

“Lya tinggal sorang-sorang la ye.Bahaya tau Lya tinggal cam nie”

“Tak apa saya dah biasa la awak.Awak jangan risau okay.Saya tau jaga diri saya sendiri”

“Jom ikut abang balik.Abang risau la sayang.Nanti tak pasal-pasal tak tidur malam pulak abang”

Tergamam aku mendengar perlawaannya.

“Takyah la awak lagipun saya……

“Lya,abang tahu Lya berani tapi abang tak yakin la sayang.Jomlah ikut abang balik.Nanti bila Zaty dah balik,abang hantar Lya balik sini okay………

“Tapi……

“Lya tak baik tau lawan cakap suami.Lya jangan fikir yang bukan-bukan.Abang ajak Lya balik bukanya abang nak buat perkara tue……tapi abang bimbang keselamatan Lya……cuba Lya faham niat baik abang……bolehkan Lya.

Aku dongak mencari sinar matanya dalam kepekatan malam.Nyata sekali terpancar sinar harapan mengharap aku pulang bersamanya.Tapi tidak lama aku menatap matanya itu…aku tunduk kembali sambil mengangguk perlahan tanda setuju.

“Okay,abang tunggu Lya dalam kereta.Lya jangan lama-lama sangat”

Aku menghantar pesanan ringkas apabila panggilan telefonku tidak dijawab oleh Zaty.Memberitahu bahawa aku terpaksa pulang kerumah mengikut Amir pada malam ini….

…………………………………………………………………………

“Nie,rumah sapa pulak nie,”soalku ingin tahu.

“Rumah kita”

“Tapi hari tue awak bawakan saya kerumah yang lain”

“Itu rumah orang tua abang la Lya.Nie baru rumah abang.Dah,jom masuk”

Alangkah terperanjatnya aku pabila kakiku melangkah masuk kedalam rumah itu.Rumah yang tersegam indah pabila dipandang dari luar tapi didalamnya macam tongkang pecah.

“Sorry la Lya.Abang tak sempat nak kemas.Maklum la abang baru balik dari Sabah.Tak sempat nak buat apa-apa”

“Awak nie rumah ke atau tongkang pecah.Terburai juga soalan yang tadi hanya bermain dalam hatiku”

“Nakal la sayang nie.Tapi kan Lya,alangkah bagusnya jikalau isteri abang yang cantik nie tolong kemaskan untuk abang”

Aku menjeling memandangnya lalu berkemas apa yang patut aku lakukan.Tidak sempat rasanya kalau aku hendak habiskannya pada malam nie.Esok la aku sambung.Dengan langkah perlahan aku menaiki anak tangga.Kupulas tombol pintu yang kurasa ianya bilik tidur utama.Bila sahaja pintu terkuak dapat kulihat Amir duduk menghadap kerjanya disudut kamar bilik.

“Assalamualaikum,”sapaku.

Dia menoleh mamandangku.”Waalaikumussalam,masuklah.Apa yang Lya menungkan lagi”

“Maaf menganggu awak,bukan niat saya nak kacau awak.Tapi….malam nie saya tidur kat mana awak….”

Dia bangun menghampiriku.”Apa yang yang Lya merepekkan nie.Kita kan suami isteri,sudah tentu Lya kena tidur sebilik dengan abang.Apa lya nak tidur dibilik lain ke sayang”

“Bukan macam tue…..tapi saya….”mukaku mulai memerah menahan malu.

“Malu!Kenapa mesti malu.Lya kan isteri abang.Lya mesti biasakan diri Lya bila bersama abang.”Dia menarik tubuhku kedalam dakapan mesranya.sungguh hangat bila tubuhku bersatu dengan tubuhnya.”Bukan saja untuk malam nie tapi untuk sepanjang hayat”

Aku bagaikan lupa apa yang berlaku disekelilingku.Aku hanyut dalam dakapan mesranya.Entah mengapa tiba-tiba aku teringatkan arwah Zam.Perlahan-lahan aku merungkaikan pelukannya.Tergamam juga Amir dengantindakan spontanku…..

“Awak saya nak mandi dulu.Saya penat sangat hari nie”

Dia hanya mengangguk dan terus menyambung kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi.Tapi,dapat kulihat kekecewaan dan kehampaan dalam sinar matanya.Tapi aku tidak mampu menghalangnya.Memang aku berdosa.Berdosa terhadap orang selama ini menyayangiku dan lebih-lebih lagi terhadap suamiku yang selama ini sabar melayan kerenahku.Tidak pernah aku mendengar dia merungut dengan perangaiku selama aku menjadi isterinya.Adakah aku manusia yang bertuah kerana dapat memilikinya.Aku pun keliru dengan apa yang Tuhan takdirkan terhadapku.Aku bagai diletakkan ditengah-tengah antara realiti atau fantasi.Antara Amir,suamiku dengan arwah Zam………

Sejak pulang dari rumahnya.Hampir setiap hari Amir akan menelefonku.Bertanya khabar dan adakalanya dia sendiri yang akan datang menemuiku.Bila kutegah pelbagai alasan diberikanya kepadaku.Aku bukanya apa,bimbang jika berlaku apa-apa padanya.Bukannya dekat dari Penang ke Sungai Petani.Tentu mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sini.

Petang itu aku sedang menanti kedatangannya.Entah mengapa hatiku kurang senang sejak diberitahunya ingin datang kesini menemuiku pagi tadi.Dapat kurasa sesuatu yang tidak baik akan berlaku.”Ya Allah,kau selamatkanlah suamiku.Jauhilah suamiku dari sesuatu yang tidak baik,”doaku didalam hati.Masih tergiang-giang perbualan kami ditelefon lewat pagi tadi.

“Assalamualaikum sayang”
Entah kenapa aku rasakan sesuatu apabila dipanggil sayang.Perasaan yang sudah lama padam dalam kamus hidupku 7 tahun yang lalu.Tidak dinafikan hatiku girang bila dipanggil sayang.

“Hello Lya.Are you here,”nada suaranya nyata sekali bimbang bila tidak mendapat sahutan dariku.

“Waalaikumussalam,awak sihat ke”

“Abang sakit la Lya”

“Awak sakit.Awak dah jumpa doktor ke,”tanyaku gusar.Sedangkan dadaku bagai dilambung ombak resah.Bimbang jika sakitnya melarat.

“Sudah.Tapi doktor kata sakit abang takde ubat di klinik dia”

“Kenapa,sakit awak teruk sangat ke,”hatiku semakin tidak keruan.

“Ha‘a abang sakit rindukan Lya.Tulah pasal doktor tue kata takde ubat di klinik dia”

“Awak,buat saya risau ajelah.Saya ingatkan awak sakit betul-betul tadi”

“Sayang juga Lya dekat abang ya.Ingatkan Lya tak sayangkan abang”

“Kenapa awak cakap macam tue.Saya cuma…….

“Takpelah Lya.Lya tak cakap pun,abang faham yang Lya sayangkan abang.Cuma Lya malu nak mengaku”
Dapatku rasa darah merah menyerbu wajahku.

“Lya,abang nak datang rumah Lya petang nie.Kita keluar okay..

“Awak ,saya…..

“Okaylah sayang.Abang ada mesyuarat sekarang nie.Nanti petang abang call Lya”
Lamunanku terhenti pabila kudengar telefonku berbunyi.Lantas aku menekan punat on tanpa melihat siapa geragannya menelefonku…..

“Assalamualaikum,awak kenapa tak sampai lagi nie……”Dan butir bicaraku tidak dapat aku sambungkannya lagi pabila…..
…………………………………………………………………………

“Hah, termenung lagi.Apa la nasib abang nie dapat isteri yang suka mengelamun”

“Mana ada Lya mengelamun.Abang nie merepek aje”

“Kalau duduk sorang-sorang,senyum sampai ke telinga tue bukan ke mengelamun namanya”

“Takdelah mengelamun, cuma Lya teringatkan peristiwa di hospital dulu.Macam nak gila Lya bila dapat panggilan dari bonda bila dia kasi tau yang abang ada dekat hospital hari tue.Nasib baik tak teruk”

“Memang la abang tak teruk,tapi orang lain pulak yang pengsan sebab nangis tak tentu pasal dalam hospital tue.Tak sempat bonda nak cakap habis,Lya dah ingat benda yang bukan-bukan”

“Mestilah.Lya tak mahu kehilangan orang yang Lya sayang lagi.Cukuplah sekali Lya kehilangan.Tidak sanggup lagi Lya menghadapinya untuk kali kedua.Abang I LOVE YOU.Abang jangan tinggalkan Lya tau.Janji dengan Lya”

“Abang tak sangka ada orang yang sayang abang macam Lya.I LOVE YOU TOO sayang.Abang janji yang abang takkan tinggalkan Lya melainkan Allah……
Ya Allah,kau redhailah cinta kami ini dengan seribu keberkatan dari-Mu.Semoga jodah yang ENGKAU takdirkan ini kekal hingga ke akhir hayat……..

5 Respons

  1. kehilangan adalah perkara yg paling menyakitkan,,,,

  2. bila dah dapat insan yang menyayangi dan boleh membahagiakan..jangan lepaskan..coz tak semua orang bertuah…

  3. cinta suami isteri adalah cinta yang terindah..

  4. I LIKE this story..

  5. yup…kehilangan orang yg kita syg,amt mykitkn…so u all sume kenalah mghargai org yg u all syg tu…=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: