Kalau Itu TakdirNya 1

“Kau nie bila nak kawin Reen.Umur tue dah makin meningkat.Bukannya makin muda”
Mula dah leterannya tue.Aku bukannya tak nak kawin.Tapi entahlah hatiku seolah-olah tertutup buat insan yang bernama lelaki.Ini semua gara-gara……

“Eh,Reen!Kau dengar tak apa yang umi cakapkan nie.Umi tak kira kau setuju atau tidak.Umi nak tunangkan kau dengan Faiz,anak Pak Long kau tue”

Terkezut tahap tapir aku mendengar butir bicara umiku.Gila apa,nak jodohkan aku dengan si Faiz tue.Bakal tercetus perang dunia ketiga la nampaknya.Ish….buat lawak la pulak aku nie….

“Tak mau la Reen,umi.Biar la Reen cari jodoh Reen sendiri”

“Sampai bila kau nak cari jodoh kau.Asyik dengan kerja,kerja 24 jam.Umi tak peduli,rombongan akan datang minggu depan.Genap bulan nie kau berdua menikah”

“What!Apa semua nie umi.Kenapa tak bincang dulu dengan Reen”

“Kalau umi bincang dengan kau,bakal gamaknya kau takkan setuju”

“Tau tak pa,”kata hatiku.
Apa lagi yang boleh kukatakan.Keputusan telah dibuat dan aku harus menurut.Aku tidak salahkan umi memang dia berhak keatas setiap anak-anaknya.Cuma aku terkilan sedikit kerana tidak dibawa berbincang bersama.Padan juga dengan muka aku asyik mengelak aje bila disuarakan soal kawin.Sekarang apa dah jadi……Hai,nasib-nasib…..

Masuk hari nie sudah seminggu aku menjadi tunangan orang.Tunang kepada si Faiz yang tidak pernah aku mimpikan sebelum nie.Genap bulan nie aku akan menjadi isterinya.Tinggal beberapa hari aje lagi nie…..fikirku sambil membelek kelender yang ada diatas meja.Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi minta diangkat….

“Assalamualaikum,boleh saya bercakap dengan Nureen Zalida”
Sapa nie.Siap sebut nama penuh lagi.

“Ya, saya yang bercakap.Saudara nie sapa”

“Kot ya pun.Jawablah salam saya nie dulu”
Sapa mamat nie.Main-mainkan aku pulak.Tapi memang silapku yang nak tahu siapa gerangan yang menelefon sampai lupa nak sambut salamnya”

“Eh,waalaikumussalam.Awak nie sapa”

“Saya Faiz tunang awak.Saya nak ajak awak keluar malam nie.Ada hal yang nak saya bincangkan dengan awak”

“Nanti dulu.Dari mana awak dapat nombor phone saya nie”

“Saya minta dari umi awak.Boleh tak kita keluar malam nie”

“Tengok la dulu.Lagipun…..

“Awak kena keluar juga dengan saya malam nie.Kita mesti berbincang tentang perkara nie”
Kenapa dengan dia nie.Beria-ia ajak aku keluar.Macam takde hari siang tak tau.Dah la aku tak suka keluar malam.Maklumlah…..

“Yelah,yelah.Kita jumpa di Restoran Idaman.Jam pukul 8.30 malam.Okay”

“Okay.Thanks”
…………………………………………………………………………
Malam tue aku hanya memakai sesimple mungkin.Maklumlah aku nie mana la suka berfesyen.Aku sampai ke Restoran Idaman awal dari waktu yang dijanjikan.Aku memilih tempat yang agak terpencil dan jauh daripada orang ramai.

“Cik nak minum atau makan”

“Bagi saya Jus Oren”

“Makan”

“Tak perlu”
Pelayan itu berlalu setelah mengambil pesananku.Tiba-tiba…..

“Maaf,awak nie Nureen Zalida”

“Ya,saya.Awak nie…..

“Saya Faiz Ikman,”ucapnya sambil menghulurkan tangan.
Aku menyambut salamnya itu sebagai tanda hormatku terhadapnya.

“Ada apa awak nak jumpa saya nie,”soalku ingin tahu.

“Nanti la dulu.Bagi la saya order minuman dulu.Haus nie tau tak,”ucapnya sambil mengamit pelayan.Setelah pelayan itu mengambil order…….

“Okay.Tapi sebelum saya cakap,saya minta maaf kalau awak terasa ye…….Begini sebenarnya saya nak bincang dengan awak tentang perancangan family kita tue.Terus terang saya sebenarnya kurang bersetuju dengan perancangan tue.Saya fikir……

“Alhamdulillah,”ucapku tanda syukur.

Faiz terpingga-pingga melihat reaksiku.

“Kenapa nie.Awak pun tak setuju ke…….

“Of course.Saya pun tak terfikir yang family kita boleh terfikir sejauh tue.Sedangkan kita kenal pun tidak…..

“Tapi saya dah bincang dengan mama dan papa saya.Nampaknya mereka dah berpakat benar nak menyatukan kita.Memang kita tak dapat mengelakkan diri lagi.Lagipun tinggal beberapa hari lagi aje yang kita berdua akan menikah.Jadi saya berpendapat yang kita kawin bersertakan perjanjian.Bagaimana,awak setuju tak……

Tergamam aku mendengar idea bodohnya itu.
…………………………………………………………………………

Satu Respons

  1. takkan kawin dgn saudara sendiri pn xkenal?kalo dua pupu tu logik gak…hmmmm…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: