Kalau Itu TakdirNya 2

“Umi,Kak Lin tahu tak yang Reen nikah hari,”tanyaku selepas selesai majlis pernikahanku.

“Umi ada telefon,tapi dia kata tak boleh balik sebab kurang sihat.Maklumlah orang berbadan dua”

Kak Lin saudara kembarku yang kini menetap di Landon bersama-sama suaminya Muhammad Farhan.Farhan nama itulah yang pernah bertakhta dihatiku hampir 9 tahun.Lelaki yang mengayam impian untuk hidup bersamaku,tapi itu semua tidak kesampaian pabila berlaku tragedi yang tanpa diundang.Masih segar dalam ingatanku peristiwa 7 tahun yang lalu.Hatiku girang pabila Farhan memberitahuku bahawa keluarganya akan datang merisikku.Perkara itu disampaikan sendiri oleh Farhan kepada keluargaku yang selama ini tidak mengehtahui akan perhubungan kami.Tanggal 28 mei 1998 hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah dalam hidupku bertukar menjadi peristiwa hitam yang takkan kulupakan untuk selama-lamanya.Berpunca daripada salah nama,mereka akhirnya menyunting Kak Lin sebagai permaisuri untuk Farhan.Bukan aku…Memang nama kami hampir seiras Kak Lin,Nurin Zalida namanya dan aku Nureen Zalida.Umi dan abah yang tidak mengehtahui hubunganku dengan Farhan telah menerima pinangan tersebut.Apa lagi yang dapatku lakukan.Dan yang paling aku tidak sangka yang selama ini Kak Lin juga menaruh hati terhadap Farhan.Masih kuingat perbualan kami berdua setelah selesai majlis bertunangnya…….

“Kak Lin tak sangka yang selama nie Farhan tue pun sukakan akak.Akak ingat akak bertepuk sebelah tangan”

Hatiku pedih mendengar percakapannya.Tidak aku menyangka yang selama ini Kak Lin menaruh hati terhadap Farhan.

“Reen,tengoklah cincin nie cantik tak.Pandai si Farhan tue pilih.Memang taste akak pun”

Bertambah parah perasaanku pabila melihat cincin emas bertakhtakan berlian tersarung dijarinya yang sepatutnya ianya tersarung dijariku.Tidak tahan menanggung perasaan,akhirnya air mataku mengalir perlahan-lahan sehingga mengenai tangan Kak Lin dan…..

“Eh,kenapa nie!Reen tak suka ke yang Kak Lin bertunang”

“Takdelah,Reen sedih sebab Kak Lin akan tinggalkan Reen tak lama lagi”

“Takde sebabnya Kak Lin nak tinggalkan adik akak nie.Sudah jangan nangis lagi.Macam budak-budak la Reen nie”

Kak Lin menarik aku dalam dakapannya.Bertambah sedih perasaanku bila berada dalam dakapannya.Impianku telah musnah dalam sekelip mata.Apa yang selama ini aku dan Farhan rencanakan akan bertukar menjadi mimpi yang indah tapi mustahil untuk digapai……

…………………………………………………………………………

“Sudah la tue Reen.Esok-esok ajelah berkemas .Tak penat ke”

Suara abah itu telah berjaya mematahkan segala lamunanku sebentar tadi.

“Yelah abah.Reen rasa memang tak sempat kalau Reen nak buat semuanya malam nie,”kataku manja sambil memaut mesra lengan abah.

“Eh,tak tahu malu rupanya anak abah nie.Dah menikah pun masih nak bermanja dengan abah”

Memang aku lebih manja dengan abah daripada umi.Kak Lin yang rapit dengan umi berbanding aku.

“Kenapa.Dah menikah Reen tak boleh manja lagi ke abah,”tanyaku nakal.

“Sudah.Malas abah nak melayan kamu.Makin dilayan makin menjadi nanti.Pergi naik.Kesian abah dengan si Faiz tue.Dari tadi duduk sorang-sorang dalam bilik”

“Yes bosss………
Kakiku melangkah perlahan menuju kamar pengantin yang berhias indah.Hasil sentuhan tangan umi.Bila pintu bilikku terkuak dan dengan tidak semena-mena……..

“Ops…sorry tak sengaja…………

Mukaku merah menahan malu bila terpandang akan tubuhnya yang belum lengkap berpakaian itu.Dia kulihat kelam kabut mencapai pakaian bila ternampak diriku.Bila kuingin menutup pintu kembali………..

“Tak payah nak larikan diri bila dah terpandang.Lain kali ketuk pintu dulu ataupun bagi salam sebelum masuk.Nie main terjah aje.Buat jatuh saham aku je………

“Maaf….saya tak pernah amalkan bagi salam bila masuk bilik sendiri”

“Itu dulu.Tapi sekarang aku akan tinggal dalam bilik nie sama.So,tolong jaga adab-adab yang sepatutnya.Tapi tak tahulah aku kalau awak nak ambil kesempatan nak……..

“Sudah.Saya mengaku salah saya.Tak payahlah awak nak tuduh saya nak ambil kesempatan ke apa.Saya sedar kita kawin sebab apa.So,awak pun tak perlulah bimbang.Perkara macam nie takkan berlaku lagi……..

Lantas aku mencapai tuala dan baju persalinan menuju kamar mandi.Bila kakiku melangkah keluar Faiz kulihat sedang enak melayari mimpi diatas katil empukku.Hai,nasib-nasib….malam nie nampaknya kena tidur atas sofalah aku…Bila sahaja kepalaku mencecah bantal 1 2 3 dan dan aku zzzzzzzz……

…………………………………………………………………………

Aku tersedar bila selesai azan subuh berkumandang.Dengan rasa malas aku bangun untuk menunaikan kewajipanku sebagai umat islam.Aku lihat Faiz sedang khusyuk berdoa diatas sejadah bila kakiku ingin melangkah kebilik air.

Pagi yang indah.Sedang kami seisi keluarga sedang enak menjamu selera pagi itu,tiba-tiba loceng pintu utama berbunyi.Umi bangun untuk melihat gerangan siapakah yang datang seawal pagi ini.

“Reen…tengok sapa datang nie………

Jeritan umi itu berjaya menarik kami semua untuk melihat apa yang berlaku.Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku lihat kini.Kakiku seolah-aloh terikat dibumi.

“Hello my dear.How are you”

Aku masih tetap begitu

“Reen kenapa nie……”soal suara itu risau.

“Kak Lin.Betul ke nie Kak Lin…….

“Yelah Kak Lin nie.Yang Reen macam kena sampuk hantu nie pasal apa”

“Kak Lin…..”tangisku perlahan.

Dengan pantas Kak Lin menarik aku dalam dakapannya.Aku menangis rindu dalam pelukkannya.

“Ya Allah.Yang Reen menangis beria-ia nie kenapa”

“Reen rindukan akak”Hanya itu yang mampu aku luahkan.

Kak Lin merungkaikan pelukan.”Dari dula sampai sekarang tak berubah-ubah.Suka sangat menangis.Macam budak-budak”

Aku hanya tersenyum bila mendengar kata-katanya.Memang betul katanya aku memang suka menangis….

“Yang nie ke suami Reen,”soalnya

“Yap.Kenalkan nie suami Reen Faiz Ikman.Abang yang ni kakak kembar Reen Kak Lin dan ini suaminya……Farhan……..

Suaraku bagai tenggelam timbul bila kusebut namanya.Baru kusedari yang Farhan sedang asyik memerhatiku.Dia kulihat tidak banyak berubah.Tetap kemas dan simple.Itulah daya tarikkan yang membuatkanku jatuh cinta padanya dulu.

…………………………………………………………………………

“Farhan,saya nak awak terima Kak Lin sebagai isteri awak”

Luahku pada hari terakhir kami berjumpa.

“What!Apa yang Reen merepekkan nie.Ini semua hanyalah satu kesilapan Reen.Kita dapat betulkannya”

“Please Farhan.Reen rayu dekat Farhan terimalah Kak Lin sebagai isteri…….

“No.Farhan takkan setuju.Kenapa dengan Reen nie tak pasal-pasal nak suruh Farhan terima Lin sebagai isteri…..

Aku hanya diam.Tidak sanggup nak meneruskan kata….

“What wrong with you Reen.Kenapa nak Farhan terima Lin.Sedangkan Farhan hanya cintakan Reen not Lin.I really love you honey”

“Farhan,awak tahu tak yang Kak Lin cintakan awak selama nie”

“Apa yang Reen merepekkan nie sayang…..”

“Betul Farhan.Kak Lin betul-betul sayangkan awak.Dia begitu gembira bila Farhan masuk meminang……

“Tidak Farhan takkan takkan setuju”

“Farhan……,”panggilku.

“Kenapa dengan Reen nie.Farhan hanya cintkan Reen.Farhan hanya nak hidup dengan Reen.Farhan……..tak boleh terima Lin….

“Farhan.Reen pun sayangkan Farhan.Please understand me.Reen tak sanggup nak hancurkan masa depan Kak Lin”

“Habis tue kita sama-sama kecewa.Reen,Farhan tau yang Reen betul-betul sayangkan Kak Lin tapi janganlah sampai tahap macam nie sayang….

“Farhan takkan tau macam mana sayangnya Reen dekat Kak Lin.Kalau boleh nyawa pun Reen sanggup gadaikan…..Please Farhan untuk Reen tolong terima Kak Lin sebagai isteri.Tak banyak yang Reen minta”

“Tapi…..

“Farhan.Farhan ingat tak kata nasihat yang selalu Farhan ingatkan Reen bila Reen tak boleh dapatkan sesuatu.Fahan kata tidak semua benda dalam dunia nie kita boleh dapat.Kadangkala kita terpaksa melepaskan ia untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.Tolong Farhan.Reen percaya yang Kak Lin boleh menjadi isteri yang baik……

“Reen……..

Aku renung matanya.Jelas kelihatan yang dia begitu kecewa dengan apa yang terjadi…..

“Baiklah kalau itu yang Reen mahukan.Farhan akan terima.Tapi Farhan nak Reen tau yang hati Farhan hanya untuk Reen sorang saja takkan ada pada orang lain.Remember that…….

“Masa akan merubah hati dan perasaan seseorang Farhan……

“Itu orang lain.Tapi kalau Farhan InsyaAllah takkan…….

Aku melangkah meninggalkanya seorang diri disitu.Tidak sanggup untukku melihat kekecewaan yang ada dalam dirinya.Farhan Reen tau yang Farhan begitu sayangkan Reen.Reen pun sayangkan Farhan.Tapi jodoh tak menyebelahi kita sayang.Itulah kata azimat yang selalu aku ingatkan bila hatiku teringatkan dirinya…….

…………………………………………………………………………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: