Kalau Itu TakdirNya 3

“Tak siap lagi”
Sergahan itu memeranjatkan aku.Dengan pantas aku mengesat air mata yang menitis ditubir mata.

“Nak pergi mana,”soalku.

“Awak lupa ke.Kan tadi saya ajak awak pergi rumah mama”

“Oh,rumah mama.Nanti kejap,saya bersiap,”kataku ingin berlalu.
Faiz hanya memerhatikan tingkah laku isterinya.Entah kenapa hatinya tidak tenteram.Terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.”Ah,tak mungkin……..

“Umi,Reen dengan Faiz nak pergi melawat mama sebentar.Nanti malam kami balik”

“Pergilah.Nanti apa kata mak mertua kamu pula.Nanti dikatakan umi tak kasi jengok dia pula…..

“Apa la umi nie.Tak baik berburuk sangka dengan orang lain”

“Umi gurau ajelah.Apa la Reen nie…..
Bila kakiku melintasi ruang tamu,Kak Lin dan suaminya kulihat sedang asyik menonton tv dan …..

“Eh,Reen nak pergi mana”

“Oh,Kak Lin.Reen nak pergi rumah mak long sebentar”

“La Kak Lin baru ingat nak ajak Reen keluar sekejap.Tapi tak apalah lain kalilah”

“Okaylah Kak Lin.Reen nak pergi dah nie.Nanti malam kita jumpa lagi”

“Okay.Kirim salam akak dekat mak long tau”

“InsyaAllah kak”
Farhan yang turut serta disitu hanya sekadar menjadi penonton.Dari tadi dia hanya memerhatikanku.Bukan aku tidak sedar tapi malas aku nak melayannya.Nanti ianya akan mencalarkan hatiku sendiri.Aku pun sebenarnya sudah malas nak duduk rumah.Malas nak melayan renungan Farhan setiap kali ternampak akan diriku.Bahkan dia dengan berani merayu aku kambali kepangkuannya.Meminta aku menyambung ikatan kasih kami berdua…….

“Reen”

“Oh,Farhan kenapa nie.Kak Lin mana,”soalku.

“Kenapa Kak Lin yang Reen tanya”

“Mestilah dia kan isteri Farhan………..

“Dan dia juga penghalang cinta kita…………

“Farhan apa yang awak merepekkan nie”

“Betul apa yang Farhan cakap.Pasal Linlah kita tak dapat bersama”

“Farhan stop it.Nanti dengar dekat Kak Lin tak pasal-pasal kecoh satu rumah.Kisah kita dah lama tamat”

“Tapi Farhan tak dapat lupakan Reen.Farhan masih lagi mencintai Reen…..

“Sudahlah tue Farhan.Lupakanlah Reen.Kita tak mungkin dapat bersama lagi.Tak mungkin…….

“Sapa kata…..

“Farhan.Jangan nak buat gila dekat sini.Nanti Reen jerit….”ugutku bila dia semakin menghampiriku.

“Reen,Farhan cintakan Reen.Farhan nak hidup bersama Reen,”luahnya.

“Farhan jangan jadi gila.Reen tak mungkin bersama Farhan lagi.Kita semua dah ada tanggungjawab.Tanggungjawab Farhan dekat Kak Lin dan anak yang Kak Lin kandungkan dan jangan Farhan lupa yang Reen sekarang isteri orang…..

“Reen cintakan dia……
Tergamam aku mendengar pertanyaanya.Tidak kumenjangka yang Farhan akan bertanyaku begitu.

“Kenapa Reen tak jawab.Betul apa yang Farhan jangkakan.Reen pun masih cintakan Farhan……
Ya, memang aku masih lagi mencintai dirimu Farhan.Tapi kita tak mungkin bersama lagi.

“Tidak Farhan.Reen tak mencintai Farhan lagi”

“Bohong. Farhan tau yang Reen bohong”

“Apa hak Farhan nak kata Reen bohang Farhan.Reen cakap apa yang betul……

“I know you Reen.Takkan semudah itu Reen lupakan cinta pertama Reen……

“Tak mungkin cinta pertama Reen tak boleh lupakan”

“Sudah la tue Reen.Tak payah nak berlakon depan Farhan.Farhan tau yang Reen masih lagi mencintai Farhan…..

“Sudah Farhan.Hentikan semua nie.Reen dah menikah.Reen dah jadi isteri orang…..

“Reen cintakan dia.Reen bahagia hidup bersamanya…..”soalnya sekali lagi.

“Ya,Reen cintakan dia.Reen bahagia bila hidup bersama Faiz….”bohangku.

“Tak mungkin”

“Terpulang kepada Farhan nak percaya atau tidak.Itulah hakikat yang sebenar.Dan sekarang izinkan Reen pergi.Tak elok nanti bila orang tengok kita…..”
Dengan pantas aku meninggalkan dirinya disitu.Aku dihantar pergi dengan pandangan mata Farhan.Tidak sanggup untuk aku berlama disitu.Nanti ianya sekadar mengundang air mataku sahaja.

“Reen kita dah sampai.Jom turun”

“Hah,dah sampai cepatnya…..

“Cepat apanya.Penat aku memandu awak kata cepat……Itulah asyik berangan sahaja.Sampai tak sedar orang sekeliling”

“Awak yang ajak saya kemari.Jangan pula awak nak bersunggut.Sudah malas saya nak bercakap dengan awak lagi.Nanti tak pasal-pasal pecah satu rumah…..
Dengan bersahaja aku meninggalkannya seorang diri dalam kereta.Turun menuju kearah mama yang setia menanti kami dihalaman rumahnya.
………………………………………………………………………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: