Kalau Itu TakdirNya 4

“Papa mana mama.Faiz tak nampak pun dari tadi”

“Papa kamu kalau hari minggu macam nie,kemana lagi….mesti pergi melepak dekat padang golf tue.Ada apa dekat sana pun mama tak tau…..

“Biasa la tue mama…..

“Ha,Reen kenapa diam aje nie.Kamu kurang sihat ke……

“Takdelah mama.Reen okay aje…….

“Betul ke okay nie Reen.Tapi kenapa diam aje…..

“Yelah sayang nie.Kalau tak sihat kasi tau abang.Mana la tau ada berita baik ke…….
Tidak aku menyangka yang dia akan bergurau denganku demikian.Mukaku merah menahan malu…..

“Ha‘a Reen pergilah check mana la tau masin mulut si Faiz tue.Cepat la mama timang cucu…….

“Takdelah mama abang tue bergurau aje.Reen sihat aje.Lagipun abang kata tak mau timang anak lagi nanti menyusahkan aje.Tak boleh bermanja lagi……
Sengaja aku lemparkan senyuman sinisku kepada Faiz.Ha,padan muka,baru dia tau siapa Nureen Zalida….bukan calang-calang orang tau…….

“Kenapa pula.Anak tue kan kurnian Allah.Tak baik tau kalau kamu cakap macam tue…..

“Faiz tak kisah mama.Tapi menantu mama tue.Cemburunya tak tentu pasal.Nanti tak pasal-pasal kena tidur kat luar pula Faiz….

Ingin saja aku membalas baik perkataan yang lahir dari mulutnya…….

“Datin,makanan dah siap.Marilah makan…..

“Terima kasih bibik.Jom Reen kita pergi makan”

“Mama nie zalim tau.Dia ajak menantu dia aje.Yang Faiz nie tunggul ke apa”

“Kamu nie mengada-gadalah.Macam la tak tau pergi sendiri……
Faiz hanya senyum memandang mamanya.Dasar anak manja….

“Oh ya mama,Kak Lin kirim salam”

“Kak Lin.Kakak kembar Reen tue ke.Bila dia balik Malaysia.Lama tak jumpa dia”

“Dah sebulan mama.Sehari selepas Reen kawin.”

Dah cukup bulan ke kandunganya tue…..

“Belum lagi.InsyaAllah akhir bulan november nanti”

“Apa yang diborakkan tue mama.Sampai Faiz lalu pun tak sedar”

“Takde apa-apalah abang nie.Menyampuk ajelah dia nie”

“Entah-entah mengata abang apa”

“Kalau kami mengata abang pun,abang nak buat apa……
Dengan pantas dia mencubit pipiku.Ini sudah melampau.Nanti la dia.Ada lari ada bas,ada hari nanti aku BALASSS……..

Sudah tiga bulan Kak Lin pulang ke Malaysia.Sepanjang tempoh itu jugalah aku berasa tidak aman bila berada di rumah.Sengaja aku melarikan diri daripada orang yang ada dalam rumah itu terutama Farhan……Ternyata tempoh tujuh tahun tidak dapat meluputkan ingatannya terhadapku…..

“Reen,please tolong terima Farhan balik dalam hidup Reen.Kita bina hidup cinta kita semula sayang…..
Rayunya malam itu.Bila semua orang sedang berehat diruang tamu.Hanya tinggal kami berdua yang ada dalam ruang dapur itu…..

“Farhan jangan jadi gila.Kita tak mungkin dapat bersama lagi.Kenapa Farhan tak faham cakap Reen.Nak Reen cakap dalam bahasa apa lagi……

“Tapi Farhan tak dapat terima Reen.Farhan tak dapat terima……

“Sudahlah tue Farhan.Jangan mengharap sesuatu yang tak mungkin kita milikki.Nanti makin teruk parahnya……
Aku berlalu meninggalkannya tanpa kusedari ada insan lain yang menjadi pendengar perbualan kami disitu.Dan malam itu…..

“Apa hubungan awak dengan Farhan”

“Apa awak nak ambil tahu.Tak ada kena mengena pun dengan awak.So,tak payah nak busybody hal orang lain……

“Aku pun bukan suka-suka nak ambil tahu hal orang kalau orang tue takde kaitan dengan aku.Suka hati awak la nak cite ke tak mau.Walaupun kita kawin tak macam orang lain tapi awak boleh anggap aku nie macam kawan awak.Awak boleh cite dekat saya kalau awak mahu.Sekurang-kurangnya boleh meringgankan sikit masalah awak tue…..
Aku donggak mencari keikhlasan dalam dirinya.Nyata sinar matanya tidak menipuku.Entah dari mana aku mendapat kekuatan untuk menceritakan rahsia yang selama ini tersimpan kukuh disanubariku.Tidak satu pun yang aku sembunyikan.

“Oh,macam tue.Kenapa awak tak berterus terang dengan Kak Lin.Saya pasti kalau dia tahu dia akan beralah…..

“Awak tak tengok macam mana seronoknya Kak Lin bila Farhan masuk meminangnya.Pasal tulah saya tak sanggup nak berterus terang……

“Tapi awak sendiri yang menderita.Tak adil bukan…..

“Saya tak kisah asalkan Kak Lin bahagia.Tapi yang masih menjadi masalahnya Farhan.Dia tak boleh rupakan saya rupanya.Saya ingat bila dia menetap diLondon dia mampu lupakan saya tapi tidak…….Saya buntu awak tau tak Faiz.Hampir setiap kali bila ada peluang dia pasti nak merayu dekat saya.Saya tension awak tau tak…….

“Awak nak ikut saya tak”

“Pergi mana,”soalku.

“Saya kena outstations seminggu dekat Sabah.Awak nak ikut tak.Sekurang-kurangnya awak mampu kurangkan stress awak tue…..

“Nanti la saya fikirkan.Nanti saya bagitau awak okay…..
Dia hanya mengangguk.Entah mengapa hatiku berasa tenang bila kuluahkan segalanya kepada Faiz.Seolah-olah separuh masalahku sudah selesai.Perlahan-lahan aku menghampiri Faiz dan berlabuh kepala diatas bahunya.Kaget juga Faiz kulihat pada mulanya tapi tidak lama.Dengan lembut dia membelai rambutku yang panjang melepasi bahu itu.Hanya senyuman yang dihadiahkan kepadaku bila mata kami bersatu……

………………………………………………………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: