Kalau Itu TakdirNya 5

Sudah seminggu aku pulang dari Sabah.Namun hatiku belum lagi tenteram.Bertambah gusar tue adalah.Teringat akan perbualan antara aku dengan Faiz bila bila kami menyusuri pantai lewat senja hari tue….

“Awak,kenapa awak tak setuju dengan perkhawinan nie….

“Kenapa Reen nak tahu…

“Saja.Awak dah tau kenapa saya keberatan nak terima perkhawinan nie.Tak salah rasanya kalau saya nak tahu alasan awak pula….

“Entah.Saya pun tak tahu.Yang saya tahu saya kurang percaya dengan kaum hawa nie…Apatah lagi cinta….

“Kenapa pula awak tak percaya atau awak pernah dikecewakan….

“Tak.Saya tak pernah bercinta macam mana nak rasa perasaan kecewa tue.Oh ya,saya nak tanya awak cinta tue wujud ke…..

Tidak sangka aku akan ditanya soalan bodoh sebegitu.Hai dunia,masih ada lagi manusia macam nie……

“Cinta tue wujud.Ia ada dalam diri setiap manusia.Awak jangan risau awak akan rasainya juga satu hari nanti…..

“Itulah masalahnya.Saya dah rasainya sekarang.Tapi saya keliru adakah itu benar cinta….

Entah mengapa hatiku dilanda cemburu.Apa hak aku nak cemburu.Sabar Reen cuba bersikap macam seorang sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka…..

“Siapalah wanita bertuah tue….

“Adalah.Itu rahsia.Awak akan tahu juga satu hari nanti.Tapi saya tak tahu dia sayangkan saya ke tidak”

Bertambah meningkat darjah cemburuku.Kalau tidak mengenangkan perjanjian perkhawinan kami.Tak tahulah apa yang nak jadi…..

“Awak jangan takutlah.Kalau ianya jodoh awak takkan lari gunung dikejar.Tapi kalau sebaliknya,awak kenalah redha atas apa yang Allah tetapkan untuk awak.InsyaAllah ada hikmah disebaliknya…..

“Itulah yang takut saya nak alami….

“Tak perlu awak nak takut.Banyakkan berdoa minta pertunjuk daripadaNYA.InsyaAllah tuhan akan memberkati awak…..

“Macam ustazahlah awak nie….

“Pengalaman yang mengajar saya erti kehidupan.Tidak semuanya indah pasti ada pahit hempedunya”

“Awak masih ingatkan dia….

“Siapa…..

“Farhan….

“Tiada sebab saya nak ingatkan dia….

Aku tak teringatkan dia stupid.Tapi aku fikirkan kau Faiz.Tak sanggup aku nak menangung perasaan yang semakin hari semakin menyiksa jiwa nie.Hatiku seolah-olah sudah jatuh hati padamu.Namun apa dayaku tak mungkin kita dapat bersatu….

Lagu Sampai Bila nyanyian kumpulan Lela berkumandang dari handphoneku.Berdering minta diangkat….

“Hello…sapa nie…

Tiada suara dihujung talian….

“Hello….sapa nie.Bisu ke tak reti jawab…..

Dia masih jua begitu.Belum sempat aku menempik,kedengaran suara dihujung talian…..

“Assalamualaikum Reen…

Jantungku bagai direntap.Aku bagaikan tidak percaya….

“Reen are you okay…..,”tanyanya gusar.

“Farhan,untuk apa awak telefon saya nie”

“Reen please.Farhan nak jumpa Reen”

“Jangan jadi bodoh Farhan.Reen takkan jumpa Farhan lagi”

“Please Reen.Kita jumpa”

Hatiku berbelah bagi.Tiba-tiba aku teringatkan Faiz.Mungkin ini cara penyelesaiannya…..

“Please Reen………….

“Okay,kita jumpa di Restoran Idaman.Jam 12.30 tengah hari”

Selepas tamat perbualanku dengan Farhan.Pantas jemariku mendail number telefon Faiz.Satu,dua…….Kedengaran suaranya dihujung talian…….

“Hello…..

…………………………………………………………………………

Tepat jam 12.30 tengah hari aku datang ke tempat yang dijanjikan.Kelihatan Farhan menantiku disudut meja yang agak tersembunyi dari mata orang ramai.

“Mana dia nie kata nak datang.Tapi batang hidung pun belum lagi nampak…..

Kakiku melangkah jua kemeja itu walaupun hatiku keberatan.

“Assalamualaikum,”sapaku.

“Waalaikumussalam bila sampai”

“Baru aje….ada apa yang Farhan nak bincangkan dengan Reen”

“Reen,Farhan nak tanya Reen untuk kali yang terakhir.Adakah Reen dah tak cintakan Farhan lagi….

“Dah berapa kali Reen nak cakap.Antara kita takde apa-apa lagi.Reen…..Reen dah tak cintakan Farhan lagi…..

Farhan kulihat tunduk memandang alas meja yang bercorak cantik itu.

“Adakah Reen dah jumpa cinta baru….

Aku pula yang terdiam.Tidak mampu untukku menjawab.Perlahan-lahan aku mengangguk.Sebagai jawapan bagi soalannya.

“Sapa insan yang bertuah tue Reen…..Adakah Faiz suami Reen…

“Iya Farhan.Reen cintakan Faiz setulus hati Reen”

“Faiz macam mana…..

“Faiz pun cintakan Reen….Kami saling mencintai satu sama lain…..

Dalam keadaan macam nie aku harus berbohang.Walaupun bukan itu yang sebetulnya.

“Baguslah macam tue…Bolehlah Farhan balik ke London tanpa perlu risaukan Reen lagi….

“Apa maksud Farhan….

“Farhan dapat tawaran sambung semula kerja disana semula.InsyaAllah minggu depan Farhan berangkat…..

“Baguslah macam tue.Reen harap Farhan akan dapat lupakan Reen.Kita tak dapat mengubah apa yang telah Allah tentukan untuk kita…..

“Farhan akan cuba.Walaupun farhan tak yakin boleh lakukannya atau tidak……

“InsyaAllah Farhan boleh lakukannya.Okaylah,Reen pun nak minta diri dulu…..

“Tak makan dulu.Farhan belanja….

“Tak perlulah Farhan.Reen baru aje makan”

Kakiku melangkah keluar dari Restoran Idaman dan aku bagai tidak percaya apa yang sedang aku lihat kini Faiz……Ya itu Faiz dan dia dengan wanita mana pula tue…….seronok sangat bergurau senda.Tak sanggup aku untuk melihat adegan yang akan menyakiti hatiku sendiri.Dengan pantas aku memasuki kereta meninggalkan Restoran Idaman itu.Tidak aku sangka yang aku akan kecewa sekali lagi……

…………………………………………………………………………

Aku kembali lagi kepantai ini.Pantai yang menyaksi segala apa yang telah berlaku kepada diriku.Dimana Faiz meluahkan isi hatinya tanpa memperdulikan perasaanku.Aku tidak menyalahkannya memang tidak patut untukku salahkan dirinya.Aku yang tidak sedar diri.Mahukan sesuatu yang bukan milikku…….

Aku menyusuri pantai yang berombak kecil itu.Sudah 3 hari aku berada disini.Jauh daripada orang.Hanya seorang yang tahu aku berada dimana……..

“Reen……

Namaku dipanggil.Macam kenal aje suara tue.Tapi tak mungkin…..

Aku berpaling dan aku bagaikan tidak percaya apa yang aku lihat kini.Dengan pantas aku mempercepatkan langkah kakiku supaya aku dapat meninggalkannya……

“Reen wait for me…..,”laung suara itu.

Entah apa malang nasibku.Kakiku terpijak akan duri yang ada disitu.Langkahku yang kian deras itu semakin aku perlahankan dan……

“Reen kenapa nie…,”soalnya.

Dia merapatiku dan cuba menhulurkan bantuan.

“Sudah.Jangan sentuh Reen.Reen boleh buat sendiri…..

Namun dia bagai tidak mengendahkan diriku.

“Awak nie kenapa.Saya kata tak payah sentuh saya….

“Salah ke suami sendiri nak sentuh isterinya…….

Tergamam aku mendengar bicaranya.

“Sakit lagi tak.Lain kali pakailah kasut tue kan dah kena duri”

“Suka hati sayalah nak kena duri ke nak kena apa.Takde kaitan dengan awak pun…..

Faiz hanya menguntum senyuman.Pelik bin hairan aku.Kenapa dengan dia nie…..

“Kenapa dengan awak nie…saya marah awak,awak buat bler aje…….Bahagia sangat ke…

“Nak marah apa.Isteri marah-marah sayang….

“Tak kuasa saya nak sayang dekat awak.Buang masa aje…

“Tak nak ngaku lagi.Sudahlah tue Nureen Zalida abang dah tau semuanya……

“Apa yang awak tau…..

“Everything…tentang perasaan sayang….pasal sayang lari dari rumah.Semuanya abang dah tau…..

“Sapa yang kasi tau awak….

“Best friends Reenlah.Sapa lagi yang tahu tempat persembunyian Reen nie…..

“Alya….

“Yap.Dia datang jumpa abang.Waktu tue abang tengah buntu cari Reen.Dari mana datang tak tau lepas tue siap hadiahkan abang penampar lagi,ada ke patut”

Terkejut aku mendengarnya.Tidak aku sangka yang Alya akan bertindak sebegitu.

“Apa yang Alya cakap….

“Dia cakap abang tak guna.Lukakan hati kawan baik dia dan macam-macam lagi…..Tapi yang bestnya dia cakap yang Reen pergi sebab merajuk dengan sikap abang…..Reen merajuk sebab apa sayang…….

Malas aku nak melayannya.Nanti ianya hanya akan menyakiti hatiku sendiri.Belum sempat aku melangkah pergi tanganku direntap lembut…..

“Sudahlah tue merajuk Reen.Perempuan tue sepupu abang.Farah namanya.Abang terjumpa dia dekat parking kereta.Itu pasal la abang tak jumpa Reen.Bila abang masuk Farhan kata Reen dah balik.Bila abang balik Reen pula dah tinggalkan abang…Kenapa Reen buat abang macam nie sayang….

Bagai tidak percaya apa yang sedang aku dengari.Semuanya salah faham dan puncanya aku sendiri.Buat keputusan tanpa mendengar penyelasannya.Perlahan-lahan aku merapatinya….

“Abang betul ke apa yang abang cakapkan nie.Abang tak tipu Reen…..

“Betul sumpah.Abang tak cintakan orang lain selain Reen…

“Jangan suka bersumpah tak baik”

“Dah Reen tak percaya…..

“Reen percaya cakap abang.Reen minta maaf buat abang risaukan pasal Reen dan Reen minta maaf pasal kes Alya tampar abang tue.Abang jangan marahkan Alya ya bang……

“Abang tak marahkan dia sebaliknya abang berterima kasih sebab pasal dialah abang tau yang Reen ada dekat sini…..

“Reen ingat perempuan tue kekasih abang.Itu pasal la Reen nak undur diri…….

“Reen tak perlu buat macam tue.Hati abang hanya untuk Reen sorang aje tau…..

“Reen tak tau masa tue.Abang pun satu hari tue Reen tanya tak nak jawab.Kenapa…..

“Kan abang dah cakap yang abang takut perempuan tue tak sukakan abang…..

“Sekarang abang dah tau.Apa perasaan abng sekarang nie……

“Gembira sangat macam nak menjerit satu dunia…..Oh ya,abang ada hadiah untuk Reen.Tapi Reen pejam mata dulu….

Aku hanya menurut permintaanya.Dua ciuman dihadiahkan dipipiku kanan dan kiri.

“Itu aje hadiah abang….

“Nak lagi besar ke sayang.Tapi itu kena tunggu malam baru romantik sikit…..

“Gatal,”berserta dengan itu satu cubitan hinggap di pehanya.

Dia hanya ketawa.Diraihnya tubuhku kedalam dakapannya.

“Kita honeymoon dekat sini nak tak sayang”

Dalam dakapannya aku hanya mengangguk setuju.Betapa aku bahagia kini.Mempunyai seorang adam yang benar-benar mencintaiku sepenuh hatinya.Ya,Kalau Itu TakdirNya…..kita takkan dapat mengelaknya.Aku bahagia kini.Bahagia sebahagianya………………

3 Respons

  1. superb..
    ringkas tapi menarik..
    happy ending..
    nice work..

  2. bestnya cite ni……. aku rs cam nak nagis je bila baca, rasa terharu plk heheeheh…… jgn marah

  3. Citer nie best lh.. orng suke sngt.. Pd penulis teruskn berkarya..best of luck..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: