Prolog

KEADAANNYA agak tenat. Para petugas hospital terlalu sibuk. Suasana persekitaran agak muram walaupun diselangi dengan suara-suara cemas mereka. Hati dan perasaanku tidak tenang. Melalui cermin kecil yang ada di daun pintu, aku mengintai. Tubuhnya terbaring lesu. Tiub-tiub halus terbenam di lengan dan hidungnya. Beberapa orang jururawat nampak sibuk disekelilingnya. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan laju ke arahku.

“Awak yang bawa dia ke sini?”

Aku berdiri berhadapan dengan doktor tersebut. Wajahnya serius memandangku. “Ya, saya. Macamana keadaan dia, doktor?” Saja jer aku buat risau, Tapi, memang risau pun.

“Dia agak tenat. Emm… apa hubungan awak dengan dia?”

Ish doktor nie, banyak tanya pulak. “Err… saya kawan dia.” Ish, camner boleh mengaku kawan dia pulak nie??? Camner pun, kih, kih, kih, kena kelentong dah ha!!!

“Eloklah begitu. Boleh awak tolong hubungi ahli keluarganya?”

“Emm… baiklah. Saya akan hubungi mereka. Terima kasih doktor.” Aduh mak!!! Kenapa aku tak blah ajer? Doktor itu mengangguk sambil meninggalkanku. Phew…. Tapi, camner aku nak contact family dia? Aku mana tau…

Malam tadi, memang aku tak mampu nak lelapkan mata. Dok pikio-pikio, apa aku susah? Semua barang-barang dia kat aku. Kunci kereta, barang kemas, handbag dan telefon bimbitnya. Mesti ada contact number dalam phone dia nie. Dan hari nie jer, dapatlah aku sapu bersih RM yang ada, cukup untuk soru aku dua tiga minggu nie. Sepatutnya, aku boleh tinggalkan dia begitu jer. Kalau aku kesian kat dia, bermakna aku tak kesian pada diri aku sendiri. Nak tak nak, mesti aku akan jadi suspek dengan kehilangan barang-barang dia. Tapi, aku tak rasa nak ambik GTi dia tu. Tak pernah aku curi kereta. Kalau setakat duit tu… hari-hari aku buat, termasuklah begnya nie yang jadi mangsa aku. Perlahan kubuka walletnya, barulah kali ini aku menumpukan lebih kepada lesen memandunya. Hmm… sedap namanya, Nurul Iman. Wajahnya manis… ahhh angau aku dibuatnya. Di belakang lesen memandu tu, terselit sekeping kertas dengan tulisan tangan. ‘Reen’ bersama nombor telefon bimbitnya.

Lebih kurang setengah jam aku berfikir….

“Hello, Reen?” Aku tak pandai nak ‘berbahasa’. “Err…awak kenal Nurul Iman?” Dengar suara Reen nie gelabah semacam. Hmm… nampaknya risau giler member dia nie. “Dia sekarang ada kat HBKL. Keretanya terbabas melanggar pokok. Dia tak ada apa-apa kecederaan, tapi…lebih baik awak datang ke sini cepat.”.

Dan pagi nie, awal-awal lagi aku dah sampai ke hospital. Bila aku bertemu dengan doktor yang menegurku semalam, dia menyatakan yang Nurul Iman kini berada di ICU. Dan yang betul-betul mengejutkanku, Nurul Iman nak bercakap denganku. Eh, takkan dia tau aku yang curi barang-barangnya? Huh… mujur aku datang balik ke sini hari nie. Kalau tak, melepaslah Iman nak berkenalan denganku yang hensem tak ada tapi manis ada nie. Aku harap, dia cepat sembuh, boleh jadi awek aku dan aku akan berubah jadi budak baik… good boy!!!

Dalam langkahku ke ICU, satu persoalan melayang di fikiranku… masa aku jumpa dia selepas kemalangan tu, dia langsung tak ada kecederaan, cuma dia dalam keadaan separuh sedar. Keretanya pun, cuma remuk di bahagian enjin sebelah kiri akibat terlanggar pokok dan aku yang memandu keretanya tu ke hospital. Takkan begitu serius sampaikan sekarang dia berada di ICU??? Kemudian, aku teringatkan topang lengan yang ada di tempat duduk sebelah. Nurul Iman punya ker??? Kalau dia sakit kaki, camner dia memandu??? Oh ya, sebelah kakinya disokong dengan kerangka. Kesian dia…

Dengan keizinan dari doktor, perlahan aku mendekati katilnya. Nampaknya, keadaannya semakin tenat. Tak sanggup aku berdepan dengannya yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Seperti semalam, tiub-tiub halus masih ada di tempatnya, malah bertambah di sebelah lagi lengannya. Kini, dia hanya bergantung kepada mesin bantuan untuk bernafas. Aku tengok pun, tak selesa. Ke kiri ke kanan aku membelek wajahnya yang manis dan tenang. Wajahnya pucat tak bermaya, tapi masih berseri. Aku jadi sayu. Dalam umur yang masih muda, tentu dia dah banyak menderita. Mungkin… Yer la, dengan keadaan kakinya tu. Rambutnya tersisip pendek dan kemas. Tengok gaya dia nie, mesti jenis yang ceria dan aktif. Aku nie bukanlah pandai nak ‘membaca’ orang. Cuma aku mampu memahami emosi seseorang. Ini kerana pengalamanku sendiri. Okay, back to Nurul Iman, semalam, masa aku jumpa dia dalam kereta dia pakai tudung. So, hari nie aku kena belek puas-puas. Kalau dia tak sudi jadi awek aku pun, sekurang-kurangnya aku dah puas tenung dia.

****

Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun…. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali. Aku kesal tidak dapat mendengar apa yang ingin dikatakannya. Barang-barangnya ada padaku. Baru tadi pula, doktor yang merawatnya menyerahkan topang lengan Nurul Iman dan sehelai kertas… resit… yang tertera namanya. Ler, kenapa bukan cek? Dan kenapa doktor tu percaya sangat pada aku? Kenapa aku yang kena pegang amanah nie? Aku tak pernah buat baik pada orang sebelum nie. Tapi semalam dan hari nie, aku sendiri yang rela hati untuk menolong. Apa aku dah buat nie??? Huh… kuch kuch hota hai. Yeh mausam kya sandesha laaya hai… Aku teringat pesan walid, sesuatu yang terjadi, adalah untuk menjadikan ia lebih baik. Dulu, aku tak boleh terima kata-kata walid nie. Tengok jer lah keadaanku nie. Bila sesuatu terjadi, makin teruk keadaan aku.

“Kata doktor, awak yang bawa dia ke sini…”.

Reen belanja aku makan tengahari, yahooo! Tak payah aku keluar duit. Turut bersamanya, Farhan.

“Err… Reen, Farhan… semua nie kebetulan. Sebelum menolongnya, niat saya memang tak baik. Mencuri dan menyeluk, memang kerja saya.” Aku tak sedar yang mulutku terlalu ringan menceritakan hal yang sebenar pada diorang, yang baru beberapa minit aku kenali. “Ini… kunci kereta, handbag, barang kemas dan telefon Iman.” Perlahan aku mengeluarkannya dari beg dan menghulurkannya kepada Reen. “Kereta tu ada kat parking. Topang lengan dia dah saya letak dalam kereta.”

Farhan merenungku. Aduh! Mati aku kena bunuh hari nie… Tiba-tiba datang lagi empat orang member diorang. Diorang kenalkan diri. Tak silap aku, Firdee, Nisa, Harris dan Najwa. “Ada apa-apa lagi yang awak rasa awak patut serahkan pada kami?”, tanya Farhan dengan muka merah.

Alamak! Sah, mati aku hari nie… Enam lawan satu. Macam nie The Rock pun kalah. Renungan Harris tajam kepadaku dia berdiri bercekak pinggang di belakang Reen. Balak dia kut…. Dalam keadaan nie, aku pun dah lupa apa lagi yang ada padaku. Aku nampak mulut diorang bercakap, tapi yang aku dengar, degup jantung aku nie. Dag dig dug, dag dig dug…. “Ah…. err… ada. Doktor ada bagi resit belum tebus nie pada saya. Dia dapat dari baju Nurul Iman.”. Aku menghulurkan resit tu pada Reen. “Yang nie saya tak curi.”. Eiii… geramnya aku! Tak pernah aku berkata sejujur nie. Farhan masih merenungku. Najwa yang duduk di sisi Reen tunduk pilu. Matanya merah… “Pagi tadi, saya jumpa doktor yang merawatnya. Hati saya tak tenang. Selalunya, lepas saya kebas barang-barang diorang, saya terus blah ajer. Tapi, bila saya nampak Nurul Iman, hati saya berubah. Err… lagi doktor kata Nurul Iman dipindahkan ke ICU dari wad biasa subuh tadi. Lagi, dia kata Nurul Iman nak jumpa saya. Dari awal lagi, masa saya drive dia ke hospital, dia cuba nak katakan sesuatu. Tapi, saya tak tau apa yang dia nak katakan. Cuma….”, kata-kataku terhenti. Idea ku putus. Macamana aku nak teruskan, sedangkan Farhan masih merenungku….. Ahaks! Aku nak lambat-lambat cerita. Masing-masing tak sabar tunggu aku cerita lebih lanjut. Hah! Ada lagi. “Rantai nie… dia masukkan ke dalam poket baju saya sebelum dia pengsan sewaktu saya angkat dia keluar dari kereta… dan duit dia. Saya ingat nak ambik, lepas soru saya 2-3 minggu nie. Tapi, saya tak jadi ambiklah.”. Kali nie Harris yang ambik. Pandangan diorang semakin tajam padaku. Aku tengok, Reen menggenggam sudu dan garfunya. Uwaaa!!! Mati kena cucuk garfu ler aku jawabnya…. Ala Kassim!!!

“Dah tak ada lagi kan?” tanya Nisa pulak.

Aku geleng kepala jer. Yer la, mana ada lagi… betul nie. Aku bangun tinggalkan diorang. Aku tengok, hubungan diorang agak rapat. Aku perati sorang-sorang. First sekali, aku tengok yang pempuan dulu. Reen… cantik, dengan overall berkemeja. Najwa dan Nisa masing-masing berjubah. Aku terfikir gak, sekarang nie orang pempuan pakai jubah sebab ikut trend. Tapi tengok gaya cam diorang memang camtu. Manis, sedap mata memandang. Farhan, Harris dan Firdee plak cam pakai uniform sekolah. Baju kemeja cam Raihan ngan seluar slack. Cuma Farhan sorang tak pakai ketayap. Diorang nie kumpulan nasyid ker? Aku agak, Reen jadi tekongnya… Hmm… tengah sedap aku layan perasaan, Harris mengejutkanku. Aku pandang, diorang yang lain senyum. Aisey… apa lagi nie…

“Terima kasih banyak-banyak. Awak antara pilihan-Nya. Masih banyak lagi masa untuk awak kembali ke pangkal jalan. Ingatlah satu perkara, sesuatu yang terjadi, adalah untuk menjadikan ia lebih baik.” Yaiks! Macam pernah dengar jer… takkan siaran ulangan kut…

Sebelum diorang naik semula untuk menguruskan jenazah, Reen menyerahkan sesuatu padaku. Dia bagi aku resit belum tebus tu. Barang apa eh?. Takkan sesuka hati dia bagi kat aku? Dan yang buat aku happy, Reen bagi aku duit Nurul Iman yang aku pulangkan tadi. Siap dia pesan kat aku, “Sedara, saya sedekahkan duit nie dan barang nie bagi pihak aruah. Saya yakin, kalau dia masih ada, mesti dia tak nak awak teruskan buat kerja macam nie. Ini kad saya, datanglah Isnin depan.” Ahaks, aku dah dapat kerja. Eh, yer ke? Dia nak bagi aku kerja ke? Tengok kad sikit…. Hmm… Aireen Suhana, Pengurus Eksekutif Yayasan Firdaus. Aku peratikan langkah diorang sampai mata aku dah tak nampak lagi apa-apa benda bernyawa kat depan aku. Pelik ye, kenapa diorang tak nak tanya nama aku? Nama aku sedap jugak. Apa nama aku eh???

Lepas jer aku ziarah jenazah, terus kutuju tempat mengikut alamat dalam resit tu. Ohhh…. barang nie… apa yang ada dalam tanganku kini ialah sebuah tafsir al-Quran dan novel Korban Suci tulisan… Nurul Iman??? Apa-apa pun, hatiku tenang, kini semua barang milik Iman ada pada yang berhak. Mereka pun dah maafkan aku. Betul kata walid dan Farhan, sesuatu yang terjadi, adalah untuk menjadikan ia lebih baik.

Advertisements

Satu Respons

  1. cerita nya..ok..tapi..macam kurang rempah ratus…maybe boleh perbaiki lagi..gudluck pd penulis..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: