Cerpen : Yang berlalu biarla berlalu

yanie yahya
fira_danie@yahoo.com

“Zafira,yang kat duduk kat belakang meja tu macam kawan aku laa..” kata Suhana.Zafira hanya menoleh sekilas ke arah meja yang dimaksudkan oleh rakannya itu tetapi kemudian dia menyedut kembali minumannya yang masih berbaki. Suhana dari tadi asyik memerhatikan meja yang diduduki oleh lima jejaka di belakang mereka.

“Ala,kalau betul kawan kau..tegurlah!”Zafira berkata.Malas melayan kerenah rakannya itu. Mereka masih baru di situ. Baru sahaja mendaftar sebagai pelajar di Kolej Melati di ibu negara.Bagi Zafira, kedatangannya di situ cuma ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Tidak terdetik di hatinya untuk mencari teman lelaki.

Suhana mencebik. Dia menyedut kembali minumannya. Dia memandang ke arah Zafira. Zafira sedang asyik membelek-belek nota yang baru diambil dari pensyarah mereka.

“Kau ni..macam tak suka lelaki je..”kata Suhana. Zafira menyimpan kembali notanya ke dalam beg sandangnya. Dia membalas renungan rakannya.

“Tak adalah..aku cuma nak tumpu kat study je..aku takut kalau aku dah kenal lelaki aku akan hanyut..ni masa depan kita,Su..”

“Fira, kalau kita pandai bawa diri..InsyaAllah..kau tak akan hanyut..”

“Tengoklah..”Zafira menguntumkan senyum. Kadang-kala dia memang teringin ingin berteman lelaki. Melihat suasana di kampus, ramai pelajar sedang asyik dilamun cinta. Ke mana pergi pasti berdua. Bukan dia tidak ingin, tetapi dia takut dia tidak akan tumpu pada pelajaran. Lagipun, Zafira hanya gadis biasa. Datang dari kampung ke bandar untuk mengubah nasib. Dia tidak bergaya seperti gadis-gadis yang lain. Dia selalu berpendapat, lelaki tidak akan mendampingi dirinya. Dengan hanya berbaju kurung dan berambut ikat satu tanpa solekan, mana ada lelaki yang mahu. Ini bandar, bukannya kampung.

“Assalamualaikum..”

Zafira dan Suhana serentak menoleh. Seorang pemuda yang agak tampan berdiri di sebelah meja mereka. Suhana terus melonjak. Zafira hanya memandang hairan dengan perbuatan rakannya.

“Eh, Adif!Aku dah agak dah kau yang duduk kat meja belakang tu tadi. Tak sangka kau pun belajar kat sini ye?”seloroh Suhana. Rupanya ini kawan yang Su cakap tadi.Boleh tahan. Bisik hati kecil Zafira.

“Aku perasan kau tengok-tengok aku tadi. Kenapa tak tegur?”balas pemuda bernama Adif itu. Tanpa dipelawa dia terus duduk bertentangan dengan Zafira.

“Aku takut salah orang je. Eh, kenalkan. Ni Zafira, coursemate aku.Fira, ni Adif. Kawan sekolah aku. Dulu kitorang ni kamcing tau! Tapi bila form 4, Adif ni pindah sekolah lain. Tu yang lama tak jumpa. Tak sangka jumpa balik kat sini.”

Zafira menguntumkan senyum. Adif membalas senyumannya lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Hai..Adif.”

“Fira.”

Suhana dan Adif asyik rancak berbual. Agaknya terkenang balik zaman sekolah la tu. Zafira berkata di dalam hati. Tetapi dalam asyik mereka berbual-bual, Zafira terperasankan yang Adif dari tadi asyik memerhatikan dirinya. Aku pakai baju terbalik ke?Ah..buat tak tau aje la. Zafira berpura-pura memandang ke arah lain. Tetapi sebenarnya hatinya rasa berdebar. Jantungnya berdegup pantas. Tidak pernah dirinya diperhatikan seperti itu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah mempunyai teman lelaki. Dia tidak begitu cantik. Kulitnya agak gelap sedikit. Setiap hari hanya menyapu sedikit bedak serbuk di mukanya. Dia selalu berkata ini adalah faktor dia tidak pernah didampingi oleh mana-mana lelaki.

“Zafira..”

“Err…ye..” Zafira berasa gugup apabila lelaki itu menyebut namanya. Hampir tertumpah air minumannya.

“Senyap je dari tadi..”kata Adif. Matanya tidak lepas dari merenung mata Zafira. Manis gadis ini. Bisik Adif di dalam hati.

“Zafira ni bukan apa, Adif. Dia kalau boleh tak mahu kawan dengan mana-mana lelaki. Nak tumpu study la tu konon,”gertak Suhana. Zafira mencebik. Tak guna kau, Su. Malu aku dibuatnya. Adif tergelak kecil.

“Ok la tu, Su. Bukan macam kau. Ni bergaya lebih-lebih ni. Mesti nak cari boyfriend ye,”balas Adif. Zafira turut tergelak kecil.Padan muka kau, Su.

“Eh,pandai mengata orang. Adif, kau dah ada girlfriend?”Tanya Suhana. Zafira hanya mendiamkan diri. Malas hendak masuk campur perbualan mereka.

“Aku single lagi la.Siapalah yang nak kat aku ni?Bukannya handsome pun.”

“Eleh..Low profile konon. Masa sekolah dulu ramai gila awek nak kat kau. Orang handsome la katakan. Loaded pulak tu.”

“Tu diorang yang nak kat aku. Bukan aku nak kat diorang. Tapi aku rasa aku dah suka seseorang la kat sini.” Ekor mata Adif menjeling ke arah Zafira. Hampir tersedak Zafira dibuatnya. Dia maksudkan aku ke?

“Siapa, Adif?”tanya Suhana dengan perasaan ingin tahu.

Adif melihat jam tangannya.

“Eh, aku dah lambat la. Ada kelas ni. Bagi nombor telefon kau, Su. Nanti kita jumpa lagi.”

Setelah bertukar-tukar nombor telefon dengan Suhana, Adif terus mengambil buku-bukunya dan mula hendak beredar. Dia sempat memandang ke arah Zafira dengan menghadiahkan sebuah senyuman manis.

“Bye Su. Fira, jumpa lagi!”

Adif sudah berlalu dari situ. Suhana dari tadi asyik tersengih seperti kerang busuk. Entah apa yang buat dia suka pun Zafira tak pasti.

“Eh, Fira. Boleh tahan kan kawan aku tu. Masa sekolah dulu memang ramai perempuan gilakan dia. Tapi dia memang tak layan. Dia ni baik. Smart student. Tak pernah aku tengok dia berfoya-foya dengan perempuan,” Suhana memuji-muji rakan yang sudah lama tidak bersua itu.

“Erm..memang good looking. Nampak cam baik la..”balas Zafira. Tak berani hendak memuji lebih-lebih.

“Aku rasa dia dah syok kat kau la. Aku perasan dari tadi dia asyik ‘usha’ kau.”

“Eh, merepeklah kau Su. Mana ada. Entah-entah dia tengok-tengok perempuan lain kat café ni. Pandai-pandai je kau ni..” balas Zafira dengan malu-malu. Sebenarnya dia memang merasakan hal yang sama dengan Suhana. Entah mengapa, dia juga terpikat dengan jejaka itu. Bukan kerana wajahnya yang tampan tetapi kerana kelembutan bicaranya terutama apabila menyebut nama Zafira. Ah, tak tidur lena la aku malam ni.

Mereka terus beredar setelah agak lama berada di situ. Café Sri Melur menjadi saksi pertemuan Zafira dan Adif yang tidak terduga itu.

Muzik lagu “Menanti sebuah jawaban” di telefon bimbit Zafira berbunyi. Zafira lantas mencapai telefon bimbit Nokia 2300 di atas katilnya dan memerhatikan skrinnya.

“Siapa pulak ni?”

Sebuah nombor yang tidak dikenalinya dari tadi asyik memanggil. Setelah membiarkan telefon itu tidak berjawab, akhirnya dia mengangkat juga.

“Hello!” Kedengaran suara lelaki di hujung talian.

“Nak cakap dengan siapa?”Tanya Zafira.

“Zafira ke?”

Zafira tergamam. Siapa pulak lelaki yang telefon ni?

“Ye..siapa tu?”

“Adif ni..”

“Adif?Err..”

Hampir terlepas telefon di genggamannya. Tidak sangka Adif akan menghubunginya. Dia sangkakan pertemuan mereka tidak akan berterusan.

“Mana Adif dapat nombor ni?”Tanya Zafira walaupun dia tahu pasti Suhana yang memberikan nombornya kepada Adif.

“Dari Su laa..siapa lagi.”

Zafira tersenyum walaupun dia tahu Adif tidak nampak senyumannya. Hatinya berbunga riang. Agak lama mereka berbual. Zafira merasakan dia semakin menyukai Adif dan dia merasakan ada ‘sesuatu’ antara dia dan Adif.

Semakin hari Zafira dan Adif semakin rapat. Hampir setiap hari mereka makan berdua. Zafira rasakan ada perasaan sayang terhadap Adif.

————————————————————————————-

“Adif, boleh tak Fira tanya sesuatu?” Zafira bertanya pada satu pertemuan mereka di sebuah taman di kolej mereka. Adif memandang Zafira. Tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan Zafira.

“Apa dia sayang?”tanya Adif. Perkataan ‘sayang’ tidak pernah lepas dari bibirnya.

“Sebelum ni Adif ada girlfriend tak?

Adif melepaskan genggaman tangan Zafira. Dia tunduk ke bawah. Zafira hanya menanti jawapan yang akan keluar dari mulut Adif.

“Ada.”Ringkas sahaja jawapan Adif. Zafira mengetap bibir. Dia mengumpul kekuatan untuk bertanya lagi. Ada perasaan ingin tahu tentang perhubungan Adif dan teman wanitanya sebelum ini.

“Erm..boleh tak kalau Fira nak tahu. Kenapa Adif putus dengan dia?”

Adif menoleh.

“Dia pergi balik kat ex-boyfriend dia. Sebenarnya, masa kami mula-mula couple, dia baru putus dengan boyfriend dia. Tapi bila boyfriend dia datang balik, dia mula tinggalkan Adif. Dia buat Adif ni macam tempat perhentian dia je,” ujar Adif sayu. Zafira memegang lembut tangan Adif.

“Adif, Fira takut la. Fira takut Adif pun akan buat Fira ni macam tempat perhentian jugak.”

“Kenapa Fira cakap macam tu?”

“Yelah. Mana tau girlfriend Adif tu datang balik.Entah-entah Adif pergi balik kat dia.” Zafira tidak sangka dia akan berkata begitu. Dia kadang-kala tidak pasti dengan hubungan mereka. Dia terlalu naïf, masih mentah dalam bercinta. Sejak kenal Adif, barulah dia kenal apa itu cinta.

“Janganlah cakap macam tu. Adif janji, Adif tak akan buat macam tu kat sayang. Adif tak suka lah perempuan macam tu, nak kat Adif untuk mengisi kekosongan je.”

“Betul ke ni, Adif?”

“Betul,sayang. Erm, sayang, nak tak Adif bawak sayang jumpa mama Adif?”

Zafira terkesima. Tidak disangkanya Adif akan bertanya soalan begitu kepadanya. Dia tersenyum tanda gembira. Dia merasakan hubungan mereka semakin mekar. Segala kepastian yang menjadi tanda tanya sudah terjawab.

“Fira,macam mana hubungan kau dengan Adif?” tanya Suhana. Tangan Zafira yang sedang menyalin nota terhenti seketika. Dia melakarkan senyuman.

“Ok. Kau tahu, dia nak bawak aku jumpa mama dia.”

“Oh ye ke? Aku harap kau dengan Adif happy selalu,ok?Aku doakan korang bahagia,”ujar Suhana lalu mengemaskan alat tulisnya. Riak wajahnya langsung tidak menampakkan yang dia gembira dengan hubungan kedua-dua rakannya itu. Namun, Zafira membuang perasaan itu jauh-jauh.

———————————————————————————————-
Sudah seminggu Adif tidak menghubungi Zafira.Selalunya jika Adif tidak menelefonnya, dia akan menghantar sms. Tiap-tiap hari mereka akan berhubung dengan cara itu. Namun, sudah seminggu Zafira tidak menerima pesanan dari Adif. Berjumpa apatah lagi. Tugasan kuliah yang semakin bertambah membataskan mereka untuk selalu berjumpa tambahan pula mereka bukanlah mengambil jurusan yang sama. Setiap kali Zafira menghantar sms, pasti Adif akan membalas mengatakan sibuk dengan tugasan kuliah. Kadang-kala Zafira berasa kecil hati dengan sikap Adif yang menjauhkan diri darinya. Namun, dia kena faham. Mereka adalah pelajar. Tambahan lagi, peperiksaan sudah semakin hampir.

Zafira menghadap buku kuliahnya. Esok, dia akan menghadapi sebuah peperiksaan pertengahan semester. Setiap kali dia ingin mengulangkaji, setiap kali itulah wajah Adif terbayang. Dia tidak dapat menahan rasa rindunya. Lantas diambilnya telefon bimbit dan menulis pesanan ringkas.

“Sayang, fira rindulah. Kenapa lama tak hantar sms?”

Pesanan ringkas itu terus dihantarnya ke telefon bimbit Adif. Dia menumpukan kembali ke bukunya sambil mengharap yang Adif akan membalas.

Telefon bimbitnya berdering. Zafira lantas mengambil telefon bimbit di atas mejanya. Alangkah gembiranya dia apabila nama Adif tertera di atas skrin. Dengan perasaan gembira, dia terus menjawab panggilan itu.

“Hai sayang!”ujar Zafira dengan perasaan girang.

“Hello,siapa ni?”

Alangkah terkejutnya Zafira apabila mendengar suara perempuan dia hujung talian. Siapa perempuan tu? Hati kecil Zafira bertanya.

“Siapa ni?Adif mana?”tanya Zafira berulang-ulang kali.Dia benar-benar ingin tahu.

“Apa hubungan awak dengan Adif?” tanya gadis itu. Zafira hampir menitiskan air mata. Siapa gadis itu? Apa kena mengena dia dengan Adif?

“Sepatutnya saya tanya awak. Awak siapa dengan Adif?” Zafira bertanya kembali. Suaranya bergetar.

“Adif tergila-gilakan saya.” Ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.

“Apa?” Bagaikan hendak tercabut nyawa Zafira mendengar pengakuan gadis itu.

“Bagi saya cakap dengan Adif.”pinta Zafira. Agak lama dia menanti.
“Hello.” Suara Adif kedengaran di hujung talian. Zafira sudah menitiskan air matanya.

“Adif..apa semua ni?”

“Fira. Kita tak ada apa-apa hubungan. Adif nak kat perempuan tadi, erm Lisa namanya. Harap Fira faham.”

“Adif!Apa semua ni?Kenapa buat Fira macam ni?”Air mata Zafira semakin menitis laju.

“Fira, sedar tak? Selama ni Adif pernah tak putuskan untuk couple dengan Fira? Tak ada kan?”

Zafira mengenang kembali saat-saat dia mula mengenali Adif. Ya, Zafira sedar, Adif tidak pernah mengungkapkan kata untuk bercinta. Kerana itulah Zafira tidak pasti sejauh manakah hubungan mereka. Namun, kata-kata ‘sayang’ yang lahir dari mulut Adif dan janji-janji yang pernah Adif lafazkan membuatkan Zafira merasakan hubungan mereka telah jauh. Tambahan pula Adif pernah mengatakan yang dia akan membawa Zafira untuk berjumpa ibunya. Semua ini membuatkan Zafira merasakan mereka bukan sekadar teman biasa walaupun Adif sendiri tidak pernah mengatakannya.

“Adif,kenapa Adif ber ‘sayang-sayang’ dengan Fira?” pernah Zafira bertanya kepada Adif pada suatu hari.

“Kenapa?Fira tak suka ke?” Adif bertanya kembali. Pernah juga Zafira ingin bertanya sejauh manakah hubungan mereka namun lidahnya seringkala kelu. Lagikan pula dia perempuan. Baginya biarlah lelaki yang mengungkapkannya dahulu.

“Bukan tak suka. Fira saja tanya.”

“Adif, Fira cemburu tau kalau Adif keluar dengan perempuan lain,” Pernah juga Zafira sengaja berkata begitu untuk menguji sejauh mana hubungan mereka.

“Fira,Adif tak akan keluar dengan perempuan lain. Fira janganlah cemburu.”

Semua kata-kata Adif membuatkan Zafira percaya yang mereka bukan sekadar teman biasa. Ah,Adif penipu! Begitu tegarnya dia mempermainkan perasaan perempuan! Adif tak guna! Hati Zafira memberontak keras.

“Adif, memang betul! Adif tak pernah cakap yang Adif nak hubungan yang lebih jauh. Tapi Adif sedar tak?Adif mempermainkan perasaan Fira! Adif buat Fira dah fikir lain pasal hubungan kita! Adif sedar tak? Selama ni Fira anggap Adif jujur dengan Fira. Rupanya Adif penipu!” Bentak Zafira keras. Seperti mahu saja dia mencampakkan telefon bimbitnya itu ke lantai.

“Ok!Adif sedar Adif salah. Sorry,ok?”

“Sorry?Semudah tu?Selama ni Adif ber ‘sayang-sayang’ dengan Fira sebab apa?”

“Sebagai kawan. Salah ke sebagai kawan kita sayang-sayang?”

“Apa?Sebagai kawan?Adif cakap nak bawa Fira jumpa mak Adif sebagai apa?”

“Kawan. Tak lebih dari tu.”

Air mata Zafira semakin laju. Mudah sahaja Adif melontarkan jawapan. Lelaki jenis apa Adif ni?

“Adif, dulu Adif pernah janji. Adif tak akan mempermainkan Fira. Sampai hati Adif tipu Fira. Kalau pun Adif sakit hati dengan kekasih Adif dulu, jangan babitkan perasaan orang lain, Adif. Berapa ramai Adif nak mainkan perasaan? Lisa tu? Adif nak dia rasakan macam mana sakitnya Fira rasa?” Suara Zafira semakin meninggi. Inilah kali pertama dia meninggikan suaranya kepada Adif sepanjang perhubungan mereka.

“Sebenarnya Adif tak pernah ada perasaan lebih dengan Fira. Lepas Adif putus dengan kekasih Adif dulu, tak pernah terlintas di hati Adif nak cari kekasih lagi. Adif baik dengan Fira sebab Fira gadis yang baik. Pertama kali Adif tengok Fira, Adif dapat rasa yang Fira ni tak seperti gadis yang lain. Fira boleh jadi teman yang setia. Adif sedar Adif dah terlanjur kata dengan Fira. Adif juga sedar yang Fira ada perasaan lain kat Adif. Adif cuba nak bagitau Fira yang Adif tak nak ada hubungan yang jauh, tapi..Adif tak sampai hati. Fira terlalu baik. Baik sangat..Adif tak sampai hati nak kecilkan hati Fira. Adif tak nak Fira terluka. Tapi Adif tahu, lambat laun Fira akan terluka juga. Adif cuba nak mencintai Fira, tapi Adif tak boleh. Adif..dah jatuh hati pada Lisa. Adif lebih banyak habiskan masa dengan Lisa berbanding Fira. Dia classmate Adif. Maafkan Adif, Fira. Maafkan Adif..” Begitu tulusnya kata-kata Adif. Kata-katanya menunjukkan yang dia betul-betul kesal.

“Adif, jadikanlah Fira sebagai kekasih Adif. Fira betul-betul mencintai Adif. Fira tak sanggup nak lepaskan Adif. Adif..” Zafira tidak dapat menyambung kata-katanya. Dia begitu sebak. Dia benar-benar mencintai Adif. Entah bagaimana dia boleh merayu untuk Adif kembali kepadanya.

“Tak boleh. Adif benar-benar dah jatuh cinta pada Lisa. Fira terlalu baik buat Adif..”

“Kalau Fira baik, kenapa Adif tak boleh nak pilih Fira?”

“Fira terlalu baik..Fira tak sesuai buat insan yang hina dan jahat macam Adif. Fira, Adif betul-betul dah jatuh hati kat Lisa. Adif nak kat dia, Fira. Tolong Adif, Fira. Tolong Adif..”

Zafira segera mematikan telefon bimbitnya. Tak sanggup lagi mendengar suara Adif. Cukuplah sekali dia merayu pada Adif. Baginya Adif dah tak wujud lagi. Ah, persetakannya.

Pelajar-pelajar jurusan Teknologi Maklumat berpusu-pusu keluar dari dewan peperiksaan setelah masa menjawab bagi kertas peperiksaan ‘Java Awalan’ sudah tamat. Zafira melangkah perlahan keluar dari dewan. Peristiwa semalam masih membenak fikirannya. Mengapalah semua ni terjadi pada aku di saat-saat aku berperang dengan peperiksaan? Mengapalah aku tak setuah gadis-gadis lain?Ah,begitu sukarnya aku ingin melupakan dia!

“Fira!” Zafira menoleh. Suhana berjalan menuju ke arah Zafira.

“Kenapa aku tengok kau macam tak ok je? Setau aku, ni subjek favourite kau kan? Kenapa aku tengok kau tadi, macam tak boleh buat? Kau lebih banyak melayan fikiran masa jawab paper tadi. Kau ok?”

Zafira segera memeluk rakannya. Dan tanpa diminta, air mata seorang wanita mengalir laju di pipi gebu Zafira. Suhana terkesima.

“Su..aku dah tak ada apa-apa dengan Adif.Adif..dia..main-mainkan aku..aku tak sangka, Su..Aku tak sangka..”

Suhana meleraikan pelukan. Perlahan-lahan dia mengelap air mata Zafira yang semakin menitis laju. Tidak disangkanya lelaki yang dikenalinya sebagai lelaki yang baik dan lurus boleh mempermainkan perasaan wanita. Kenapa kau begitu berubah,Adif?

“Fira, aku nak minta maaf. Aku tak sangka kawan aku macam tu. Lagi satu, aku nak minta maaf sebab tak bagi tau satu perkara pada kau. Aku sebenarnya pernah ternampak Adif dengan perempuan lain. Bukan seorang, tapi dua, tiga perempuan yang berlainan pernah berduaan dengan Adif. Aku tak sampai hati nak bagi tau kau sebab aku tengok kau betul-betul mencintai Adif. Aku tak nak aku dianggap sebagai perosak kebahagiaan kawan baik aku sendiri. Lagipun, aku pernah tanya hal ni sendiri kat Adif. Dia kata perempuan selain kau hanya kawan biasa aje. Aku minta maaf ye, Fira” Suhana memandang ke bawah. Betapa dia berasa bersalah terhadap Zafira.

“Su..kau tak salah. Aku yang salah. Aku buta. Aku lupa tujuan sebenar aku ke sini. Lagipun, aku tak sedar. Selama ni dia tak pernah cakap yang dia cintakan aku. Aku bertepuk sebelah tangan je,Su.Tengok, apa dah jadi kat aku. Semalaman aku menangis, Su. Buku langsung aku tak sentuh. Exam tadi langsung aku tak boleh buat.”

“Belajarlah lupakan dia, Fira. Ramai lagi lelaki baik di luar sana. Taka pa, Fira. Banyak masa lagi. Ni hanya mid-term exam je. Final kan ada lagi,” Suhana cuba memujuk hati Zafira. Kasihan dia melihat Zafira. Mengapalah nasib Zafira akan jadi macam ni?

Zafira hanya tersenyum pahit. Ya, ramai lagi lelaki baik di luar sana. Dia tidak mahu lagi memikirkan hal cinta. Biarlah kenangan yang pahit akan menjadi pengajaran buat dirinya.

“Zafira?”

Zafira yang sedang memilih buku di perpustakaan menoleh. Seorang gadis cantik, berbaju T ketat dan berseluar jeans berdiri di sebelahnya. Zafira langsung tidak mengenali gadis tersebut. Dahinya berkerut memikirkan siapa dia dan bagaimana dia tahu namanya.

“Ya?Awak siapa?”tanya Zafira sambil meletak kembali buku yang dicapainya ke dalam rak.

“Boleh saya cakap sebentar dengan awak?”

Zafira membawa gadis tersebut ke café yang berada di luar perpustakaan.

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong?”

“Saya Lisa.”

Zafira tergamam. Lisa? Seperti pernah dengar nama itu sebelum ini. Ya, baru dia teringat. Lisa, gadis yang digilai Adif. Lisa memang cantik. Patutlah Adif boleh tergila-gilakan dia.

“Oh..Lisa..So, macam mana hubungan you dengan Adif? He’s really love you, Lisa. Dia tak cintakan saya. So..korang..”

“Saya dah tinggalkan dia..” Lisa memotong percakapan Zafira sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya.

“Why?Kenapa tak bagi dia peluang? Walaupun dia dah main-mainkan perasaan saya, tapi sebagai kawan, saya ingin dia bahagia. Saya ingin dia bahagia bersama orang yang betul-betul dia cinta. It’s you, Lisa..” Zafira memandang tepat ke anak mata Lisa. Dia yakin apa yang dilakukannya benar.

“Saya dah bertunang.” Lisa menunjukkan cincin tunang yang tersarung di jarinya.

“Dia tahu saya dah bertunang. Tapi, dia still nak kat saya. I don’t know why. Dia kata dia tak pernah jatuh cinta pada perempuan lain sebagaimana dia cintakan saya. Saya dah cuba explain banyak kali tapi dia cakap dia tak boleh nak lupakan saya. And untuk jaga hati dia, kami jadi best friend. Boleh dikatakan hari-hari saya jumpa dia sebab kami sekelas. Dan kami juga selalu habiskan masa buat assignment sama-sama. Sampailah satu malam tu, saya terbaca mesej yang awak bagi kat dia malam tu. Saya marah dia, kalau betul dia dah ada awak, kenapa dia masih tergila-gilakan saya? Saya minta dia terus-terang mengenai awak, tapi dia tak mahu. That’s why I call you, Fira. Saya tak ada niat lain, cuma saya inginkan kepastian. Saya juga perempuan, Fira. Saya tahu bagaimana yang awak rasa. Walaupun kami tak lebih dari kawan baik, tapi saya turut merasa kesakitannya, Fira. Saya dah tinggalkan dia. Bukan saja sebab dia sakitkan hati saya, tapi dia sakitkan hati kaum sejenis saya. Fira, yang berlalu biarlah berlalu. Kita bina hidup baru. Ramai lelaki baik yang menunggu. Dan saya, akan berkahwin tak lama lagi.”

Zafira memeluk erat Lisa. Begitu lurusnya gadis ini. Tahniah, Lisa. Pintanya perlahan.

“Tuut..tuut..”

Bunyi di telefon bimbit Zafira menandakan yang dia mempunyai satu mesej. Zafira mencapai telefon bimbitnya dan lantas membuka mesej yang diterima.

“Fira..Adif menyesal. Lisa dah pun tinggalkan Adif. Baru sekarang Adif rasa macam mana yang Fira rasa. Fira, balik la kat Adif. Adik betul-betul menyesal. Dan kini Adif rasa, Adif cintakan Fira. Adif janji tak akan main-mainkan Fira lagi..Please..”

Zafira mencampakkan telefon itu ke atas katil. Mesej Adif langsung tidak dibalasnya. Dia sudah membuang Adif jauh-jauh dari mindanya. Adif, anggaplah kita tak ada jodoh….

13 Respons

  1. bertindak mengikut arahan! syabas mere bete…

  2. padan muka hadif..
    laki mmg patut di ajar..haha

  3. padan muka…
    lelaki nie bnyak yg x leh caya..

  4. lelaki typical

  5. best cite ni..
    bagus tindakan fira..
    sebuah nasihat untuk mahasiswi yg br putus cinte.. x yah buang mase igt kat org x dah x sudi..🙂

  6. eii..
    naper la adif tu ngengader sangat?
    pdn muka..
    hahaha…..

  7. bestlah cite nie….
    padan muke kat adif 2 kan…
    hehhehhe

  8. bagus tindakan fira.. nyampah tul aku ngan si adif nih…

  9. tahniah fira..padan muka kt adif,suka ati je men2kn perasaan org..

  10. CHAIYOK2…TERBAIK r Fira
    kpd laki2 yg suka mainkn perasaan pompuan 2 la akibatnye

  11. majoriti lelaki camni ada kat dunia ni…tp minoriti pompuan yg ada sikap mcm fira…

  12. ekk..citer nih sebiji mcm kisah aku 2 thun dulu..huhuhu..sedih woooo…

  13. I LOVE THIS STORY!!I HATE ADIF!!SERVE HIM RIGHT!!I THINK HE DOESN’T KNOW ANYTHING ABOUT LOVE..IT’S GOOD THAT ZAFIRA DUMPED HIM..ADIF DOESN’T DESERVE TO BE WITH ZAFIRA..HATE ADIF!!ANYWAY,CONGRATS MUZRI!!IT’S A GOOD STORY AND I LOVE IT…KEEP IT UP!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: