Siapa Di Hati Ku 1

pelangipagi05
pelangi_pagi05@yahoo.com

“Dah boleh pergi ni”aku berbicara sendiri.Leka aku memeriksa segala peralatan memancing tanpa menyedari mama sudah berada di belakang memerhati tingkah laku ku.
“Kau ni nak kemana Miera?”hampir gugur jantung ku bila mama menyergah.
“Mama ni buat Miera terkejut saja, lain kali berilah salam”usik ku bila melihat mama menjeling tajam.
“Janganlah mama membebel” doaku sendiri.
“Kau ni nak kemana?”aku terdiam bila mama dah bersuara.
“Miera nak pergi memancing kat sungai belakang rumah tu.”rasa tak tertelan air liur bila menerangkan rancangan ku hari ini.
“Kau hendak jadi apa Miera? Kalah budak lelaki, abang kau pun tak seteruk begini.”aku terpaksa mendengar leteran mama sambil mengosok joran kesayangan ku.
“Alah mama Miera pergi sekejap saja lagi pun minggu depan Miera dah mula berkerja jadi mesti tiada masa.”aku cuba memujuk mama membenarkan aku pergi.
“Biarlah dia nak pergi bukan kemana pun.”aku tersenyum bila ayah melangkah menghampiri kami.Aku tahu ayah selalu menyokong segala apa yang ku buat kerana ayah lebih percayakan aku dari mama.
“Abang ni kan selalu menangkan anak kesayangan.”aku melihat mama sudah menarik muka masamnya.
“Bukan abang menangkan Miera ni, cuba Maz fikir dari dia merayau tidak tentu arah di komplek-komplek bercampur dengan orang-orang yang tidak senonoh lebih baik dia melekat di sungai.”terang ayah membuat hati ku kembang.
“Iyalah abang memang suka kalau dia ikut jejak langkah abangkan, tunggang motor besar, memancinglah macam-macam lagi lah malas saya nak bertekak dengan bapa dan anak ni.”tambah mama sambil bangun mahu meninggalkan kami.
“Janganlah merajuk sayang..”gelihati aku melihat ayah memujuk mama.
“Mulalah tu tak malu langsung dengan anak agaknya.”ku lihat muka mama sudah merona merah.Tawa aku dan ayah bersatu melihat tingkah mama.Memang aku dan ayah selalu menyakat mama kerana bagiku mama begitu pemalu sifatnya.Mungkin juga sebab itu ayah begitu setia dengan mama.Aku berharap agar dapat merasai seperti percintaan mama dan ayah tetapi adakah insan yang mahu menjadikan aku teman hidupnya dengan perangai aku begini.Biarlah masa menentukan segalanya.

Bunyi air yang mengalir membuat aku leka seketika.Ku ambil seekor cengkerik yang ku beli tadi dan ku cucuk di mata kail lalu ku lontar kedalam air.Ku gulung perlahan-lahan talinya sehingga tegang dan membiarkannya.Aku memang suka duduk di tepi sungai ini andai tiada apa yang hendak ku lakukan.Sungai ini banyak berjasa dengan ku, disini lah segala rintihan dan kegembiraan ku lepaskan.Mama sudah tahu di mana hendak mencari ku kalau kelibat ku tiada didepan matanya.Minggu depan aku akan mula berkerja di sebuah syarikat gergasi di bahagian pentadbiran.Dengan sijil dan pengalaman di tempat lama aku diterima sebagai Pentadbir Kanan.Itu yang dikatakan rezeki kata ayah.Teringatkan ayah membuatkan aku senyum sendiri terkenang peristiwa tadi selamba sahaja ayah menunjukkan kasih sayangnya dengan mama romantik sungguh.Adakah suami aku pun begitu?.Haikal satu nama yang sering saja menghiasi bibirku tetapi itu hanya dulu sebelum Haikal menghilangkan diri tanpa khabar berita.Aku sendiri tidak tahu apa kesilapan ku sehingga aku ditinggalkan sendirian.Nasib baiklah ayah dan mama tidak mengetahui perhubungan kami hanya abang sahaja yang mengerti dan memberi semangat.Haikal dimana kau, kalau tidak suka berkawan dengan ku beritahu saja.Tiba-tiba aku terasa joran ku bergerak dengan pantas aku menyentap.Berhati-hati aku mengulung tali agar ikan yang sudah tersangkut di mata kail tidak terlepas.Akhirnya setelah berhempas pulas aku berjaya menaikkan ikan keli yang saiznya lebih kurang sama dengan lenganku.Aku hendak suruh mama buat masak lemak cili api tentu sedap kalau dibakar dulu.Meleleh air liur beb.

……………..

Hari ini adalah hari pertama aku berkerja di Perfect Holdings Berhad.Syarikat gergasi yang mempunyai tiga tingkat ruang pejabat.Aku ditempatkan di tingkat lima belas manakala tingkat enam belas adalah bahagian akaun dan tingkat tujuh belas hanya untuk pengarah syarikat ini dan pegawai-pegawainya.Majoriti kebanyakan perkerja disini adalah melayu.Memandangkan bahagian aku masih tidak mempunyai ketua yang kebetulan baru meletakkan jawatan jadi segala-galanya aku yang ambil alih untuk sementara waktu.Dibawah ku terdapat 5 orang perkerja, dua lelaki dan tiga perempuan.Rasa segan bila aku yang tidak biasa mengarah orang tiba-tiba terpaksa berbuat begitu.Aku akan mencuba untuk pengalaman ku sendiri.

“Cik Miera ini ada borang permintaan dari bahagian akaun untuk membeli sebuah printer bagi mengantikan printer mereka yang sudah rosak itu.”tersentak aku bila Shikin tiba-tiba bersuara.Jauh aku mengelamun mengenangkan hal sebulan yang lepas.
“Awak ni Shikin lain kali bagi salam dulu terperanjat saya.”aku mengurut dadaku.Terkebil-kebil Shikin bila aku berkata demikian.
“Maafkan saya Cik Miera lain kali saya beri salam dulu.”pecah ketawa ku melihat betapa lurusnya gadis ini.
“Dahlah Shikin saya memain saja tadi.Ohh..apa yang awak cakap tadi.”aku bersuara bila tawa ku reda.
“Ini bahagian akaun hantar borang permintaaan untuk pembelian printer.”Shikin menunjukkan satu keping kertas yang telah siap di isi.
“Baiklah sekarang saya mahu awak cari sebutharga dari tiga syarikat pembekal, saya nak lihat perbandingannya.”arahku.
“Kenapa banyak sangat?” Tanya Shikin.
“Apa yang banyak?”Tanya ku semula.
“Sebutharga tu sampai tiga syarikat.”luahnya.Aku tahu Shikin hairan dengan cara aku berkerja kerana aku lebih suka membuat perbandingan sebelum keputusan ku capai.
“Cik Shikin sayang kalau kita mempunyai tiga sebutharga senanglah kita mengetahui harga pasaran sekarang ini.”jawapan ku membuat Shikin tersenyum simpul.
“Baiklah Cik Miera esok saya akan serahkan.”janji Shikin akhirnya.
“Awak tak mahu balik ke? Dah pukul berapa ni..”aku melihat jam.
“Saya nak balik lah ni…Cik Miera tak balik lagi ke?”aku pula ditanya.
“Awak balik dulu sekejap lagi saya balik ada sedikit kerja lagi ni.”aku tersenyum dengan sikap ambil berat Shikin.

Setelah Shikin berlalu aku segera meneliti kerjaku yang hanya tinggal beberapa muka surat lagi.Aku memang malas hendak balik dengan keadaan yang sesak.Membawa motor besar umpama membawa kereta susah nak menyelit.Memang salah aku kerana sudah ditegah mama dulu tetapi memandangkan minat aku teruskan juga apatah lagi mendapat sokongan ayah dan abang.Baru sekarang sesalan itu tiba tetapi kalau aku mengeluh depan mama mesti ada habuan untuk ku.Ku lihat jam di tangan sudah pukul lapan rupanya aku mencapai helmet dan bergerak ke lif, sebaik aku menekan butangnya terbuka lif dan terdapat seorang lelaki didalamnya.Tersenyum lelaki itu memandangku dan aku membalasnya sedekah saja apa salahnya.Boleh tahan juga orangnya tinggi lampai segak dengan kemeja biru dan bertali leher biru gelap.Brief case di tangan dan kot di selit dicelah lengannya menjadikan dia seperti orang korporat lagaknya.
“Tingkat berapa agaknya dia ni berkerja” bisik ku sendiri.
Memang aku jarang naik ke tingkat yang melebihi bahagian akaun.Kalau boleh memang hendak dielakkan.Aku sendiri tidak pernah melihat pengarah syarikat ini yang hanya ku ketahui namanya Megat Shahrizal Bin Megat Shaifulbahri.Lantaklah bagi ku yang penting bulan-bulan gaji ku masuk.
“Cik dah sampai.”termalu aku sendiri bila ditegur.Hai kenapa aku asyik berkhayal saja.
“Terima kasih”hanya itu saja jawapan ku sambil melangkah keluar.Terasa bahang muka ku dan untuk menoleh tidak sama sekali.
Aku mendapatkan motor ku yang ku parkirkan di bahagian tempat letak kereta yang memang disediakan untuk motosikal dan membuka mangga kunci.Itu adalah langkah keselamatan untuk motor kesayangan ku.Aku tekan suis tetapi motor ni bagaikan tidak mahu berfungsi enjinnya.Berkali-kali aku mencuba tetapi masih tidak berjaya.Minyak baru ku isi pagi tadi tak kan meragam.Ku periksa plugnya tiada apa-apa masalah kerana setiap bulan aku akan menghantar ke mekanik.Janganlah motor ni buat perangai pula mampus aku.Sedang aku terkial-kial berusaha sebuah kereta berlalu dan tiba-tiba berhenti.Dahiku yang dah berpeluh bertambah berpeluh bila melihat kereta itu berundur.
“Kenapa?”sepatah kata dari pemandu itu setelah tingkap kereta di turunkan.Alhamdullilah rupanya lelaki yang ketemui dalam lif tadi.
“Tiada apa-apa.”aku cuba menutup keresahan dihati.Ku cuba lagi motor ku seakan mengerti dan mengaum enjinnya.Ku pulas minyaknya supaya enjinnya cepat panas dan tidak tersengguk-sengguk nanti.Rambut ku yang panjang ku ikat dan masukkan kedalam helmet dan identiti ku sebagai perempuan tidak kelihatan setelah menyarungkan jaket kulit.Aku mengangkat tangan kepada lelaki yang sedari tadi memerhati perbuatan ku tanpa bersuara dan bergerak perlahan-lahan.Lelaki tersebut juga ikut bergerak meninggalkan tempat letak kereta.

…………………..

Kesibukan suasana berkerja membuatkan aku tidak sangka sudah tiga bulan aku disini.Teman-teman yang sentiasa menceriakan keadaan.Mama pula sudah mulai bising kerana masa ku lebih banyak di pejabat dari menemaninya.Tetapi ayah menjadi penyelamat dalam apa juga keadaan ku.Lamunan ku terputus bila mendengar telefon di atas meja.Hai sempat juga aku termenung.

“Cik Miera, Encik Safuan hendak berjumpa dengan cik sekarang.” Suara Anis di hujung talian.
“Kenapa Anis, ada apa-apa ke?”aku cuba mengorek rahsia dari Anis memandangkan aku sudah biasa dengannya.
“Alahh…Cik Miera naik saja lah?”Anis tergelak.
“Ok tak mengapa nanti saya tak mahu belanja awak”aku cuba mengugut Anis.
“Ugut nampaknya, naik saja lah”Anis memang tidak goyah diugut.
“Tak mengapa lah kalau tak mahu cakap, saya naik sekarang.”Aku segera meletakkan telefon.
Hatiku menjadi berdebar-debar setiap kali naik ke tingkat ini.Mana tidaknya semua pegawai-pegawai di tempatkan di sini lagipun disini letaknya bilik pengarah.
Tersenyum Encik Safuan melihatku bila wajah ku tersembul di muka pintu biliknya.Sebagai penolong pengarah Encik Safuan banyak menolong ku bila aku mula berkerja disini.Usianya yang lebih tua dariku menjadikan aku lebih menghormatinya.
“Syarikat kita akan mengadakan majlis jamuan tahunan bagi tahun 2006 jadi saya mahu bahagian Cik Miera bertanggungjawab mengendalikan” aku termangu bila menerima arahan tersebut.
“Boleh saya bertanya Encik Safuan.?” Sepontan ayat itu keluar .
“Boleh apa salahnya.”senyum Encik Safuan
“Tahun sebelum ini siapa yang mengendalikan majlis ini?” Tanya ku.
“Di syarikat ini setiap bahagian berkesempatan mengendalikannya dan tahun ini bahagian Cik Miera pula.”aku tidak tahu mampukah untuk melakukannya.
“Boleh ke?”tanpa aku sedar bisikan itu di dengar oleh Encik Safuan.
“Saya yakin kamu boleh.”termalu sendiri bila Encik Safuan menjawab.Encik Safuan menerangkan serba sedikit tentang majlis yang telah berlansung pada tahun lepas dan berjanji akan memberi salinan pita untuk aku tonton.
“Safuan, u jangan lupa petang ini ya!” perbualan kami terhenti bila secara tiba-tiba seorang lelaki masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.Tidak ada kesedaran sivik langsung.
“Maaf, I menganggu rupanya.”tersenyum lelaki itu kearah kami.Aku rasa macam pernah lihat wajah ini.
“Tidaklah saja hendak bincang tentang majlis jamuan tahunan dan kali ini bahagian Cik Miera yang kendalikan.”senyuman aku mati bila melihat wajah lelaki itu serius melihat ku.
“Cik Miera, kenalkan ini pengarah kita Tuan Megat Shahrizal.”aku menyambut huluran tangannya.Ini lah dia pengarah syarikat yang selama ini aku hanya mendengar namanya sahaja.Sejuk tanganku bila berada didalam genggamannya.
“Megat Shahrizal” cara dia perkenalkan diri.
“Miera Eliani”jawab ku pula.Iyalah cara dia dah begitu aku hanya mengikut rentak saja.
“Motor dah ok.?”sepontan aku teringat peristiwa itu dan aku hanya mengangguk kerana lidah ku kelu untuk berkata-kata.
“Ok lah kalian sambunglah perbincangan tadi, I hendak keluar dan U jangan lupa janji kita.”luahnya pada Encik Safuan sambil berlalu.

……………………..

Malam itu mama menyediakan lauk kegemaran ku.Mungkin kerana sudah lama aku tidak makan bersama menjadikan suasana di meja makan menjadi kecoh dengan celoteh mama.
“Malam esok Miera jangan kemana-mana.”arahan mama membuat aku tidak senang duduk.Ini mesti ada yang hendak suruh ku lakukan.Berada di bawah lembayung kasih mama dan ayah membuat aku sudah dapat membaca gerak langkahnya.
“Kenapa pula mama.?”pertanyaan ku di biarkan tanpa jawapan.Aku memandang ke wajah ayah untuk memohon sebarang pertunjuk.
“Mama” sepatah aku bersuara.
“Esok mama hendak pergi kerumah kawan mama, kebetulan minggu lepas mama terjumpa dengan dia masa membeli belah dengan ayah”terang mama.
“Kawan mama yang mana satu”hairan dengan penerangan mama kerana kawan mama semuanya aku kenal.Auntie Minah, auntie Zaleha dan ramai lagi kerana mama memang di senangi oleh rakan-rakannya.
“Ini kawan mama masa sekolah dulu, lepas SPM kami berpisah kerana mama sambung belajar di universiti tempatan dan dia dapat tawaran luar negeri.Dia jemput keluarga kita datang kerumahnya.”aku hanya mendengar.
“Kalau macam itu baiklah tapi abang pergi sama?”baru aku teringat tentang abang ku.
“Abang tidak dapat pergi sekali, menurutnya dia ada hal.”aku tahu abang saja mengelak, memang selalu aku saja yang terkena mengikut kemana mama dan ayah pergi.
“Pukul lapan malam kita kesana”ayah bersuara.Aku hanya menundukkan muka tanpa sepatah kata

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: