Janji di India

Sofri Bin Susin
cyrel2005@yahoo.com

Aii mengalamun nampak,,rakan karib ku mengejutkan ku yang sedang di lamun bayangan ku sendiri..’alah tak dah la Cuma fikir masa lalu je’ku jawab selamba..’ker teringat kat si diee’balasnya,sambil tersenyum sinis.
Apa yang dilamun,?? mengenang kisah lalu?? atau menyusun jalan untuk dilalui kala ini. Banyak benda yang berlegar di dalam mindaku.Semua tidak boleh diluahkan, biarlah perlahan-lahan dikupasi.
Sebenarnya,sekarang ni aku benar-benar buntuh,memikirkan masa lalu ku. Bermula perkenalan ku dengan gadis bernama Nora, wajahnya tidak putus-putus bermain di kelopak mataku. Matanya yang besar macam goldfish, bibirnya yang merah macam cili dan bentuk badannya macam buah pear telah mencuit hati ku. Tapi aku tidak pernah berkesempatan untuk bersemuka dengannya.sebelum ini,Ada ke benar-benar aku jatuh cinta atau mainan illusi jee,ahhhhh bingungnya.. Kenapa? Tidak bolehkah? Aku jatuh cinta!!!

Tuhan telah mempertemukan kami malah telah mengikatkan satu pertemuan tanpa di duga dan sukar untuk ku lupakan.Tuhan maha mengetahui dan mengasihi atas hambanya yang bernalurikan manusia dan megizinkan kami bertemu di India.Bermula pertemuan itu lah keyakinanku mula timbul untuk menawan hatinya dan saat itu juga lembaran hidup ku pun bermula..Setiap saat dan detik hidupku amat berharga.mungkin inilah di namakan cinta di luar kawal….

“Assalamualaikum!” Aku terdengar suara memberi salam dari arah belakang,suara itu sungguh ayu sekali..Aku menoleh,,terpaku melihat yang Nora sedang menghampiri aku…”ya Allah aku tak pernah gugup seperti ini..aku serba tak kena,,Tuhan tolong la aku..Apa yang seharusnya aku buat.?? Orang yang ku sayang selama ini betul-betul berada di depan mataku…Nora tersenyum manis,lalu beredar dari situ,tanpa sepatah kata pun…

“Aku nak cuba tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang aku untuk memulakan perbualan dengan Nora. Seakan-akan diri ini tidak layak untuk berkenalan dengannya.’ Kau lihatlah, gadis itu cantik, ada kelas lagi’, Isk malulah aku.. Tapi aku suka sangat pandang muka dia tu. “Rimas aku tengok kau, kalau kau asyik berasa rendah diri, macam mana kau nak jadi lelaki ??? Lelaki mesti ada keyakinan diri. Kau mesti ingat tuhan mencipta lelaki sebagai kaum yang lebih kuat daripada wanita. Lelakilah yang akan membimbing wanita. Lelaki diberi tanggungjawab untuk membimbing negeri, keluarga. Sedangkan Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam. Nah tengok tu betapa kuatnya dan pentingnya kaum lelaki. Kalau si gadis pujaan kau tu, aku rasa kan kau terlalu layak untuk dia. Dewa, aku percaya kau akan berjaya mengurat gadis tu. Percayalah. Kalau kau tak dapat gadis tu potong ibu jari aku,” cyerl bersungguh-sungguh cuba memberi aku peransang.

Saban hari wajahnya sentiasa bermain di kelopok mataku. Di malam hari, mataku sukar ditutup kerana asyik melihat wajahnya dalam bayangan. Apabila aku menutup mataku, wajahnya sekali lagi bermain dalam kegelapan. Entahlah, kenapa aku dilahirkan pengecut apabila bab mengurat perempuan. Mungkin aku takut cintaku tidak dibalas Aku pernah berpendapat bahawa nak cari wanita yang baik budi pekertinya agak sukar untuk zaman ini. Aku lihat ramai wanita sekarang semakin berani, garang, kasar, queen control dan macam-macam lagi jenis wanita yang berlainan sungguh dengan zaman dahulu. Silap-silap pilih, aku yang didedarnya.

Betul kata kawan aku satu tu. Emm. Aku rasa esok aku akan cuba menegurnya. Aku sudah bertekad dan cuba menghapuskan perasaan takut yang telah membiak dalam jiwaku. Pukul 7 pagi aku sudah pun menunggu di perhentian bas itu. Jarum panjang jam di tangan hampir bergerak ke angka enam. Hatiku mula berdegup dengan pantas. Perutku terasa seperti kupu-kupu sedang berterbangan di dalamnya. Dahiku dibasahi dengan peluh walaupun sudah beberapa kali aku mengelapnya dengan sapu tanganku. Mulutku bergerak-gerak, melatihkan diri bagaimana hendak berbual dengannya kelak. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 7.40 pagi. Bayang-banyangnya juga tidak kelihatan. Aku melihat kembali jam tangaku dan mengetuk-ngetuknya takut rosak.

“Assalamualaikum!” Aku terdengar suara memberi salam.aku membalasnya dengan nada yang gugup dan gelabah…tunggu sape..?? tunggu member..’jawab ku…’ker tunggu Nora’…sambil tersenyum…aku pun membalas senyuman sinis Nora..
Rupa-rupanya Nora bukan seperti yang aku sangkakan..dia seorang yang peramah,baik hati,lembut dan tak lokek pada senyuman…Aku memberanikan diri tuk minta no fon Nora,Nora pun memberi ku dengan ikhlas..sambil tergelak kecil memerhati gelagatku..
\”hmm.ok..assalamualaikum.\”Ayat terakhir aku lalu terus berlalu pergi meninggalkan Nora sendirian. Nora terkebil-kebil sendirian.

Semanjak hari itu,kami selalu berhubung melalui telefon..Pada satu hari aku nekad dan memberanikan diri untuk memberitahu Nora perkara sebenarnya,yang aku sangat memerlukan Nora di sisi hidup aku,dan memberitahu perasaan aku terhadap Nora selama ini..rupa-rupanya aku tak bertepuk sebelah tangan…Nora pun menyimpan perasaan yang sama terhadap aku..selapas itu kami selalu keluar bersama-sama ke mana saja..untuk meluangkan masa masing-masing..Aku bersyukur kepada Nya kerana telah menyatukan cinta kami..
2 bulan kami berada di India,banyak kenangan manis dan pahit yang kami tempuhi bersama dan sukar di lupakan..kami telah menyalami hati masing-masing..kesedihan,kegembiraan,gelak ketawa semuanya menjadi ‘memory’ di India..
Nora telah berjanji akan terus menyayangi ku seperti mana aku menyayangi Nora.kami telah berjanji tak akan melupakan kenangan semasa berada di India.Begitu indahnya saat itu..Sukar di ungkapkan oleh kata-kata..
Kepulangan kami ke Malaysia tanggal 05 Nov 2007,membuatkan aku lebih pasrah..Kepulangan itu lah yang telah mengubah semua kenangan kami semasa berada di India..Dulunya, manis di telan tapi sekarang pahit yang menjelma…Rupa-rupanya Nora mempermainkan aku,demi kepentingannya sendiri,Nora tak pernah terfikir yang selama ini aku menyayangi Nora..semua kata-katanya palsu belaka..mana perginya kasih sayang dan janji-janji Nora..???adakah dia hanya mampu mengucapkan kata-kata manis tapi sukar untuk di telannya..??inikah pembalasan yang harus ku tanggung atas kasih sayangku yang murni terhadap Nora..kasih sayang yang lama ku bina,di robek begitu saja oleh Nora tanpa belas kasihan..Ini kah pembalasan cinta yang suci seperti embun pagi yang telah ku bina…???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: