Hadirmu cuma seketika 1

mamazie
rozie_mustafa@yahoo.com

Tut..tut..tut.. segera aku mencapai talipon bimbit aku yang ku letakkan disebelah katil ku.

\”Hello..assalamualaikum sayang…\” Sha terseyum seketika bila mendengar satu suara yang teramat sha rindu. Seorang lelaki yang sha rasakan hanya tempat mengadu setiap inci masalah yang sha hadapi. Yuz..itulah namanya yang kini sedang bekerja di luar negara (Australia),tapi apa kan daya. Jauhan membuatkan mereka berdua saling rindu yang teramat sangat.

\”Sha sihat?\”, suara dinada phone didengar lagi oleh sha. Tak mampu untuk sha berkata-kata, tanpa disedarkan airmata berlinang di pipi sha yang gebu putih itu. Perlahan-lahan sha menarik nafas..\”sha sihat..Yuz..sihat ke? Alhamdulillah, Yuz sihat, cuma letih sikit sebab Yuz banyak research nak di buat. Tapi sha, Yuz rindu sangat kat Sha\”. Perlahan-lahan tangan yang lembut itu, mengilap airmata yang berlinangan tanpa pengetahuan Yuz. Dengan nada yang kurang jelas..sha berkata \”Yuz..Sha terlalu rindu sangat dekat Yuz, bila Yuz nak balik?, sabar la Sha. Mungkin, raya tahun ni, Yuz tak dapat nak beraya dengan Sha di Pulau Pinang. Bos Yuz, nak kami duduk lagi di Australia. Banyak perkara nak di buat.

Sekali lagi airmata berlinangan di pipi Sha. Tapi kali ini suara yang sedih tadi, dapat di dengar jelas oleh Yuz. \”Maafkan Yuz. Yuz tahu Sha tengah sedih sekarang. Tapi Yuz tak boleh nak buat apa Sha. Yuz harap Sha faham.\”……diam….. Yuz, Sha faham. Tapi…tak apa la Yuz, jaga diri yuz baik-baik. Sha faham situasi Yuz. Apa lagi yang mampu Sha cakapkan lagi. Ini kerja Yuz kan?, jadi Sha harap jangan la sampai Yuz lupakan Sha di Kuala Lumpur.

\”Yuz tahu Sha. Yuz tak akan lupakan Sha, Yuz selalu ingatkan Sha. Dalam tidur, Yuz berharap sangat dapat jumpa dengan Sha.\”..senyuman kembali terukir di raut wajah Sha.\”Sha, jaga diri juga tau. Tunggu Yuz pulang ke Kuala Lumpur. Yuz akan jumap Sha, lepas Yuz balik dari Australia dan Yuz akan balik rumah dekat Pulang Pinang dulu, dan barulah Yuz akan pergi ke Kuala Lumpur jumpa Sha ok sayang..\” ..ermmm..ok Yuz, Sha akan tunggu Yuz.

\”Ok lah Sha, Yuz terpaksa pergi dulu. Jaga diri baik-baik. Jangan main-main mata dengan lelaki lain tau.\” Sha hanya mampu tersenyum saja. \”Nanti Yuz, jangan lupa email Sha ok. Ok sayang…\” talipon pun di letakkan kembali di sisi katil tadi.

Bab 2

Hai Sha, apa khabar? satu suara datang depan rumah Sha, bila Sha tengah sibuk menyiram bunga di depan rumahnya. Sha sihat. Eh! nak kemana sofia? Laa..Sha ni, nak jumpa dengan Sha la ni. Bukan apa Sha, Sofia dengar, Hairi ada cerita tentang Yuz. Hairi adalah kawan kepada Yuz. Hairi pun sekali bekerja di Australia dengan Yuz. – cerita apa sofia?. Hati Sha tertanya-tanya kenapa….diam… Sha, kau masih lagi ada hubungan dengan Yuz ke? Kenapa kau tanya aku soalan ni sofia? Ada yang tak kena ke? Cuba kau bagi tau perkara yang sebenarnya pada aku sofia. Ye la, aku sekadar nak bertanya saja pada kau. Aku dengar Yuz tu sudah kawin. Ah!! bertapa terbakar hati Sha bila mendengar kata-kata Sofia. Hatinya benar-benar terluka sekejap. Tak tahu apa nak dikatakan lagi, bila Sofia berkata begitu pada Sha.

Dengan nada yang tenang, Sha menjawab,.- ye ke? mana kau tahu cerita ni? Aku dengar dari Hairi la Sha. Takkan Hairi nak tipu pula kat aku. Takpe la sofia, terima kasih la sebab kau bagi tahu kat aku tentang hal ni. Aku akan siasat dulu. Ermm…terpulanglah pada kau Sha. Aku cuma tak mahu kau tu, terluka buat kali yang kedua. Hati-hati Sha. Ini adalah masa depan kau dan anak-anak kau. Aku simpati dengan kehidupan kau Sha. ..senyap..terima kasih Sha. Kemudian, Sofia pun berlalu pergi meninggalkan Sha bersendiri duduk di tengah-tengah ruang bunga-bunga yang terdapat meja batu dan kerusi batu di situ.

Bab 3

Sha berlalu dari kamar bilik setelah selesai menunaikan solat Isyak. Dia terus ke kamar bacaan, dimana terletaknya suduk membaca untuk dia dan anak-anaknya. Di situ juga terdapat, sebuah set komputer. Perlahan-lahan tangan Sha membuka email. Di periksanya satu persatu senarai email yang berada di Inbox.

Ada email dari Yuz di Australia. Yuz ada menghantarkan gambar-gambar terkini pada Sha. Dan ada coretan di perakhiran gambar tersebut. Yang tertulis, \”I LOVE YOU SHA\”..AND I MISS YOU SO MUCH. Yuz harap kita akan dapat berjumapa. Sha tunggu Yuz tau. Lepas ni, Sha mesti emailkan gambar terbaru Sha pada Yuz ok. Yuz rindu sangat dekat Sha. Oh ye, jangan lupa gambar anak-anak Sha sekali ok. Sha, jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan dan jangan terlalu kuat bekerja sangat. Yuz akan selalu ingatkan Sha. Ok la Sha. Assalamualaikum sayang. Selamat Malam. Muuuuaah!.\” Sha terseyum sendirian.

Itu lah coretan yang di baca oleh Sha dengan hati yang benar-benar mengharapkan kasih sayang dari Yuz. Sebab Sha tahu, setiap apa yang tersemat di hati Sha, Yuz pasti boleh meneka. Sebab bagi Sha, tiada siapa yang boleh faham hati dan perasaannya, kecuali ada seseorang yang benar-benar faham dan dengan tingkah laku dan sifat yang ada pada Sha. Sha adalah seorang yang cepat memahami, manja, sopan santun bila bertutur, dan cantik. Itu lah sebabnya Yuz benar-benar tertarik dengan Sha, pada mula Yuz meneliti profile Sha di RakanCyber.com. Dan teringin rasanya Yuz berjumpa dengan Sha. Tarikh 03.10.2007, itulah kali pertama mereka berjumpa. Dan selang beberapa bulan mereka tak berhubung, kerna Yuz mendapat tawaran bekerja di Australia. Baru berkenalan, sudah berjauhan. Inilah dikatakan takdir. Tapi Sha bersyukur, kerna dari mula sampai ke saat ini Yuz tak pernah lupakan Sha. Biarpun hanya beberapa minit mereka bercakap melalui talipon, tapi cukuplah sekadar ingin melepaskan rindu dendam masing-masing.

bersambung….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: