Siapa Di Hati Ku 2

pelangipagi05
pelangi_pagi05@yahoo.com

Seperti yang di janjikan kami ke Shah Alam rumah teman mama.Setiba di sana kami disambut penuh mesra Auntie Shamin dan suaminya.Pada mulanya aku berfikir mungkin suasana ini akan membuat aku di landa kebosanan memandangkan hanya aku sahaja orang muda tetapi bila melihat kehadiran anak perempuannya yang agak ramah kebisuan ku lontarkan jauh.
“Sudah besar anak kau Maz cantik macam ibunya”terasa kembang luar dan dalam bila auntie Shamin memujiku.
“Kau pun apa kurangnya anak-anak dara kau ikut langkah maknya sentiasa jaga kecantikan”aku hanya tersenyum pada Shazlin iaitu anak ketiga pasangan ini sementara Shazlin mengangkat keningnya sambil membalas senyumanku.
“Mana anak kau yang lagi dua orang tu Min”mama ni semuanya hendak di tanya biarlah mereka tiada di sini senang sikit hati ku.
“Yang sulung tu sibuk memanjang dengan kerjanya sementara yang kedua tu berkerja di Sarawak”serba sedikit penerangan dari auntie Shamin.
“Nasib baiklah ada anak membantu kau Min”luah mama.
“Iya lah Maz , nasib baik yang sulung tu sanggup nak mengambil alih perniagaan ayahnya kalau tidak sampai sekarang tak duduk rumahlah orang tua tu.”beruntung auntie Shamin mempunya anak sedemikian.
“Hai abang-abang kita kat luar tu tak mahu makan ke?”pertanyaan mama baru mengingatkan yang kami datang bersama ayah.Dari tadi ayah asyik berbual dengan suami auntie Shamin yang masih tidak ku tahu namanya di ruang tamu.
Aku terasa kelainan di perut ku mungkin kerana di rumah bergelas air yang ku minum.Hajat hati hendak masuk sahaja ke tandas di ruang dapur ini tetapi macam tidak manis pula.
“Kak Miera mari naik atas sekejap nak tak?”sapaan Shazlin menyelamatkan ku.
“Marilah”jawab ku sepontan sambil memandang mama.Aku takut mama marah dengan gelagat ku.
“Miera”sepatah ayat mama aku dah tahu niatnya.
“Biarlah Maz diorang nak berbual juga asyik mendongak kita berbual tanpa tahu hujung pangkalnya”tersenyum auntie Shamin menyokong kami.Shazlin menarik tangan ku mengikutnya.Sampai sahaja diatas aku pula menarik tangan Shazlin membuatkan langkahnya terhenti.
“Lin, akak nak masuk bilik air lah”segera aku sampaikan niatku.
“Boleh apa salahnya, akak nak masuk yang mana? Itu pun ada dan dalam bilik Lin pun ada.”bagiku biarlah aku masuk yang di luar sahaja kerana segan rasanya hendak masuk bilik Lin lagipun kami baru sahaja kenal.
“Biar di luar sahaja lah.”aku segera masuk ke bilik air tersebut sementara Lin berlalu ke biliknya.Setelah selesai segalanya aku memulas tombol pintu dan hendak melangkah keluar dari situ.Oleh kerana terperanjat melihat seseorang berdiri di muka pintu sebuah bilik menjadikan aku terpijak permukaan yang tidak rata diantara tebing pintu dan bilik air tersebut.Terduduk aku disitu menahan sakit mungkin kaki aku terseliuh kerana terasa sakit di buku lali.
“Miera apa awak buat di sini?”aku segera mendongak dan bagai nak luruh jantung ku.
“Tuan apa tuan buat di sini?”dia pun terperanjat melihat diriku yang terduduk di sini.
“Kenapa Kak Miera?”Lin menerpa ke arahku yang masih terduduk.
“Kaki akak terseliuh lah”jawab ku tanpa menjawab pertanyaan dari lelaki itu.
“Lin kenal kakak ni ke?”mungkin tidak mendapat jawapan dari ku dia menagih pada Lin pula.
“Ini anak kawan mak lah, Kak Miera namanya.Itulah abang asyik kerja saja sampai tetamu pun tak kenal”dahsyat juga Lin ni membebel.
“Kak Miera boleh jalan tak?”tanya Lin.
“Rasanya boleh”aku cuba bangun dan berjalan tetapi terduduk semula.
“Kenapa?”lelaki itu bertanya.
“Kaki saya tidak boleh hendak pijak”berkerut keningku.
“Kak Miera tunggu sini Lin pergi turun ambil minyak angin sekejap”Belum aku berkata apa-apa Lin segera berlari turun.Hanya tinggal aku dan lelaki ini.Tanpa sebarang signal tubuh ku diangkat dan di letakkan di sofa yang terdapat disitu.
“Tuan”aku hanya sempat berkata itu sahaja bila kata-kata ku di pintas.
“Diam”tegas suaranya.
“Jangan salah faham saya tidak mahu awak duduk diatas simen itu sambil menahan sakit.”lelaki itu bersuara bila melihat aku hanya terlopong melihat perbuatannya.
Baru aku hendak bersuara suasana menjadi kecoh semula bila melihat mama,ayah, auntie Shamin dan suaminya meniti anak tangga dan menuju kearah ku.
“Bagaimana boleh jadi begini Shah”auntie Shamin cuba memegang kaki ku tetapi segera ku alih kerana denyutannya sudah mula menyerang.
“Miera terseliuh masa keluar dari bilik air mak, mungkin licin agaknya.”terang Shah.
“Salah Miera auntie “aku cuba meredakan kerisauan di hati auntie Shamin dan mama.Ku lihat ayah dan suami auntie Shamin hanya memerhati.
“Dah bengkak kakinya ni, kena bawa klinik”luah auntie Shamin sambil matanya tidak lekang melihat kaki ku.
“Tak mengapalah auntie nanti baik”aku cuba membuat alasan.
“Mana boleh baik kalau kaki tu dah bengkak, Shah boleh bawa Miera ke klinik tak?”ini yang aku lemah bila auntie mengarah Tuan Megat.
“Tak mengapalah Min, nanti Maz bawa Miera ke klinik, kasihan pula dengan Shah baru balik kerja”sampuk mama.
“Auntie dan uncle tunggu lah disini biar Shah bawa Miera ke klinik.Auntie pun baru sampai rumah kami jadi biar Lin temankan kami ”aku hanya memerhati mereka berbincang pasal diri ku. Tuan Megat berlalu masuk ke biliknya dan sebentar kemudian dia muncul dengan berpakaian seluar jeans dan t-shirt nampak kasual pula.

………………………………………………………………………………………………………………

“Bagaimana isteri u boleh jadi begini?”terkulat-kulat aku bila doktor itu berkata demikian dengan Tuan Megat.Doktor ini tak nampak ke aku ni siapa sedap saja kata aku isteri pada lelaki ini.Mungkin dia melihat perbuatan Tuan Megat mendukung ku masuk sementara Shazlin di suruh tunggu di luar.
“Dia terjatuh masa hendak keluar dari bilik air”termangu dengan jawapan yang diberikan oleh Tuan Megat langsung tidak membantah dengan anggapan dari doktor itu.Terlintas peristiwa ketika hendak ke klinik tadi di mana untuk mendukung ku ke kereta sememangnya ayah tidak larat dan secara gentlemen Tuan Megat meminta kebenaran dari mama dan ayah untuk menghulurkan bantuan.Permintaan itu di sokong pula auntie Shamin dan suaminya kerana menurutnya niat kami ikhlas dan tidak perlu dipertikaikan.Pada mulanya aku menolak dan cuba juga untuk melangkah tetapi kerana kesakitan aku tidak sanggup untuk melakukannya.Tidak tahu dimana hendak ku letakkan muka ku bila berada didalam dukungan Tuan Megat.Shazlin dari tadi asyik tersenyum simpul bila mata kami bertembung.Jantung ku berdegup pantas bila harumannya mencucuk-cucuk hidungku tetapi wajahnya masih selamba saja.Ini adalah kali kedua aku di gendongnya.Berhati-hati dia meletakan ku di kerusi penumpang sebelahnya dan memakaikan tali pinggang keselamatan.
“Isteri awak pernah jatuh ke?” tersentak aku bila doktor itu bertanya, aku bagaikan boneka saja di depan dua orang lelaki ini.Tuan Megat yang dari tadi duduk di kerusi setelah meletakkan ku segera menghampiri ku.
“Miera pernah jatuh ke?” lembut dia bertanya.Baru pertama kali aku dengar suaranya begitu lembut kalau tidak dari tadi asyik dengan gaya seriusnya.
“Miera pernah jatuh dulu tapi dah lama”aku cuba membuka sejarah silam ku.
“Jatuh dari apa? Pokok ke, tangga ke atau katil”doktor ni ku rasa sudah lebih pula.
“Saya pernah jatuh motor masa kemalangan dulu”selamba aku menjawabnya.Geram aku dengan Tuan Megat kerana tiada membantah bila doktor itu bertanya macam-macam.
“Suami awak yang pandu ke?”doktor itu masih tidak puas hati nampaknya.
“Tidaklah saya bawa sendiri, kenapa doktor tanya macam-macam ni?”angin aku mulai sampai.
“Pandai awak bawa motor saya sendiri pun tidak tahu membawanya”aku tidak ambil endah apa yang doktor itu cakap.
“Dia memang begini doktor perangai pun bagai budak lelaki”terkejut dengan kenyataan dari Tuan Megat membuatkan aku merenung tajam memandangnya.Macam bagus saja mulutnya nak keluarkan kenyataan begitu macamlah dah kenal lama.Hanya di tempat kerja saja kami bertembung itu pun dari jauh.
“Awak harus beri perhatian pada isteri awak ini, kalau dia jatuh lagi mungkin kakinya boleh patah.Ok sekarang saya nak balut kaki isteri awak agar tulang buku lalinya tidak bergegar kerana itu yang membuat kakinya sakit bila berpijak.Jadi minta isteri awak tahan sikit.”panjang lebar doktor itu memberi penerangan.Tuan Megat mengambil tempat di belakang ku dan memegang bahu ku.Aku cuba mengelak kerana tidak suka di perlakukan begitu.
“Cuba beri kerjasama”bisiknya sambil tangannya di letakkan kembali di bahuku.Geram sangat rasanya bila memikirkan dia ini cuba hendak mengambil kesempatan.Terasa sakit bila doktor itu menarik kain balutan untuk menegangkan dan aku memegang tepi katil sekuat hati.
“Cuba tahan sikit”bisik Tuan Megat lagi bila mendengar aku mengaduh sambil menarik diri ku bersandar ke badannya.Selesa dengan tindakannya dan perbuatannya juga berjaya mengurangkan kesakitan lagipun aku malas hendak memberontak dengan perangainya.Betul apa yang ku baca belaian akan membuat kesakitan berkurangan.Setelah selesai doktor memberi kata-kata nasihat supaya aku tidak berkasar dengan kaki ku dan memberi cuti selama seminggu.Ketika hendak keluar dari bilik doktor Tuan Megat mahu mendukung ku tetapi aku menolak dengan memberi alasan bahawa aku sudah boleh berjalan.Apabila kaki sudah dibalut memang senang untuk melangkah kerana kekuatannya sudah ada.
“Macam mana dah baik?”Shazlin menyambutku di ruang menunggu.Aku duduk di bangku yang di sediakan sambil menunggu Tuan Megat mengambil ubat.
“Boleh lah”sepatah aku menjawabnya.Masih terasa malu dengan tingkah Tuan Megat tadi.
“Berapa hari doktor beri cuti?”Shazlin masih bertanya.
“Dua hari sahaja”usik ku.
“Kenapa dua hari saja teruklah doktor tu”bebel Shazlin.
“Tak mengapa lah lagipun kerja akak banyak di pejabat”tambah ku tujuan untuk mengusiknya.
“Syarikat apa yang akak kerja ni, teruk betul sampai sakit begini pun masih nak suruh berkerja.”aku tidak sangka Shazlin berkata demikian.Terperanjat aku bila Tuan Megat berdiri di sebelah ku dan mungkin mendengar luahan Shazlin tetapi nak salahkan dia tak munasabah lagipun dia tidak tahu aku berkerja dengan abangnya.
“Dah mari balik” dia melangkah dulu tanpa memperdulikan kami.
“Kenapa dengan abang ni, tadi datang bukan main romantik, nak balik main tinggal-tinggalkan pula.”bebelan Shazlin tidak ku endahkan tetapi memikirkan lelaki itu memang sah sudah mendengar perbualan kami.
…………………………………………………………………………………………………………………

Hanya baru dua hari aku di rumah membuatkan semua yang dilakukan di buru kebosanan belaka.Semuanya mama yang aturkan hendak pergi memancing jangan haraplah dapat. Bila aku merenggek pada ayah dan abang hanya simpati yang diberikan kerana mereka tidak berani campur kalau mama yang menjaga.Aku tahu mama amat ambil berat tentang sakit pening kami.Kaki ku pun dah baik sedikit kerana mama menjemput auntie Zainab untuk mengurut.Memang auntie Zainab pandai dalam bab-bab ini semua.Patutlah badannya cantik saja walaupun sudah berusia.Dia juga mengajar mama bagaimana hendak menjaga kecantikan dan aku pun tumpanglah sekali lagipun kecantikan itu adalah milik setiap insan.Bagi aku esok boleh lah aku mula berkerja kerana aku risau dengan tanggungjawab yang Encik Safuan berikan untuk mengendalikan jamuan tahunan.Ini bukan macam majlis olok-olok atau majlis perpisahan macam di sekolah dulu.Kalau majlis ini tidak berjaya maka secara tidak langsung reputasi syarikat terbabit sama.Aku akan berbincang dengan ayah untuk memujuk mama untuk membenarkan aku mula berkerja.

“Hei Cik Miera bukan ke Cik masih bercuti hari lagi?”tersenyum aku melihat bila di tegur oleh Hamdan iaitu salah satu kakitangan dibawahan ku.
“Kaki saya dah ok sikit lagipun bosan duduk di rumah tidak ada apa yang hendak di buat.Lagipun saya risau banyak kerja yang tidak siap”luah ku.
“Cik Miera tidak percaya dengan kami ke untuk melakukan kerja-kerja ini semua.”Hamdan bersuara.
“Jangan salah faham Hamdan cuma saya risau tentang majlis tahunan syarikat ini yang bahagian kita kena kendalikan. Kalau saya ada di sini sekurang-kurangnya saya boleh membantu apa yang patut.”tambah ku lagi.
“Bertuah syarikat ini dapat perkerja macam Cik Miera kan”usikan Hamdan membuat aku teringat dengan Tuan Megat. Aku harap dia tidak tahu dengan kedatangan ku hari ini.Aku rasa belum masanya aku berjumpa dengannya kerana rasa malu dengan peristiwa hari itu masih menebal.Lagipun dia mungkin dah melupakannya kerana dia tiada menghubungi ku hanya Shazlin yang rajin menelefon.
“Saya hendak turun beli makanan Cik Miera nak kirim apa-apa”Hamdan menyapu pergi lamunan ku.
“Tak mengapa lah saya dah minum di rumah tadi.”rasa terharu dengan simpati Hamdan.
Kerja yang bertimbun-timbun membuatkan aku leka tetapi pergerakan ku masih terbatas kerana itu janji aku dengan mama agar aku tidak lasak.Ketika waktu tengahari aku masih menatap fail-fail yang hendak di semak. Aku hanya menyuruh Shikin dan Wati membungkus makanan untukku.
“Kenapa awak datang kerja hari ini? Kan awak masih bercuti”rasa nak terlepas pen di tangan bila di sergah begitu.Orang yang aku tidak mahu ke temui hari ini sudah berdiri di depan ku.
“Minta maaf Tuan Megat saya rasa bosan di rumah lagipun kaki saya dah baik.”aku cuba menerangkan.Wajahnya yang tegang itu menjadikan aku kalut hendak berkata-kata lagi.
“Awak ni nak membodek syarikat ke?”berdesing telinga aku bila Tuan Megat berkata demikian.
“Bukan begitu Tuan.”aku cuba bersabar memandangkan dia adalah pengarah di syarikat ini.Kalau bukan status itu yang di pegang sudah lama kena sembur dengan aku.Dia fikir mulutnya saja yang boleh bercakap belum lagi mulut celupar aku bersuara.
“Nanti cakaplah dengan semua orang syarikat ini mendera pekerja suruh berkerja walaupun masih cuti sakit.Biar orang cakap-cakap tentang saya lagi baru puas hati awak”rasa hendak mengalir airmata ku di situ.Tersinggung dengan apa yang di katakan.Hari itu bukan maksud ku untuk berbuat demikian hanya bertujuan hendak mengusik Shazlin sahaja.Sebecok-becok mama tidak pernah aku tersinggung dengan kata-katanya tetapi dengan lelaki ini aku jadi kerdil berhadapan dengannya.Ku tutup fail lantas bangun mencapai helmet.
“Minta maaf tuan saya bersalah.Saya akan datang mulakan kerja setelah cuti sakit saya habis.”aku berlalu meninggalkan lelaki yang masih bermuka toyo.
Sampai di bawah, ku dapati hujan sedang turun dengan lebatnya.Baru ku teringat jeket ku tidak di ambil, hendak naik ke atas minta maaflah.Aku mengambil keputusan meredah saja hujan kerana lagi lama aku berada dalam bangunan ini lagi hati ku sakit.

Sementara itu……….

“Hamdan kau nampak Cik Miera tak?”tanya Shikin kepada Hamdan yang sedang membual dengan Encik Safuan dan kelihatan Tuan Megat datang menghampiri mereka.
“Cik Miera tadi ada sebelum aku keluar, kenapa kau cari dia?” Hamdan pula bertanya.
“Dia suruh kami bungkuskan nasi untuknya.”Shikin menunjukkan bungkusan di tangannya.
“Mungkin dia keluar agaknya.”luah Hamdan.
“Macam mana dia hendak keluar hujan lebat di luar tu.”jawapan dari Shikin membuat Tuan Megat terpaku mendengarnya.
“Helmet dia tak ada ni mungkin dia dah balik agaknya, dia kan dalam cuti sakit lagi”Hamdan membuat kesimpulan.

2 Respons

  1. Best Ar..Tak Sabar lak nak tunggu Endingnya….

  2. starting mmg best..tak sbr nk tau episod strusnya…kalo tak siap lg jgn siarkan dulu..coz tak sbr nk tau endingnya…tak sabonyerrrrrrrr

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: