Siapa Di hati Ku 3

pelangipagi05
pelangi_pagi05@yahoo.com

“aahhccchhumm”pedih hidung ku.Akibat mengikut rasa bengang di hati ku, aku mendapat satu lagi penyakit baru. Sudah beberapa kali aku bersin.Mama mengamuk bila melihat aku balik dalam hujan.Aku hanya membuat muka sedih dan cuba meraih simpatinya tetapi tidak di layan dan akibatnya mulut mama belum berhenti membebel.
“Minum sup panas ni, lain kali jalan kaki saja lah buat apa hendak naik motor mesti lama dapat main hujan kan.”aku hanya diam saja.
“Nak kata kecil dah besar panjang kalau kahwin dah beranak pinak tetapi perangai macam budak tak cukup bulan”aduh dah masuk bab sensitif pula.
“Miera rasa dah lama tak main hujan sebab tu Miera redah saja”aku cuba berseloroh.
“Itulah bila kita bercakap dia memain, kalau mama takde siapa nak jaga Miera kalau sakit.”terkedu bila mama kata demikian.
“Maafkan Miera mama, Miera janji tak buat lagi.”aku memegang kedua-dua telinga ku.
“Dah pergi baring nanti abang balik mama suruh bawa ke klinik.”nada suara mama sudah ke tone yang mendayu.Aku baringkan badan ku dan mama menyelimutkan sehingga ke dadaku sempat juga mama mencium dahiku.Aduhhh sadisnya.Aku tidak tahu berapa lama aku tertidur sehingga mama mengejutkan ku.
“Nape mama?”terpisat-pisat aku mengosok mata.
“Auntie Shamin datang dengan keluarganya.Miera hendak turun ke?”aku rasa tak terangkat kepala ku.
“Tak naklah mama, kepala Miera rasa beratlah.”terasa sejuk bila mama merasa dahiku.
“Miera demam ni, tak mengapalah Miera baringlah.”mama keluar dan seketika kemudian muncul pula Shazlin.
“Mak akak cakap akak tidak sihat ye?”Shazlin memecah kesunyian.
“Alahhh sikit je mungkin kena hujan tadi.”seboleh-bolehnya aku tidak mahu membuat orang sekeliling ku risau.Tiba-tiba telefon di tangan Shazlin berbunyi.
“Asalamualaikum”lembut suara Shazlin bersuara mungkin buat hatinya agak ku.
“Hahh….abang dekat mana ni……iyalah.”aku tidak tahu butir bicara Shazlin sehingga dia menghulurkan telefon kepada ku.
“Kenapa?”tanya ku pelik.
“Abang nak cakap dengan akak”Shazlin menghulurkan telefonnya.
“Abang Lin hendak apa?”Shazlin hanya mengangkat bahu. Aku hanya memandang sepi telefon itu.
“Cakaplah akak mungkin ada sesuatu abang nak tanya”Shazlin segera meninggalkan aku keluar dan duduk di balkoni bilikku.
“Hello”sepatah aku bersuara dengan nada yang sengau.
“Miera”lembut dia berbisik.Lelaki ini memang betullah tadi bukan main macam penganas marahkan aku sekarang dah bertukar nada bagai Shah Rukh Khan memujuk Kajol pula.
“Miera”sekali lagi nama ku di ulang.
“Saya Tuan Megat”selamba aku menjawab.
“Miera demam?”terperanjat aku dengan pertanyaannya.Mana dia tahu aku demam, dia ini ada di mana?
“Sikit saja Tuan Megat”aku cuba mengawal nada emosi ku yang mula tergugat.
“Jangan berbicara dengan saya mengunakan Tuan, panggil saya Shah saja boleh”bisiknya lagi.Dia ini memang suka main bisik-bisik ke?
“Tak bolehlah Tuan tak biasalah”jawapan sepontan ku.
“Biasa-biasalah kan, kalau di pejabat tidak mengapalah”alasannya memang macam cerita Hindustan.Aku hanya mendiamkan diri.
“Miera”suara dia ni aku rasa bikin cair gunung Fiji yang puncaknya di seliputi salji.
“Saya”lembut aku menjawab.Ehhh aku pula dah terikut-ikut dengan gayanya.
“Maafkan saya”aduhhhh boleh gila dengar dia memujuk macam cerita sinchan memujuk mamanya dan macam buku yang ku baca bila TY memujuk ifah.
“Pasal apa?”aku cuba buat tak mengetahui apa-apa.
“Perkara di pejabat tadi dan sebab saya Miera dah dapat demam.”nadanya masih tidak berubah.
“Tak perlu minta maaf saya yang bersalah”aku cuba melupakan tentang hal tadi.
“Kita pergi klinik ya”rasa hendak melambung ke udara bila suaranya mengeluarkan tiap butir perkataan.
“Tak mengapalah saya ok lagi ni.Ok lah Tuan saya hendak putuskan talian rasa panas telinga ni”aku segera menekan butang merah tanpa menunggu dia berkata apa.Cukuplah sekali hari itu dia membawa ke klinik.Tak sanggup mendengar tiap butir bicaranya rasa bergoyang dada ini.Aku segera menyerahkan telefon kepada Shazlin dan budak seorang tersenyum simpul meninggalkan aku sebelum sempat berkata apa-apa.Baru aku hendak berbaring kelihatan pintu bilik ku di tolak dari luar.Kelihatan mama, Shazlin, auntie Shamin dan uncle Shaiful muncul sambil menghadiahkan senyuman.
“Miera demam ya?”auntie Shamin meletakkan tangan di dahiku.Aku hanya mengangguk.
“Sikit saja auntie”aku cuba berbahasa.
“Panas badan ni kenapa kau tak bawa dia ke klinik Maz nanti melarat.”risau juga auntie Shamin dengan ku.
“Itulah Min, aku tunggu abang dan ayah dia tak balik-balik lagi kebetulan mereka pergi luar daerah.”kesian dengan wajah kerisauan mama.
“Macam mana bang, kita saja yang bawa Miera ke klinik”auntie Shamin memandang suaminya.
“Suruh Shah bawa Miera pergi klinik”tegas uncle Shaiful berbicara macam anaknya.
“Tak mengapalah uncle Miera tak ada apa-apa”aku cuba membuat alasan.
“Pergilah Miera nanti tengah malam kalau melarat susah, abang dan ayah Miera pun belum sampai lagi ni”aku terpaksa akur dengan cadangan auntie Shamin apatah lagi mama bersetuju.Lemah aku menuruni tangga setelah menyalin pakaian.Rupa-rupanya lelaki itu ada datang bersama patutlah dia tahu aku demam.
“Miera marahkan saya.”dia memecah kebisuan bila melihat aku hanya diam sahaja dari mula aku masuk ke keretanya.
“Taklah”aku malas hendak berbicara dengan kepalaku yang terasa berat ini.
“Habis tu kenapa diam saja”aku cuba memejamkan mata.
“Kepala saya sakit”aku memberitahu keadaan diriku.
“Sakit sangat ke? Sekejap lagi kita sampai Miera cuba tahan ya”nada kerisauannya boleh di kesan.Dia mencapai kot yang terdapat di tempat duduk belakang dan memberi kepada ku.
“Selimutkan badan Miera.”arahnya sambil mengecil butang pendingin udara.
Sampai di klinik ramai juga pesakit yang menunggu dan aku hanya menyandarkan kepala di dinding ruang menunggu.Tuan Megat begitu setia duduk di sebelahku Sesekali dia menoleh kepada ku mungkin risau dengan keadaan ku yang asyik bersin dari tadi.Setelah nama ku di panggil dia ikut juga masuk ke dalam walaupun aku cuba membantah.
“Hahh kenapa pula dengan isteri awak kali ini.”aku bengang betul dengan doktor yang sama ini.Kalau aku tahu dia bertugas malam ni lebih baik aku ke klinik lain.
“Dia main hujan”aku segera menoleh kepada Tuan Megat.Bagai hendak tercabut jantung bila matanya di kenyitkan kepada ku.Hendak kena dia ni baru saja tadi minta maaf.
“Macam mana lah awak jaga isteri awak ni”mengeleng kepala doktor itu.Setelah berada lebih kurang sepuluh minit di dalamnya aku keluar dengan muka yang masam mencuka.Geram dengan Tuan Megat dan doktor tersebut yang asyik nak mengenakan ku.
“Kenapa Tuan tidak cakap dengan doktor itu yang saya bukan isteri Tuan.”belum sempat Tuan Megat menghidupkan enjin keretanya aku sudah melontarkan ketidakpuasan hati ku.
“Hai demam-demam pun boleh marah”usiknya.Lagilah angin aku naik ke kepala.
“Kalau saya tidak berkata demikian nanti apa pula anggapannya bila melihat saya mendukung Miera hari tu.Miera tu perempuan saya ini lelaki.Masyarakat kita ini lebih suka buat gossip pada kaum perempuan.”luahnya bula melihat aku diam sambil memeluk tubuh.
“Dah jangan fikir sangat hal tu, balik nanti Miera makan ubat dan tidur, Miera dah makan tadi tak?”bagai anak kecil aku mengangguk.
“Bagus, dapatkan rehat secukupnya”dia menambah.Sesampai di rumah baru sahaja aku hendak membuka pintu kereta.
“Eerrmmm…..kalau Miera jadi isteri betul saya tak salahkan”terkejut dengan kata lelaki itu dan membuat angin ku naik kembali.
“Jangan mimpi”aku melangkah dengan hati yang berbuku sambil di iringi ketawa dia yang panjang.

——————————————

Penat rasanya hari ini setelah seminggu melepak di rumah.Kerja yang melambak-lambak membuat aku tidak senang duduk.Nasib baik Shikin menyediakan apa yang minta.
“Cik Miera waktu makan sekarang tak mahu turun ke?”baru aku perasan waktu cepat berlalu kalau tidak di tegur oleh Shikin.
“Alamak dah pukul satu saya tidak sedarlah Shikin”Shikin hanya tersenyum bila melihat kekalutan aku.Shikin seorang gadis yang lembut yang telah mempunyai buah hati hanya menunggu masa hendak merasmikannya saja.Aku senang berkawan dengannya walaupun kedudukan aku lebih tinggi daripada kakitangan ku tetapi aku tidak pernah membezakan kerana aku lebih pentingkan kerjasama dalam pasukan.
“Cik Miera mengelamun lagi ke?”malu bila di tegur begitu.
Aku memberi senyuman pada teman-teman yang sama-sama menunggu lif di tingkat ku.Bila pintu lif terbuka aku melangkah tanpa memperdulikan siapa di dalamnya.Aku beranjak sedikit ke bahagian belakang lif apabila lif berhenti di tingkat enam sehingga tidak sedar terpijak kaki seseorang.
“Maafkan saya”luah ku pada seorang lelaki yang hanya mengangguk dan tersenyum.
Sampai di tingkat bawah aku melangkah di ikuti oleh Shikin.
“Cik Miera makan di mana?”terkejut apabila di sapa oleh Encik Safuan.Kelihatan disisinya Tuan Megat berdiri sambil memandang tepat kepada ku.
“Tempat biasalah”balas ku.Aku malas hendak bersoal jawab lagi dengan mereka.
“Saya pergi dululah Encik Safuan dan Tuan Megat”aku melangkah sambil menyeret tangan Shikin sebelum sempat Encik Safuan berkata apa-apa.Dengan sifat ramah Encik Safuan tidak mustahil dia akan mengajak kami makan dengannya.Pada aku tidak kisah makan dengan sesiapa tetapi memandangkan pengarah ada sekali mesti kekenyangan tidak mungkin aku rasai.
“Kenapa Cik Miera ni tergesa-gesa?” Tanya Shikin.
“Saya dah laparlah”aku rasa itu saja alas an yang ada di fikiran ku ketika ini.
“Tuan Megat tu kacak kan”rasa nak tergelak dengan kenyataan Shikin.Kalau lah dia tahu Tuan Megat itu pernah mendukung ku bagaimana penerimaan Shikin agaknya. Terasa bergetar jantung ku bila Shikin berkata demikian.Kacakkah lelaki itu? Aku pun tak tahu nak jawab kerana aku tidak pernah menatapnya secara terperinci walaupun kesempatan itu sudah di hulurkan oleh empunya diri tetapi yang pasti lelaki itu memang mempunyai karisma dan sifat kelelakian yang didambakan semua wanita.Di sini sahaja ramai wanita-wanita yang cuba menarik perhatian lelaki itu.Mungkin dia sudah ada teman istimewa agaknya siapa tahu kan.
“Kenapa dah terpaut ke? Ingat sikit abang awak tu hendak campak dimana.”usik ku.
“Saya cakap saja tidak ada apa-apa maksud pun”kelakar dengan sifat lurus bendul Shikin.
———————————–

“Aduh boringnya apa aku hendak buat ni”resah seorang diri bila hujung minggu begini.Selalunya aku melepak di tepi sungai tetapi kerana kesibukan aku berkerja dekat sebulan aku tinggalkan hobi ku itu.Tiba-tiba telefon di atas meja ku berbunyi.
“Asalamualaikum”aku memberi salam kepada orang di sana.
“Walaikumsalam Kak Miera”lembut suara itu.
“Siapa ni”aku rasa tidak boleh mengenali si pemanggil itu.
“Lin lah, apalah akak ni tak kenal Lin sedih hati Lin”tergelak aku bila Lin merajuk dengan kealpaan aku.
“Maaflah dik akak tak berapa cam suara Lin lembut sangat dan mendayu-dayu”usikku.
“Akak tengah buat apa tu?”tanya Lin.
“Tengah buat bodoh”tambah ku sambil tertawa.
“Akak !”rajuk Lin
“Ok…ok..akak tengah bosan giler ni”ku terangkan keadaan ku.
“Baguslah kalau macam tu”apa maksud kenyataan Lin.
“Kenapa pula bagus?” tanya ku.
“Kita pergi Genting Hihglands nak tak?”perlawa Lin.
“Genting Highlands? Bila? Sekarang ke?”terkejut aku.
“Iyalah sekarang dan malam kita baliklah”terang Lin.
“Akak kena tanya mama dulu lah”luah ku.
“Ok akak tanya mama akak pastu telefon Lin semula samada jadi atau tidak”arah Lin.
Setelah meminta kebenaran dari mama aku bersiap dan setengah jam kemudian kereta Toyota Harrier putih terpakir didepan rumah ku. Langkah ku terhenti bila melihat Tuan Megat keluar dari keretanya dan di ikuti oleh Lin.
“Kenapa Lin tak cakap abang Lin ikut sekali.”bisikku bila Lin menghampiri ku.
“Akak tak tanya pun.”selamba saja Lin menjawabnya.Aku tidak bertanya dengan Lin ke tadi?
“Kita bertolak sekarang”Tuan Megat bersuara bila melihat aku tercegat saja.Dengan kaca mata hitam yang di pakainya membuatkan ketampanannya terserlah.Memang Lin sengaja hendak mengenakan aku kerana dengan muka toyo dia duduk di belakang dan Tuan Megat membuka pintu kereta untuk ku.
“Miera sihat?”chewah ambil berat sungguh dengan aku walaupun di depan adiknya.
“Alhamdullilah sihat”jawab ku.
“Lin kawan Lin tu tunggu di mana?” tanya Tuan Megat sambil menoleh seketika pada Lin.
“Dia tunggu dekat tol Gombak , ayah dia hantar sampai situ”jawapan Lin menjadikan aku bertambah pelik berapa ramai yang akan pergi.
“Lin ajak kawan dia sekali ”mungkin Tuan Megat dapat membaca apa yang fikirkan.Aku hanya mengangguk saja ialah tak kan aku nak membantah.Apabila sampai di tol Gombak kami menunggu kawan Lin lebih kurang sepuluh minit.
Sampai di sana aku di tinggalkan berdua dengan Tuan Megat oleh Lin dan kawannya.Aku rasa segalanya telah dirancangkan.Aku hanya menuruti langkah kaki ku kemana haluan di bawa.Rasa sakit hati dengan rancangan mereka ini.Kalau aku tahu lebih baik aku melepak saja di rumah sambil membaca novel.
“Miera kenapa ni”lembut suara lelaki itu yang masih setia mengikuti langkahku.Entah kenapa setiap kali berada bersamanya hati ku rasa tidak keruan tetapi bila di pejabat pandai pula hati ini tertanya-tanya tentangnya.
“Kenapa buat saya begini?”luahku tidak puas hati.
“Saya buat apa pada Miera cuba cakap”lelaki ni tak tahu ke yang hati ku sakit pasal rancangan bodohnya ini.
“Ini semua rancangan siapa?”aku berdiri di tepi batu besar yang ada di situ.Sakitnya jiwa bila berhadapan dengan lelaki ini.
“Miera, pandang saya” luahnya.Aku buat kepala gila aku tanpa mengendahkan permintaannya dan membuatkan dia melangkah berdiri di hadapan ku.Pandangannya yang tajam membuatkan aku tertunduk.Aku tahu dia cuba mengawal perasaan marahnya dengan perangai ku.Lantak lah siapa suruh kelentong aku.Pantang aku kalau di tipu nak kenalah orang itu.
“Miera jangan begini, saya pun tidak tahu tentang rancangan ini.Lin kata hendak pergi Genting Highlands dan meminta saya memandu dengan alasan dia takut hendak bawa kereta kalau ada banyak selekoh dan bila baru hendak bertolak tadi dia menyuruh saya mengambil Miera dulu.”terangnya bersungguh-sungguh.
“Tuan perkara yang paling saya tidak suka adalah di tipu.Tak kan Tuan satu rumah dengan Lin tidak mengetahui rancangannya.”sangkal ku.
“Betul Miera saya tidak tahu, kenapa susah sangat awak nak percaya saya”tingkahnya.
“Tuan..”sepatah kata ku.
“Saya cubit mulut comel awak tu kalau lagi sekali panggil saya tuan”aku cepat-cepat menutup mulut ku.Gila ke dia ni nak cubit mulut aku buatnya bengkak naya pula.Kalau bengkak dan seksi macam Angelina Jolie takpe juga tapi salah cubit jadi mulut itik betina husshh idaklah teman.
“Dah mari kita pergi kat taman permainan sana cari Lin dan kawannya.Miera boleh tanya sendiri kalau masih tidak percaya.”Tuan Megat menarik tanganku.
“Apa ni main tarik-tarik”aku mematikan langkah sambil merentap tangan ku.
“Miera nak saya dukung ke, saya tidak kisah bukannya berat pun”ejeknya sambil tersenyum.Geramnya aku tak tahu nak cakap.Bila di pejabat perangai dan tutur katanya sentiasa terjaga tapi kalau depan aku mati semua kutu-kutu kucing di buatnya nasib baik bukan kutu aku kerana kepala aku tidak ada kutu.
“Mieeeraaa…”gaya dia memanggil nama ku boleh berdiri bulu roma.
“Tuan ni kan”terasa bibirku di cubit lembut. Lelaki ini benar-benar maksudkan katanya.
“Sakitlah”aku mengosok bibirku nasib baik aku tidak pakai gincu kalau tidak mesti jadi comot.
“Sakit ke? Kalau nak kena lagi ulanglah perkataan tu”kenapalah nasib aku hari ini.Aku hendak baliklah kalau aku terpaksa lalui semua ini dengan lelaki sewel.Kami cuba mencari Lin tetapi tidak berjumpa dan akhirnya aku dan Tuan Megat duduk saja memerhati telatah orang yang berkunjung tanpa bermain apa-apa.Beberapa kali Tuan Megat mengajak aku mencuba permainan yang terdapat di sana tetapi aku menolak bukannya apa aku ni gayat sikit buatnya aku terlebih jerit nanti hilang pula keayuan ku di depan lelaki ini.Aku memeluk tubuh ku sambil beberapa kali mengosok tangan ku.Sejuk juga tempat ini selalunya aku masih boleh bertahan dengan cuacanya lagipun dah beberapa kali aku ke sini bersama teman-teman.
“Miera sejuk ya”aku melihat Tuan Megat cuba membuka jaket yang di pakainya.
“Tidak lah “dalih ku.Tuan Megat menyangkut jaket tersebut di bahu ku tetapi aku menanggalkan semula kerana tidak sampai hati melihat dia dengan t-shirt sahaja.
“Saya tak mahu”aku memberi semula jaket tersebut.
“Mieerraaa…..”kenapalah lelaki ni suka memanggil nama ku sebegitu.
“Pls….ttuuuu….”terhenti aku hendak meneruskan kata-kata itu takut bibirku di cubit lagi.Lucu agaknya membuatkan Tuan Megat tertawa.
“Panggil Shah kalau tidak saya tidak mahu pakai baju ini”aku pula di ugutnya bertuah betul punya budak.
“Pls Shah pakai baju ni, saya tak sejuk pun”aku bersuara dalam terpaksa.Tuan Megat mengambilnya tetapi menyangkutnya semula di bahuku.
“Saya rela kesejukan dari tuan puteri saya mendapat sakit”bisikannya terasa dekat di telingaku yang membuat aku tergamam.Mata kami bertentangan dan aku terpesona dengan warna matanya yang berwarna hazel, hidungnya yang mancung dan bibir seksinya yang merah dengan kulit wajahnya yang bersih di tambah pula rambutnya yang sedikit berombak tersisir rapi.Badanya yang tegap dan dadanya yang bidang, tinggi lampai orangnya bila aku berdiri di sampingnya paras ku hanya sampai setakat di telinganya macam Adi Putra pelakon dari Singapura tu.
“Hai dah tergoda dengan saya ke?”tersentak bila suara itu berbisik.Terasa darah menyerbu naik ke muka ku.Aku cuba memandang ke tempat lain bagi mengelak Tuan Megat perasan dengan tone wajahku.
“Saya sudah lama tergoda dengan Miera sejak dulu lagi”selamba je lelaki ni berbicara.Aduh manalah Lin ni selamatkanlah aku ni dari berada dalam situasi ini.
“Mieerraaa….”lembut bicaranya setiap kali memanggil nama ku tetapi aku buat tidak perduli dan melangkah meninggalkannya.

Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang.Tuan Megat dan Lin beberapa kali mengajak ku berbual pun aku hanya melayan seketika dan selebihnya aku melayan perasaan.
“Bye sayang…..”bisik lelaki itu bila dia menghantar aku ke muka pintu pagar rumah.Lin yang keletihan tertidur di kerusi belakang.Aku buat tidak mendengar dan ketika mahu melangkah setelah pintu pagar di tutup.
“Mieerraaa….”aku menoleh dan lelaki itu tersenyum.
“Mimpi yang indah…”sambungnya dan terus masuk ke kereta tanpa menunggu kata balasan dari ku.

Selesai mandi aku merehat diri di dalam bilik.Keletihan masih lagi terasa.Bila memikirkan peristiwa tadi aku tersenyum sendiri. Entah apa di fikiran Tuan Megat agaknya sehingga sanggup berkata demikian.Haikal juga dulu begitu melayan ku dengan baik sekali tetapi entah di mana silapnya aku ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sebarang berita.Aku tersentak bila telefon ku memainkan lagu Teman Tapi Mesra nyanyian Ratu bagi menandakan ada pesanan yang masuk

-Hai mengelamun ke? – aku tidak tahu siapa empunya no ini yang menghantar pesanan demikian.Malas aku hendak melayannya mungkin salah nombor agaknya.

-Tak kan dah tidur – semakin pelik aku memikirnya.

-Tak jawab berdosa tau – orang ni tak fikir ke yang dia lagi berdosa mengacau aku yang sedang mencari kedamaian ini.

-Ni mesti jauh berangan – siapa orang ni.Ku dail no tersebut dan aku terperangkap sendiri bila suara itu memberi salam pada ku.

“Miera buat apa tu” mulut ku terasa terkunci untuk menjawab.
“Mieerraaa….”bisiknya lembut.Terus aku mematikan talian entah kenapa aku tak sanggup mendengar suara itu dan satu lagi pesanan masuk.

-Maafkan saya kerana menganggu tuan puteri.Saya tidak sangka pesanan saya tidak di undang sama sekali.Sekali lagi saya minta maaf.-

Alamak aku tak tahu hendak buat apa sekarang ni.Aku tidak bermaksud hendak menguris hati lelaki itu tetapi sikap romantiknya membuat aku rasa terbuai-buai dan aku takut lama kelamaan aku terpaut padanya.

“Asalamualaikum”salam ku beri.
“Walaikumsalam”suara itu menyambutnya.
“Tuuu….oppsss..Shah, saya minta maaf pasal tadi.Saya tidak bermaksud demikian.”terang ku panjang lebar tetapi suara di sana hanya membisu.Aku menjadi serba salah dengan kebisuan suara di hujung sana.
“Shah…pls janganlah begini” rayu ku tetapi suara itu masih membisu.
“Shahhhhh……”aku mencuba lagi.
“Iya sayang….”rasa nak tercekik bila lelaki itu bersuara membuat aku pula membisu.
“Saya suka bila mendengar suara Miera merenggek” malaun punya budak dia kenakan aku.
“Shahhhh….aku bersuara geram dan telinga aku dapat menangkap suara lelaki itu ketawa.
“Janganlah marah sayang”dia bersuara lagi.
“Awak ni kan…..”aku menjerit geram dan terus memutuskan talian.Beberapa kali telefon ku berbunyi tetapi aku tidak endahkan dan terus mematikannya.Kenapa lah hari ini banyak kali hatiku di sakitinya.Kalau begini selalu mesti aku akan mendapat sakit kepala bila menghadapi dia tiap-tiap hari dengan perangainya yang begitu.

8 Respons

  1. sambung r lagi..bez bc,p xd sambungan plak…isy…

  2. Please sambung lagi!

  3. Citer ni best. Lagi best kalau tiap hari update.Tak pun 2 hari sekali..

  4. cerita yang menarik… ade sambungan x?

  5. bile nk ade sambungan citer nie???

  6. hu hu… cpat la smbg

  7. awk, citer awk ni romantik sgt la. bertuah awk kalau awk jumpa lelaki camtu. peaceeeeeeee.

  8. iye ker ada lelaki seromantik… sekacak… seperti itu? ilusi penulis begitu tinggi sehingga pembaca sendiri terbuai dan tersengih sendiri bila membacanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: