Cinta Si Gemuk

Puteri Cahayame
puteri_cahayame@yahoo.com.my

Perjalanan hidup si wanita gemuk berbeda dengan si kurus ramping, kehidupan si gemuk lebih tersiksa,walaupun si gemuk disinonimkan dengan kehidupan yang menggembirakan dan ceria semuanya tipu belaka. Hanya si gemuk yang tahu betapa peritnya kehidupan,hanya sigemuk sahaja yang tahu betapa payahnya mengatur suatu perjalanan, selangkah diiring kutukan, berdiri diiring siulan hinaan. Salahkah menjadi gemuk,salahkah bergelar,kenapa si gemuk tak mempunyai perasaan. Si gemuk tetap berdiri bukan kerana cinta,nafsu,kerana kekayaan tetapi kerana keluarga. Hidup tetap diteruskan telinga dipekakkan, mata dibutakan untuk manjadi hamba allah yang kamil.

Puteri nama yang indah tapi tak seindah si pemilik namanya, Puteri tak macam remaja lain yang mampu tersenyum melihat dunia, senyuman di wajahnya hanya sekadar pembohongan sahaja. Perit dihatinya tuhan sahaja yang tahu. Sejak kecil dia menjadi bahan ejekan. Budak Gemok,budak gemok tak sedar diri,debab,king kong, anak badak , anak gajah apa yang tak digelarkan pada dirinya.. Tapi dia tahan kesakitan itu, semuanya dia telan dalam senyuman dan gelak tawa setiap kali dilemparkan gelaran, kerana rakan-rakan lain juga akan turut ketawa, bagi dirinya dia dapat juga menguis secubit pahala dari Yang Esa bila rakan-rakannya ketawa akan dirinya, insan yang hina sepertinya dapat juga menceriakan hati orang lain.

\”Hari ini aku dapat kawan lelaki baru,hensem budak U,anak kontraktor,yang penting hensem tu yang best\”, getus Izyani. Puteri hanya senyum dia sudah lali dengan ragam kawan baiknya itu,tak dinafikan Yani mempunyai susuk tubuh dan paras yang menawan jadi tak salahlah jika hampir sebulan sekali akan muncul jejaka baru dalam hidupnya.. \”baguslah, tapi boleh setia ke mek,bukannya pe ni Puteri tau Yani main-main je kan,kesian dia mek Yani\”.Nasihat Puteri.

\”Alah Yani,Puteri tu bukannya ape dia cemburu kan hang lah tu dia mana lah da siapa nak, orang tembun hahahaha\”, suara budak-budak kejam itu tak pernah berhenti menghantuinya sejak sekolah lagi, dasar lelaki keparat gitulah jadinya.Puteri hanya mendiamkan diri jauh di sudut hatinya dia terguris lagi, salahkah menyusun sepantun kata nasihat.

\” Biar je, dia orang semuanya gila, x de akai, dengar cakap Tqa ye. Pedulikan ye Puteri\”. Ta seorang lagi rakan baik Puteri yang sering menjadi penasihat bagi Puteri. \” Puteri takpa Ti, biar je lagipun dia orang yang jelez x da isi banyak cam Puteri kan\”.. Jenaka Puteri sekali lagi mencuit hati rakan-rakannya Yani, Tqa , Nini dan Arzee..mereka ketawa seketika bersama-sama..

Puteri sayu memandang ke jendela tingkap. Dia tertanya-tanya dia kini sudah berusia 19 tahun tapi dirinya seolah-olah tak kelihatan. Jauh di sudut hatinya cemburu melihat kemesraan rakan-rakan seperjuangannya yang tak lekang jarin mereka mangatur ayat ber SMS, sebak hatinya melihat kuntuman bunga menyinari kamar raka-rakannya, sedih hatinya melihat raka-rakan bersenda gurau dengan insan yang mereka sayangi. Puteri inginkan kehidupan normal seperti orang lain tetapi apakan daya tiada siapa yang ingin memandang pada dirinya yang serba kekurangan,tiada yang indah pada dirinya.

20 Respons

  1. laa..cmtu jer ke??ngatkn ada cinta2 dgn laki ke…dr g

  2. Ni cerita ker ringkasan….tengah best2 baca tiba2 stop cam 2 jer???…alahai……….

  3. tanya owner dia.. muzri nak jawab pun tak leh

  4. setiap insan m’punyai hati dan perasaan……….cinta si gemuk disini mungkin adalah cinta pada tuhan, keluarga serta sahabat ……..hayatilah dan renung2 kan…………

  5. ni cerpen ke apa?..
    bru nak feel dah abis…
    huhuhu..

  6. setiap makhluk Allah punyai hati dan perasaan hatta haiwan dan tumbuhan sekalipun…
    apatah lagi makhluk yang bernama insan(manusia)…

    ‘memang perit dihina tapi belum tentu bahagia dipuja’
    remember this…
    -puteri salju-(^_^)

  7. cerita die ade similar sikit ngan life saye la….saye amat memahami isi hati puteri dan berharap agar sekiranya cerita ini benar, bersabarlah kerana tidak ade yang semulia dan seindah sabar..dan jika ianya hanya rekaan semata-mata, jadikannya pedoman dalam meniti kehidupan….

  8. Setiap insan punya kekurangan dan kelebihan dalam diri masing-masing. yang penting, hati mesti baik dan ikhlas. Rupa dan saiz badan tak menjanjikan kebahagiaan seseorang. bersyukurlah apa yang ada.

  9. okla..skurang2 nye ade usaha nak wat cerpen..gd luck..

  10. Aku rasa aku tau apa kesudahan citer nie..last skali dia jadi kurus and jadi pelakon..citer yang korang tgk kat tv3 setiap rabu tu,PUTRI ni la..hehehe..

  11. ermmm ader msj nk d smpaikan…ader sesuatu yg perlu kita hayati iaitu isu yg trsirat bkn trsurat…byk yg ingin d britahu…tp mnggunakn kiasan yng sukar utk orng lain nk memahami

  12. lorrhh…
    bru feel..da hbis gtu jerk..
    pe nie…
    x nk kwn..hahah
    joke lar

    ~linda~(^ _ ^)

  13. lorrr…..
    npe cta nih trgntung??

  14. walaupun ramai yang menyangka kesudahan cerita ini adalah putri menjadi kurus,saya tak setuju.tidak semua pompuan macam putri akan kurus.tapi orang macam putri akan bertemu dengan cinta sejatinya yang tidak mengenal paras rupa melainkan hati budi semata-mata.bagi orang macam putri termasuk diri saya,bersabarlah. saya yakin cinta untuk kita akan hadir satu hari nanti. cuma, janganlah kita mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki yang memandang kita melalui nafsu bukan melalui hati….

  15. cerita bleh tahan tp agak kabur skit jalan cerita die…dan klau bleh perbaiki ejaan yang banyak silap…pastikan juga apa yg ingin di sampaiakn jelas supaya x menglirukan pembaca…gud luck..

  16. sy fhm perasaan putri….sy juga pernah gmuk dlu…diejek olh kwn2….xp…putri kena usha…skg zmn teknologi….mcm2 kte leh wat….skg ni pun sy dah slim sbb sy jg pemakanan &selalu jogging….usahalah utk kurus sbb kite lbh yakin berhadapan dgn masyarakat…..

  17. i am also fat..but i’m always be the queen of his heart..this story,the sentences no too good to read…but,can improved more!!

  18. citer nie mcm citer betul la plak… tp,papun sume manusia ada kelebihan dan kekurangan. jd tak yah nak pening2, krn hidup hanya sekali sooo… kita enjoy…

  19. kuruskan lah diri ….
    nanti dah kurus lagi cantik sebab hati dah memang cantik dari org yang mmg dah kurus.

  20. kalau di nilai dgn markah .. hmm i kasi o/10 .. crite mengarut je .. ntah apa apa je .. wahai si penulis .. luas kan ilmu anda dahulu sebelum menulis sesebuah cerita .. i rasa .. budak berumur 9 tahun .. menulis karangan lagi baik dari anda .. hanyuttttttt

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: