Novel : Kenangan lalu 5

hayati
hay86_animax@yahoo.com

15
Razis tidak sabar untuk menyampaikan berita gembira itu kepada Hafiszul, pulang sahaja dari kerja dia terus ke rumah Hafiszul. Apabila sampai, Razis terkejut apabila salam yang diberikan dijawab oleh suara milik Ain.
“ Pijo ada ? ”. Tanya Razis kepada Ain.
Ain tidak berkata apa-apa, hanya mengangguk, dan berlalu. Tidak lama kemudian Hafiszul yang muncul.
“ Zif, naiklah. Macamlah tak pernah datang ke rumah aku “.
“ Orang tak jemput, takkanlah kita suka hati nak masuk, nanti dituduhnya kita ni pencuri ”.
“ Jangan nak berdalihlah Zif, aku tahu yang kaki kau dah terkunci. Apa hal Zif ? ”.
“ Aku datang sini sebab aku nak ……….kalau ye pun bagilah aku air dulu untuk aku basahkan tengkuk aku ni, tak kesian ke kat aku ni balik kerja terus datang sini ? ”.
“ Sempat lagi kau bergurau zif “.
“ Aku seriuslah kawan, aku dahaga ni, nanti kalau aku tidak ada suara siapa yang nak bagitahu kau? ”.
“ Oklah, kau tunggu kejap ”.
Hafiszul memanggil Sarah. Sarah keluar.
“ Sar buatkan air untuk orang yang tak malu ni ”.
“ Sampai hati kau Pijo, panggil aku macam tu, aku nak baliklah ”.Razis berseloroh.
“ Ok Zif, aku minta maaf. Kenapa dengan kau sekarang ni cepat sangat merajuk dengan aku ”.
“ Tak ada apa-apa pun ”.
Tidak lama kemudian Sarah keluar dengan membawa dua cawan air dan sepinggan kuih yang Ain buat.
“ Zif, apalagi minumlah, pastu kau cerita pada aku apa hal sebenarnya kau dating ”.
“ Baik! bos ”.
Razis membasahi tengkuknya yang kering tadi dengan secawan milo panas bersama karipap.
“ Dah boleh ceritakan? ”. Pinta Hafiszul
“ Kau ni tak sabar-sabarlah Pijo, dari tadi kau paksa aku. Macam ni, pagi tadi aku dah berbincang dengan Zafriel pasal Ain, tapi…
“ Tak apalah Zif, aku tak nak susahkan kau lagi, kalau dia tak terima, aku nak buat macam mana”.
“ Pijo, apa kena dengan kau ni, aku tak habis cakap lagi kau dah potong jalan aku ”.
“ La…. Kau tak habis cakap lagi ke? “
“ Zafriel cakap dia suruh Ain pergi kerja esok, dia pun menyesal dengan tindakan dia, dia sedar yang dia bertindak luar kawalan, dia minta maaf”.
“ Tahupun yang tindakan dia buat tu salah ”.
“ Sudahlah, jangan kau nak marah dia pulak, tadipun aku dah marah dia, kesian dia ”.
“ Kau tunggu kejap, aku nak panggil Ain ”.
Hafiszul memanggil Ain, Ain datang bersama Sarah.
“ Ada apa abang panggil Ain ? ”.
“ Abang Cuma nak bagitahu Ain, esok Ain dah boleh mula kerja kat rumah tu semula ”.
“ Betul ke, abang ? ”.
“ Betul, Razis yang bagitahu abang ”.
Ain tersenyum gembira kerana dia tidak perlu lagi bimbang akan diri dan ibunya lagi. Semuanya sudah selesai dengan bantuan orang yang asing baginya. Ain malu untuk berhadapan dengan Razis, dia juga segan untuk mengucapkan ucapan keramat yang ditunggu-tunggu oleh Razis selama ini, Razis sangat teringin mendengar suara milik Ain berkata sesuatu terhadap dirinya. Sejak dibangku sekolah lagi Ain tidak pernah mengucapkan ucapan ‘terima kasih’ kepada Razis walaupun, sudah banyak kali Razis membantunya. Kali ini harapan itu masih lagi tidak tercapai, Razis hampa.
“ Pijo, aku balik dululah, nanti apa pulak kata mak aku ”.
“ Baiklah Zif, terima kasih sebab tolong aku ”.
“ Tak ada hal lah, kita kan kawan ”.
Razis membalas ucapan terima kasih dari sahabatnya itu dengan senyuman yang tawar. Razis terfikir kenapa Ain tidak pernah untuk menyukai dirinya, apa salah dia, mungkin betul tindakan dia untuk membantu Zafriel memiliki Ain.
“ Ain, kenapa Ain senyap tadi ? ”.tanya sarah pada Ain.
“ Ain seganlah kak ? ”.
“ Apa yang Ain segan, sepatutnya Ain ucap terima kasih kepada Razis, dia yang tolong Ain untuk bekerja balik kat rumah tu ”.
“ Ain minta maaf kak, lain kali Ain akan buat apa yang akak suruh ”.
“ Ain jangan minta maaf dengan akak, tak ada gunanya. Ain minta maaf dengan Razis, Ain buat dia kecewa dengan Ain. Dia tak berniat buruk pada Ain. ”
“ Baiklah akak Ain akan pergi ke rumah dia esok selepas Ain balik kerja ”.
“ Macam tu lah adik akak ”.
Ain sedar yang dia silap, dia tidak tahu kenapa sukar untuknya mengucapkan terima kasih kepada Razis. Kenapa dia tak jemu menolong aku? Kenapa dia selalu cuba mendekati aku? Kenapa dia terlalu baik pada aku? Bertubi-tubi soalan yang berpusing dibenak Ain. Kenapa dia tak pernah hilang dari hidup aku sejak dari bangku sekolah lagi. Kenapa dia sanggup tolong aku sehinggakan dia dibuang sekolah, semuanya sebab aku? Kenapa??????. Kadang-kadang Ain bosan dan benci pada diri sendiri kerana dia merasakan dia selalau menyusahkan orang sekelilingnya. Entah kenapa dia dilahirkan di dunia ini, jika hanya menyusahkan orang. Tapi walau apapun dia perlu teruskan perjuangan yang diaturkan untuknya, mungkin kelahirannya ke dunia ini adalah untuk menggembirakan orang. Tapi sudah cukup kuatkah dia untuk menggembirakan orang????
16
Keesokkan harinya Ain bangun awal pagi untuk bersiap pergi kerja. Dia lebih bersemangat berbanding hari-hari sebelum ini. Ain berjanji pada dirinya untuk buat yang terbaik supaya dia tidak lagi menyusahkan Razis. Ain turun dari rumahnya selepas mendapatkan restu dari ibunya dan mula mengaturkan langkah yang laju untuk cepat sampai ke rumah Zafriel yang mengambil masa hanya 30 minit dari rumahnya. Ain berharap kali ini tiada sedikit pun tindakannya yang akan menyakiti hati Zafriel yang boleh menimbulkan kemarahan Zafriel. Setelah 30 minit berjalan, Ain sampai di rumah itu, Ain mengambil kunci pendua miliknya lalu, membuka pintu rumah itu. Ain terkejut apabila mendapati sekujur tubuh yang agak sasa berdiri di hadapannya.
“Ha… sampai pun?”. Tanya Zafriel.
Ain masih lagi terkejut, dia tak tahu apa jawapan yang sesuai untuk soalan itu.
“Terima kasih Tuan sebab terima saya kerja”. Hanya itu yang mampu Ain ucapkan.
“Simpan je terima kasih awak tu kepada orang yang layak untuk menerimanya”.
Ain hairan dengan kata-kata itu. Belum habis lagi Ain berfikir, zafriel menambah.
“Sebelum aku lupa, kau jangan lagi panggil aku ‘ tuan’. Aku tak suka. Kau faham?”.
Ain hanya mampu mengangguk. Ain keliru dengan tindakan Zafriel.
“Habis tu, saya kan panggil tuan siapa?”.
“Ha’ah, betul jugak, macam ni je, kau boleh panggil aku macam Razis panggil aku”.
“Maksud tuan saya kena panggil tuan Zaf?”.
“Ermmm..ataupun kau ada panggilan lain untuk aku?”.
“Tak ada, tapi tuan tak rasa ke yang panggilan tu macam tak sesuai untuk saya? Saya kan pekerja tuan, Razis tu pulak kawan tuan.”
“Kalau macam tu, mulai dari sekarang kau pun kawan aku, macam mana setuju?”.
Ain semakin keliru dengan sikap majikannya itu. Dia tak tahu kenapa Zafriel baik hari ini, tak seperti yang selalunya.
“Kenapa kau diam, tak setuju?”. Tanya Zafriel ingin kepastian.
“Saya ikut je, lagipun siapalah saya ni, nak lawan cakap tuan”.
“Kau ni nyanyuk ke?”.
“kenapa pulak?”.
“Kan aku dah bagitahu kau jangan panggil aku tuan !”.
“Opsssss.. saya lupa”.
“Tu…
“Apa? Kau nak panggil aku tuan lagi ke?”.
Ain merasakan yang dia amat sukar untuk memanggil Zafriel dengan panggilan itu. Namun, demi tidak melukakan hati majikannya, Ain harus kuat dan nekad.
“Zaf, boleh saya minta tolong awak?”.
“Aik, belum apa-apa lagi dah nak minta tolong? “Cakaplah?”.
“Boleh tak awak jangan ber‘kau’ dengan saya?”.
“Kenapa kau tak suka? Kasar sangat ke? Dah memang itu yang aku biasa”.
“Memang kasar, tak sesuai untuk perempuan lainlah kalau awak sedang bercakap dengan Razis”.
“Habis tu, apa yang patut aku panggil kat kau?”.
“Awak boleh panggil saya Ain, kita kan dah jadi kawan”.
“Baiklah, aku setuju”.
“Kawan, kawan jugak, tapi takkanlah kerja rumah tak nak buat”. Perli Zafriel
“Opss.. lupa. Ain minta maaf”.
“Takpe. Oklah saya pun nak pergi kerja”.
“Erm..”
Ain pergi ke dapur untuk melihat apa yang dia patut buat. Sementara Zafriel pula memerhati Ain yang menuju ke dapur. Zafriel sungguh gembira dengan kejadian tadi. Dia merasakan yang dia patut bagitahu Razis dan mengucapkan terima kasih kepada Razis yang telah memberi dia semangat dan cadangan untuk bersahabat dengan Ain, dan sekarang terbukti yang usahanya tak sia-sia. Ain begitu baik. Zafriel bertekad untuk memiliki Ain untuk dijadikan suri hidupnya. Linda pulak dia akan uruskan.

————————————————–

17
Razis tidak tahu kenapa dirinya pelik, selama ini dia jarang untuk melayani lagu-lagu nostalgia, tapi hari ini Razis khusyuk menghayati lagu ‘Di Pintu Mahligai’ nyanyian kumpulan Iklim.

Di dalam kesunyian, ku rasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan, tapi tak terluah dengan perkataam
Tika fajar menyinsing ku tutup sinar kasih dari matamu
Terkadang terasing, aku menanti singkapan tabir cinta
Aku menanti saat menjadi nyata
Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untukku telan
Walaupun pedih sanggup ku tahan
Kan ku relakannya……
Puteri di pintu mahligai
Ku lihat kan dia melambai
Walaupun jauh tapi jelas, jiwa ku menyentuh jiwamu
Puteri di pintu mahligai…..
Nyatakan segala impian, sambutlah tangan, sambutlah semoga terlepas Segala seksaan
Dengan sayap impian ingin terbang ke sana
Membawa cinta ke pentas dunia
Apa jua milikmu, ku tahu hanya untukmu….
Razis menghayati setiap bait lagu itu, dia merasakan senikata lagu itu ada sedikit tempiasnya terhadap situasinya sekarang. Razis bertekad untuk melepaskan Ain demi kebahagian Zafriel. Razis mengerti menyintai seseorang tak semestinya memiliki, dan jika kita memilikinya tak semesti itu milik abadi. Jika cintanya memerlukan pengorbanan dia akan berkorban kerana jika cintanya itu bahagia dia pasti turut merasai tempias kebahagian itu. Lamunan Razis tersekat apabila dirinya disergah oleh Zafriel.
“Zaf, boleh tak kau tolong aku buat yang terakhir kalinya?”.
“Tolong apa Zif?”.
“Tolong jangan sergah aku macam tadi, kalau aku meninggal di sini macam mana?”.
“Ok, aku minta maaf. Tapi Zif, kau tak boleh pergi dulu daripada aku?”.
“Kenapa pulak, maut ditentukan oleh Allah, kita tak boleh halang kalau itu sudah kehendakNya”.
“Aku tahu, tapi InsyaAllah aku yang akan pergi dulu dari kau”.
“Dahlah, kita tukar topik je. Kenapa kau datang kat bilik aku pagi-pagi ni?”.
“Tak ada yang penting pun, Cuma aku nak bagitahu kau yang aku dengan Ain dah jadi kawan”.
Razis terkejut mendengar pengakuan sahabatnya itu, dalam masa satu hari je mereka berdua boleh jadi kawan, berlainan pula dengannya yang sudah bertahun-tahun mengenali Ain masih tak bertegur sapa.
“Amboi Zaf, cepat kau bertindak”.
“Tengok oranglah. Lagipun kau yang ajar aku”.
“Jadi kau tu anak murid akulah ye?”.
“Macam tulah kot”.
“Kalau macam ni, kau ada peluang pikat dia”.
“Betul ke Zif?”.
“Aku teka je, kau usahalah lebih sikit”.
“Kalau macam tu aku keluar dululah, nak fikir cara nak tackle Ain”.
“Amboi… lupa kawanlah tu”. Sindir Razis.
“Bukan macam itulah, kau kan suruh aku usaha lebih, jadi dari sekarang aku kena bertindak, nanti kalau dibiarkan lama-lama melepas”.
Zafriel keluar dari bilik Razis dengan senyuman yang paling manis. Razis hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat sahabatnya itu. Razis tidak seperti orang lain yang akan bertindak jahat apabila mengetahui sahabat sendiri menyukai perempuan yang dia suka. Bukan kerana dayus, bukan kerana penakut, tapi Razis perlu menghormati setiap perasaan orang lain, kerana setiap manusia berhak untuk menyintai dan dicintai. Walaupun pada luaran, Razis seorang yang kuat namun, dia tidak sekuat itu. Hari-hari yang dilaluinya hanyalah berkat doanya supaya dijuahi oleh perasaan serta perbuatan yang buruk. Razis merasakan pengorbanan yang dia lakukan adalah betul, memandangkan hidupnya di dunia yang indah ini tidak akan lama. Razis tidak menyalahkan takdir, bahkan dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menatap keindahan bumi milik Tuhan. Razis mengimbau kembali saat dirinya diserang sakit. Walaupun sudah acap kali Razis merasa pening namun tidak diendahkan, Razis fikir itu hanya pening biasa tetapi, itu adalah pening yang akan menentukan hayatnya di dunia ini. Razis merahsiakan hal ini daripada pengetahuan ayah dan ibunya. Selagi terdaya Razis akan simpan penyakitnya itu kerana dia bimbang akan keadaan ayah dan ibunya yang tidak stabil. Razis teringat perbualannya dengan Dr. Hafiz yang juga merupakan kawan lamanya.

———————————–

Advertisements

2 Respons

  1. errmmm….syokk!!!

    crite dh mule nmpk konflik yg akan timbul..wlu samar2..tp sbagai pembace..sy rse nk tau ape penyakit si Razis…

    dn sy mule tertnye2..mcm mne hubungan zafriel dgn lina akan berakhir..adakah akn ade konflik dan ain akan turut terlibat..

    truskan mengarang…

  2. chayokkkkkk!!!!!!!!! ti,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: