Novel : Hadirmu cuma seketika 3

mamazie
rozie_mustafa@yahoo.com

bab 5

\’Baiklah semuanya. Mesyuarat kita setakat ini sahaja.\’

~~bersurai~~

Perlahan-lahan Sha melangkahksn kakinya menuju ke ruang biliknya sendiri.\’Sha, kenapa aku lihat muka kau ni semacam je?\’, ada masalah ke?\’.Sha tersentak mendengar kata-kata itu.\’Oh Sufian..engkau ni, terperanjat aku. Ermm..tak ada apa. Aku ok je sufian.\’ Apa lah yang mampun Sha beritahu pada Sufian rakan sekerjanya itu mengenai perasaan yang bercelaru, bila Sha terfikir tentang Yuz. \’Ermm…tak apa la Sha, kiranya kau tak mahu berkongsi masalah dengan aku…lalu Sufian pun berlalu. Apa lah daya Sha untuk menceritakan hal tentang perasaannya itu. Bagi Sha, hanya Yuz saja yang mengerti. Sambil dari jauh Sha memerhatikan gelagat Sufian, semacam kurang senang dan raut wajahnya menampakkan kurang memuaskan hati Sha. \’biarlah..\’ dalam hati Sha berkata-kata.

Nada dering Sha berbunyi. \’Assalamualaikum Sha\’..sedalam-dalam nafas Sha di tariknya. \’Waalaikumusalam Yuz..\’Sha, dan habis meeting ke? Dah Yuz. Baru saja selesai. Sha, sekarang ni dah pukul 12:30 tengahari kan?. Ermm..betul..kenapa Yuz? Sha tak pergi lunch ke?. Sha tak ada selera la Yuz. Kenape?\’~diam~

Dalam hati Sha, patut ke Sha inginmenceritakan hal yang didengar oleh Sofia mengenai status Yuz. Dan mulalah di mata Sha berkaca…\’Sha, kenapa diam? Tak Yuz, Sha tak rasa lapar. Lagipun Sha dah sarapan tadi. Masih kenyang lagi. Ermm…bagus la camtu Sha. Sarapan tu pun penting juga. Janji Sha makan ok. Ok Yuz..\’

\’Sha, pagi tadi, Sha ada kata pada Yuz, tentang ada seperkara yang Sha nak ceritakan pada Yuz, apa dia?\’Ermm..dalam hati Sha mengatakan\”haruskah aku mencerikannya?\”.. Dengan satu keluhan yang kurang menyenangkan hati Yuz, dengan nada yang membimbangkan, Yuz cuba bertanya lagi, \”Sha, please…tolong bagi tahu pada Yuz..apa sebenarnya yang sedang Sha fikirkan. Adakah ini mengenai kita? Atau ada perkara lain?..Sha, tolong jangan buat Yuz tertunggu-tunggu.\’dengan hati yang berdebar-debar, terus Sha menanyakan soalan yang pertama pada Yuz. \”Yuz sayang Sha?\”..Sayang Sha..kenapa Sha? Sha tak mampu menjawab soalan Yuz tu. \”Adakah Yuz ada pilihan yang lain?\”..terdiam seketika..\”Yuz..Sha bertanya ni..tolong jawab jujur dengan Sha. Selama ni, bagi Sha hanya Yuz segalanya yang ada dalam hati Sha. Dan tolong beritahu dengan sejujur hati Yuz. Lagipun kita baru tujuh (7) bulan mengenali, tapi bagi Sha, semacam telah bertahun-tahun Sha mengenali Yuz. Sedikitpun Sha tak pernah berkata tidak jujur pada Yuz.\’ Sekejap mata Sha berkaca..tak mampu Sha meneruskan kata-kata itu lagi..

~~~terdiam~~

\’Sha, pertama sekali bila Yuz melihat Sha di laman web RC, Yuz rasa Yuz mempu berkongsi suka dan duka dengan Sha. Dari perlihatan Yuz, dan perasaan Yuz mengatakan yang Sha adalah milik Yuz seadanya. Sha, selama tujuh bulan perhubungan kita, Sha tak pernah menanyakan pada Yuz tentang status Yuz. Dan silap Yuz, tak pernah menceritakan latar belakang Yuz pada Sha. Yuz tak menyalahkan Sha. Yuz tahu Sha jujur pada Yuz, dan menceritakan status Sha pada Yuz. Maafkan Yuz. Sha, Jodoh dan pertemuan Allah yang menentukan.\’ Airmata Sha mulai jatuh membasahi pipinya. Sha hanya mampu diam mendengar penjelasan satu persatu dari Yuz. \’Sha, mungkin Allah tu menemukan kita dengan seseorang yang salah. Tapi kita tak boleh menghalang kehendaknya menemukan jodoh diantara kita. Allah tahu dan Allah maha menguji diri kita, kejujuran kita. Dan tanpa disedar, dalam perhubungan suami isteri, seseorang itu menemui cinta sebenarnya cinta atas nama Allah dan kerestuan olehNYa.

\’Sha, maafkan Yuz. Yuz tahu, Sha seorang yang tabah. Sebenarnya memang Yuz telah berumahtangga\’..Airmata Sha yang perlahan tadi, dengan begitu deras mengalir tanpa sebarang kata. Sebak yang begitu sangat didada Sha membuatkan dia terdiam seribu bahasa. \’Sha, dengar sini sayang..Yuz rasa gembira bila dapat mengenali diri Sha. Sha punyai sifat seorang wanita yang selama ini Yuz cari. Tapi ketentuan Allah menguji seadanya. Yuz pasrah dan bersyukur seadanya. Yang mampu Yuz katakan pada Sha, Yuz kurang bahagia bersama sidia( isteri yuz)\”..kami berkahwin tanpa cinta Sha. Antara keluarga, dan ini adalah pilihan keluarga. Yuz terpaksa turuti kehendak kedua-dua ibubapa Yuz. Maafkan Yuz. Yuz tahu, Sha benar-benar terluka sekarang. Sha, Yuz sayang dan cintakan Sha. Berilah Yuz peluang Sha.

\’Yuz…\’ dengan suara yang sekejap-kejap kurang jelas, Sha berkata \”Yuz, memang Sha sayang dan cintakan Yuz, kiranya Yuz adalah Yuz.\’ Apa maksud Sha?, Sha terdiam sambil mengilap airmatanya yang tanpa dia sedar, Sufian tengah memerhatikanya dari jauh. \’Yuz, mungkin Cinta dan sayang Sha pada Yuz, hanya setakat ini saja. Yuz, Sha tak mahu mengecewakan hati seorang insan yang setaraf dan sejantina dengan Sha. Sha faham perasaan seorang wanita, bila kekasihnya tak setia. Yuz, biarlah skali lagi Sha korbankan kasih dan sayang Sha pada insan yang bergelar \’Lelaki\’. Sha tak mampu lagi mendengar penjelasan Yuz. Yuz, Cinta memerlukan pengorbanan. Insya\’Allah, kalau Allah berkehendakkan seseorang insan yang sentiasa bersyukur dengan kurniannya, Sha yakin kita akan bertemu. Yuz, terima lah dia seadanya. Lupakan Sha dimata Yuz. Sha tak mampu lagi menyintai diri Yuz. Sha mengalah bukan kerana Sha kecewa dengan Yuz. Sha redha dengan ketentuan Allah. Sha yakin, mungkin ini takdirnya dan yakin ada hikmah disebalik semua perkara. Yuz, belajarlah setia pada yang satu. Walaupun bukan itu cinta yang Yuz perlukan, tapi hakikatnya itulah Jodoh Yuz dengan dia (isteri yuz).

\’Jaga dirimu baik-baik Yuz.\’ Kalau dipanjangkan umur, dan ada jodoh diantara kita, Insya\’Allah kita akan dipertemukan juga.\’ Sha menamatkan panggilan dari Yuz itu. Walaupun terdengar suara Yuz memanggil nama Sha. Tapi Sha terus mematikan talian tersebut. Tak ada gunakan Sha ingin menyakiti hati orang lain hanya kerna Cintanya pada seorang yang telahpun berpunya.\”maafkan Sha Yuz…\” tertunduk Sha dimejanya, menanggis tanpa hentinya. Sambil yang memerhatikan tadi tanpa menghiraukan pekerja yang lain, terus masuk ke dalam bilik Sha. \”Sha, are you ok?\” ..tanpa berpatah perkataan, Sha hanya mampu tertunduk dan berkata pada sufian, \”Biarkan Sha sendiri\”.. tanpa balasan, Sufian terus keluar dan perlahan-lahan kakinya melangkah pergi, dan memerhatikan Sha.

\”Yuz, mengapa kau hadir dalam hidupku..?? mengapa aku tak mampu melupakan mu? Yuz, aku doakan agar kau sejahtera di sana bersama sidia.\” itulah suara hati dari Sha untuk Yuz.

Bab 6.

Sha meluncur laju membawa kereta menuju ke sebuah tempat. Di bawah pokok yang rimbun, dan ada bangku dibawanya pohon itu, Sha duduk sendirian, dimana tempat pertama Sha menemui Yuz. Lama juga Sha duduk disitu. Sekali lagi matanya berkaca. mengingatnya saat-saat indah dan kata-kata yang mencuit hati Sha. Dengan suara yang sayup-sayup kedengaran, Sha mengatakan sendiri..\”Mengapa Hadirmu cuma seketika..?\” lalu Sha pun berlalu pergi.

Sudah hampir lima (5) bulan Sha menyepikan diri. Yang Sha tahu hanya Kerja dan terus kerja. Dan sekarang Sha cuba sibukkan diri, mengajar kelas malam. Tanpa Sha sedari, ada insan yang sedang tenat dengan Cinta. Bukan niat Sha ingin melukakan hati Yuz. tAPI Sha terpaksa mengalah, hanya kerna Sha tak mahu orang lain kecewa. Apatah lagi ingin merampas kasih sayang dari seseorang.

\”Assalamualaikum..
\”Waalaikumusalam..
\”Adakah ini rumah Sharifah?, ye..tapi boleh saya tahu, ini siapa? perlahan-lahan Sha berjalan kemuka pintu hadapan. \”Saya, ibu kepada Yuzri.\”, terkejut bila Sha mendengar kata-kata itu. Di fikirannya tertanya-tanya, mengapa Yuz menyuruh ibunya datang kerumahnya.

\”Adkah ini Sha? iye makcik..sila lah masuk dahulu.\” mereka pun masuk ke dalam rumah Sha. Dan sementara Sha menjamukan minuman petang buat tetamunya itu. \” Sha, mari duduk sekejap, suara yang sudah berumur itu memanggil Sha, dengan begitu lembut sekali. Lalu Sha pun tertuduk diam sahaja, tanpa berkata-kata.

\”Perlahan-lahan tangan ibu Yuz, membelai wajah Sha itu, dan berkata, benar kata Yuz, Sha adalah seorang yang cantik dan berbudi bahasa.\” Sha, Yuz banyak menceritakan hal Sha pada makcik. Pada mulanya makcik tidak begitu suka dengan cerita yang tiapkali diceritakan pada makcik, nama Sha tak pernah Yuz lupakan. Tapi makcik sendiri tak tahu, siapa gadis yang diceritakan itu.

\”Sha, masa Yuz menceritakan hal Sha pada makcik untuk kali yang terkahir…..\”…ibu Yuz tak mampu untuk meneruskan kata-kata itu. Di hukurkan selipat kertas buat Sha. dengan hati yang berkata-kata, perlahan-lahan Sha membukanya dan membaca isi nota itu.

\”Ibu, Yuz pohon ampun dan maaf dengan apa yang bakal ibu baca nanti akan menguriskan hati ibu. Selama ini Yuz tidak pernah meminta apa-apa dari ibu, melainkan sekarang ini Yuz telahpun berjumpa dengan insan yang benar-benar mulia dipandangan Yuz. Ibu, Yuz terlalu sayangkan \”dia\” (Sha), Yuz tak mahu siapa-siapa merampasnya dari Yuz. Yuz akan mengahwininya Ibu. Dan ibu tolong beritahu hal ini kepada Sha dialamat yang tertera di bawah ini. Yuz akan mengahwini hanya dia seorang. Dan ibu tolong katakan pada nya yang apa yang telah Yuz, terangkan pada nya dulu mengenai Staus Yuz, semuanya dusta. Yuz akan balik dalam tempoh terdekat ini. Yuz nak jumpa dia dan menghantar rombongan pada dia bu. Janji ibu mesti pergi cakapkan pada Sha dulu ok.\”

Setalah habis Sha membaca surat tersebut, secara tak sengaja, airmatanya jatuh berderai lagi. dalam hatinya berkata, mengapa dia sendiri tidak mahu berterus terang. \”Sha, maafkan makcik. Sebenarnya,….sekali lagi ibu Yuz terdiam. Sha, makcik yang bersalah dalam perkara ni, makcik dan bohong padanya yang makcik telahpun berjumpa dengan Sha. Ini kerna, makcik tak mahu dia pilih gadis yang lain. Sebenar Yuz telahpun bertunang Sha, tapi belum berkahwin lagi. Sha, maafkan makcik. Yuz memang sayangkan Sha. Sekalipun dia tidak pernah menceritakan hal tunangnya..

~~~bersambung…

Satu Respons

  1. Nice story. Bl nak sambung lg?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: