Novel : Kenangan lalu 6

hayati
hay86_animax@yahoo.com

18
“Zif, kenapa kau tak datang buat pemeriksaan awal-awal lagi”.
“Kenapa aku kena buat pemeriksaan awal-awal? Aku rasa aku pening biasa je”.
“Kau gila ! ini bukan pening biasa Zif, ini barah otak !”.
Bagaikan dihempap sesuatu yang besar apabila mendengar perkataan ‘barah otak’ yang terpacul keluar dari mulut sahabatnya itu. Razis bagaikan ingin pengsan namun sebagai seorang lelaki dia harus kuat dan terima kenyataan itu dengan kesabaran.
“Fiz, aku nak kau tolong aku?”.
“Apa ? kau cakap je Insya Allah aku akan tolong kau”.
“Aku nak kau rahsiakan tentang penyakit aku daripada pengetahuan keluarga aku, aku tak nak mereka pulak yang sakit bila dapat tahu”.
“Baiklah Zif, aku akan tolong kau”.
“Zif, kau tenangkan diri kau dulu, jangan buat perkara karut pulak”.
“Amboi… kau ingat aku dah tak waras ke?”.
“Aku gurau je, aku tahu kau kuat, sebelum aku lupa kalau kau rasa sakit jangan lupa datang buat pemeriksaan, jangan biar macam tu je”.
“Baik bos ! perintah di junjung”.
“Aku serius, kau buat lawak pulak”.
“Kita hidup kenalah enjoy”.
“Tapi jangan sampai lupa jaga kesihatan kau tu”.
Itulah kata-kata terakhir yang masih segar sampai hari ini. Razis hanya redha dan tawakkal.
Sejak dari kejadian itu, Razis bertekad Ingin menyatukan sahabatnya andai Ain itu teman hidupnya, Razis akan tolong sedaya yang termampu. Mungkin dengan cara ini, dia dapat membalas segala budi yang Zafriel curahkan untuknya hingga dia mengecapi kejayaan sehingga hari ini. Razis teringat kembali saat-saat dia dalam kesusuahan. Nasibnya baik kerana berjumpa dengan Zafriel. Razis tahu masa depannya gelap selepas dia dibuang sekolah akibat bergaduh. Sejak kejadian itu, dia bertekad untuk hidup berdikari dan membantu keluarganya. Selepas di buang sekolah, Razis ke Kuala Lumpur menumpang di rumah abangnya. Razis memulakan hidup barunya di sana dengan belajar di kolej swasta bertemankan keputusan SPM. Demi tidak ingin menyusahkan abangnya, Razis mencari kerja. Setelah mendapat pekerjaan di sebuah stesen minyak, sedikit-sebanyak dapat membantu dia membayar yuran pengajiannya. Oleh sebab bakat Razis terserlah dalam bidang lukisan, Razis mengambil kursus architectural. Di situlah, dia berjumpa dengan Zafriel yang ketika itu merupakan senior dalam bidang yang sama. Walaupun Zafriel adalah senior namun mereka merupakan kawan baik, benarlah kata pepatah, ‘ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian’. Sejak dari itu hubungan mereka makin akrab, sehinggakan kawan –kawan seperjuangan mereka menggelarkan mereka adik-beradik. Zafriel telah berjanji pada Razis akan menawarkan Razis pekerjaan apabila Razis tamat belajar. Janji itu terbukti hari ini apabila Razis mendapat pekerjaan itu. Razis merasakan pengobanan sahabatnya itu terlalu besar buatnya.

——————————————

19
Setelah menyiapkan kerjanya di rumah itu, Ain tekad untuk ke rumah Razis untuk mengucapkan terima kasih atas pertolongan Razis itu. Ain merasa sedikit berdebar, dia tidak tahu untuk berkata, dia rasa dia keadaan sekeliling menjadi kaku apabila berada di hadapan orang asing itu.
Sementara Razis pula tidak sabar untuk pulang, Razis dapat rasakan sesuatu yang aneh pada dirinya. Tidak pernah dialaminya selama ini. Petang itu Razis memandu laju, lupa akan keselamatannya. Sampai sahaja di rumah, semakin kuat debaran yang dia rasai. Razis cepat-cepat keluar dari perut kereta Hondanya untuk mengetahui maksud debaran itu, adakah sesuatu berlaku pada ayah atau ibunya. Sampai sahaja di muka pintu, langkah Razis tiba-tiba mati, kaku, Razis hampir pengsan melihat sekujur tubuh yang amat dicintainya selama ini. Tetapi Razis cepat-cepat hapuskan perasaan itu dan cuba buat seperti biasa. Ain yang melihat Razis di hadapannya hanya mampu melemparkan sekuntum senyuman yang selama ini di rindui oleh Razis.
“Awal hari ni kau balik, Jis?”. Soal ibunya yang duduk sebelah Ain.
“Tak ada kerja, mak”. Razis jawab dengan ringkas cuba untuk menenangkan dirinya.
“Kebetulan Jis, Ain datang ni nak jumpa Jis”.
“ Macam tu ke? Nasib baik Ajis sampai awal, kalau tak mesti Ain tunggu lagi lama”. Razis cuba buat lawak yang tak lawak.
Ain hanya mampu tersenyum, Mak Limah meninggalkan Razis dengan Ain di ruang tamu untuk mereka berbincang. Ain berlagak selamba walaupun dalam hatinya bagaikan hendak pecah. Ain harus bertahan untuk menunaikan janjinya pada kakak iparnya itu. Razis mengambil tempat duduk bertentangan dengan Ain. Inilah satu-satunya peluang untuk dia menatap sepuasnya wajah polos milik Ain. Walaupun Ain tidak selesa diperhatikan sebegitu namun dia terpaksa akur. Mereka masing-masing diam, tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari bibir mereka, kelihatan seperti bibir mereka berdua masing-masing dipenuhi dengan emas. Akhirnya sebagai seorang lelaki Razis memulakan langkah.
“Ada apa Ain datang?”.
“Ada masalah lagi ke?”. Sambung Razis.
“Bukan, semua dah okey”. Ain terketar-ketar.
“Habis tu?”.
“Emmm…. Macam ni, Ain datang sini nak ucap terima kasih pada Razis sebab tolong Ain hari tu”.
“Ohhh…. Sebab tu ke? Buat susahkan Ain jer, datang jauh-jauh hanya nak ucap terima kasih”.
“Tak susah pun, kebetulan Ain nak balik ke rumah, alang-alang dah lalu jalan yang sama singgah aje la”.
Mereka kembali senyap, masing-masing kehilangan kata-kata, buntu, hanya ditemani bunyi cengkerik yang menemani mereka ibarat irama lagu yang cuba menenangkan hati yang gundah dan sekaligus dapat menghiburkan mereka. Razis tidak tahu apa lagi yang harus dibualkan, walaupun pada hakikatnya begitu banyak perkara yang ingin dia ketahui pasal Ain, namun hasrat itu hanya mampu terluah dalam fantasinya sendiri. Sementara, Ain pula semakin merasa tidak selesa. Ain buat keputusan untuk berlalu dahulu setelah apa yang ingin diucapkan terucap walaupun dalam keadaan yang tidak selesa.
“ Kalau tak ada apa –apa lagi, Ain minta izin untuk pulang dululah ”.
Razis serba salah, untuk menghalang apakan dayanya, siapalah dirinya tapi untuk dilepaskan pergi terasa seolah-olah dia akan kehilangan Ain. Namun, dari sekarang dia harus belajar terima saat-saat kehilangan itu.
“ Ain nak balik terus atau singgah rumah Hafiszul dulu ?”.
“ Tak tahu lagi, mungkin singgah sana dulu sebab ada hal sikit ”.
“ Kalau Ain tak kisah bolehlah Razis hantar ”.
“ Eh, tak apalah, lagipun rumah tu tak jauh ”
“Kalau macam tu tak apalah, Razis tak kisah”.
“ okeylah, Ain pulang dulu, terima kasih sebab tolong Ain ”.
Razis tidak mampu untuk berkata hanya anggukan yang menyahut ucapan terima kasih itu. Razis menghantar bayangan Ain dengan calar di hati. Setelah bayangan Ain hilang dari pandangan, Razis cepat-cepat lenyapkan bayangan itu dari fikirannya, dia bimbang dia akan bertindak luar kawalan dan memungkirkan janjinya pada Zafriel. Setelah mendapati dirinya kepenatan Razis berjalan menuju ke bilik, dengan perlahan-lahan dia membuka daun pintu dan merebahkan dirinya di tilam yang usang ibarat dirinya yang hanya tinggal saat-saat akhir untuk merasa indah dunia ciptaan Illahi. Razis mengelamun mengenangkan nasibnya.

————————–

20
Zafriel tersenyum sendirian mengenangkan Ain, masih subur dalam ingatannya kelembutan dan kelincahan Ain. Namun sebagai lelaki yang terlebih dahulu bercinta dengan Linda, Zafriel sebenarnya buntu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelak dari berlaku kekecohan antara dia dengan Linda.
“ Macam mana nak bagitahu Linda hal sebenar, dia berharap sangat pada aku? Tapi ikhlaskah dia menyayangi aku selama ini? Atau dia hanya inginkan harta aku? Atau mungkin juga dia memang ikhlas pada aku? Kalau begitu akulah yang menghancurkan perasaan dia. Aku tak tahu apa yang berlaku pada aku? Kenapa aku bertemu dengan gadis yang selembut Ain? Kenapa aku perlu memutuskan hubungan aku yang sudah genap 2 tahun semata-mata hanya kerana dia? Kalau dia tak terima aku, macam mana ? ” zafriel keliru, buntu, tak tahu apa yang patut dia lakukan. Biar masa yang jadi penentu. Akhirnya Zafriel lena dalam kebuntuan.

———————-
** ada juga boleh terus berhubung dan memberi komen kepada penulis novel bersiri “kenangan lalu” melalui email : hay86_animax@yahoo.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: