Novel : Kenangan lalu 8

hayati
hay86_animax@yahoo.com

23
Razis terasa berat untuk bangun pagi itu bagaikan dirinya dihempap batu yang besar. Badannya terasa lemah, Razis bertekad untuk memohon cuti. Razis mencapai handphonenya yang berada di tepinya,lalu mendail nombor Zafriel.
“Hello, Zaf. Maafkan aku, hari ini aku tak boleh pergi kerjalah, aku nak mohon cuti, ada hal sikit”. Razis tidak berterus terang yang dia sakit. Namun Zafriel dapat mendengari suara Razis yang lemah itu.
“Kau kenapa Zif? Sakit?”. Tanya Zafriel
“Aku selsema sikit”.
“Kalau macam tu, aku bagi kau cuti. Tapi jangan lupa pergi klinik jangan nak cuti lama-lama pulak kita banyak kerja lagi nak kena siapkan”.
“Terima kasih”. Razis mengakhiri perbualan mereka dalam telefon. Razis menguatkan dirinya untuk bersiap untuk berjumpa dengan Hafiz. Kedua ibubapanya tidak mengesyaki sebarang perubahan terhadap anaknya itu. Sungguh pandai Razis menutup sakit yang dihadapinya.
“Hah ! Ajis tak kerja ke hari ni?” Tanya ibunya, yang nampak kelibat Razis yang baru keluar dari bilik bujangnya.
“Tak mak, Ajis nak jumpa kawan kat Bandar sekejap, ada hal sikit nak bincang”. Tipu Razis. Baginya inilah satu-satu cara untuk tidak membimbangkan ibunya. Biarlah dia berdosa daripada melihat ibunya sakit apabila mendengar keadaan yang dihadapinya.
“ Kalau macam tu, bawa kereta tu elok-elok sikit”.
“ Baiklah mak, Ajis pergi dulu ”. Pinta Razis sambil tangannya bersalaman dengan ibunya.
Razis berhati-hati menuruni anak tangga dan menahan sakit yang makin terasa di kepalanya. Razis membuka daun pintu keretanya lalu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya. Sampai sahaja di hospital pakar Perdana Kota Bharu, Razis cepat-cepat keluar dari perut kereta menuju ke bilik Dr.Hafiz. Razis mengetuk daun pintu Dr. Hafiz.
“ Masuk ”. Kata Hafiz tanpa mengetahui siapa di luar. Razis menjengukkan kepalanya sebelum masuk. Hafiz sedikit terkejut.
“ Kau rupanya Zis? Aku ingatkan siapa tadi. Kenapa kau terjenguk-jenguk, masuk jelah .” Pelawa Dr. Hafiz.
Razis tanpa membuang masa memberitahu keadaannya kepada Hafiz.
“ Fiz, kau kena tolong aku, aku sakit sangat ”.
“ Kenapa ni Zis? Kau tak makan ke ubat yang aku bagi? ”
“ ubat tu dah habis dua tiga hari yang lepas ”.
“ Ya Allah? ” Hafiz terkejut
“ Kau jangan main-main Zis! Kenapa kau tak datang masa ubat kau dah habis, berapa kali aku dah bagitahu kau, ni bahaya Zis ”. Sambung Hafiz yang bimbang akan keadaan sahabatnya itu.
“ Aku tak sengaja Fiz ”.
“ Macam ni, aku terpaksa buat pemeriksaan X-ray di bahagian kepala kau, kalau terpaksa aku tahan kau untuk beberapa hari ”. Hafiz memberi penerangan kepada Razis.
“ Tapi macam mana aku nak bagi alasan kepada ibu bapa aku? ” Tanya Razis yang bimbang rahsianya akan diketahui oleh ibu bapanya.
“ Kau bagilah apa-apa alasan yang ibu bapa kau tak akan syaki kau ”. Hafiz memberi cadangan.
Setelah tiada sebarang kemusykilan, Dr.Hafiz mengarahkan seorang jururawat untuk menyediakan peralatan untuk X-ray. Pemeriksaan itu dijalankan. Sementara menunggu keputusan X-ray itu siap, Hafiz menahan Razis untuk beberapa hari bagi memeriksa Razis. Razis terpaksa mencari alasan untuk memberitahu ibu bapanya tentang ketidakpulangannya. Razis terus mencapai telefon bimbitnya dan terus mendail nombor telefon rumahnya. Razis berdebar-debar untuk bercakap dengan ibunya, Razis berharap sangat yang ibunya tidak akan tahu tentang penipuannya.
“Assalamualaikum…”. Razis memberi salam.
“Waailaikummussalam… Razis ke?” Tanya ibunya.
“Ha’ah. Mak macam ni, Ajis tak dapat balik rumah dua tiga hari ni, ada hal sikit”.
“ Hal apa pula Jis?”
“Kawan Jis, dia nak suruh Jis temankan dia, Razis dah suruh dia tinggal di rumah kita, tapi dia tak nak. Dia tak nak susahkan kita”. Razis berharap agar ibunya percaya akan kata-katanya itu.
“ Emmm.. kalau dah begitu katanya, apalah yang kita nak buat. Tapi Jis tu jaga diri elok-elok ”.
“ Baiklah mak, mak pun. Terima kasih mak ”. Razis gembira dan bersyukur kerana ibunya tidak mengsyaki apa-apa perubahan terhadap dirinya. Razis gembira dan bersyukur kerana penipuannya berjaya, dia rela terima dosa daripada melihat ibunya menderita sakit apabila mengetahui keadaannya yang sebenar. Hafiz yang dari tadi menunggu masa yang sesuai untuk mengajak Razis ke bilik untuk memeriksa keadaan Razis yang selanjutnya. Sementara menunggu keputusan X-ray, Razis direhatkan di bilik khas untuk Hafiz membuat pemerhatian yang selanjutnya bagi menjamin keselamatan Razis.
“ Macam mana keadaan aku, Fiz? ”.
“ Insya Allah, kau akan selamat. Kita berdoa aje, lagipun aku tak boleh bagitahu yang selebihnya selagi kita tak terima keputusan X-ray itu ”. Terang Hafiz.
“ Kau rehatlah Zis, nanti kalau ada apa-apa kau panggil aku ”. Sambung Hafiz.
Hafiz meninggalkan Razis untuk memberi peluang kepada Razis merehatkan diri. Sejak kejadian itu, Razis tahu hidupnya tidak lama. Tapi dia tidak akan berserah begitu sahaja, banyak lagi perkara yang perlu dia uruskan.
“ Aku masih lagi berhutang dengan Zafriel, aku mesti selesaikannya dahulu ”. Monolog Razis sambil teringatkan janjinya pada dirinya sendiri yang akan menyatukan Zafreil dengan Ain.

———————-

24
Keputusan X-ray sudah berada ditangan Dr.Hafiz, hanya menunggu masa yang sesuai untuk ditunjukkan kepada Razis. Dr. Hafiz bertekad walau apa pun yang berlaku dia harus memberitahu keputusan X-ray yang baru diterimanya. Hafiz berjalan perlahan menuju ke bilik Razis. Daun pintu dikuak perlahan, dan didapati Razis masih lagi lena. Hafiz mengundurkan diri untuk seketika tidak mahu mengganggu sahabatnya rehat. Hafiz kesian melihatkan keadaan sahabatnya, dia tidak menyangka penyakit ini akan menimpa sahabatnya yang selalu menolong orang dan selalu menceriakan apapun suasana dan disenangi ramai.
“ Zis, kenapa semua ini berlaku pada kau?” kesal Hafiz. Namun semua yang berlaku ini pasti ada hikmah sebaliknya. Setiap yang ditentukan oleh Dia pasti tersirat sesuatu yang tidak dijangka oleh kita umat yang biasa. Selepas ditinggalkan, beberapa minit kemudian, Razis tersedar. Razis merasakan dirinya kembali sihat dan tidak lagi sakit seperti sebelumnya. Razis bersyukur dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Razis cuba kuatkan diri untuk berjumpa dengan Hafiz. Pintu Hafiz diketuk.
“ Hah! Zis, kau rupanya? Kenapa? ”Tanya Hafiz yang memang dah tahu niat Razis ke biliknya.
“ Aku nak tahu pasal keputusan X-ray. ”
“ Oh, pasal tu. Apa-apa hal pun kau duduklah dulu. ”
“ Em..”. Razis menarik keluar kerusi untuk duduk.
“ Macam ni Zis, keputusan X-ray memang dah keluar, tadi aku nak beritahu kau tapi kau tidur jadi aku tak naklah ganggu kawan aku nyenyak tidurkan? ”
“ Terima kasih, aku tahu kau baik dengan aku, Fiz. Tapi kali ni, aku nak kau berterus terang dengan aku. ”Razis merayu kepada Hafiz.
“ Baiklah Zis ”.
Hafiz berterus terang kepada Razis tentang keadaan sebenar Razis. Razis tabah mendengar sambil dalam hatinya bersyukur dan berdoa supaya dia sempat untuk melakukan apa yang tertinggal selama ini. Setelah mendengar keputusan itu, Razis meminta izin untuk berehat di dalam biliknya. Hafiz yang memahami keadaan sahabatnya itu hanya mengangguk tanda memberi izin.

—————

25
Peristiwa semalam menyebabkan Linda dan Zafriel masih saling tidak bertegur sapa. Keadaan ini menjadikan Linda serba salah. Dia tidak senang melihat keadaannya bersama Zafriel yang kelihatan seperti orang asing padahal hubungan mereka sudah 2 tahun bertahan. Linda bertekad untuk meminta maaf diatas kesalahannya yang bercakap kasar dengan Ain. Linda berharap sikap mengalahnya itu dapat mengembalikan kejernihan hubungannya dengan Zafriel.Linda berada di rumah sepanjang hari menunggu kepulangan Zafriel dari kerja supaya senang baginya untuk meminta maaf. Linda melihat jam ditangannya yang menunjukkan sudah pukul 6:00 petang. Linda bimbang kenapa Zafriel masih tidak pulang.
“Mana Zafriel ni ? kenapa tak pulang lagi ?”. rungut Linda. Linda tetap menunggu kepulangan Zafriel sehingga tertidur di atas sofa. Tidak berapa lama selepas itu, kelibat Zafriel mula kelihatan di perkarangan rumahnya. Zafriel terkejut apabila melihat sekujur tubuh yang lena dibuai mimpi.
“Linda !” bisik Zafriel.
“Kenapa dia tidur di sini?” Zafriel kebingungan.
Zafriel kasihankan keadaan Linda yang terbaring di atas sofa terus mengejutkan Linda. Linda tersedar.
“Kenapa tidur sini?”
“Lin tunggu Abang tadi”.
“Kenapa?”
“Lin nak minta maaf pasal semalam. Lin tahu Lin berkasar pada abang.”
“Tak apa, abang dah lupakan”. Dahlah pergi mandi dah bau semacam dah”. Gurau Zafriel.
Tercalit sekuntum senyuman yang tak dapat disembunyikan oleh Linda kerana sangat gembira dengan kemaafan yang diberikan oleh Zafriel.Zafriel berasa bingung dengan sikapnya yang memaafkan Linda padahal sebelum ini dia begitu marah pada Linda. Mungkin dengan mengenali Ain dia lebih bersikap pemaaf. Kehadiran Ain telah banyak mengubah cara hidup
Ain termenung,dalam benaknya tiba-tiba muncul wajah naļf milik Zafriel. Ain tersentak. Pelik sekali lagi wajah itu yang muncul. Ain cuba melarikan wajah itu dari benaknya. Namun, makin cuba untuk manghindar semakin dekat ia menghantui.
“ Kenapa??????????” .
“Kenapa dia? Lupakan dia, Ain!!!!!! Dia milik Linda. Kau tu siapa? Tak layak untuk dia.. sedar diri tu sikit.” Satu suara halus melarang Ain mengingati Zafriel. Nurul Ain bangkit dari kerusi terus menuju ke bilik air untuk mencuci muka, supaya sedar dari lamunannya. Tak sanggup dia mengenang bayangan Zafriel yang muncul secara tiba-tiba tu. Baginya bayangan itu akan membuatkan dia sedih dan tak bermaya. Selama ini dia tidak pernah berperasaan begitu. Semua ini adalah baru bagi dirinya. Terasa berat untuk ditanggung. Lebih berat dari masalah yang dia alami selama ini. Ain sedar dia harus kuat untuk menempuhi hari yang seterusnya, hari yang dia akan berhadapan dengan Zafriel. Hari- hari sedihnya. Harap-harap perasaannya itu tidak dapat di kesan oleh sesiapa pun. Biar dia sahaja yang pendam. Siap sahaja membasuh muka Ain menghampar sejadah untuk menunaikan suruhan Allah. Hanya pada Dia Ain mampu mengadu dan mententeramkan hatinya yang gelisah itu. Hanya selepas itu Ain akan berasa tenang.

26
Seperti biasa Ain akan meneruskan kerjanya sebagai pembantu rumah. Sementara Zafriel pula bersiap untuk ke tapak projek. Linda masih lagi lena dibuai mimpi.
“Ain, hari ini awak tak payah masak”. Kata Zafriel kepada Ain. Ain hanya menyahut dengan anggukan. Tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya seolah-olah dia bisu.
“ Saya pergi dulu”. Sambung Zafriel.
Ain masih lagi diam. Hanya menyesoroti langkah-langkah Zafriel dengan hujung jelingannya.
Ain yang tidak mahu perasaannya menguasai dirinya cepat-cepat melepasi jelingannya dengan mengarahkan pandangannya ke ruang dapur yang setia menanti kehadirannya. Hanya di ruangan itu tempat dia meluahkan segala-gala perihal yang dirasakan selama bekerja dengan Zafriel. Ruangan itulah tempat dia termenung. Tempat dia mencurahkan mutiara jernih,dan tempat dia mengukir senyuman bersama angan-angan yang dia ciptakan sendiri. Ain kembali lagi ke ruangan itu yang menyambut kehadiarannya dengan senyuman. Linda yang masih di buai mimpi tersedar apabila jam loceng berbunyi untuk keberapa kali.linda terkejut apabila melihat jam loceng menunjukkan pukul 10.00 pagi. Dia terlupa untuk menghantar Zafriel ke pejabat.
“ kenapalah dengan aku ni? Asyik lupa je? “ rungut Linda seorangan. Namun, kesalannya hanya seketika sahaja. Apabila menyedari Zafriel sudah pergi kerja Linda sambung tidur semula.

Di pejabat, Zafreil hairan kerana setelah satu jam berada di sana kelibat Razis masih tidak kelihatan.
“ Amy, nampak En. Razis tak?”
“ Tak de, En. Zafriel.”
Zafreil kecewa dengan jawapan dari setiausahanya itu. Zafriel masih menunggu kedatangan Razis untuk sama-sama pergi ke tapak projek. Setelah setengah jam menunggu, kelibat Razis muncul, terpancar senyuman terukir di bibir Zafriel.
“ Aik, macam kerang busuk je?”
“ Ye lah aku ni kerang busuk, kau tu?”
“ Aku biasa je, mamat Handsome”.
“ kenapa ni?” Tanya Razis
“ Tak ada apa-apa, aku tunggu kau je”.
“ Opss.. maaf lah. Aku lupa janji kita”.
“ kenapa dengan kau ni Zis, asyik lupa je kebelakangan ni;”
“ Aku tak ada apa-apa lah. Macam biasa je”;
“ Kau cakap kau macam biasa? Aku rasa tak. Kau dah banyak berubah kebelakangan ini”.
“ Tak adalah”. Razis terus menerus menafikan kata-kata Zafriel.
“ Jom lah kita pergi, nanti lambat pulak sampai kat sana.” Tambah Razis yang takut rahsianya terbongkar. Razis meletakkan briefcasenya, lalu meninggalkan biliknya untuk ke tapak projek bersama-sama Zafriel. Dalam kereta masing-masing membisu. Namun, Razis yang tidak selesa berkeadaan begitu membuka bicara dengan bertanyakan Zafriel tentang dia dengan Nur Ain.
“ Zaf, macam mana kau dengan Nurul Ain?”
Zafreil terkejut mendengarkan pertanyaan yang tiba-tiba keluar dari mulut Razis.
“ Hah ! aku dengan Nurul Ain? Kenapa kau tanya aku macam tu?”
“ Yelah kau kan suka dengan dia, jadi apa perkembangan terbaru kau dengan dia?”
“ Ooo.. aku dengan Ain macam biasa je, macam aku dengan kau”.
Sekarang giliran Razis pula yang terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Zafreil.
“ Apa! Kau dengan Ain …. Macam kau dengan aku! Apa ni Zaf?”
“ Yelah, macam aku dengan kau, kawan”.
“ Kau kata kau nak pikat dia, takkan dah mengalah kot.” Perli Razis.
“ Bukan aku mengalah lah, tapi aku tak tahu nak mula macam mana.”
“ Macam tu ke?”
“ Erm..”
“ Kalau macam tu, aku pun tak boleh nak tolong.” Razis memalingkan mukanya ke arah Zafriel. Sama-sama saling berpandangan. Masing-masing tersenyum. Razis terus memandu kereta milik Zafreil menuju ke tapak projek. Tiba-tiba dalam kesunyian yang mereka cipta itu, Razis mencelah.
“ Hah! Aku ada satu idea”.
“ Apa lah kau ni Zis, terkejut aku’. Kata Zafreil kepada Razis sambil tangannyz mengurut dadanya yang terkejut tadi.
“Sorry lah, aku Cuma nak bagitahu idea aku kepada kau”.
“ Idea apanya?”
“ Idea untuk kau tackle Nurul Ain lah”. Razis berterus terang. Malas dia dengan sikap Zafreil yang banyak bertanya selagi dia tak berpuas hati.
“ Betul ke, kau ada idea ni?” Tanya Zafriel tudak puas hati dengan jawapan Razis. Itulah sifat Zafreil yang tidak disukai Razis.
“ Iye lah. Kau nak dengar atau tak ni?”
“ Mestilah, ni masa depan aku ni”. Zafreil begitu gembira mendengarkan idea dari Razis. Razis hanya tersenyum, hanya itu yang dia mampu tolong Zafreil. Walaupun dia begitu terseksa. Razis seorang yang tabah. Dia akur dengan takdir hidupnya. Mungkin dia takkan menjadi milik sesiapa pun, hanya milik Dia yang abadi. Razis mengeluh perlahan mengenangkan dirinya yang menunggu sisa hidup.
“ Zis, kau kena tabah, aku tahu kau boleh buat. Kau tak boleh biarkan orang yang kau cintai jatuh pada mereka yang kau tak kenal hati budinya. Kau harus selesaikan tanggungjawab kau, balas segala budi Zafreil pada kau selama ini. Satu suara yang menyokong Razis. “Nurul Ain …. Tempatmu di sisi Zafreil.” Bisik Razis.

Lain pula dengan Ain yang masih termenung jauh. “Zafriel… adakah kehadiranmu dalam hidup aku satu kebetulan atau memang dirancang?” monolog Ain. “ jika ini satu kebetulan, ku harap ia hanya sampai di sini.. kerana aku tak sekuat Zulaikha, manakala jika itu memang dirancang, aku benar berharap agar aku dengan kau akan bersatu, biar apa pun halangan akan aku tempuhi demi cinta aku padamu Zafriel Zafwan.” Itulah tekad Ain yang ingin berjuang demi cintanya. “ Tapi.. mampukah aku? Kuatkah aku? Siapa aku untuk memiliki Zafriel? Kenapa harus dia yang aku cintai? Kenapa dia???” Bertubi-tubi persaoalan muncul dibenaknya. Namun, persoalan itu tetap menjadi persoalan. Ain tersentak dari lamunan apabila terhidu bau hangit dari dapur.
“Alamak ! ikan……” .Ain bergegas ke dapur.
Ain terkejut melihatkan ikannya yang hangit.
“ Macam mana ni? Ni lah akibat… berkhayal.. padan muka aku!” Ain memarahi dirinya.

—————-

27
Razis melangkah longlai menuju ke kebun yang tidak jauh dari rumahnya, sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke kebun itu. Dari jauh dia melihat keringat ayahnya yang masih lagi gagah walaupun makin dimamah usia. Berlainan pula dengan dirinya yang kini menghitung hari, membilang setiap jam yang berlalu mengharap satu keajaiban berlaku. Namun, sebagai insan biasa dia hanya mampu berserah setelah apa yang berlaku. Dia tidak kesal dengan apa yang menimpa dirinya, dia tidak kesal dengan penyakit yang dia tanggung sekarang, tapi apa yang dia kesalkan, dia tidak sempat berbakti kepada kedua-dua ibubapanya, dia tidak sempat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, dia juga tidak sempat untuk melihat ayah dan ibunya menunaikan haji. Namun, sebagai hamba dan anak dia tetap gembira dengan kelahirannya di dunia ini. Razis menghampiri ayahnya yang sedang berehat di bawah rimbunan pohon rambutan.
“ Aik, ayah takkan dah penat kot”. Razis berseloroh dengan ayahnya.
“ Ermm.. Jis, ayah nak rehat kejap”. Jawab Pak Mat dengan ikhlas.
“ Ayah bila agaknya rambutan ni nak berbuah?” Tanya Razis sambil matanya memandang ke atas melihat pohon rambutan.
“ Ayah rasa dalam tiga bulan lagi kot, masa tu kan dah musim buah. Nanti boleh lah kita ramai-ramai berkumpul di sini. Ajak sekali keluarga Zafriel.” Jelas Pak Mat panjang lebar.
“ Betul jugak cadangan ayah tu”. Sokong Razis.
Tapi dalam hati kecilnya berbisik. Adakah dia sempat berkumpul bersama-sama menikmati keindahan musim buah atau dia hanya memandang dengan mata hati yang berada jauh dari dunia ini. Razis merenung jauh wajah usang milik ayahnya.
“ Ayah , maafkan Razis kerana tak dapat bahagia dan membalas budi ayah selama Razis hidup hingga berjaya ke hari ini”. Kesal Razis.
Razis mengalihkan pandangannya apabila ayahnya membuka mata.
“ Eh ayah, biar Jis je yang sambung kerja ayah ni, ayah rehat lah dulu”.
“ Kau larat ke”.
Razis terkedu mendengar pertanyaan yang baru keluar dari mulut ayahnya. Tersentak memandang ayahnya.
“ Kenapa pulak?” Tanya Razis.
“ Yelah, kau kan darah muda, mana tahan buat kerja berat macam ni, tambah-tambah lagi kau tu jarang turun berkebun”.
“ Alah ayah, small matter je tu”. Razis meyakinkan ayahnya.
Pak Mat mengangguk, Razis mengambil parang yang di pegang ayahnya sebentar tadi. Razis menyambung kerja ayahnya dalam cuaca yang panas. Razis merasakan dirinya lain, kepalanay sudah mula pening, sakit. Razis gelisah macam mana nanti kalau ayahnya dapat menghidu sesuatu.
“ Ya Allah, tolonglah hambaMu ini, janganlah berlaku di hadapan ayahku.. tolonglah Ya Allah.” Razis hanya mampu berdoa sambil memicit-micit kepalanya. Nasibnya baik, doanya dikabulkan. Sakit kepalanya semakin hilang. Setelah selesai, Razis merapati ayahnya.
“ Jis, dah siap ke?”
“ Aah, ayah. Kan Jis dah kata small matter je”.
“ Yelah, Jis kan anak ayah, mestilah kuat macam ayah”.
Mereka ketawa bersama-sama. Razis merasa sungguh bahagia ketika itu, dia akan menghargai saat-saat ini. Saat-saat ini akan menjadi kenangan baginya. Kenangan terindah.
“ Jom yah, kita balik. Lagipun hari dah gelap.”
Suruh Razis sambil mulutnya rancak menyanyikan lagu ‘ hujan’ pagi yang gelap.
‘ pagi yang gelap, kini dah terang……
Aku adikmu, dikau abangku…’
Mendengarkan suara merdu Razis, Pak Mat cepat-cepat menyuruh Razis berhenti.
“ Dahlah Jis, ayah tahu suara kau tu merdu. Tapi tak payahlah kau nyanyi tak kena pada waktunya,kan dah nak masuk waktu maghrib”. Pak Mat berseloroh.
Razis ketawa mendengarkan kata-kata pujian dari ayahnya. Razis membuntuti ayahnya.
Dalam perjalanan pulang, Razis lebih banyak berdiam diri. Seperti berada dalam fantasi yang indah. Pak Mat hairan dengan perubahan mendadak Razis.
“ Aik Jis, takkan terasa dengan ayah kot?”
“ Ish.. takde lah ayah, Ajis senyap sebab nak menghormati waktu maghrib.” Sorok Razis.
Namun, dari kejuahan kedengaran sayup-sayup alunan azan maghrib. Sekali lagi Razis terselemat dari terbongkar rahsianya. Dari dalam hati, Razis menarik lafaz lega.
“ Syukur padaMu Ya Allah, ku tahu betapa besarnya ujian dariMu, namun aku juga tahu betapa besarnya rahmatMu. Dan semua itu telah kau corakkan kepada setiap umatMu, dan ini jalan untukku yang telah Kau corakkan. Aku tahu aku tak boleh merubahnya, namun aku tahu, aku boleh berusaha, berdoa dan bertawakkal. PadaMu satu-satunya tempat aku mengadu .” Rintih Razis dalam hati kecilnya. Dalam tak sedar, Razis dan Pak Mat sudah berada di perkarangan rumah sambil Mak Lijah menunggu kepulangan dua beranak itu di tangga.
“ Amboi Jis, dari mana?” Tanya Mak Lijah yang tidak perasan kepergian anaknya ke kebun.
“ Jis pergi kebun, tolong ayah. Tu yang balik dengan ayah ni”.
Mak Lijah mengangguk, dan menjemput dua beranak tu naik untuk persiapan solat maghrib berjemaah. Namun untuk sejenak Mak Lijah teringatkan Zafriel yang sudah lama tidak menjengah ke terataknya.
“ Jis dah lama juga si budak Zaf tu tak datang sini kan?” Tanya Mak Lijah.
Razis tidak mengiyakan tetapi sekadar anggukan yang membantu dia menjawab persoalan dari ibunya. Mak Lijah kehairanan melihat perubahan anaknya, yang selama ini cukup murah dengan senyuman dan lawak yang tak berapa nak bodoh.
“ Jis, kenapa ni? Mak tengok kau lain macam je?”
“ Tak ada apa-apa lah mak.” Sorok Razis.
Mak Lijah tidak berpuas hati dengan jawapan Razis, namun untuk memaksa bukanlah dirinya. Mak Lijah merenung jauh ke dalam mata indah milik Razis. Menyedari keadaan itu, Razis cepat-cepat melarikan anak matanya ke arah bertentangan. Sebaliknya, Mak Lijah menghampiri Razis yang makin jelas kegelisahannya.
“ Kenapa dengan aku ni?” Razis menyoal dirinya.
“ cover beb.. cover…” Razis cuba menyedapkan hatinya.
“ Jis, mak tak tahu apa masalah Jis, tapi mak harap Jis jangan sesekali lupa pada kat Atas. Semuanya Dia yang tentukan. Setiap masalah ada penyelesaiannya.” Kata-kata itu menyedarkan Razis.
“ Mak maafkan Jis mak, Ajis bukan nak rahsiakan dari mak.. tapi Ajis risau dan sayang kan mak, Ajis tak sanggup tengok mak sedih.” Kata-kata yang sepatutnya terluah kepada ibunya, tetapi hanya berlegar-legar di ruang paling dalam, hanya hati yang berbisik.
Dalam bilik yang memang disediakan untuk berjemaah, kelihatan wajah-wajah yang makin dimamah usia bersama anak lelakinya yang satu-satunya berada di rumah itu.
“ Hari ni, ayah nak Ajis yang jadi imam, boleh?”
Razis mengangguk. Suara Razis sayup-sayup kedengaran pada pendengaran ayah dan ibunya. Khusyuk sungguh Razis menjadi imam. Doa yang dibaca Razis diiringi linangan airmata seorang lelaki yang jarang dititiskan. Linangan itu makin laju selaju air sungai yang deras membawa arusnya. Linangan yang keluar itu, bukan dipinta Razis bahkan dia tidak tahu kenapa linangan itu berbakti untuknya. Pak Mat dan Mak Lijah tidak perasan bahawa anaknya sedang bergolak dengan airmata. Setelah mengaminkan doa, Razis cepat-cepat mengesat lebihan airmatanya. Hal ini takut diketatui oleh ibu bapanya. Razis bersalam dengan ibu dan ayahnya sambil memeluk erat tubuh uzur milik orang yang dia sayang. Lama sekali Razis memeluk seperti tidak mahu lagi dirungkai. Biarlah dia memeluk tubuh uzur itu untuk selama-lamanya. Jangan ada sesiapa yang cuba memisahkan mereka. Harapan itulah yang membuatkan Razis masih kuat bertahan. Walaupun, tempohnya makin hari makin memanggil. Sudah tidak sabar dia menunggu tubuh muda Razis.

—————–

** ada juga boleh terus berhubung dan memberi komen kepada penulis novel bersiri “kenangan lalu” melalui email : hay86_animax@yahoo.com

4 Respons

  1. trus kn smbungan crite….sy inginkan pengakhiran crite ini….

  2. best crite ni..napa blom ada sambungan lg?lamanya…

  3. best cite tapi knaper cite nie xde sambungan lagi..lmbtnya

  4. Bestlah…ehmmm…tp x puaslah……..x hbis lagilah,….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: