Cerpen : Benjy, kerana Ku, Kau pergi

cenderawaseh
lvndr23@yahoo.com

Hari ni, hari yang aku rasa paling penat dalam rutin harian ku sebagai seorang pelajar. Mentang mentang lah exam PMR hampir tiba, banyak pulak kelas tambahan diadakan…dari pagi sampai ke petang pulun study.Ah..penatnya..tapi kalau nak dibandingkan dengan penatnya cikgu cikgu yang mengajar ku dan pelajar yang seangkatan dengan ku..’penat’ lagi cikgu..Nak mengajar lagi, nak jaga rumahtangga lagi..nak jaga anak lagi..hah.. anak????…DEYYY!!!….apa aku mengarut nii…privacy cikgu-cikgu pun aku nak amik pot ker? Ishh…separuh sewel agaknya aku ni.

Dari jauh aku dengar tapak kaki yang berlari..makin lama makin dekat dengan dorm aku..tiba tiba ter’jongol’ muka Lutfias. Aku pandang malas mamat tu.

Tanpa salam, tanpa pelawa masuk dia terus menghampiri ku.

‘’Gila kau!!…dari tadi aku tunggu kau kat kantin. Ingatkan apa dah jadi pada kau dah Kem.’’ Dengan nafas turun naik dia marah aku.

‘’ Laaa…aku lupa. Penat sangat hari ni. Masuk dorm terus aku baring baring. Rasa malas lak nak gi makan. Aku lupa la Phiass. Sori sori.” Aku pandang muka tembam Lutfias. Rasa bersalah pulak, dah aku janji tapi tak tunaikan. Lutfias antara kawan aku yang paling baik. Dia anak orang kaya dari Sabah yang lurus bendul. Kulitnya putih melepak licin macam buah epal. Pipi dia kemerah-merahan. Aku rasa kalau dia diet sure boleh jadi pelapis FAHRIN AHMAD. Aku menyeringai sendirian.

“Wooooiii….siap berangan lagi..geli laaa kau pandang aku camtu. Jangan cari pasal weeeii!!..Aku rasa banyak sangat stady hari ni sampai kau dah separuh gila dah Kem!!..Yerrkk…” Lutfias buat muka nak muntah pada ku.

Aku sedar dengan jerkahan Lutfias. Ketawa ku pecah memenuhi dorm WIRA. Geli hati ku dengan lagatnya itu. Tak kuasa dah aku nak layan…Aku penat sesangat.
Hemm…masa makan rupanya sekarang patut laah takder orang. Kuat benar aku berangan hari ni.

“ Habis kalau kau dah tunggu aku lama sangat, kau tak makan ke Phiass.” Aku menduga nya walau aku tahu jawapannya.

“ Aku balun dulu laaa…Mak Teh masak special hari ni. Ayam gulai putih.“ Aku dah agak dah. Mana boleh mamat ni soru miss. Tengok laa badan. Bagi dia apa yang tukang masak asrama masak semuanya special. Aku sengeh padanya.
“Dah lahh. Aku malas nak turun makan. Nak gi mandi, basuh baju dan banyak lagi lah. Kau dah kenyang kan. Tak nak mandi ker? Maghrib dah nak masuk ni.” Aku bangun mencapai towel dan baldi penuh dengan baju kotor. Lutfias terus bangun dan lari lari anak ke katil nya dan buat perkara yang sama. Serentak dengan itu pelajar pelajar lain
dan juga penghuni DORM WIRA masuk dengan agenda yang tersendiri.

********* ********* ******** ******** *******

‘’ Kem, aku dengar ada new student nak masuk sini. Dari PJ. Orang KL woooo. Sepatutnya dia dah sampai pagi ni. Tapi sampai sekarang aku tak nampak lagi.”
Erman menyental nyental kolar baju biru nya itu dengan berus basuh. Buang daki. Cerewet nak mampus mamat ni. Silap haribulan berlubang baju tu dikerjakannya. Memang padan laa dengan pangkat prefect sekolah yang di sandang nya. Naib Ketua Pengawas lak tu.

“ Iyer ker Man?… Aku tak tahu lah pulak.” Aku membilas baju seragam ku untuk kali terakhir. Bersih dah ni. Puas hati. Tiba tiba aku lihat Lutfias terkocoh-kocoh masuk bilik mandi.

“Wooii Bamm kau lari lari macam tu tersemBAM baru lah padan muka kau.” Nordin menyakat, dia suka panggil Lutfias BAM( tembam ). Kami semua gelak kan mereka berdua.
“ Diam laa kau!!” Kang terburai isi aku kat sini satu asrama mandi bunga!!’’ Pintu jamban ditutupnya kuat.
Kami ketawa lagi. Pecah perut layan mamat dua orang ni.

“ Kalau budak baru tu sampai, sure join dorm kita Kem. Katil sebelah katil kau kan kosong.” Erman menyambung lagi pasal cerita budak baru
sebelum kekecohan Lutfias lakukan. Aku mengangguk angguk kan kepala. Serentak dengan itu aku keluar memandangkan kerja aku dah beres. Aku tinggal kan Erman teruskan sesi pembersihan stoking nya pulak.

****** ***** ****** **** ******* *************** ************** *****

Lagi setengah jam untuk pukul 11.00 malam. Malam ni hujan lebat.
Aku melayan ulangkaji. Time malam malam begini aku lebih suka belajar seorang diri melainkan yang lain suka study group. Study group pada aku akan buat kita lebih tak dapat ingat apa apa sebab banyak ‘cerita’ lain yang masuk dari apa yang sedang di ‘studykan’. Hak masing masing lah nak fikir macam mana. Aku imbas katil Lutfias dan Erman. Erman dah tidur. Lutfias pun sama. Kesian pulak aku tengok Lutfias. Sakit perut sesangat akibat pedajal ‘GULAI AYAM PUTIH SPECIAL MAK TEH’. Penat ulang alik masuk toilet agaknya, itu pasal tidur mati selepas kami bagi dia ubat sakit perut. Hem..dalam tujuh orang dalam dorm ni..aku sorang lagi yang belum tidur. Mungkin kerana cuaca sejuk, membuatkan penghuni dorm WIRA ini memilih untuk menikmati mimpi dalam bungkusan kain selimut. “Sejuk sejuk syok tido wooo”…aku ingat lagi Nordin cakap macam tu waktu Isyak tadi, dan disetujui oleh Erman.

Jam merangkak ke angka 11.30 dah. Hem lama jugak aku study malam ni.

“Tuk, tuk tuk!” Suara ketukan pintu bilik dorm memecah konsentrasi ku pada subjek matematik yang sedang aku study. Aku amati sekali lagi.

“Tuk tuk tuk”..aku amati lagi ketukan itu. Sah pintu bilik dorm aku ni diketuk.

Aku berkira kira mahu buka atau tidak pintu tu. Takkan hantu dah nak jalan kan ‘operasinya’. Baru pukul 11.30. Malam masih muda. Lagipun ramai lagi kat bawah sana student lain sedang berkeliaran. Aku gagahkan kaki untuk buka pintu.

‘’Assalamulaiikum…..saya Benjy….Benjy Zulkarnain” Tanpa aku bertanya, dia bagi salam, dan memperkenal kan diri.Salam Benjy aku jawab dalam hati,aku lihat pakaian nya comot..dan ada kesan merah-merah coklat. Dia betulkan cermin matanya. Beg galasnya diletakkan di lantai. Dan menghulurkan tangan salam perkenalan.
”Kotor sikit saya ni, tadi jatuh longkang..” dia menjawab pandangan ku terhadap pakaiannya yang kotor itu. Jatuh longkang???? Aku kehairanan sorang sorang.
‘’Saya…’’
‘’ Hakimi Haiqal kan.?” dia mematahkan perkenalan diri ku. Aku kebingungan. Macam mana dia tahu ekk? six sense apa mamat ni.?
“ Ada student bagi tahu saya yang awak selalu tidur lewat. Betul kan awak Hakimi Haiqal.?” Pandangan Benjy tepat ke mataku. Kaget aku seketika. Seraya itu aku mengiyakan sahaja apa yang dikatakan,walau aku tahu itu bukan satu fakta yang konkrit untuk aku mengertikan. Aku tolong Benjy angkat beg pakaiannya. Dan langsung ke katil hujung bersebelahan dengan katil ku.Sebagai seorang ‘tuan rumah yang menyambut tetamu’ , aku turut sama meringankan tangan untuk menolong Benjy mengemas kain baju nya untuk diisi dalam almari. Tolong gitu gitu jer…sebab aku dalam ‘medan kepenatan dan mengantuk’ yang amat sangat. Namun aku gagah kan jugak mata ni untuk tolong Benjy.

Aku juga bercerita serba sedikit pasal peraturan asrama dan memberitahu arah musalla dan toilet serta kawasan kawasan yang lain, dan aku juga janji kan dia untuk memperkenalkan dormmate yang lain esok pagi. Tapi yang peliknya, sepanjang aku ber’khutbah’ pasal itu ini..pandangan nya tidak pernah lekang dari bola mata ku. Aku sedikit rimas pandangan matanya itu. Macam ada seribu cerita yang perlu dia ungkaikan untukkku. Dan dek kerana terlampau mengantuk dan penat, aku tidak mengusulkan Benjy dengan apa-apa pertanyaan berkenaan dengan dirinya.

*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***

‘’Hakimi cikgu rasa awak tahu kan, perlawanan ragbi dah ditundakan. Pasal next week form 3 ada gerak gempur. So bagi tahu kat team lain okay. Ada apa apa hal nanti cikgu inform balik.” Cikgu Shah merangkap guru sukan Sekolah Sri Cendana menyampai kan berita yang aku sudah ketahuinya pagi ni.

‘’Ah ah..saya dah tahu cikgu. Roney ada bagi tahu tadi pagi..’’ aku ulas kan pada cikgu Shah. Awal pagi lagi Roney selaku ketua pasukan ragbi sekolah dah inform aku.

“O.K lah kalau camtu..saya pergi dulu okay. Ada kelas” Cikgu Shah berlalu pergi.

*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***

Sebenarnya dari Subuh lagi aku cari Benjy. Dalam Musalla pun aku tak nampak. Langsung tak selisih dengan dia. Awal benar dia bangun. Tapi kemana dia pergi eek. Pagi-pagi lagi. Katil dia pun kemas semacam jer, macam tak terusik pun. Atau dia dah keluar dengan Lutfiass,Nordin dan Erman?. Kalau dah jumpa diaorang kira janji aku nak kenal kan Benjy pada mereka kira dah tunai laaa..senang sikit kerja aku.

Hari Khamis macam biasa.. dari kelas pagi sampai kelas tambahan..macam biasa. Memenatkan.Langsung aku tak teringat kan pada Benjy. Sehingga lah waktu rehat pun aku dah puas mencari nya. Terus aku pergi tempat yang biasa aku lepak dengan member member aku. Favourite place, known as ‘ FORBIDDEN CITY’ …hehe..ahhh yerlah tu..kuat aku melalut.

‘’ Kem..kat sini rupanya kau, puas aku cari.” Nordin melabuhkan punggungnya di sebelah kanan ku. Aku suka waktu rehat ku dibawah pokok ketapang dan pokok kemboja. Redup.
Aku tutup nota ku dan memandang Nordin.

“Apahal?’’ Soalku remeh.
‘’Aku tahu lah kau tu pelajar contoh sekolah kita, takkanlah waktu rehat pun kau nak belajar Kem….. Tak senak ke kepala kau.” Nordin mengemaskan sila nya dan membiarkan punggung nya tanpa alas surat khabar.
Aku sengeh pada Nordin.Aku suka mamat ni. Dia tak hipokrit. Apa yang dia nak cakap dia cakap. Tak ada alas langsung.

“Aku dapat tahu dari Erman yang kau ada peminat jauh. Dan dia tu anak orang berpengaruh dari PJ. Dengar cerita Erman semalam, budak tu nak sekolah sini semata mata nak ikut cara kau belajar. Wah kuat benar pengaruh kau Kem, sejak jadi pembahas utama pertandingan DEBATE bulan lalu kat sekolah di KL tu.”
Nordin memuji ku panjang lebar. Dia menguis-nguis bunga kemboja yang jatuh depan nya dengan ranting kayu. Di ambilnya bunga itu dan diselitkan di telinganya. Aku geli hati tengok Nordin buat macam tu.

‘’Karut laa kau ni Din..aku biasa jer laaa.. jangan kau pam pam aku..melayang nanti” terburai ketawa kami.

“ Tapi itu lah hakikatnya Kem..” dia menepuk nepuk bahu ku. Sambil mengemaskan bunga kemboja di telinganya.
‘’Tapi aku heran kenapa dia tak sampai lagi eek?’’ Nordin sambung lagi.

Aku terkedu sejenak.

“ Kau tak jumpa lagi ker?” Aku kehairanan.

Belum sempat aku mendapat kan jawapan dari Nordin, Erman dan Lutfias mendapatkan kami. Lutfias membawa satu plastic keropok lekor dan termos. Manakala Erman hanya dengan air kotak dan terdapat lipatan surat khabar di celah ketiaknya.

‘’Aku ada cerita.” Erman memulakan bicara, serentak dengan itu dia menghamparkan lipatan surat khabar tadi dan duduk bersila depan aku dan Nordin, kemudian Erman melabuhkan punggungnya dengan cermat agar seluar uniform putihnya itu tidak terkena tanah. Kami menantikan butir bicara dari Erman. Dengan selamba bekalan Lutfias diambilnya, dia telan perlahan lahan keropok lekor Lutfias sambil menghirup air kotak teh bunga yang dibawa bersama. Sedangkan Lutfias mengambil tempat di sebelah kiriku, sambil menuangkan Nescafe susu panas dan menyuakan pada ku. Aku menolak. Dia jungkit bahu dan air itu diminum nya sendirian tanpa mempelawa kepada Nordin.

“ Budak baru tu anak Datuk korang tahu…glamour sekolah kita. Ada anak Datuk…” Erman menyambung sementelah kami diam seketika tadi, dia memuncung muncung kan mulutnya yang penuh itu. Aku dan yang lain hanya senyum. Lutfias mencebik.

‘’ Tapi pelik, kenapa tak sampai lagi yer…?” Erman sambung lagi. Nordin dan Lutfias hanya jungkit bahu. Keropok Lutfias diambilnya Nordin dan perlahan lahan mengunyahnya.

Sekali lagi aku kehairanan. Kemana perginya Benjy. Kalau aku dah jumpa Benjy, kenapa mereka belum lagi. Aku makin pelik. Ingin aku menceritakan pada mereka, tapi loceng dah berbunyi menandakan waktu rehat dah habis.

*** *** **** ************* ******** *** *** *** ***

‘’ Hakimi tak turun makan lewat malam ker tadi?..” terkejut aku dengan teguran itu. Aku berpaling dari tempat aku study dan pusing menghadap Benjy. Benjy tersengeh sambil menyuakan aku coklat VAN HOUTEN.

“ Saya dah makan tadi Benjy. Rasa malas lah nak turun makan lagi…penuh dah tangki ni” Aku senyum padanya sambil tanganku mengosok gosok perut.Aku membiarkan dia duduk di birai katil ku. Aku bangun dari meja tulis dan duduk di sebelah Benjy. Satu petak coklat tadi aku patahkan dan makan perlahan lahan.

“ Benjy jangan lah panggil saya Hakimi. Panggil jer Kem.” Aku membetulkan panggilan ku kepada Benjy.

“ O.K. lah Kem.” dia membetulkan cermin matanya. Kepalanya yang ‘skinhead’ itu di garunya. Sambil sengeh lagi.
“Dari siang saya tak nampak Benjy, awak kemana?”
Aku memberanikan diri berlawan mata dengannya.
“ Saya kena masuk daftar diri. Sibuk jugak laa. Kena jumpa dengan ramai cikgu. Saya kan sampai lewat kat sini semalam.” Dia menjelaskan.
Aku angguk angguk kan kepala.

“ So, Benjy duk kelas mana?” aku suakan lagi soalan padanya.
“ Menurut cikgu Roihan, saya dikelaskan dalam kelas 3 PUJANGGA.” dia memperlahan kan suaranya memandangkan yang lain dalam dorm Wira semua dah tidur.

“ OO..begitu.” aku respons ringkas.

Serentak dengan itu dia menghulurkan aku satu diari kecil yang comel.
” Tolong sign” minta nya ringkas dan dia senyum lebar.
“Awak idola saya. Sejak saya tengok siaran langsung pendebatan perdana antara keseluruh sekolah di Malaysia dalam televisyen, dan sekaligus, awak dinobatkan pendebat terbaik dan johan pertandingan,saya amat mengkagumi awak. Dan sejak itu jugak saya selalu mencari berita pasal diri awak. Hem..saya dapat tahu pasal diri awak dalam majalah REMAJA ni, dalam ruangan REMAJA PILIHAN.” Begitu sekali Benjy memuja ku, sambil tangannya membuka halaman REMAJA keluaran bulan lalu untuk menunjukkan bukti yang dia amat meminati profile diriku ini sebagai PENDEBAT SEKOLAH. Aku dapat lihat dari riak air mukanya yang dia begitu bersunguh mengkagumi ku. Sumpah..memang aku terharu dengan apa yang diucapkannya ini. Seraya itu aku ambil diari tadi dan menulis ‘’TERIMA KASIH BENJY” dan menurunkan tandatangan. Benjy senyum lagi tanda puas hati. Coklat tadi diberikan padaku.

“Saya nak tido dah..Kem makan lah coklat tu..pemberian ikhlas dari saya..terima kasih untuk tandatangan ini. Saya akan bawa sampai mati….”
Lantas dia bangun dan terus tidur mengadap aku yang masih lagi terkebil kebil melihat lagatnya yang bersahaja. Aku dapat lihat yang dia masih lagi tersenyum dalam tidurnya. Aku terharu sesangat saat ini. Sungguh merendah diri Benjy ni getus hati ku. Tanpa ku sedar aku rasa pipi ku hangat di basahi airmata. Aku sepatutnya berterima kasih pada kau Benjy, kerana mengkagumi aku sebegini rupa…

*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ******** ******

Erman berlari lari berkejaran sesama Lutfias dan Nordin. Aku kebingungan dengan perangai mereka bertiga. Selalu kecoh tak kira masa. Lutfias ketinggalan di belakang dan termengah-mengah. Tanpa sebarang kata lengan ku dirembatnya oleh mereka. Aku nyaris jatuh terus meninggalkan sarapan pagi ku di meja kantin asrama.

“ Apa ni weei!!!” aku meronta ronta meminta tanganku dilepaskan. Dengan paksa aku turut sama berlari ke bilik TV. Lutfias ketinggalan lagi. Sampai nya di bilik TV, Lutfias terus duduk di kerusi..keletihan, sambil mengambil nafas…semput…

INI BERITA YANG BARU KAMI TERIMA, SATU KELUARGA TERBUNUH DALAM KEMALANGAN NGERI DIPERCAYAI TERBABAS KE DALAM GAUNG YANG BERLAKU DALAM 3 HARI LEPAS. MANGSA KEJADIAN ADALAH TOKOH USAHAWAN BERSAMA ISTERI SERTA SEORANG ANAK YANG BERUMUR DALAM 15 TAHUN. TOKOH USAHAWAN ITU DIKENALI SEBAGAI DATUK MEHRA RAMLI DAN ISTERI DATIN
ZURIKA HANIM, SERTA ANAK LELAKI TUNGGAL MEREKA BENJY ZULKARNAIN….

“Ish dah tiga hari tu….orang tak jumpa mayat mereka…” getus Lutfias, sambil mengurut urut dadanya untuk menghilang kan mengah berlari tadi.

“SERTA ANAK LELAKI TUNGGAL MEREKA BENJY ZULKARNAIN….”
Seluruh tubuhku seram sejuk saat itu juga mendengar nama Benjy. Aku longlai. Berita pagi yang di sampaikan pemberita macho tu cukup mengshahdu kan perasaan ku kala ini.

DIPERCAYAI KELUARGA INI TERBABAS KE DALAM GAUNG UNTUK MENUJU KE DAERAH SAUJANA RAYA BAGI MENGHADIRI HARI PENDAFTARAN KEMASUKAN ANAK MEREKA, BENJY ZULKARNAIN
SEBAGAI SALAH SEORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI CENDANA DI DAERAH SAUJANA RAYA. BERIKUTAN KEMAHUAN ANAK TUNGGAL MEREKA UNTUK BERSAMA SAMA MENGAMBIL PMR DENGAN PELAJAR CONTOH DARI SEKOLAH TERSEBUT, YANG DIKAGUMINYA, IAITU HAKIMI HAIQAL TARUDIN. PASUKAN BOMBA MENJUMPAI MAYAT KELUARGA INI EKORAN DARI LAPORAN ORANG RAMAI YANG MENGGUNAKAN LEBUHRAYA YANG SAMA. PUNCA KEJADIAN DIPERCAYAI AKIBAT DARIPADA HUJAN LEBAT YANG MENYEBABKAN JALAN RAYA MENJADI LICIN.

Ya Allah..apa semua ini…aku rasakan bagai bermimpi. Nordin dan Erman memegang bahu ku, Lutfias pula merapati ku. Aku tak keruan..aku campak beg sekolah yang ku sandang dan terus berlari pantas ke dorm. Seribu satu rasa aku ada sekarang. Aku mahu mencari Benjy.

Aku memanggil nama Benjy. Aku ke katilnya, aku selongkar almari, aku buka loker meja…KOSONG!!!!! Aku terkedu..Aku ingat lagi, kami pernah sama sama mengisi almari pakaian ini. Tapi kenapa kini kosong..malah penuh dengan debu bagaikan aku dan Benjy tidak pernah ‘menyentuh’ almari ini dan kawsan katil Benjy. Siapa kau Benjy…

Aku lihat pembalut coklat yang aku dengan nya makan semalam ada atas tilamnya, aku amati pembalut coklat mahal itu…Ya, inilah coklat yang kami bersama nikmatinya semalam….. terus aku teringatkan diari kecil yang aku tandatangani semalam…..TIADA…..HILANG….aku kebingungan.

”SAYA AKAN BAWANYA SAMPAI MATI”

Itulah ayat terakhir yang diucapnya sebelum dia tidur, namun diari itu,tiada bersama pembalut coklat yang aku genggami sekarang. Aku bingung…..Kemana kau Benjy…BENJY!!!!!!! Aku terduduk di lantai simen. Air mata ku mengalir laju…andai kau datang untuk jadi sahabat ku…mengapa kau tinggal kan aku dalam keadaan sebegini??? Ya ALLAH……Aku meraup muka ku.

Benjy kau datang tanpa di undang, kau pergi tanpa ku menghalang….sedetik waktu kita bersama cukup buat ku terharu untuk menggelarkan kau sahabat…maafkan aku Benjy…
kerana ku kau pergi…pandangan ku kelam..samar..hitam…dari jauh aku dengar suara Erman, Lutfias dan Nordin memanggil namaku……..pandanganKU hitam pekat…. mataku terpejam…. hilang sudah kenangan pendekku bersama Benjy…..sebaknya dadaku..

“Kem…kem…!! Weii Kem pengsan weii!!!…. Bangun Kemm…!!” suara kekalutan Lutfias tenggelam dalam sebakku…aku tidak berdaya membuka mata ini….kepala ku pusing dan amat berat. Aku merasakan badan ku ringan….dan…tidak mendengar apa apa lagi….

BENJY THANKS FOR EVERTHING, EVEN THAT MOMENTS JUST A FEW MINUTES FOR TWO OF US KNOWING EACH OTHERS
AL-FATIHAH….
BENJY ZULKARNAIN MEHRA RAMLI

( KBSM- KENANGAN BUDAK SEKOLAH MENENGAH )

9 Respons

  1. meremang bulu romaku.. best laa🙂

  2. mcm cite real je..meremang bulu roma..best aaa

  3. perghh…..
    best nyer cite nih…
    sedih la pulak….
    ishk… ishk…

  4. a`aa Best kan… menitis air mata ni

  5. kawan senang dicari..sahabat boleh diganti…teman sejati sukar ditemui….

  6. best wooo…seram ad gak…
    citer betol kew neh???
    BENJY??

  7. hmmm..besh nye cta nih..

  8. sedey ar..
    is this a real story?

  9. best la citer nie..sedih…berkaca2 jer mata nie masa baca this story..like a true story…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: