Novel : Hanya kau dihati 2

kathy
ktp_snkp@yahoo.com

“Bila nak pergi sana, Izah? Dah siap kemas semua barang yang perlu? Nak terus bawa Fitri ke? Tak nak settlekan semua urusan dulu? Kalau nak tinggalkan Fitri kat rumah ni pun takpe. Boleh teman mak.” Tanya ibuku bertalu-talu.
“Izah fikir nak pergi pukul 10 pagi esok. Petang mungkin sampai. Taklah lewat sangat. Sebabnya lusa dah kena pergi pejabat. Sempat lah tengok-tengok Taska untuk Fitri. Rumah pula dah memang ada.
“Sudah semakin dekat tu dengan Mukhriz, Izah. Mungkin memang dah ditakdirkan diaorang berjumpa.”
Kata-kata ibu membuat aku semakin tidak tenang. Kalau ikutkan hati, ingin sekali lagi aku membawa diri ke luar Negara. Tapi apakan daya, segala yang aku sayangi berada di sini, termasuklah seseorang yang paling aku benci.
“Selagi Izah boleh sorokkan Fitri, selagi itu Izah tak kan bagitahu. Fitri hanya anak Izah seorang.” Tegasku
“Kau ni memang keras sangat dengan pendirian kau tu. Ikutlah mana yang kau fikirkan baik buat kau dan Fitri. Mak akan sentiasa sokong setiap keputusan kau.” Ujar ibu
“Terima kasih, mak. Memang Izah amat perlukan sokongan mak.” Aku terus meluru mencium ibuku.

“Mama, macam mana kalau Fitri takde kawan nanti? Fitri nak main bola dengan siapa? Luah anakku.
“Anak mama kan bijak, jadi Fitri kena pandai cari kawan. Fitri anak yang baik, tentu semua orang nak kawan dengan Fitri kan. Apa yang mama selalu pesan?
“Fitri ingat. Kena hormat orang lebih tua, minta izin mama sebelum pergi mana-mana, jangan ikut orang tak kenal, jangan sombong.” Jawap anakku sambil tersengih.
“Pandai pun anak mama.”
“Mama, ada satu lagi.
“Aiks…mama ajar 4 jelah. Oklah, apa yang satu lagi?
“Fitri sayang mama.” Ujarnya sambil memelukku dan menciumku.
“Mama lagi sayang kat Fitri.” Sememangnya dialah nyawaku.
Anakku tertidur setelah penat bertanya itu ini di sepanjang laluan tadi. Tidurnya nyenyak dan tak ubah seperti seseorang yang ku kenal dahulu. Renungannya, minatnya dan perwatakannya memang tak ubah sepertinya. Adakalanya aku rasa seperti aku masih hidup bersamanya lagi. Mungkin benar kata ibu, Fitri terlalu menyerupai papanya, Mukhriz Fitri.

“Qat, Fitri nak jumpalah. Dia ada kat depan rumah aku tu. Pergilah. Takkan nak kenal dalam handphone je. Jumpalah sekali pun tak ape.” Gesa kawan sekolejku, Najatul.
“Malulah aku. Kenapa lah dia nak datang tak beritahu dulu’ tolakku
“Kenal je lah. Aku temankan kau ek. Lagipun dia tu kawan aku juga. Jomlah.” Ajak Najatul
“Tunggulah aku pakai tudung dulu.”
“Tak payahlah. Depan rumah aku je tu. Aku keluar dulu.”
Ketika aku melangkah keluar, mataku terus bertembung dengan matanya. Lalu aku menundukkan mataku dan berjalan ke arah Najatul yang sedang duduk di beranda.
“Malu-malu pulak. Ah… Fitri, inilah orang yang kau selalu message tu, Siti Nor Qatrizah. Ohh… korang berhubung tak bagitahu aku pun. Ni yang rasa nak merajuk.” Celoteh Najatul.
“Ewah…mung cakap luar. Tak mboh cakap loghat mung lagi ko?
“Kena lah cakap luar sebab girlfriend mung ni tak tahu bahaso kito.
“Aku pula yang kena. Korang nak cakap bahasa korang cakaplah. Biar aku pergi kat adik kau tu. Berbuallah.
Aku berlalu dari situ. Aku rasa janggal di situ kerana aku tidak faham apa yang di bualkan. Namun yang lebih meresahkan ialah renungan yang tajam dari sepasang mata yang cukup redup. Setiap kali aku ingin menatap wajahnya, mata kami akan bertembung. Adakah dia memerhatikan? Sedangkan ketika itu dia sedang berbual dengan Najatul. Tak kan dia memandangku setiap masa? Yang pasti renungannya cukup tajam sehingga menganggu hatiku.
-Marilah duk kat cni. Nape duk jauh sgt. Sy nak jmpa awk kn.
Sempat lagi dia bagi mesej walaupun ada Najatu di situ.
-Sy xfhm lh awk ckp. Xpelh, awk b’bual lh dgn Najatul. Dh lame xjmpa kn.
Balasku mengharapkan dia tidak membalas mesejku. Malu kalau Najatul tahu. Sudah dekat pun masih hendak berbalas mesej.
– Tp sy nak jmpa awk lh. Marilah duk cni.
Aku berlalu untuk duduk bersama mereka semula. Sesekali kami berbual. Aku akui selama berkenalan dalam mesej, aku cukup tertarik dengan sikapnya yang mengambil berat pasalku. Walaupun selama ini tidak pernah sekali pun dia mengungkapkan kata rindu atau sayang. Aku senang dan gembira berkawan dengannya.
Perkenalan kami bermula apabila Najatul menggunakan handphoneku untuk mengenakan dia. Sejak itu dia asyik mengangguku dengan miss call n mesej-mesej gurauan. Aku terfikir tidak ada salahnya seandainya aku berkawan dengannya. Lagipun ada juga seseorang untuk berbual dan memberi pendapat seandainya aku memerlukan. Untuk jatuh cinta padanya tidak mungkin kerana aku jenis yang susah untuk menyukai seseorang.
Aku berkawan dalam handphone hampir 6 bulan. Kami hanya berbalas mesej. Cuma sekali dia menelfonku iaitu ketika malam raya. Aku seronok berbual dengannya. Kini, kami bertemu pada Hari Raya Cina. Namun, pertemuan ini bukanlah yang dirancang. Dia mengetahui aku pulang bercuti di rumah Najatul tetapi tidak pula menyatakan ingin berjumpaku. Apabila Najatul menyatakan bahawa dia berada di depan rumah membuat hatiku rasa tidak tenteram. Aku tidak mengetahui mengapa lelaki ini boleh mendatangkan kegusaran dalam hatiku. Sedangkan aku jenis yang keras hati dan tidak suka mengikut kata orang. Namun dengannya semua berubah. Adakah aku jatuh cinta?

Ketika aku berbaring teringatkan dirinya, handphoneku berbunyi menandakan ada mesej. Mesej darinya.
-Askum, ct wtpe 2? T’igat kat fitri ke?
“Macam tahu-tahu je mamat ni” Fikirku.
– Wslm, mn de. Ct xigatkn Fitri pn. Prsnnye. Fitri wtpe? Nape xtdo lg? Esk nk keje kn. Ct xpelh, tgh cuti skrg ni.
– Dlm pross nk tdolh ni tp kn slalunya Fitri msj dulu sblm tdo. Fitri t’igat kat Ct lh. Ct cantik sgt. Lbh cntk dr Najatul
– Ewah2..sejak bila pndi m’ampu ni? Mm de, Ct hitam lh. Najatul lg putih. Org kulit putih cntk jd Najatul lg cntk lh.
– Sape ckp? Ct lg putih lh. Fitri suka tgk Ct pki trck suit. Ringkas je.
– Fitri xyah lh nk bodek Ct.
– Btl! Fitri xtpu. Ct memg cntk. T’goda Fitri. Leh x kte jmpa esk kat Bandar.
– Ct xtau nk g lh
– Xpe. Esk g dgn Najatul. Fitri tggu kat KFC.
– Ok Fitri.
– Slmt mlm. Dream of me…hehe
– Slmt mlm. U 2.
– Of course my dear. Bye.
Cuti semester ini sungguh menyeronokkan. Sememangnya Fitri sama perwatakannya dalam handphone. Aku semakin tertarik padanya. Aku merasakan bahagia bila bersamanya. Dapat aku rasakan bahawa kami berkongsi perasaan yang sama. Namun aku ragu-ragu juga sehinggalah pada satu malam, aku menerima mesej darinya.
– Askum, sudikah siti menjadi kekasih Fitri?
Terkejut aku bila menerima mesej itu. Aku tidak membalas kerana aku tidak tahu apa yang harus aku perkatakan. Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Fitri!. Apa aku hendak jawap nanti. Aku memberanikan diri untuk menjawap panggilan itu.
“Hello…Assalamualaikum.” Ucapku
“Waalaikummussalam.” Jawapnya sepatah
“Sudikah Siti menjadi kekasih Fitri?.” Tanpa sebarang tanda, terus soalan itu diajukan.
“Kenapa diam ni? Kalau Siti tak sudi, takpe lah. Fitri tak kisah pun. Fitri tahu Siti tak berapa suka orang Pantai Timur kan. Tapi, Fitri betul-betul tertarik dengan Siti.’Ujarnya apabila aku hanya diam.
“Kenapa Siti? Kan banyak lagi perempuan lain. Lagipun Siti tengok perempuan Terengganu lebih cantik.’ Ucapku.
“Kalau Fitri suka perempuan lain, Fitri takkan melamar Siti. Pertama kali menatap wajah Siti, hati ini dah terasa satu kebahagian. Siti kan tahu, Fitri tak mudah nak jatuh cinta tapi dengan Siti lain. Fitri dah rasa bahagia walaupun belum melihat wajah. Kini, bila dah lihat wajah Siti lagi lah membuat Fitri rasa ingin bersama Siti.’ Jawapnya panjang lebar.
“Tapi kita belum kenal lama. Baru 6 bulan. Fitri tak kenal Siti lagi.
“Kita boleh kenal juga kan nanti. Masa bercinta nilah kita saling berkenalan dengan lebih dekat.
“Siti tak pernah bercinta. Siti selalu dengar dan tengok dari kawan-kawan, bahawa cinta itu adakalanya melukakan hati. Siti takut jika hati Siti terluka juga.”
“Fitri pun tak pernah bercinta. Siti satu-satunya perempuan yang Fitri suka. Tak mungkin Fitri akan melukakan hati orang yang paling Fitri sayang.
“Tapi…
“Fitri sayang Siti dan Fitri cintakan Siti.” Aku tergaman. Ini kerana itulah kali pertama dia mengungkapkan kata cinta.
“Siti….Nape diam sayang? Apa jawapan Siti? Fitri menanti ni.”
“Fitri tak nak bagi Siti masa dulu ke?
“Siti perlukan masa ke? Hati Fitri dah gementar ni. Siti tak rasa ke apa yang Fitri rasa? Tak adakah ruang untuk Fitri dalam hatimu. Apa perasan Siti, sayang?’ Ungkapan ‘sayang’ itu kembali terucap di bibirnya.
“Kalau Siti tak sudi, Fitri rela undur diri. Fitri….
“Bukan macam tu. Cuma…
“Cuma apa, sayang?
“Siti akui hati Siti dah mula menyayangi Fitri. Tapi kita jauh sangat. Sekarang Siti belajar kat Kedah, nanti bila dah habis belajar Siti akan balik Johor. Kita tetap jauh.’ Aku menyatakan persetujuku dalam kiasan. Aku amat berharap dia memahaminya kerana aku malu untuk menyatakan ‘ya’
“Itu bukan masalahnya,sayang. Yang penting hati kita saling mencintai.”
“Siti…..
“Ya Fitri
“Adakah itu jawapannya?
“Apa dia?’ Aku berpura-pura tidak memahami. Sedangkan di dalam hati melonjak kegembiraan kerana dia dapat menangkap kiasanku
“Bahawa Siti menerima Fitri?
“Siti tak cakap pun.
“Tapi Siti akui mencintai Fitri kan. Itu tandanya Siti sayang Fitri kan.
“Tapi mungkin Siti maksudkan lain, aku masih cuba untuk mepermainkannya lagi”
“Jangan buat Fitri begini. Fitri perlukan jawapannya, sayang.
“Janganlah panggil Siti sayang. Malulah.
“Sebab Fitri memang sayang. Kalau Siti tak bagi jawapan, Fitri panggil sayang je.”
“Tak malu paksa orang cakap.” Aku menyakatnya.
“Sayang, Fitri tengah tunggu ni. Mana jawapannya, sayang?
“Tak nak cakap.
“Sayang….sayang……sayang.
“Dah lah tu. Ok, Siti bagitahu. Siti terima Fitri sebagai kekasih. Puas hati.
“Thank you, sayang.
“Kata tak nak panggil camtu lagi.
“Apa salahnya kekasih panggil sayang kan.
“Yelah tu. Pergilah tidur, esok keje tu.
“Ok sayang. Siti pun tidur juga ek. Fitri nak mimpikan Siti nanti. Mimpikan Fitri tau, sayang.
“Nakal! Ok Fitri, selamat malam. Sweet dream.
“Ok sayang. Mimpikan Fitri.
“Bye, assalamualaikum.
“Waalaikummussalam,sayang.

2 Respons

  1. Best gak la cite nie ..x boring sgt…nk tahu endingnye cam na ye…

  2. cite dia best.. tp klu blh cepat sikit.. x sbr nak tau ending cite dia……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: