Cerpen : Maafkan aku

Syahrine
fidatul_faris@yahoo.com.my

“Eeeeh………geramnya aku! Kenapalah aku mesti jumpa dengan mamat tak guna tu? Dahlah dendam dia tak habis-habis. Aku naik benci dengan perangai dia tu. Ah!!!!” bebelku. “Kenapa dengan kau ni Nizah? Takde angin, takde ribut, tak pasal-pasal marah. Aku tak pernah pun tengok kau naik angin sampai macam ni. Cuba cakap kat aku sape yang buat kau marah sangat ni? Mamat mana pulak yang tak guna?” tegur Su kepadaku. “Takde apa-apalah. Aku sakit hati sangat kat budak kelas aku” Aku masih cuba menyembunyikan hal sebenar. “Dahlah tu Nizah. Tak payah kau nak kelentong aku ni. Kau ingat aku tak tau yang semua budak kelas kau tu sayang kat kau. Tak pernah nak marah-marah kat kau. Kan kau tu budak baik. Tak pernah nak melenting walau seberat mana salah orang tu. Mereka pun hormat kat kau. Lagipun, kalau kau marah kat orang pun, kau cuba elakkan. Yang ni, kau macam nak menyumpah seranah dia. Ni ke Nizah yang aku kenal? Cuba kau terus terang je kat aku. Siapa mamat tak guna tu? Apa yang dia dah buat kat kau?” Su masih mendesak. Nampaknya aku takde pilihan lain, aku terpaksa menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.

Imran. Insan yang dulu merupakan jiran dan merangkap kawan baik aku. Aku anak tunggal. Imran mempunyai seorang adik kembar tak seiras bernama Irna. Antara Imran dengan Irna, aku lebih senang berkawan dengan Imran. Kami bertiga membesar bersama. Namun begitu, ada satu peristiwa yang telah meragut persahabatan kami. Imran dan Irna membenci aku disebabkan peristiwa itu. Memang aku yang bersalah dalam hal ni.

Peristiwa itu berlaku 4 tahun yang lepas. Ketika itu kami berumur 16 tahun. Suatu petang, aku telah mengajak mereka pergi ke kebun Ketua Kampung di hujung kampung. Pada mulanya mereka enggan tapi aku mendesak. Akhirnya mereka pun bersetuju. Namun begitu, malang tidak berbau. Irna disengat tebuan sehingga dia mengalami demam panas yang teruk. Selama seminggu dia terlantar di hospital. Imran pula dirotan oleh bapanya sebanyak 20 kali di luar rumahnya. Orang kampung yang lalu-lalang dapat melihat keadaan Imran. Aku dapat rasakan yang dia terlalu malu. Keluarganya menuduh Imran yang mengajak kami ke kebun itu. Imran hanya mendiamkan diri dan hanya menerima hukuman di atas kesalahan aku. Dia tahu dia tidak mampu membela dirinya. Ayahnya tidak akan mempercayai setiap kata-katanya. Aku juga tidak berani mengakui kesalahanku sendiri. Aku takut dengan hukuman yang bakal aku terima. Apabila aku memandangnya, aku dapat melihat matanya penuh dengan kebencian. Aku pernah berjumpa dan meminta maaf darinya, namun begitu dia tidak dapat menerima kemaafan dariku. Begitu juga dengan Irna. Sejak itulah, persahabatan kami terputus. Imran sekeluarga juga telah berpindah. Kerana tidak tahan lagi, aku pun memberitahu hal sebenar kepada ibu dan ayahku. Mereka begitu marah kepadaku dan merotanku buat pertama kalinya. Pertama kali dalam hidupku, ayah merotan aku. Selama ini, aku tidak pernah pun dijentik apatah lagi dirotan. Aku ditatang seperti minyak yang penuh. Sejak hari itu, aku telah mengubah perangaiku dan cuba menjadi matang. Aku juga tidak lagi mendengar khabar dari Imran sekeluarga. Sesungguhnya aku rindukan Imran. Aku dapat rasakan aku sayangkan dia lebih dari sahabat. Tapi, selepas apa yang terjadi, kami tak mungkin bersama. Apa yang aku boleh buat ialah berdoa supaya terbuka hati Imran dan Irna untuk memaafkanku.

Tapi kini, isu pasangan kembar tak seiras yang merupakan pelajar baru di kelasku mengganggu ketenteramanku. Apakah mereka masih berdendam padaku? Memang! Ini terbukti apabila Imran dengan sengaja telah menumpahkan air ke atas bajuku. Tetapi Irna, aku dapat rasakan dia tidak lagi membenci aku cuma tidak lagi semesra dulu. Aku tidak boleh salahkan Imran dalam hal ini. Nampaknya dia masih membenciku. Aku akan cuba sedaya upaya untuk memohon secebis kemaafan darinya.

“Begitulah ceritanya Su. Aku tak tau apa nak buat sekarang. Tadi aku terlampau geram. Aku tak bencikan dia. Tapi entahlah. Aku dah bingung dibuatnya. Aku dimalukan depan rakan sekelas aku. Nasib baik aku tak melenting. Aku diam je dan masih sempat tersenyum kat budak kelas aku. Aku rasa dia saje nak buat aku marah. Walau apapun yang terjadi, aku takkan sesekali marahkan dia. Apa yang aku harapkan dia dapat maafkan aku. Nasib baik adik dia Irna tak buat benda yang sama.” keluhku. “Sabar jelah Nizah. Mungkin ada hikmah di sebalik ni semua. Apa yang penting kau bersabar. Kita tengok sampai bila dia boleh buat kau macam tu. Sekaranglah kau tunjuk kat dia yang kau benar-benar rasa bersalah atas peristiwa lalu. Kita tengok sampai mana ego dia. Aku tetap sentiasa sokong kau. Kau jangan risau ok” pujuk Su. “Terima kasih Su. Kaulah kawan aku dunia dan akhirat.” Aku terharu dengan keprihatinan Su.

Pagi esoknya, aku mulakan hari dengan penuh semangat. Seperti biasa, aku akan mulakan hari dengan senyuman. Ketika aku mencari buku di laci meja, aku terpegang sesuatu yang licin. Apabila aku menarik keluar, rupanya aku terpegang bangkai ular. Aku menjerit kegelian. Semua budak dalam kelas mentertawakan aku kecuali Irna. Aku dapat rasakan ini kerja Imran. Namun begitu, aku hanya tersenyum dan kembali duduk di tempatku. Aku dapat rasakan Imran bengang denganku. Biarlah. Sekarang kita akan tengok siapa yang akan mengalah. Ketika itulah Irna menghampiriku. “Nizah apa khabar? Lama tak jumpa. Irna mintak maaf pasal sikap abang. Irna pun mintak maaf sebab tak bertegur dengan Nizah.” “Dahlah Irna. Nizah yang patut mintak maaf dengan Irna dan Imran. Nizah yang bersalah dalam hal ni. Tapi sampai sekarang, Imran tak maafkan Nizah.” “Sabarlah Nizah. Nanti Irna cakap dengan abang.” Sedang kami berbual, terdengar suara Imran memanggil Irna. “Irna, jom kita balik. Buat apa buang masa cakap dengan perempuan macam tu. Memang takde perasaan langsung. Hati batu. Yang dia tahu meletakkan kesalahan sendiri atas bahu orang lain. Menyesal abang kenal dengan dia!” ‘Abang tak baik cakap macam tu! Nizah, Irna balik dulu ye.” Irna berbicara denganku. “Yelah Irna. Baik-baik jalan. Imran pun.” Aku sempat tersenyum pada mereka tapi Imran tetap mempamerkan wajah masamnya.

Sekali lagi aku dikenakan Imran. Sedang aku berjalan, dia sengaja memandu keretanya di kawasan lopak air. Habis basah pakaian aku. Dari jauh, aku nampak dia tersenyum melihat keadaanku. Aku hanya tersenyum dan tidak mampu berbuat apa-apa. Aku terpaksa menelefon Su untuk menghantar pakaian padaku. Ketika aku hendak menukar pakaian, aku dapati di dalam beg kertas itu hanyalah pakaian buruk. Aku mula berfikir, bila masa kain buruk berada dalam beg kertas aku. Sedang aku berfikir, baru aku teringat. Ketika aku dalam perjalanan ke bilik air, aku menerima panggilan telefon dari ayah. Aku pun meninggalkan beg kertas tersebut buat sementara waktu. Pasti Imran yang menukar isi kandungannya. Imran, kenapa Imran buat Nizah macam ni? Mahalkah harga sebuah kemaafan darimu Imran? Adakah Nizah perlu melutut dan mencium tapak kaki Imran? Aku menangis sendirian dengan pakaian aku yang basah. Di seberang jalan, aku dapat melihat kelibat Imran. Aku dapat melihat senyuman sinisnya padaku. Pasti dia berbangga kerana dapat memalukan aku. Dalam keadaan hujan lebat, aku meluru ke arahnya tanpa menyedari ada kenderaan yang datang dari sebelah kanan. Aku terdampar di tengah jalan. Sayup-sayup kedengaran suara Imran memanggilku. Aku dapat rasakan dia memangkuku. Dengan penuh kepayahan, aku memohon maaf darinya. “Im, maafkan Ni….” “Nizah, jangan Nizah. Sabar Nizah. Cepat bang, hantar dia ke hospital!” Imran menjerit meminta belas ihsan untuk menghantarku ke hospital.

“Puas hati kau kan! Kalau dia mati, aku rasa lagi kau suka. Kau tau tak selama ni dia menderita kerana kau. Aku tak pernah jumpa orang macam dia. Dia tak pernah marah walaupun seseorang tu bersalah pada dia malahan dia terus menghulurkan kemaafan. Rupa-rupanya, dia tak nak orang lain merasakan keperitan tidak dimaafkan. Kau pergi dari sini!” “Su, aku takkan pergi sampai Nizah sedar.” “Hei! Kau nak apa lagi? Kau nak seksa dia lagi? Sudahlah Imran. Lagipun, apa hubungan kau dengan dia ha! Baik kau pergi” “Tidak Su! Aku takkan pergi. Kau tanya apa hubungan aku dengan dia? Kalau kau nak tau, aku cintakan dia.” “Hah, sudahlah kau. Cinta konon! Cinta apa macam tu sampai buat orang menderita!” “Im….” Serentak Su dan Imran menoleh ke arahku. “Im, Nizah mintak maaf. Ampunkanlah Nizah. Nizah sanggup buat apa saje asal dapat memperoleh kemaafan dari Im…….” Saat itu aku pengsan. Su bergegas memanggil doktor. “Jangan risau, dia hanya penat. Takde apa-apa yang teruk.”

Selepas 1 jam, aku pun sedar. Aku dapat melihat Su dan Imran tertidur menunggu aku. Mengenangkan Imran, aku menjadi hiba. Aku menangis teresak-esak. Tanpa ku sedari, Imran duduk di sebelahku. “Kenapa Nizah? Janganlah Nizah nangis lagi.” jelas suara Imran yang lembut memujukku. Aku rindukan suara itu. “Im, Nizah sanggup buat apa saje asalkan Im maafkan Nizah. Kalau Im suruh Nizah cium tapak kaki Im pun, Nizah sanggup.” “Im tak nak Nizah cium tapak kaki. Im nak Nizah cium pipi Im, boleh kan? Dengan kata lain, Im nak Nizah jadi teman istimewa Im. Baru Im maafkan Nizah. Macam mana? Setuju?” Aku terkejut dengan kata-katanya. Sesungguhnya itulah yang aku tunggu-tunggukan. Aku mengangguk setuju. Imran memegang tanganku dan mengucupnya lembut. Biarlah hati kami saje yang berbicara. Su yang baru tersedar, terkejut melihat kami. Dia hanya mampu tersenyum.

Peristiwa itu sudah 5 tahun berlalu. Sesungguhnya jodoh kami memang kuat. Kami selamat mendirikan rumah tangga setahun yang lepas. Sekarang, aku sedang mengandungkan anak sulung kami. Ketika pergi membuat pemeriksaan, kami mendapati bayi kami kembar. Segala rahsia sudah terjawab. Imran memang sayangkan aku. Dia dah lama memaafkan aku. Dia cuma mahu melihat kesungguhan aku memohon maaf darinya. Begitu mahal sekali harga sebuah kemaafan. “Sayang buat apa tu?” “Im, Nizah sayang dan cintakan Im sampai akhir hayat Nizah. Hanya dengan lafaz maafkan aku, kita akhirnya bersama.” “Im pun sayangkan Nizah dan anak kita yang bakal lahir ni. Moga kita bahagia hingga akhir hayat” Imran memelukku erat dan kami melihat panorama senja dengan hati yang senang. Akhirnya aku ketemu kebahagiaanku hanya dengan ungkapan maafkan aku.

Advertisements

4 Respons

  1. simple but nice n sweet……

  2. emm…tak puaslah baca….so simple but happy ending…. congrate…

  3. sesungguhnya harga sebuah kemaafan tidak ternilai…cerita yg simple dan menarik

  4. very nice story dan mesej yang baik. Maaf..simple word but full of meaning…tidak salah memaafkan kerana orang yang memaafkan org lain adalah orang yang hebat walaupun orang dimaafkan bersalah…teruskan dengan cerita sebegini supaya memberi pengajaran.walaupun mesej simple tapi bermakna..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: