Novel : Hanya kau dihati 3

kathy
ktp_snkp@yahoo.com

Aku rasa amat gembira dan bertuah. Sesungguhnya aku amat mencintainya. Dia adalah lelaki pertama dalan hidupku. Pertama kali aku rasa kebahagiaan mengenali cinta. Dia mengambil berat segala hal dalam hidupku. Sehinggakan kesemua nombor telefon kawan dan keluargaku berada dalam simpanannya. Aku pernah bertanya tujuannya menyimpan. Ia menyatakan untuk kecemasan seandainya aku hilang dari hidupnya. Aku hanya tergelak mendengarnya kerana tidak mungkin aku akan meninggalkan dirinya yang terlalu kusayang.
Kami tidak seperti pasangan lain yang kerap berjumpa. Kami jarang berjumpa sehinggakan pernah hampir setahun kami tidak bersua muka. Hanya handphone yang menjadi penghubung kami. Dia pernah menyatakan bahawa handphone adalah hatinya kerana handphone itulah yang menghubungkan dia dan nyawanya. Siapa lagi nyawanya kalau bukan aku…hehe.
Hubungan kami berlanjutan sehingga 3 tahun. Setahun lepas perkenalan kami, aku tamat pengajian dan memulakan kerja di sebuah syarika pembinaan ditempatku. Ini menyebabkan kami semakin sibuk dengan tugas masing-masing. Namun begitu, segala hal dalam hidup kami berada dalam pengetahuan masing-masing. Ini kerana sikapnya yang tidak suka berahsia dan ingin kami saling berterus-terang. Ini menyebabkan hubungan kami berkekalan dan tiada salah faham walaupun kami jauh.
‘Hello, assalamualaikum.
‘Waalaikummussalam.
‘Siti buat apa tu?
‘Siti tengah tengok tv cerita csi. Fitri buat apa lak?
‘Tak habis-habis dengan csi. Fitri pun tengah tengok tv.
‘Eleh…Fitri pun sama kalau dah tengok bola., Siti pun tak nak layan.
‘Bukan tak nak layan, sayang… tapi kena concentrate. Baru leh faham. Oh ya, Fitri nak bagitahu sesuatu ni.
‘Apa dia?
‘Esok petang nak pergi kemaman. Lawan bola. Kan tempohari menang jadi dapat masuk separuh akhir.
‘Menang yang mana satu. Fitri tu banyak sangat pergi lawan. Futsal, bola….semua nak lawan’
‘Main untuk daerah lah, sayang. Janganlah marah-marah.
‘Bukan marah tapi geram. Kekasih sendiri main bola tapi tak boleh tengok. Perempuan-perempuan lain yang tengok.
‘Janganlah fikir bukan-bukan, sayang. Hanya Siti seorang je dalam hati Fitri.
‘Bila nak pergi? Berapa lama?
‘Kul 4 petang esok. Tak lama, 2 hari je.
‘Kalau hari lain sibuk dengan keje tapi bila cuti sibuk nak main bola pula. Bila lah masa untuk Siti?
‘Kan Fitri datang sana bila dapat cuti panjang kan
‘Yang tu dh dekat 8 bulan lepas tau.
‘Tapi kan Fitri sibuk. Siti pun sibuk juga kan. Sayang, ada satu lagi Siti nak bagitahu.
‘Pasal futsal pula lah tu.
‘Mana de. Pandai-pandai je sayang ni….Bulan depan kami nak datang Johor.
‘Kami?Siapa?
‘Family Fitri.
‘Buat apa? Nak bercuti ke?
‘A’ah…sambil tu nak pinang orang kat sana?
‘Pinang siapa?
‘Eh…Eh… Buat tak tahu pula. Pinang awaklah, Cik Siti Nor Qatrizah Abdullah.
‘Mengarutlah Fitri ni. Main-main pula. Cakaplah betul-betul’
‘Betul, sayang. Fitri tak main-main. Fitri nak ambil Siti jadi isteri Fitri.
‘Fitri tak pernah cakap apa-apa pun sebelum ni.
‘Fitri tengah cakaplah ni. Dah lama kita couple,Fitri dah simpan diut untuk kita kahwin. Jadi Fitri bercadang nak suruh mak dan ayah datang pinang sayang. Bukan pinang je tau tapi Fitri nak tunang terus. Nak ikat Siti. Tak nak bagi lelaki lain ngurat.
‘Kenapa tak bagitahu awal-awal, Fitri? Siti tak buat apa-apa persediaan pun.
‘Takpelah,sayang. Nanti kita cari sama-sama ek. Jangan lupa bagitahu mak. Takut terkejut pula mak mertua abang nanti…hehe.
‘Ewah…dah pandai abang-abang pula. Nakal ek!
‘Practice,sayang. Nanti dah tunang, Fitri nak Siti panggil abang ek.
‘Malulah.
‘Sebab tulah kita kena biasakan
‘Kalau Siti panggil Fitri, abang. Fitri panggil Siti apa pula
‘Tentulah sayang….eh, panjang lah. Fitri panggil Ayang lah ek. Tak berbelit lidah nak sebut.
‘Oklah Fitri. Esok nak pergi bagitahu tau.
‘Ok Ayang..hehe.
‘Nakal! Bye, assalamualaikum
‘Waalaikummussalam.

Majlis pertunangan kami berjalan dengan lancer. Pakaianku disediakan oleh bakal kakak iparku. Sungguh nakal tunangku kerana tidak memberitahu bahawa segala persiapanku telah disediakan olehnya. 3 bulan lagi aku akan melangkah peringkat seterusnya dalam hidupku iaitu gerbang perkahwinan. Aku bersyukur kerana impianku selama ini menjadi kenyataan. Sesungguhnya Mukhriz Fitri adalah lelaki yang pertama dan terakhir dalam hidupku. Ruang dihatiku ini sesungguhnya miliknya. Tiada sesiapa yang berhak kecuali dirinya seorang.
Kini kami kembali sibuk dengan urusan masing-masing. Namun begitu, persiapan perkahwinan tetap aku utamakan. Mana boleh diabaikan, perkahwinan adalah sekali dalam hidup setiap orang. Aku mahu agar perkahwinan itu berjalan lancer dan dikenang sampai ke akhir hayat kami berdua. Walaupun Fitri jauh, namun dia juga memberikan kerjasama yang baik apabila aku mintanya untuk mencari peralatan perkahwinan di sana. Aku ingatkan semua lelaki tidak akan ambil tahu pasal persiapan perkahwinan kerana dia pernah mengatakan semuanya diserahkan padaku. Nampaknya bakal suamiku ini boleh diharapkan. Bertuahnya aku….hehe.
Semua peralatan telah disiapkan kecuali kasut dan cincin. Dia bersungguh ingin pergi bersamaku. Maklumlah sejak bertunang kami tidak berjumpa. Aku rasa terlalu bahagia. Sehinggakan teman sekerjaku pun mengusik mengatakan aku semakin berseri dan gembira menjelang hari bahagiaku. Mana ada perempuan yang tidak gembira jika akan menghabiskan hidup ini dengan orang tersayang kan? Aku tidak sabar untuk menjadi suri rumah dan ibu pada anak-anaknya. Inilah yang aku impikan dan harapkan sepanjang hidupku.
‘Askum, syg.’ Mesej kuterima ketika hati ini merinduinya.
‘Wslm, abg. Nape abg? Ade apa-apa ke abg?.’ Balasku
‘Nape? Xleh ke abg msj bkl istri abg?
‘Bkn cm2 abg. Kn time ni abg bz?
‘Abg rindulh ayg. Xsabar nk hidp dgn ayg.
‘Ngada abg ni ek. Mjls kte kn sebln je lg. Oh ya, abg nk dtg cni bla?
‘Xsbr nk jmpa abg ek…hehe
‘Abg ni! Kte nk beli cincin kn.
‘Abg igatlh, syg. Abg b’tlk dr cni esk pg. Mlm smpilh kat sna. Mgkn abg kat sana dlm 2 hari je.
‘Kejapnya. Xpenat ke nnti?
‘Sbr syg… lps ni abg akn duk lama2 ek…hehe
.Nakal! Ok abg. Ayg nk g meetg ni. Bye, askm
‘Ok syg. Wslm.

‘Aku terima nikahnya Siti Nor Qatrizah binti Abdullah dengan mas kahwinnye dua puluh dua ringgit setengah tunai.’ Dengan hanya sekali lafaz aku kini telah sah menjadi isteri kepada Mukhriz Fitri. Tidak dapat hendak digambarkan betapa gementarnya aku sekiranya dia tidak dapat melafazkannya maklumlah dia kan orang terengganu. Aku takut terkeluar loghatnya jadi lain pula lafaz akad tadi. Kini gementarku kembali untuk menunggu ketibaannya bagi upacara pembatalan air sembahyang.
Aku terdengar suaranya membari salam. Aku menjawap di dalam hati dan hanya menundukkkan wajahku. Terdengar suara-suara mengusikku. Ini menambahkan rasa gementarku lagi. Dia menghulurkan tangan untuk menyarungkan cincin perkahwinan kami. Dengan rasa penuh kasih sayang aku menyambut tangannya. Selepas menyarungkan cincin, dahiku dikucup dengan penuh syahdu.
‘Cantiknya isteri abang.’ Aku terdengar bisikannya. Aku hanya tersenyum menatapnya. Dia juga tidak beralih dari terus memandangku.
‘Cukuplah tengok tu. Dah lama kawan takkan tak puas-puas lagi tengok. Sambung malam nanti ek.’ Usik abangku.
‘Sebab dah lama sangat tulah yang tak sabar…pengantin barulah katakana
Aku tersedar dan menunduk malu. Macam mana aku boleh tidak sedar bahawa ramai orang yang melihat gelagat kami. Malunya…hehe.
Kami besanding keesokkan harinya. Untuk majlis di tempatnya pula akan diadakan minggu depan. Di sana nanti kami hanya melayan tetamu sahaja, tidak bersanding kerana memang sudah adat di sana majlis menyambut tetamu tidak bersanding.
Kami masih duduk berjauhan lagi kerana syarikat tempatnya bekerja masih belum meluluskan permohonannya untuk bertukar ke cawangan di Johor. Kami telah sepakat untuk menetap di Johor. Walaupun begitu Fitri tetap pulang setiap hujung minggu. Kadang kala aku rasa kesian dengan suamiku tetapi dia tetap mengatakan itu tanggungjawapnya. Jika telah begitu katanya, aku terpaksa ikut sahajalah kerana dia adalah suamiku.
Telah hampir dua dulan aku menjadi isterinya. Kami tidak pernah bermasam muka apatah lagi bergaduh. Namun, panggilan yang kuterima dua hari lepas mengundang seribu macam perasaan dalam hatiku. Najatul, kawan baikku dan kawan baiknya menelefonku. Kata-katanya di dalam telefon masih berbekas di hatiku.
Sejak aku mula berkawan dengan Fitri, Najatul semakin melarikan diri dariku. Sehinggalah satu ketika aku terlewat bangun untuk menemaninya pergi shopping. Sejak itu Najatul seakan-akan memusuhiku. Aku telah dijadikan musuh olehnya. Semasa perkahwinan kami dahulu dia tidak hadir sedangkan dia satu kampong dengan Fitri. Aku tidak mendengar berita darinya sehinggalah dua hari lepas, dia menelefonku dan mengatakan bahawa kami akan bermadu nanti. Ketika itu,aku tidak mampu mengatakan apa-apa sehinggalah dia memutuskan talian. Malam ini aku bertekad untuk menanyakan hal ini pada suamiku.
‘Abang, ada perkara ke yang abang rahsiakan dari ayang? Tanyaku ketika suamiku leka menonton televisyen
‘Setahu abang takda. Abang tak pernah rahsiakan apa-apa dari ayang. Perkara apa sayang?’ balas suamiku sambil terus menonton
Aku hanya mendiamkan diri. Aku terus memandang tepat pada suamiku. Aku tidak nampak apa-apa perubahan pada wajahnya. Suamiku perasan akan pandanganku lalu menegurku.
‘kenapa tengok abang macam nak telan je. Kan baru lepas makan. Takkan ayang lapar lagi.’ Selorohnya.
Namun aku masih mendiamkan diri. Lalu suamiku duduk disebelahku dan memegang tanganku.
‘Kenapa ni sayang? Abang tengok dari tadi ayang gelisah je. Ada masalah ke?
‘Apa hubungan abang dengan Najatul?
‘Najatul?
‘Ya Najatul. Kawan baik abang tu!
‘Kenapa marah-marah ni. Cuba cakap betul-betul. Abang tak faham lah.
‘Kenapa dia cakap ayang dengan dia akan bermadu. Abang nak kahwin dengan dia ke?
‘Siapa yang bagitahu ayang.
‘Najatul. Dua hari lepas dia call ayang. Betul ke bang?
‘Dengar dulu penjelasan abang, sayang.
‘Jadi betullah abang nak kahwin dengan dia? Sampai hati abang buat ayang macam ni.
‘Dengar dulu cakap abang. Abang hanya nak tolong dia je
‘Tolong apa sampai nak kahwin!
‘Dia dah nak bertunang tapi teman lelaki dia lari kat luar Negara. Semua persiapan dah siap jadi malulah kalau tak jadi majlis. Abang hanya tolong jadi tunang dia je pastu dah sebulan ayang putuskanlah pertunangan tu.
‘Bila abang tahu semua ni? Kenapa abang tak pernah bagitahu ayang? Abang buat keputusan tak bincang dengan ayang pun. Abang tu suami ayang tau.
‘Sebab abang fikir abang suami ayanglah, abang tak sanggup nak bagitahu ayang. Abang ingat nak rahsiakan je sebab perkara tu takkan memberi kesan pada hidup kita. Abang tak nak ayang bersedih. Abang takde apa-apa dengan Najatul. Abang hanya nak tolong selamatkan maruah keluarga dia je. Abang sayang ayang.
‘Kalau abang sayang ayang, abang takkan buat ayang macam ni. Abang betul-betul dah hancurkan hati ayang.
‘Jangan cakap macam tu sayang’ jawap suamiku sambil cuba memegang tanganku.
‘Jangan pegang ayang!
‘Ayang

Hari ini aku berada di Terengganu bersama rombongan pertunangan untuk suamiku dan Najatul. Kakak ipar dan ibu mertuaku berada di kiri kananku sambil memegang tanganku. Suamiku tekad untuk membantu kawannya sedangkan semua ahli keluarganya tidak merestuinya. Walaupun hanya untuk sebulan hubungan pertunangan itu tapi aku rasakan seperti seribu tahun lamanya. Kak iparku berulang kali berpesan agar aku tidak pergi. Dia juga risau kerana melihat wajahku yang tenang sahaja. Hanya luaran sahaja aku tenang tetapi di dalam hati ini diriku bermain dengan perasaan. Aku bersetuju kerana aku mempunyai perancangan lain yang tidak diketahui sesiapa pun.
Setelah hampir 2 jam aku menabahkan diri mengharungi majlis itu, akhirnya majlis itu berjalan dengan baik. Aku meminta izin dengan ibubapa Najatul untuk berjumpa dengan Najatul sendirian. Aku melangkah masuk dengan senyuman yang aku rasakan cukup kelat bentuknya,
‘Fitri tak datang sekali ke?
‘Tak. Dia tunggu di rumahnya. Petang nanti aku baliklah
‘Takkan cepat sangat. Aku belum menatap rupa tunangku. Takkan kau nak control Fitri’ ucapnya dengan sinis.
‘Takdelah. Aku yang balik petang ni. Aku tak tahu Fitri balik bila. Kau tanya lah sendiri.
‘Aku dah beli nombor baru untuk dia, boleh tak dia guna. Aku takut isteri tua dia ni marah lak.
‘Bagilah Najatul. Aku tak marah. Aku nak tanya kau? Kenapa Fitri juga yang kau cari? Kenapa mesti dia yang kau bagitahu masalah kau? Takkan kau hanya nak bertunang sebulan je?
‘Biar aku bagitahu hal sebenarnya. Aku dah lama kenal Fitri tapi kenapa kau yang dia cinta sedangkan baru pertama kali berjumpa?
‘Kau cintakan Fitri dari dulu ke?
‘Tak. Aku tak cintakan dia tapi aku tak suka kau dapat dia sebab kau baru kenal dia. Aku kenal dia dari zaman sekolah lagi’
‘Tapi, tu dah memang jodoh kami. Kau nak apa sebenarnya?
‘Aku nak dapat apa yang kau dapat. Kau sentiasa ada segalanya, kekasih yang setia, family yang penyayang dan mertua yang baik. Aku pun inginkan itu juga.
‘Kau boleh cari juga kebahagian begitu, bukankah kau dan mempunyai seorang kekasaih?
Kerana kekasih aku buat hal maka aku nak kau rasa juga penderitaan aku.
‘Tapi kenapa aku jadi sasaran kau?
‘Sebab kau berkahwin dengan orang yang aku kenal
‘Tapi kau hanya bertunang sebulan dan untuk menjaga maruah kau barulah Fitri sudi membantu kau. Dia tak cintakan kau pun.
‘Aku takkan lepaskan dia walaupun dia ingin memutuskan hubungan kami nanti. Masa sebulan cukup untuk aku menerbitkan rasa cinta dalam hatinya. Bukan kau tak tahu orang lelaki kan mudah jatuh cinta kat aku masa kat U dulu. Lagipun kau jauh, tentu dia lebih perlukan aku dari kau.
‘Dia tetap akan menyayangi aku.
‘Kalau betul dia sayang sangat kat kau, kenapa dia termakan dengan pujukan aku agar menolong aku…haha.
Aku terus keluar dari bilik itu kerana tidak mahu mendengar lagi kata-kata sinis dari Najatul. Mungkin betul apa yang dikatakan Najatul bahawa suamiku pasti akan berubah kelak. Aku mengesat air mataku yang mengalir deras. Aku tidak mahu sesiapa melihat aku bersedih terutama suamiku. Kini, aku hanya perlu berdepan dengan suamiku.
‘Ayang cakap apa tadi dengan Najatul. Mak cakap ayang jumpa dengan dia sorang-sorang je. Ayang gaduh dengan dia ke? Sayang juga ayang kat abang ek…..hehe
‘Taklah. Ayang ucapkan tahniah sebab berjaya milikki abang.
‘Apa ayang cakap ni? Abang tak faham
‘Abang sayangkan ayang tak?
‘Abang sayangkan ayang dengan sepenuh jiwa abang.
‘Kalau abang sayangkan ayang, ayang mohon abang lepaskan ayang.
‘Apa ayang cakap ni?!
‘Siti..tak baik cakap macam tu.
‘Ayang merayu abang, tolong lepaskan ayang
‘Kenapa macam ni sayang. Ayang dah setuju dengan keputusan abang tu kan. Abang hanya tunang atas nama je sayang.
‘Sekali abang bergelar tunang pada perempuan lain, saat itu juga gugur semua cinta ayang untuk abang. Ayang tak nak jadi isteri yang nusyus terhadap abang, jadi lepaskan ayang secara baik.
‘Kalau ayang tak setuju dengan keputusan abang untuk tolong Najatul Kenapa ayang tak cakap dengan abang,
‘Banyak kali ayang merayu abang supaya fikirkan semula tapi abang tetap juga nak tolong. Kalau ayang melarang abang tak kan buat ke?
‘Abang…
‘Tak pe bang, ayang dah tahu. Abang tetap akan tolong kerana ayang tahu suami ayang suka menolong orang walaupun hati isteri sendiri terluka. Hati ayang memang bukan untuk abang lagi. Abang kini tunamg Najatul bukan suami ayang lagi.
‘Siti, ingat Allah, nak. Kamu baru je kahwin 2 bulan. Jangan buat macam ni. Mak akan paksa fitri putuskan pertunangan dia dengan Najatul
‘Tak usah, mak. Jangan malukan mereka. Mak berjiran, Siti tak nak sebab ni nanti mak masam muka dengam jiran. Biarlah Siti berundur. Tak kan ada siapa yang bermasam muka.
‘Ayang nak tinggalkan abang keseorangan. Abang tak boleh hidup tanpa ayang. Abang akan putuskan pertunangan itu.
‘Jangan bang. Ayang pasti abang mampu untuk teruskan hidup dengan Najatul. Dan Najatul akan menjadi isteri yang baik untuk abang. Ayang bukanlah isteri yang baik untuk abang.
‘Siti…
‘Mak, Siti pergi dulu. Siti suka menjadi menantu mak. Mak baik sangat dengan Siti tapi Siti terpaksa pergi dulu mak. Halalkan makan minum Siti. Siti tak kan lupakan mak.
‘Abang, ayang pergi dulu. Halalkan makan minum ayang. Maafkan kesalahan ayang selama menjadi isteri abang. Ayang minta maaf sebab tak mampu menjadi isteri yang baik.
‘Abang takkan benarkan ayang pergi.
‘Selamat tinggal abang.
‘Ayang…!!!!!

Satu Respons

  1. best sgt..sambung cepat sket..huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: