Cerpen : Lynn Hantu

cenderawaseh
lvndr23@yahoo.com

Hishhh…nak kata panas tak panas, nak kata sejuk tak sejuk malam ni. Aku berkali kali berkalih ke kiri dan ke kanan, susah pula mata ni nak pejam. Sejak hari mengundi makin hampir, hari-hari ku sibuk dan juga penat. Banyak tugas yang perlu di handle sebagai ketua bagi golongan anak anak muda kawasan yang aku tinggal ni. Hidup kena bermuafakat dengan jiran tetangga,itu pesan mak yang selalu lekat dalam kepala aku. Tapi selalunya, kalau aku penat aku mudah tidur, malam ni apsal lahh…keras betul mata ni nak lelap. Atau mungkin sebab aku perkena kopi tongkat Ali kut, tadi kat kedai mamak.

Aku bingkas bangun dari katil, puas aku cuba memujuk agar mata ini pejam, langsung tak jalan. Suis lampu di dinding aku petik. Suasana yang tadi gelap kini terang disinari lampu siling. Aku capai rokok DUNHILL dan menyedut senikmat yang boleh. Katakan TAK NAK pada rokok.. bagi aku, katakan NAK pada rokok..hehheee…lelaki macho, mesti kena isap rokok…muaahahaa..kalau mak aku dengar apa suara hati aku ni cakap..sepuluh bakul belum tentu cukup ,aku kena makan buah membebelnya. Ermm..aku merapati diri ke meja komputer. Suis nya ku petik….

Malam malam hangat begini seronok jugak kalau layan chating. Aku cuba masuk dalam YM. Saja parking id name aku dalam satu room, yang aku favourite lah jugak. Tengok dorang ni bersembang bagai esok tak wujud. Macam macam hal.yang di borakkan. Setelah lebih kurang sepuluh minit aku layan ‘member’ dalam room tu, aku telah menerima satu private message dari id LYNN HANTU. Lynn Hantu konon tak takut pun…muahahaa..

LYNN HANTU: HAI…
MACHOGUY: HAI
LYNN HANTU: DARI MANA
MACHOGUY: JAUHHHH…DARI ZATHURA…HEHEHE..

Saja jer aku nak menyakat awek ni, nak lepas rasa boring aku. Aku lirik jam, pukul 2 pagi, tak tidur lagi minah ni yer.

LYNN HANTU: ALAAA…CAKAP LAH BETUL BETUL…JAUH TU ZATHURA..TAPI KALAU SAYA TERBANG RASA2 BLEH SMPAI KUT.

Hek elehhh…nak mengayat lah tu, minah ni. Ok ok kita layan aaarrr..

MACHOGUY: WAAA..TERORNYA ..LEH TRBANG EEK…CUBALAH TERBANG DATANG SINI…LEH I SEMBANG2 NGAN U.

LYNN HANTU: KLAU I DTG TPT U NNTI, I TAKUT U X NAK TGK MUKA I, I NI KAN HANTU.HEHEHEE…

MACHOGUY: TAK KISAH LAHH..I X TAKUT HANTU POMPUAN..LAGI SUKA ADALAH…..

Hehee…mengarut betul aku ni. Aku meraba kepala ku, manalah tahu kut kut aku dah tumbuh tanduk kat kepala ni. Otak kuning betul …chit.

LYNN HANTU: ADA FON NUMBER X?

Haaa aku dah agak dah, mesti akan dimintaknya nombor tepon. Aku bagi jugak, awek beb mana leh tolak. Aku sedut rokok yang tinggal separuh, asapnya berkepul kepul keluar. Mak aku cakap, asap ni makanan jin, aku pun dah macam jin..heheee. Bila nombor aku di ambil LYNN HANTU, dia diam seketika. Aku pun tak tahu apa yang dia buat. Tidur dah kut. Tiba tiba…………

“KAU MASIH KU CINTAI…SUNGGUH..”.alunan lagu Iris lantuanan suara AWIE yang berkumandang keluar dari handfon aku. Satu nombor yang aku tak kenal tertera di screen.

“Hello….Rashdan here” cewah formal lah pulak.

” Hello” satu suara halus menerjah lembut gegendang telinga aku. Aduh gemersiknya suara dia beb. Ini boleh bikin jiwa kacau..

” Ya siapa tu”

” Lynn Hantu..tadi u bagi I nombor u kan, so I saja nak try betul ke tak…” aduh mak oooi, sedapnya suara…bergetar jantung aku. Kalau suara dia macam ni punya ‘ayu’. rupanya agak agak lagi ayu kut…..boleh bikin rosak iman aku nii…hishh..

” OOO…Lynn, apsal tak tidur lagi…” macho kena kontrol beb.

” Tak boleh nak tidur…”

” Sama lahh..I pun tak boleh nak tidur gak ni.” suara aku, kalau awek dengar selalunya gelak. Maklum lah aku ni bersuara serak-serak basah yang tak pernah nak kering. Macam itik terkepit pun ada gak. Tapi awek ni, dia cakap suara ku cute. Sedap di dengar, aku ni pulak pantang ada yang puji, punya lah nak kembang hidung ni. Silap haribulan biji durian pun muat masuk..

Malam tu aku rasa terbuai dengan alunan suara Lynn, seolah olah aku sudah lama mengenali dia. Tak kurang juga dia pandai melayan perasaan aku, ada jugak certain certain part tu dia cuba cungkil, dan aku mudah benar mencurahkan kata kata indah. Maklumlah, lelaki tulen, penuh dengan manisan di bibir. Pendek kata, aku rasa ‘bahagia’ bila berborak dengan minah ni. Even just for one nite only.

Lama kami berborak, sehinggakan pukul 4 pagi. Aku tertidur dalam ‘pelukan’ suara manjanya. Dalam mimpi pun aku rasa aku bagai berlari lari di bawah sinaran pelangi bahagia. Gila kah aku ni…

Jam loceng mengejutkan aku pagi tu, kalau ikutkan hati nak jer aku campak jam tu keluar tingkap kondo aku ni. Memekak jer. Aku buka mata ku sedikit. Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi…lagi beberapa minit nak masuk kul 9. Aku berkira kira nak pergi kerja atau tidak. Rasa mengantuk giler ni….

” Hello ….Murni”

” Yes, can I help u..”

” Saya ni…saya tak masuk kijer hari ni..MC..apa apa hal give me a massage ok..”

” Ok sir..”

Ahhh…mudah sungguh hidup jadi orang atasan ni. Tak rugi rasanya bila belajar bagai nak mati dulu. Mak pun siap gadai tanah lagi nak suruh aku jadi ‘someone’, further study jauhhhhh… dari kampung halaman. Negara empat musim lak tu. Maklum lah aku ni anak lelaki tunggal, manja lagi..hehee..Sekarang, nahh…segala kesusahan hidup dulu, aku ‘bayar’ pada mak, dengan kejayaan aku sebagai ARKITEK muda di kompeni besar, di bawah naungan somebody berpangkat DATUK. Calang calang anak melayu nak pegang jawatan aku tuu…Cuma satu jer lagi aku belum bagi pada mak..Menantu. Penuh jugak telinga ni dengan soalan mak pasal calon menantu kalau hari aku balik kampung. Tapi apakan daya, aku ni jenis memilih. Susah nak cari perempuan yang sememangnya perempuan. Lagipun aku tak puas lagi nak ‘enjoy’ kejayaan yang aku kecapi ni dengan mak aku. Alangkah baiknya kalau abah masih ada lagi. Boleh join sekali….isk..isk..iskk.. Apa apa pun aku kena bangkit sekarang, dah lah subuh terbabas, penangan Lynn lah semua ni. Ermm…rasa macam nak dengar lagi lah suara dia. Tak pa aku mandi dulu lepas ni aku akan call dia. Jom mandiii…….

Aku kebuntuan, dah berpuluh puluh kali aku call ‘awek’ yang aku baru ‘kenal’ dalam tempoh satu malam. Bila aku call, line asyik bertunang jer. Ni buat yang aku geram ni. Aku call lagi….

” Helloo!!” makk ooi garangnya suara belah sana. Anak siapa lah tu. Berjawab jugak telefon ni yer.

” Err..hello…Lynn ada?” aku gigit bibirku bila aku pasti suara minah brutal sebelah sana bukan suara Lynn.

” Aaaaa…apa..tak dengar lahh..boleh cakap clear sikit tak..” hek elehh minah ni. Aku tahu lah suara aku serak, macam suara angsa. Takkan lah tak dengar lagi. Aku perbetulkan nada suara ku.

” Saya nak cakap DENGAN Lynn..dia ada tak Kak Long?” hishh geram aku.

” Saya tak pekak lagi, apsal cakap kuat kuat. Nak cakap dengan Lynn?? Saya rasa awak dah salah nombor ni…saya bukan Lynn…saya Mira!!”

Eh minah ni,Aku cakap tertib dia tak dengar, aku cakap nada tinggi, dia cakap aku cakap kuat. Sekali aku sepak baru tau. Tapi yer ker salah nombor???..aku dah pasti ini nombor Lynn. Apa kes lah minah ni.

” Tapi semalam Lynn yang call saya..” tegas ku.

” Saya banyak kerja ni..kalau awak tak der apa apa hal saya letak fon ni” tengok..betapa ‘cantik’nya bahasa.

” Eh nanti lah dulu cik Mira..saya tak puas hati ni. Saya borak dengan Lynn sepanjang malam semalam. Takkan lah saya yang salah nombor, sedangkan Lynn yang call saya dulu!” aku rasa dada ku panas. Silap silap haribulan meletup ni….Kontrol kontrol.

” Awak tak faham bahasa ke..saya bukan Lynn..saya dah guna nombor ni lima tahun dah tahu tak!. Lynn mana lah pulak yang awak cari ni?. Kalau awak terus kacau saya, saya repot polis..” laaaa…Kak Long ni, kurang asam jawa betul lah. Dia ugut aku lak..ni buat telinga aku berasap macam asap keretapi ni.

” Ni Kak Long, dengar eek…peduli apa awak guna nombor ni lima tahun ke, sepuluh tahun ke..yang saya tahu, saya tak silap. Ini nombor Lynn. Awak nak repot polis..repot lah..repot bomba sekali pun saya tak heran.” suara aku makin meninggi.

” Ok macam ni lah..kalau awak tak puas hati..kita jumpa. Kita setel benda ni. Jumpa saya esok kul 4.30 petang kat Tasik Titiwangsa. Nanti sampai, saya call awak. Okay..bye. Klik”

Ya Rabbi minah ni, belum pun aku setuju dia dah letak telefon. Orang ke apa dia ni. Orang jugak, tapi dibuat dengan besi. Hishh…spoil mood aku di hari cuti. Mana Lynn ni..rindu nya aku………

Hari cuti aku merangkak lambat. Aku penuhi hari aku dengan tidur. Nasib esok cuti umum. Bila aku sedar maghrib dah pun masuk waktunya. Aku mandi dan solat, setelah itu aku baca Yassin hadiah untuk abah.

Perut ku berkeroncong, aku ke dapur masak spaghetti. Berlagak jugak aku ni, makan western food yang selalu jadi pilihan. Gara-gara tinggal di luar negara dulu lah ni. Tapi aku masak sedap wooo… Kemudian aku layan tengok tv sambil sambil tunggu waktu Isyak masuk. Aku tengok berita terkini pasal hari mengundi yang bakal tiba. Macam macam hal dunia sekarang…

” Hello…” suara aku jadi makin serak. Entah masa bila aku terlelap. Aku lirik jam di dinding. Dah pukul 12.30 malam. Ya Allah kuatnya aku tidur hari ni.

” Hello…Rashdan…ini Lynn..” mata aku yang tadi memberat, sekarang terbukak macam sportlight, tatkala aku dengar suara yang amat, amat, amat, dan amat aku ‘rindui’. Sebijik angau 15 aku ni. Astaga.

” Ooo,Lynn…tak tidur lagi ke..dah lewat malam dah ni..” ceh ceh ceh…concern nampakk. Kontrol macho pulak aku ni.

” Tak boleh ker..Lynn call Dan, dah tidur ker..?” mak ooii…tu dia,suara bak buluh perindu.Kalau suara gini di bawa nyanyi, sure tak boleh cari makan artis-artis Malaysia.

” Eh..siapa kata tak boleh…Dan dari tadi cuba call Lynn, tapi tak dapat..tau..” aku cuba untuk memecahkan persoalan yang dari siang tadi berlegar di ruang kepala.

” Ye ke…tak dapat pun..tipu eekk…” gulp…aku rasa lain macam jer sekarang. Aku beralih pandang ke screen telefon ku. Sah, memang nombor ni lah aku call siang tadi. Tapi bukan Lynn yang angkat, si Mira brutal tu yang jawab. Aku keliru sendirian.

Dalam kesamaran cahaya bilik ku, aku bermain madah kata kata cinta dengan Lynn. Seolah-olah persoalan yang sebentar tadi melayang layang dalam otak aku, tidak pernah wujud. Aku sekali lagi terbuai dengan kelunakan suara sang pemilik, yang aku tidak kenal langsung. Suaranya itu bagai memberi aku nafas baru. Ungkapan ungkapan indah dan mekar,senang saja di lucutkan dari bibirku ini. Sehinggalah aku terlelap lagi sekali tanpa ucapan apa apa dari aku dan juga Lynn.

Hari Maulidur Rasul, cuti umum bagi Malaysia. Aku sesekali menyumpah nyumpah diri ini kerana aku terbabas solat Isyak dan juga Subuh sekaligus. Entah mengapa aku begitu asyik berborak dengan Lynn, sampai aku terleka tentang kewajipan ku yang wajib dilaksanakan. Kalau mak tahu…teruk aku kena balun.

Masa aku keluar makan tengahhari, aku teringat janji ku dengan Mira. Akan aku selesaikan perkara yang membuntukan otak aku ni. Makin lama aku bendung, makin sarat. Siapa antara mereka yang menipu aku. Lynn atau Mira. Tapi kedua dua awek tu langsung aku tak kenal, macam mana aku boleh menghakimi mereka. Aduuuhh..bengap otak aku beb. Baik aku layan soru dulu.

Setelah pulang dari rumah wakil kawasan yang bertanding, aku terus pecut laju menuju ke Tasik Titiwangsa. Aku ambil parking di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku menunggu panggilan dari Mira.

” Hello…awak…saya Mira..saya duk kat bangku depan kawasan parking kereta. Saya pakai baju warna putih. Rambut hitam pekat paras bahu. Klik..”

Aisey minah ni…kedekut prepaid betul lah. Satu nafas jer dia cakap, belum sempat pun untuk aku bukak mulut ni. Lantak lah, tak kuasa nak layan…Aku menapak keluar dari kereta ku. Sesekali aku melilau mencari kelibat yang dikatakan tadi. Beberapa meter dari aku terdapat seorang perempuan yang tinggi lampai sedang memeluk tubuh mengadap tasik. Aku berani kan diri menghampirinya.

” Errr..Miraaa..”

” Hah..awak yang semalam call saya nak cari Lynn kan..?” aduuihh minah ni, tak padan dengan rupa lawa. Sekali imbas macam Avaa Vanja tapi bahasa punyalah CENCALUK basi betul.

” Yer..saya lah yang awak maksudkan tu..tak percaya ni saya bawak telefon saya ni. Cuba awak tengok..saper call saper. Kalau awak tak percaya lagi…awak tengok lah sendiri.” aku menyuakan telefon ku ke arahnya. Dia ketap bibir dan rampas telefon ku itu. Sesekali dahinya berkerut.

” Pelik…” itu lah yang lahir dari bibir bergincu itu. Aku biarkan dia berdiri lama lama sambil perhatikan telefon ku. Kini aku mengambil duduk di bangku yang disediakan. Mira menoleh ke arah ku.

” Ini bil telefon saya sebagai bukti yang nombor saya ni tak pernah call awak.” kini giliran dia pula menyuakan bahan bukti padaku. Aku mengamati bil itu dan perhati nombor dan tarikh waktu Lynn call aku. Langsung tiada. Aku mengumam sendirian.Pelik pun ada. Aku melirik pada Mira yang tunduk membisu, rambutnya terjuntai menutupi mukanya. Aku biarkan dia berfikir sejenak.

” Sampai hati Dan…” omak kau terkejut aku. Aku berpaling pada Mira yang masih lagi tunduk. Suara Mira bukan segemersik itu, suara Mira kasar dan garau. Tapi ini suara….suara….suara Lynn…aku tersentak. Perlahan lahan Mira angkat mukanya. Tiada lagi wajahnya yang putih kemerah-merahan seperti tadi, tapi digantikan dengan wajah yang pucat lesu dan wajah yang penuh dengan kesedihan. Matanya berair dan merah, meremang bulu roma ku.

” Llllyyynn….” aku terketar…

” Dan cakap Dan percaya kan Lynn. Dan sayang Lynn, tapi kenapa sampai macam ni sekali Dan buat Lynn..mana janji Dan untuk tidak meragui siapa Lynn….Dan bohong pada Lynn…sekarang Dan buat apa dengan perempuan ini. Lynn benci pada perempuan ni Dan..dia ego,sombong, sudah lama Lynn ikut dia, Lynn menyesal ikut dia sebab dia tak ramai kawan. Sekarang apa yang Dan buat dengan dia di sini. Waktu senja pulak tu..”

Aku telan liur ku yang terasa perit bila di kepit oleh anak tekak. Suara Lynn yang selalu aku dengar kini tidak lagi gemersik, tapi sedikit nyaring. Aku bangun perlahan lahan, tapi masih lagi memandangnya. Aku kena ikhtiar sesuatu, Lynn bukan lah seperti mana aku harapkan….Mira yang kini bertukar Lynn ikut aku bangun, sambil merapati mukanya ke arah ku. Kaget aku seketika.

” ERR…Lynn sayang Dan kan…Dan tak buat apa apa dengan Mira, cuma jumpa nak bincang pasal kerja jer…err…err..Mira..opss sori…Lynn..ikut Dan boleh..Dan nak bawak Lyn pergi ke tempat special. Tiada siapa pun akan kacau kita..boleh..er..takk..sayang…?”

Lynn angguk lemah, matanya makin merah membengkak…Aku akan bawanya ke rumah ustaz Leh. Ayah angkat aku. Walau apa pun aku mesti selamatkan Mira, Mira tak boleh jadi mangsa Lynn..aku perlu lakukan sesuatu.

Dalam perjalanan ke rumah Ustaz Leh, ‘Mira’ banyak diam, sesekali aku dengar dia terisak kecil. Sesekali dia ketawa. Bila dia ketawa aku pun buat buat ketawa sama. Tapi dalam hati aku hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku sekarang. Kalau mungkin terjadi, meletup dada aku ni. Berbagai bagai alasan yang aku taburkan agar dia rasa senang hati, aku kalau bab berlakon boleh la tahan. Jangan dia cekik aku udah.

Tiba di perkarangan rumah Ustaz Leh, aku hantar mesej pada ayah angkat aku itu. Nasib baik berjawab. Kat sini lah kita patut puji kecanggihan mobility dunia sekarang. Segala galanya di hujung jari.

” Dan kenapa tekan tekan telefon…Dan telefon siapa?” Mira yang kini jadi Lynn menoleh ke arah ku. Mak ooii..mata dia keluar darah lah. Aku cuba senyum..aku mohon pada Tuhan agar janganlah diapa-apakan Mira.

” Err..telefon ni rosak..sebab tu Dan tekan tekan…” aku cuba membohonginya. Dia mencerlung ke arah ku lagi. Kini aku pegang tangannya, sejuk gilerr macam air batu. Aku ajak nya keluar dari kereta dan naik atas rumah Ustaz Leh. Dia senyum menampakkan giginya..seriau aku tengok. Walaupun aku tahu itu jasad Mira tapi kini aku jadi seriau lihat keadaan nya di takluki Lynn.

” Jom lahhh..kat sini tak ada orang hanya kita dua orang jer. Inilah rumah Dan…” aku sengaja mengumpannya.

Bila sampai anak tangga terakhir aku kuak pintu kayu rumah kampung itu. Aku menariknya sedikit agar menapak masuk. Kini Mira berdiri betul betul di atas rumah ustaz Leh. Aku melepaskan tangannya perlahan lahan.

” ARGGGGGGGGHHHHHHHH….Dan tolong Lynn….Dannnnnnnn” tiada lagi suara gemersik malah di ganti dengan suara yang parau dan kasar. Mak Cu menarik ku agar kebelakang. Serang hendap dari Ustaz Leh dan juga Pak Su Usop membuat kan Lynn meronta ronta. Tali kuning dilingkar ke badan Mira. Kak Nab keluar dengan semangkuk air dan juga kemenyan. Aku kegelisahan bila Mira mencerlung aku bagai nak telan.

” Kamu banjingannnnn..lepaskan aku…Dan sayang tolong lah Lynn…Dan sayang Lynn bukan..Dan kamu penipu aku benci kamu!!…” kini berbagai bahasa yang terlucut dari mulut Mira. Bahasa Jawa, Siam semua ada..aku langsung tak faham. Mak Cu mengikat aku dengan tali putih yang selalu mereka gunakan untuk acara ‘pelepasan’. Setau aku tali itu tali yang telah dijampi dengan ayat Quran.

” Siapa kamu..mengapa kamu kacau budak perempuan ini…” Suara ustaz Leh memecah suasana di pelusuk sudut ruang tamu itu. Pak Su Usop memegang kemas tangan ‘Mira’ ke belakang.

” Aku Puteri Sulawesi….aku suka budak ini….aku dah lama ‘bersamanya’. Budak ini tak pernah sembahyang…tapi sombong..aku hanya perlukan teman…lepaskan aku banjingan..kamu gilaaa..kalian gila ….banjingan…” ‘Mira’ makin kuat meracau, suara Lynn langsung ‘mati’. Sungguh aku tak sangka, perempuan yang aku kenal dalam ruangan chating rupanya hantu. Aku masih lagi tunduk lemah. Mak Cu menegah ku dari pandangnya. Kak Nab berkali kali menyapu air jampi di muka aku yang berjambang ini.

“Aku akan lepaskan kau kalau kamu berjanji tidak mengganggu anak aku lagi. Sama ada budak ini atau budak lelaki itu..” Ustaz Leh memicit ibu jari kaki Mira dengan biji lada hitam.

” Jangannnnn…sakittt….aku mahu dia tahu yang aku suka bangat sama dia pak. Aku suka anak lelaki kamu itu pakk…tolong pakk..sakittt deh..aaaahh GOBLOK..!!!” dia menjerit dan meronta ronta. Kesian aku tengok Pak Su Usop selaku pembantu Ustaz Leh, memegang Mira yang meronta ronta hebat.

” Kenapa kamu suka sama anak lelaki ku..kenapa..kamu sadar dia bukan untukmu…” Ustaz Leh melawan mata dengan Mira.

” Sebab dia ‘panggil’ ku, dia bagi aku makan..aku sangat kenyang dan aku suka makan makanan itu…sakit Pakk..lepas kan aku…!!” Ustaz Leh berpaling pada ku seketika. Aku hanya mengeleng geleng kan kepala tanda tidak mengerti apa yang ‘Mira’ maksudkan.

” Apa yang dia bagi kamu makan…..”

” Asap sama aroma daging cincang berwarna merah…”

Bagai ada satu gunung menghempap kepala ku mendengar ‘Mira’ berkata sedemikian. Aku imbas balik apa yang lakukan pada malam aku berseorangan hari hari yang lepas…Ya..daging cincang untuk aku masak spageti dan juga asap rokok yang aku hisap pada malam malam hari aku berborak dengannya…aku jadi terkedu. Aku pandang Mak Cu dan juga Kak Nab…aku jungkit bahu ku lemah.

” Sekarang aku mahu kau lupakan anak aku..kerna dia sudah berpunya…aku juga mahu kamu keluar dari tubuh anak perempuan ku ini.” sekali lagi suara Ustaz Leh bergema.

” Aku ngakk mahuu…anak perempuan mu yang jumpa aku dan bawa ku balik….jangan kacau aku banjingannnn..!!” nafas ‘Mira’ turun naik dan sesekali cuba mengigit tangan Pak su Usop.

” Dimana dia jumpa kamu…” Ustaz Leh memicit ibu jari kaki kanan ‘Mira’.

” Dia duduk atas aku dalam mobil tambang…dia ambil ku dan bawa ku balik rumahnya…Pakkk tolong dehh…sakit gue Pakkkk..sakittttttt..” suaranya yang parau kembali sedikit kendur merayu. Aku terkesima, kenapa lah Mira gatal tangan pergi ambil barang dalam teksi tu…aku merengus lemah.

” Sekarang aku mahu kamu keluar dari badan anak aku ini…aku ulangiii..KELUARRR!!” Ustaz Leh menjerit sambil memicit lagi ibu jari kaki ‘Mira’.

” Aku ngakkk mahuuuu…ngakk….@$#^%!*&^#” !!!!” ‘Mira’ mula meracau dengan berbagai bahasa. Meremang habis bulu roma ku lihat adegan yang tak patut aku lihat secara life depan mata.

” Kamu degil aku terpaksa halau kamu..pulang ke tempat asal kamu wahai Puteri Sulawesi..” mulut Ustaz Leh terkumat kamit membaca kan sesuatu. Jeritan nyaring dari ‘Mira’ membuatkan rumah Ustaz Leh di banjiri jiran jiran sebelah.

” Jangannnnnnn…Dan tolong Lynn Dan…tolongg…” jeritan itu diselangi dengan suara gemersik Lynn..” aku mengigil tangan dan kaki.Mak Cu acap kali menyapu nyapu air jampi di muka ku ini.

“Panggil Usin bawa kereta datang sini Sop, kita ‘buang’ benda ni jauh jauh..” arah Ustaz Leh pada Pak Su Usop. Mira kini terkulai di ribaan Kak Nab. Perlahan lahan wanita itu membisikkan kalimah kalimah ayat suci Al-Quran ke telinga Mira.

Dari hari itu,aku ambil cuti kecemasan, aku direhatkan di rumah Ustaz Leh untuk menghilangkan rasa ‘takut’ yang aku alami dan juga ‘melepaskan’ aku dari gangguan yang tak diingini. Mak aku yang terkejut, dengan berita yang disampaikan Mak Cu, terus diterbangkan dari kampung datang menemaniku. Sungguh aku tak sangka, rupa-rupanya Lynn itu hanya lah se’ekor’, atau se’orang’ atau se apa eekk….hantu spesis jin. Aku nekad, bila aku sembuh, aku akan kemaskan balik rumah aku, aku tak mahu hisap rokok lagi, aku takkan makan makanan barat lagi…dan aku akan sentiasa mengaji Quran yang dah lama aku tinggalkan.

Memang betul saranan kerajaan. Katakan TAK NAK pada rokok..sebab rokok akan memungkinkan sesuatu yang nyata berlaku atau sesuatu yang tak logik berlaku, seperti mana aku lalui ini. Aku juga fobia dengan perempuan. Cukuplah mak aku sorang yang bertakhta dalam hati ku ini. Nanti fobia aku hilang, baru aku fikir balik, nak kawan atau tak dengan perempuan.

EEEEIIII…seriau aku bila kenangkan kembali. Lepas ni aku tak mahu duduk kondo lagi. Duduk kondo yang tinggi tu bukannya best sangat. Nanti silap haribulan langsuir pun boleh bertenggek kat balkoni kondo.Aku akan pindah dan duduk dengan keluarga angkat ku ini.

Lynn…maafkan aku, aku bukanlah untukmu. Kita berbeda dong……..berbeda bangat….eeeiiii takuttttt….Makkkkk!!!

7 Respons

  1. tahniah,cenderawaseh
    Best cerita nih…
    hehe…lawak pun ader…~Juewa86

  2. umakkk aiii.betolm ker citer ni.abes kalau lelaki isap rokok..hantu prempaun yg dtg..kalau prempuan isap rokok..eee gerunnya

  3. ish, wat aku takut nak ym jer. dala salu ym mlm2. pasni aku ikut sranan si mamat tula.huhu. anyway citer nie besh bangat dong. teruskan usaha lagi

  4. Ishh…ada ker citer cam ni…..hantu pun pandai chat yer…. anyway good try…..funny jugak…

  5. haaaa cerita ni seram jugak bile terbgn malam tadi and tibe tibe teringat balik.walaupon kelakar tapi kalau dah terbgn sorang2..seram jugaklaa

  6. macam2 ada..huhuhu….

  7. best lah citer nie lawak lak tu,nanti uat citer lain lak ye

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: