Cerpen : Marqonah

Ruby Raudah
robieah87@yahoo.com

Aku merebahkan badan atas katil. Keluhan kecil keluar dari mulutku . Wajah mama terbayang diruang minda. Mama…Mama… Ada sahaja permintaanya dariku. Kalau ikutkan kata hati, malas aku hendak menurut namun situasiku ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Permintaan mama agar bertemu seorang gadis malas dipenuhi namun jika enggan pasti si bunda berkecil hati. Huargh…! Hendak tak hendak aku terpaksa turut. Bukannya susah sangat. Pergi dan balik…Lagipun janji mama, ini gadis terakhir. Selepas ini mama takkan lagi memadankan aku dengan mana-mana wanita dalam dunia ini. Alhamdulillah! Seketika, handsetnya berbunyi. Mesej daripada mama…

‘Jangan tak pi An…Kul 8 Marqonah tunggu. Good Luck!’

Aku mendengus. Marqonah?! Ah! Mendengar nama dia pun kedengaran geli hati aku mendengar…Macam manalah rupa agaknya…Aku tergelak kecil.

————————-

Jam tepat pukul lapan lima minit. Bayangan cik Marqonah yang ditunggu masih tak tiba. Aku setia menunggu walaupun hakikatnya aku kurang suka orang yang kurang menepati janji. Hai, first time jumpa dia dah tunjuk belang, datang lambat…gutusku.
“Assalamualaikum…Encik Wan Rayyan?”Seorang perempuan ayu berbaju kurung berdiri dihadapanku. Aku angguk sahaja. Dia tersenyum. “Saya Nur Marqonah…Maaf terlambat.”Perkataan maaf terlucur dibibirnya. Aku senyum dalam hati. Dah lambat, takkan buat bodoh aje. Memang patut minta maaf! Marqonah masih berdiri. Tersedar, lantas aku menyuruh dia duduk. Bukannya aku tak boleh bangun dan bersikap gentleman dengan menarik kerusi untuk dia . Tapi aku tak mahu. Malas! Bahkan berbelas-belas wanita aku beri layanan begitu. Ah! Bak kata mama, ini wanita terakhir…Biarlah kaum hawa ni berusaha menggunakan kudrat menarik sedikit kerusi.

“Kenapa lambat?”tanyaku terus terang. Dia senyum. “Maaf…Kebelakangan ni maghrib lambat sikit, jadi saya ambil masa…”Terasa panas aku mendengar jawapannya… Solat maghribku hilang entah kemana tadi. Ah! Terasa kerdil. “Cik Wan Rayyan marah saya?”lantas aku menggeleng sebelum tersenyum kecil. Melihat senyumanku dia membalas.
Seketika kemudian, seorang pelayan datang membawa menu. Aku pilih beberapa makanan. Tika aku sudah memesan makanan, Marqonah masih terkebil-kebil memandang menu tersebut. Manakan tidak semua menu tersebut dalam bahasa spain… Aku senyum! Yes…Umpanku mengena. Padan muka, pasti dia terasa malu. Tak salah aku menyuruh mama memesan restoran ini sebagai tempat perjumpaan kami. Aku tertawa dalam hati.

“Tak apalah bang…Saya pesan apa yang dia pesan.”Marqonah menutup buku menu tersebut. Aku memandangnya. Memang dia bijak. Pandai mengawal keadaan. “Saya tak pernah makan di restoran macam ni…Biasa kat gerai-gerai aje. Maaflah, tiru cik Wan Rayyan plak…”tanpa ku sangka Marqonah berkata begitu. Kedengaran jujur sahaja. Aku yang terkedu.
“Gerai??? Saya plak tak pernah makan kat gerai…Bagi saya kurang stail…”aku sengaja menyakitkan hatinya. “Tak adalah gitu cik Wan Rayyan. Zaman sekarang ni, orang tak pandang tu semua… Makan kat gerai ke, apa ke…tak lambangkan sangat poket orang tu.” Balasnya. Aku diam. Dia diam.Lama! Kemudian, makanan kami sampai…Sepinggan spegeti dan roti sup. Air fresh oren. Aku membentangkan sapu tangan ke ribaku. Aku perasan sesuatu. Marqonah meniru aksiku…Hai terasa lucu pula.

“Makanlah…”aku mengambil sudu dan garpu. Belum sampai makanan tersebut ke depan mulutku, aku meletakkannya kembali. Sekali lagi aku terasa kerdil. Aku lihat Marqonah menadah tangan dan mulutnya kumat-kamit. Hendak tak hendak aku terpaksa menadah tangan. Selesai doa dilapazkan, kami amin bersama. ” Makan cik Wan Rayyan…”dia menyuap spegeti kedalam mulutnya dengan cermat.
“Cik Marqonah orang mana?” aku terpaksa memecahkan kesunyian kami dengan bertanya soalan. Jika tak, makanan dah habis kami pula macam tiang kayu. Bisu dan keras!
“Saya? Saya orang utara. Tapi besar dekat Pahang…”Aku angguk. Sepatah tanya, sepatah jawab. Kami diam lagi. Sekali lagi aku terpaksa bersuara dahulu.
“Cik Marqonah…-“
“Eh Encik Wan Rayyan…Tak payah bercik-cik dengan saya. Panggil Marqonah aje…”kata-kataku dipotong. Aku buat-buat tertawa. “Kalau gitu, Marqonah boleh panggil saya Rayyan aje. Tak payah juga berencik-encik. Awak saya, awak saya pun saya tak kisah…Tak perlu formal sangat.” Giliran dia pula tertawa. Tiba-tiba aku terperasan sesuatu. Sebenarnya cantik juga dia tertawa. Wajahnya kemerahan.
“Oh! Awak nak cakap apa tadi…?”tanyanya.
“Lupa plak…Saya nak tanya, dah lama ke awak duduk sini..?”
“Masuk bulan ni 3 tahun genaplah…Saya duduk sini pun sebab kerja. Kerja pindah randah.”
“Iye…?Kerja apa?” Dia meneguk minuman sebelum membalas. Aku lihat sahaja.
“Cikgu biasa. Cikgu sekolah rendah aje.” Aku angguk sahaja. Cikgu…? Bukan aku hendak memandang rendah. Mama sendiri dahulu bekas penolong kanan sekolah tapi jujurnya aku kurang suka perkerjaan cikgu. Bagiku terlalu suci! Tiba-tiba aku tak tahu nak kata apa lagi. Idea dimindaku dah habis. Kalau tak kerana mama, sudah lama aku bangun meninggalkan ‘majlis rasmi’ kami ni.
“Awak pula kerja apa?”dia bertanya padaku. Ah! Tiba pula masaku disoal siasat. Tapi takapa, tak perlulah aku ‘mengoffer’ diri dengan menceritakan kisah aku pula. “Kerja biasa-biasa aje.” Aku sengaja merendah diri. “Iyelah tu…Kerja apa ?”
“Saya kerja kat syarikat papa aje. Bawah sikit dari papa, tapi baru lagi…”tiba-tiba aku rasa riak pula. Konon merendah diri. “Syarikat papa? Oh! Syarikat datuk…Untunglah awak, lahir dalam keluarga senang. Kerja pun tak susah nak cari. Tak perlu susah-susah cari, dapat pangkat tinggi…”
“Tak juga…Benda ni semua bergantung pada diri kita. Kalau diri tak layak, tak dapat juga…”aku tak mahu kalah dengan pandangku. “Betul tu, saya sokong…Tapi kalo awak sedar atau tak, ada banyak orang yang layak, tapi tak ada yang bernasib baik macam awak. Ada pun, jarang! Boleh dibilang… Keluar dari u, terus dapat jawatan tinggi..” Fuh! Pedas juga kenyataan cikgu muda ni. Aku menghirup minuman. Dia memandangku.
“Maaflah, saya tak kata Rayyan tapi cakap secara umum aje…”Dia seakan membetulkan keadaan. Aku yang mendengar rasa hendak termuntah, Konon tak kata, tapi tadi nyata dia menyebut namaku sebagai contoh!
“Itu pandangan awak, saya tak boleh nak marah atau tersinggung…Cuma, kalau awak haraf semua yang keluar dari u tu dapat jawatan tinggi…sape yang nak jadi kuli, sapa nak jadi bos…”aku sindirnya balik. Tapi Marqonah tetap berlagak tenang. Kata-kataku, sekadar disambut dengan senyuman.
“Marqonah kenal mama saya…?”aku sekali lagi memulakan perbualan. Dia angguk. “Dah lama kenal, kadang-kadang saya anggap dia macam ibu saya. Datin baik sangat…”Aku senyum. Kali ini aku setuju dengannya. Mama memang manusia yang baik. Semua orang puji mama baik, Cuma darah kebaikan mama tu tak meresap dalam diriku. Aku pun tak tahu apa silapnya. Bukan mama dan papa tak mendidik tapi aku yang tak makan saman. Aku hidup dalam prinsip dan acuanku.
“Datin apa khabar? Kaki dia dah okey?” tanyanya. Aku kepinga. Kaki? Sejak bila kaki mama sakit? “Datin tak cakap ke? Hari tu, kaki dia terseliuh…saya urut sikit, betulkan urat dia…tapi tak tau lah dah okey ke tak…”Oh! Tiba-tiba aku teringat perkara berkaitan kaki mama ini. Memang kami mama terseliuh dan mamaada cerita kakinya sudah diurut. Tapi tak pula aku sangka si tukang urutnya dia.
“Dah okey…Thanks bantu.Urutan awak tu, memang berkesan. Mama tak pergi klinik pun..just sapu ubat. Dua tiga hari kemudian dah okey…Pandai ye awak urut..” Marqonah senyum. Tampak menawan dengan lesung pipit kecilnya. “Sikit-sikit aje. Itu pun belajar masa asrama dahulu.”
“Marqonah…Marqo…nah! Nama awak pelik!”laju sahaja aku berkata demikian. Marqonah senyum. “Kenapa lucu ke?” Aku pantas menggeleng. Takkanlah aku hendak mengangguk. Kejam benar aku walaupun hakikatnya namanya memang lucu. “Awak tak cakap pun saya tahu, memang nama saya pelik. Tapi nama tu saya suka. Ada sejarah dia…”Dia menolak pinggan spegeti dan menarik mangkuk sup.
Aku tak berani tanya lagi. Kami sekali lagi diam. Sekadar memandang sekeliling. Tiba-tiba muncul satu pasangan bersebelah meja kami. Gayanya cukup intim. Lelaki tersebut menarik kerusi dan si gadis duduk. Kemudian si lelaki duduk dan menarik tangan si gadis dan dikucup lembut dan diramas lembut. Aku melihatnya terasa mual. Lelaki, tak sangka jadi hamba perempuan…Rupanya, aksi tersebut dipandang oleh Marqonah. Marqonah tersenyum. Pasti apa yang difikirkan sama dengan fikiran tersebut.
“Awak suka macam tu?”nyata Marqonah terkejut dengan pertanyaan. Cepat-cepat dia menggeleng.
“Kenapa?”
“Kalo mereka bukan suami isteri saya rasa perempuan tu nampak murah, semudah tu sahaja perempuan tu dipegang…” kedengaran jujur jawapannya.
“Bukan perempuan anggap tu istilah dihargai ke?”
“Mungkin…tapi tak bagi saya. Kenapa awak tanya saya? Apa pandangan awak pula?”Marqonah kian berani berkata-kata.” Bagi saya, lelaki tu macam hamba. Sepatutnya dia pelu bersikap seperti kaum yang diatas. Kaum yang memimpin, bukan dipimpin…” “Maksud awak…lelaki pemimpin dan perempuan hamba?” tanyanya, serius. Aku menjugkit bahu. “Terpulang pada penafsiran awak…Konsep mudahnya, perempuan adalah hamba kepada lelaki, bukan lelaki hamba kepada perempuan…”aku tersedar. Sekarang kami berdua menjdi pendebat bagi mewakili kaum masing-masing.
“Salah Rayyan. Awak tak boleh cakap macam tu”
“Kenapa?”

“Awak lupa, kisah adam dan hawa. Awak lupa kesunyian Adam di syurga tanpa Hawa. Kerana kesunyian tu maka Allah ciptakan Hawa dari rusuk Adam. Diciptakan Hawa bukan dari kaki untuk dipijak, bukan dari kepala untuk disanjung tapi dari rusuk…berdekatan dengan tangan untuk dilindungi, berdekatan dengan hati untuk disayangi…”Aku terkedu. Marqonah bijak bermain kata-kata.

” Tahu tak…Jujurnya, bila datin minta saya keluar dengan awak, saya berat sangat…Hati ni tak sudi…saya tak tahu mengapa, bukan soal segan tapi saya sendiri tak tahu…”tiba-tiba Marqonah berkata demikian.

“Iye…Baguslah. Saya pun taknak selindung lagi…Saya pun kurang suka keluar begini…tapi sebab hormatkan mama, saya jumpa awak.”Ah! Aku terlalu jujur. Aku lihat air muka Marqonah berubah. Tiba-tiba aku terasa salah tapi bak kata orang, terajak perahu boleh diundur, terlajak kata…?Marqonah tunduk. “Maaf…! Saya bukan nak guriskan hati awak. Awak sendiri faham kan.”Marqonah angguk sebelum tersenyum hambar. Ya Allah! Senyumannya tak semanis tadi, matanya tak sekaca tadi…tiba-tiba aku terasa bersalah. “Tak apalah, saya pun tak harap lebih-lebih. Jumpa sahaja…Itu yang datin cakap dekat saya.” Dia mengambil tisu sebelum mengelap bibirnya.
“Maaflah…Sebenarnya, ini first time saya keluar dengan lelaki…saya rasa kita berdua agak tegang. Tak ada pro dan kontra. Saya pipit, awak enggang…”
“Kenapa cakap macam tu?” “Tak apa, itu kenyataannya…”Aku jadi tersedar. Aku pencetus kepada keadaan ini. Memang salahku. Kenapalah aku perlu meyakitkan hati Marqonah, walhal selepas ni kami takkan berjumpa lagi. Apasalahnya berlagak baik sedikit? Ah! Kalo berlagak baik, aku seperti memberi harapan. Pelbagai andaian wujud…Aku manarik nafas. Aku cuba perbaiki keadaan. Perkataan maaf banyak luncur dari mulutku. Kami menyambung perbualan, dunia zaman kecil, kerjaya , mama menjadi topik…Dari situ aku sedar, Marqonah tidaklah sebosan namanya. Orangnya sensitive tetapi cepat sejuk. Kami leka berbual tanpa ada rasa keegoan dariku. Tepat jam 11, kami sepakat balik. Buat penutupnya, aku menawar diri menghantarnya. Marqonah menolak. Katanya, dia datang menaiki motor skuter…Motor?! Wah ganas juga…Aku sempat mengusiknya. Dia tersipu-sipu…

———————–

Sampai rumah, mama sudah menantiku…Aku ditanya pelbagai soalan…Apa yang hendak ku kata, selain jawapan selamat…’Marqonah biasa sahaja’. Mama beria-ia bercerita mengenai Marqonah. Yang kelakarnya, semua yang diceritakan oleh mama telah aku ketahui dari Marqonah sendiri…Makanan kegemaran, rutin harian, sikap…dan macam-macam lagi. Aku sekadar mendengar seperti tidak mengetahui apa-apa…

“Memanglah nama dia tak macam bekas-bekas buah hati hang dulu. Apa…si Ameylia, Isabella, Zairin, Akila…tapi nama dia sedap apa. Mama dok dengar kali pertama, terus suka. Hang tau tak, nama tu arwah ayah dia bagi tau. Sama nama arwah mak dia…”Aku tersentak. Arwah???

“Laa…dia tak cerita ke? Dia bekas penghuni asrama anak yatim papa hang tu…”Aku terkedu. Patutlah kisah ibubapanya tak disentuh. Patutlah dia sensitive…Aku melangkah kebilik. Mindaku serabut. Aku rebah diatas katil. Entah macam mana, jemariku pantas menekan hendset. Tertera nama Marqonah di skrin. Aku tekan ‘call’. Terdengar suara halus memberi salam.

Malam itu, kami berbual lagi. Jujurnya, aku telah tersuka dengan kejujuran semasa dia berkata di restoran tadi, jujurnya tadi aku mengharaf kami tidak berhubung lagi. Dan kini, jujurnya…aku mengharaf hubungan ini seperti benang yang panjang…tak nampak kerana halus tapi ada! Dan jujurnya, aku ingin belajar menjadi Adam yang melindungi Hawanya dari gadis bernama Marqonah. Hai Marqonah…

6 Respons

  1. Aww..sweet!!!!

  2. Cite nie besh.. I like it..

  3. lelaki memang ego!!
    bagus jugak kalau semua p’puan mcm marqonah. sedar ckit llk tu!!

  4. cute… ohhh marqonah, nama yg krg indah ttp peribadi yg sgh indah…

  5. apsal ringkas sangat….tengah syok2 baca dah habis…alahai…marqonah…..

  6. tak puas baca dah habis…anyway mmg citer nie best….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: