Cerpen : Monolog Jiwa

Bai_By80
bai_twu@yahoo.com

Bersendirian begini membuatkan aku mencari makna sebenar menjadi insan di dunia ini. Sungguh banyak persoalan bermain di fikiran ini, hidup penuh dengan teka-teki yang tak kan habis hingga hujung nyawa ini.. Oh TuhanKu hanya padaMu hamba mengadu dan memohon petunjuk.. Mudah-mudahan perjalanan hidup ini tetap berada di landasan yang betul walau macam mana pun cabaran dan dugaan yang datang melanda. Kadang-kadang melawan kejahatan dalam diri lebih hebat berbanding dengan melibatkan diri dalam peperangan yang sebenar.. Melalui kehidupan ini kadang-kadang mendorong diri menjadi jahat, ada masanya kerana sedar diri kita hamba PadaNya.. dengan sendirinya keinsafan hadir dalam diri ini.. huhuhu, moga-moga Allah sentiasa mengampuni dosaku, orang tuaku, keluarga, kawan-kawan, orang yang tersayang dan juga seluruh masyarakat islam yang mengamalkan hidup dengan penuh keikhlasan. Ikhlas ayat ini amat sukar untuk kita amalkan dalam kehidupan sekarang, manusia hanya ingin berjaya berada di atas tanpa mempraktikkan keikhlasan dalam kehidupan ini. Dalam melayari kehidupan ini, banyak perkara berlaku begitu saja, adakalanya seseorang boleh berubah dengan sendiri antaranya dari baik menjadi jahat, dari jahat menjadi baik… Bila difikirkan unik juga keperibadian manusia ini.. sentiasa berubah-ubah.. Namun Hanya Yang Satu Tetap Kekal Selamanya..

eheh.. ari ini aku bermonolog sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru, sama ada ianya berhasil atau tidak.. terpulanglah.. sekurang-kurangnya aku tidak rugi untuk mencuba daripada lansung tidak berbuat apa-apa.. seronok rasanya apabila apa yang kita impikan berhasil. itupun dengan usaha kita sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain. Hidup kalau nak rasa diri bermakna, berharga kena berusaha untuk mendapatkannya, jangan hanya merintih dan menyerah begitu sahaja. Biar berkali-kali gagal dalam usaha sehingga orang pandang rendah, namun dalam hati sentiasa berazam untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh diri. tidak perlu membuatkan orang lain merasa bangga dengan diri kita, cukup sekadar kita tau apa yang dibuat berhasil dan memberikan makna dalam kehidupan kita.. betul tak.. apa yang penting kita perlu tau untuk berusaha berbekalkan keyakinan Pada Yang Esa.. Amin..

Kita kena berani dalam menghadapi cabaran hidup ini, kadang-kadang melihat kehidupan orang lain yang kaya, aman, bahagia menjadikan kita merasa hidup kita ini kekurangan sesuatu, rasa cemburu.. namun bila kita melihat pulak kehidupan orang yang hidup di negara yang sentiasa berperang, kebuluran membuatkan kita merasa beruntung.. beruntung kerana sekurang-kurangnya kita mampu lagi hidup mengikut kemahuan kita sendiri… tidak bersyukur lagi kah kita dengan kehidupan ini. Huhuhu, banyak perkara lagi yang perlu kita lakukan dalam hidup ini, bukan kita bersendirian melayari kehidupan ini. Hanya terpulang pada diri kita masing-masing bagaimana untuk menjadikan hidup kita ini diwarnakan dengan kenangan dan memori dalam hidup. Biarpun memori itu pahit namum sekurang-kurangnya ianya pernah hadir dalam hidup kita, bercakap soal memori pahit ianya banyak melibatkan benda. Ada memori tentang sekolah, sahabat, cinta dan keluarga namun yang paling sinonim rasanya memori tentang cinta.. apalagi apabila ianya berkaitan dengan kehilangan seseorang. huhuhu

percintaan ianya hadir tanpa dipinta, sebuah lakaran yang amat indah jika dilukiskan di atas sebuah kanvas, tapi realitinya sukar untuk kita tafsirkan kerana ianya melibatkan dua jiwa dan perasaan. Cinta apakah ianya.. sesuatu yang singgah begitu saja di hati tanpa perlu diatur, tanpa perlu diluahkan… bagi yang menilai cinta, rasanya terlalu mahal untuk diluahkan kerana ia membawa semua rasa kasih sayang, fikiran, jiwa dan segala-galanya menjadikan dunia semakin indah untuk dilayari. Bersama-sama, berkongsi kehidupan dengan rasa yang amat ikhlas, terlalu ikhlas sehingga kita merasakan kita sudah hampir mempunyai segala-galanya di dunia ini… Namun terjadinya perpisahan yang tak dijangka.. menjadikan sebahagian hidup kita hilang begitu saja… Rasa kesal dan meyalahkan orang lain tanpa kita sedari sebenarnya itulah takdir.. Jika ditinggalkan begitu saja, kita akan terus berubah menjadi manusia yang lemah, membuang segala kepercayaan tentang cinta dan juga keindahannya yang kita miliki sebelum ini. Menjadi manusia yang menutup segala pintu hati daripada terkena serpihan cinta untuk kali kedua atau seterusnya.. Hidup adalah hakikat, dan cinta adalah pelengkap kepada kehidupan kita di dunia ini. Alangkah ruginya kita memadam rasa cinta ini, biarlah ianya menjadi memori pahit.. Namun sekurang-kurangnya kita ada kisah yang terpendam dalam diri yang orang lain tidak boleh miliki.. Itulah anugerah perasaan yang amat ikhlas untuk kita abadikan dalam kehidupan… Binalah kehidupan yang lebih gembira kerana itulah hadiah yang termahal kita miliki… Janganlah menghukum kehidupan masa lalu kerana kita boleh membina masa depan yang tenang bersama keyakinan pada Allah..

Keikhlasan dalam diri juga kadang-kadang terpesong akibat desakan hidup yang semakin hari kian mencabar.. Sebagai manusia juga kita sebenarnya boleh jatuh hanya kerana terus-menerus melawan arus… Kasih sayang dari keluarga adalah amat penting untuk kita praktikkan.. melihat pada kehidupan sekarang yang lebih kepada kebendaan membuatkan fikiran ini takut untuk memikirkan masa depan yang amat jauh untuk dijangkau.. hanya dengan berdoa, semoga keamanan ini tetap wujud sama ada dalam negara, keluarga mahupun dalam diri kita sendiri. Semoga keikhlasan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita semua walau apa juga yang kita lakukan di muka bumi Allah.. Amin

ikhlas nukilan
bai_by80

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: