Novel : C.I.N.T.A 1

Dania Syakira
http://www.niakyra_93@yahoo.com

Aku berlari-lari anak menuju ke perhentian bas.Petang ini hujan lebat,tambahan pula aku tidak membawa payung.Terpaksalah aku meredah hujan dengan baju kurungku.Rasa menyesal pula pakai baju kurung hari ini.Kalau aku pakai seluar,pergerakkanku pasti lebih mudah.
Sudahlah aku terpaksa berjalan pantas menuju ke perhentian bas yang agak jauh dari pejabatku,ditambah pula dengan sikap seorang pemandu yang tak bertauliah.Pemandu kereta BMW hitam memecut laju keretanya sehinggakan menyebabkan air lopak terpercik ke arahku.ah….geramnya.
Seperti meyedari kesilapan diri,pemandu itu berundur keretanya kembali dan berhenti di hadapanku.Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana cermin keretanya gelap.Kalau boleh,aku nak tumbuk aje muka si pemandu ni.
Pintu kereta dibuka.Keluar seorang lelaki yang bercermin mata hitam.Dia berjalan menuju ke arahku.
“Maaf cik,saya tak sengaja!,”.Aik…baiklah pula mamat ni.Tahu pun minta maaf.
Aku masih dengan muka masamku.Ingat senang-senang sahaja aku nak beri kemaafan setelah bajuku sudah basah lencun begini.
“Jom…saya hantarkan cik..Hujan ni,cik nak ke mana?,”.Hah?Dia nak hantar aku?Dia ingat aku ni perempuan yang jenis senang-senang aje nak terima pelawaan lelaki.Minta maaflah brader….tengok oranglah.
“Tak pelah,susah,susah aje….saya boleh naik bas.,”.
Aku mengorak langkah dengan pantas menuju ke perhentian bas semula.Buang masa layan lelaki yang menganggap jalan raya ni bapak dia yang punya.Menyampah!Harap kereta aje cantik tapi tak reti nak pandu.
“Cik…saya ikhlas!,”.Aku diam.
“Cik!,”.
Tiba-tiba aku rasa tanganku dicapai seseorang.
“Hey..apa pegang-pegang ni???,”.marahku.Dia ni tahu sedap rasa sahaja.Tak ada adab langsung.Aku tahulah kau ni orang bandar,aku ni orang kampung.Jangan nak buli gadis macam aku pulak.Aku ni ada silat tahu.Walaupun aku belajar separuh jalan sahaja tetapi aku masih bolah mempraktikkan langkah-langkah yang aku pelajari.
“Upsst..maaf,cik”
“Saya bolah balik sendiri,”.
Aku tidak menghiraukan lelaki itu.Aku menoleh ke arah kiriku.Alamak,bas aku!Tunggu!!!!!Jerit hatiku.Malangnya,bas itu sudah jauh meninggalkan aku.Ini semua gara-gara lelaki itu.Kenapalah,dia muncul dalam hidup aku hari ini.
“Cik,jomlah saya hantar.Bas cik dah terlepas tu!!’.
Kurang asam betul.Boleh perli aku pula sekarang ni.
“Mana awak tahu itu bas saya?”.
“Saya tengok muka awak yang masam tu pun saya dah agak awak kena tinggal bas!,”.Lelaki tersebut tersenyum sinis.
“Aku menatap muka jam tanganku.Sudah pukul 6.15.Aku belum solat asar lagi.Nampaknya terpaksalah aku terima pelawaan lelaki tersebut.Kalau dia nak apa-apakan aku masa dalam kereta dia nanti,aku akan sembur dia dengan serbuk cili.Biar pedih mata dia.Hidup ini perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Silakan”.
“Teriama kasih,”.
“Nak kemana cik,”.
“Cheras,”.
Lelaki itu terus menghidupkan enjin keretanya.Dia memasang radio.Entah lagu apa yang yang dia pasang,rancak semacam.Macam nak meletup keretanya.Bingit telinga aku.Rasa seperti di disko pun ada.
Menyedari akan diriku yang tidak selesa dengan muzik rock tersebut,lelaki tersebut menutup radio.
“Cik masih marah saya ke…maaflah,saya tak sengaja.”.
Mana tak sengajanya,pasang radio pun kuat,orang sekeliling pun dia tak sedar.
“Maaf encik.Saya ni bukan cik lagi tapi puan.”
Lelaki itu diam.Aku sengaja menipu status diriku padanya kerana aku malas nak berbual panjang dengannya.
“Ohh.puan.Nama puan?,’.
“Balqis”.Upstt…bodohnya aku.Kenapalah aku beritahu nama sebenar aku pada mamat ni.Aduh!!!
“Saya Hakim.Call me Kim,”.
“Oh…,”.tak tanya pun.
* * * * * * * *
“Siapa hantar kau tadi Qis?Hensemlah mamat tu.Boyfriend baru ker?”Rina,rakan serumahku menegur.
“Mana ada boyfriend baru?Boyfriend lama pun aku tak ada,nak cari boyfriend baru,”.
“Habis tu siapa,kenalkanlah kat aku.,”.Amboi,bulan depan nak kahwin pun masih nak menggatal lagi.Aku report dekat tunang kau,baru tahu.
“Nak kenalkan macam mana ,aku cuma tahu nama dia aje.Kalau kau nak tahu,nama dia Hakim,”.
‘Ish…kau ni,dah dapat lelaki hensem macam tu pun masih nak tolak rezeki lagi.Hey sampai bila kau nak single?Umur dah nak masuk 25 tapi masih membujang,”.
“Nak buat macam mana Rina,jodoh aku belum sampai.”.
“Nak sampai macam mana Qis,kau tu yang jual mahal sangat.Dari sekolah menengah lagi kau ni asyik tolak rezeki.Bila ada orang nak berkenalan aje,kau bagi macam-macam alasan.Kata dah berpunyalah,padahal masih single.Bulan depan bila aku dah kahwin,kau berani ke tinggal di rumah ni sorang-sorang?,”.
Aku diam.Entahlah.Aku sendiri tidak faham dengan diriku yang tidak suka ber’couple’ sejak zaman sekolah lagi.Aku ni bukannya orang yang sombong,sikapku sentiasa ceria tetapi aku masih belum bersedia menerima mana-mana lelaki dalam hidupku.Hatiku belum terbuka.

Satu Respons

  1. Best gak permulaan citer ni. teruskan bkarya & all de best..
    tambah kelawakan lg.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: