Cerpen : Kau Bukan Untukku

ERIEY AKMA
mz_eriey@yahoo.com.my

“Emm..Jas..Jasfarizal? sapa ku padanya yang baru keluar dari bilik Miss Chang yang merupakan Pengarah Cawangan Pentadbiran tempat aku bekerja..Dia seorang pemandu baru untuk Jabatan tempat aku bekerja.. Bleh tahan gak mamat nie..saja je buat-buat ramah..amik hati budak baru la konon( cam ada udang disebalik mee goreng jerk)..

“Jasfarizal?Salah org..katanya sambil berlalu pergi tanpa memandang aku sikit pun…Ya ALLAH..Sombongnyer mamat nie..Menyesal aku tegur..Menjunam jatuh saham aku depan ofismate yg lain..Rugi air liur aku!

Aku baru je keluar dari toilet..membuang ape yang patut..hehe..La..Jumpe lagi ngan mamat nie!Wat bodoh je la..hati aku bengkak lagi nie..Hai Mz..Sihat?Dah Makan? Pergh..Terkejut aku!Xsangka lak dia nak tegur aku.Siap tau nama aku lak tu..Aku tidak menjawab hanya tersenyum malu2.. kononnye la..hehe..”Em..Jasmizal kan?”tanya ku sekali lagi..Soalan yang sama cuma nama je yang aku tukar..Bukannya salah aku dah nama diaorang nak lebih kurang..Dia mengangguk tanda mengiyakan soalanku..Dah la..malas aku nak tanya macam-macam lagi..Sebelum aku rasa malu skali lagi baik aku blah..
……………………………………

“Zaki, Mz ngah cari umah sewa la..Zaki tau tak mana-mana rumah yang kosong?” tanyaku pada kawanku yang juga merupakan pemandu di tempat aku bekerja. “Nie, hang cuba tanya Jas yang pemandu gak tu. Dia baru je keluaq dari umah sewa kat Bukit Baru,”usulnya padaku.Jas yang mana satu?tanyaku..confuse la plak..Bukan main ramai lagi pemandu-pemandu baru sekarang..Ala..yang tinggi tue..Hah?tue pun dia..P la tanya..
“Jas!!!” laungku spontan..
Dum! Secepat kilat dia tutup pintu keluar balik dari ofis.
“Ish, mamat nie..Aku panggil dia boleh blah camtu je..Jas!!!” panggilku sekali lagi.Harapanku agar dia dengar aku memanggil namanya.Nasibku agak baik apabila dia berpatah balik.” Awat yang susah sangat nak mai bila orang panggil nie?” tanyaku agak geram dengan perangainya yang jual mahal tak bertempat tu. ” Nak ape?” tanyanya tanpa menjawab soalanku..Ya ALLAH..Sabarkan lah hatiku ini..
“Nie..Mz nak tanya betul ke Jas baru keluar dari rumah kat Bukit Baru tu? Mahal tak sewa dia? Rumah tu kosong lagi x?Tingkat brape ek?tanyaku bertalu-talu.
“Emm..tak payah la sewa kat situ..Mahal la..Tingkat 21..Baik Mz cari rumah lain je..”jawabnya seringkas mungkin.Ada emas kot dalam mulut mamat nie.Macamla aku nak mengorat dia..Kalau bukan sebab umah sewa tak kuasa aku nak memanggilnya macam orang gila..
“Owh..yeke? Tak pelah kalau camtu.Nanti kalau Jas tau ada rumah kosong bagi tau la Mz ek?” pesan ku sebelum dia berlalu pergi..

……………………………………………

Pukul 5 petang.Ramai dah yang balik.Yang tinggal hanya aku dengan beberapa orang staf je lagi yang belum balik.Biasela..Aku masuk pukul 8.30 pagi so balik kena la pukul 5.30..hehe.. malas bangun pagi punye pasal!Redha je la..Eh, mamat nie pun tak balik lagi ke? Nampak macam nak datang kat aku je.” Control! Control ! Jangan nampak sangat gelabah.” desis hatiku nakal.
” Mz, nak tanya sikit, bleh?” tanyanya memulakan bicara.
” Nak tanya ape?”Pelik gak aku.Tetiba nak tanya-tanya lak..Kalau tak mulut tu berat macam ape lagi..
” Mz suka lelaki cmner?”
Aik? Dia nie tanya soalan cepu cemas ke? Nak jawab camner ek? ” Emm..Mz tak kisah lelaki tue cmner yang penting dia dapat terima Mz seadanya dan dapat membimbing Mz.” jawab ku tanpa berpikir panjang. Betul ke jawapan aku nie? Macam tak lengkap je? Bleh terima akal ke? Lantak la..janji aku jawab.
” Tue je ke?” tanyanya seolah-olah tidak berpuas hati.
Aku hanya tersenyum tanpa menjawab persoalannya.”Ish, ape la dia nie..Tak de soalan lain ke?” gumamku di dalam hati.
” Mz, nombor fon bape” tanyanya sambil mengeluarkan telefon bimbit berjenama Motorolanya.
” Emm..tanya la orang lain.Orang lain semua dah ada no fon Mz.” jawab ku sebagai langkah berjaga-jaga.Padan muka!!ingat hang je bleh jual mahal ngan aku..Lagipun bimbang gak kalau2 dia nak test aku je. Nanti tak pasal-pasal kena cop perasan, tambah naya lagi kalau dia fikir aku nie perempuan low class pasal senang-senang je bagi nombor fon kat orang yang baru dikenali. Oh,tidak!!!Sama sekali mintak dijauhkan.
” Tak nak la mintak ngan orang lain. Nak mintak dari tuan dia sendiri..”
Amboi..gentlenye dia..Ingat aku mudah masuk perangkap la tu..”Tak pe, Mz bagi…Jas.mintak je la ngan zaki atau sape-sape..Mz tak kisah.Mz balik dulu,ye?”Bye.Fuh!Selamat aku untuk ari ni..hehe

…………………………………………….

Hari nie hari Jumaat.Macam biasa la aktiviti ofis aku.Lepas poco-poco, ada ceramah lak. So, aku yang keje kat Unit Bangunan dan Keselamatan kena la tolong sikit-sikit pantau anak buah aku buat keje arrange susun atur dewan.
” Saya sudahi dengan ucapan sekian, terima kasih.”
La..dah abis pun ceramah.Nampak sangat tak khusyuk.Bila dah abis ceramah tue paham-paham la.Ape lagi?Macam biasa la kemas balik dewan.Aku tolong sikit-sikit je..Semua nie kan keje lelaki..Patah tulang temulang I nanti..hehe..Alasan yang paling tak best untuk di dengar.
” Fizan, tolong Mz angkat meja nie?”
” Tak payah la..Biar Fizan angkat ngan Azri.Mz angkat gelas nie je, bleh?”
“Gelas je?Okeh, roger..
Lor..mamat nie ada dalam ofis ke?Sejak kebelakangan nie asyik terjumpa la plak.Dah nama pun satu ofis..hehe.
” Hai, Mz..nombor fon bape? Amik pen nie tulis kat dahi Jas..tulis kat tangan takut nanti hilang.” katanya sambil menghulurkan pen dan menunjukkan ke dahinya.
” Ish, mamat nie..tak abis-abis lagi ke? suka tul malukan aku..” rungutku dalam hati.
“Mz, nie la budak baling yang saya cite ari tue.”kata Zaki mencelah.
” Owh..dia nie..” kataku sambil tersenyum. Jangan la dia tau aku dah ada nombor fon dia.Pandai tak aku? Sebelum dia ada nombor fon aku dan kacau aku baik aku yang cari nombor dia dulu,kan?Kononnya sebagai langkah berjaga-jaga (alasan je tu ).

………………………………………

Ish, nak terus terang ke tak nie? Macam mana nak mulakan?Tue la..dulu jual mahal sangat..Orang tu mintak nombor fon aku tak nak bagi..Sekarang dia dah buat tak tau je…Baru padan muka aku!!Nak cakap ke tak nie??Arghh..tensionnye aku.. Cakap je la..Dengan niat lafaz mulia “Bismillahirrahmanirrahim..” jangan la dia buat tak layan. Tak pasal-pasal malu balik aku nanti..Dengan senyuman yang aku tak tau ikhlas ke tak, aku memberanikan diri menegurnya..
” Jas, Mz dah ada nombor fon Jas.”kataku gugup.
“Hah? Ambil kat mana?Bila ambil?” tanyanya agak terkejut.
“Mz mintak ngan Zaki ari tue. Jas pakai 019, kan?”
” A’ah..Nombor fon Mz bape?”
” Nanti la Mz miscall ke mesej ke..”
” Tak..nanti kalau nombor yang tak kenal Jas memang tak layan. Bagi je la..”
” Emm..k lah, nie nombor Mz..” kataku dan terus blah. Malas nak panjang cite. Padahal dalam hati aku nie hanya Tuhan je yang tau. Sejak tue aku ngan Jas selalu mesej. Tapi malam je la sebab kitaorang kan satu ofis. Rasa serasi la plak ngan mamat nie.Macam dah lama kenal je.Hari berganti minggu..Minggu berganti bulan..Sedar tak sedar kami telah pun menerima di antara satu sama lain.Perasaan rindu mula wujud di hati.Tak tau la kenapa dalam ramai-ramai aku boleh tersangkut dengannya…Yang pasti ada sesuatu dalam dirinya yang menarik minatku.Perasaan cinta mula menjalari diriku..Tidurku hanya bertemankan mimpi-mimpi indah bersamanya..Tapi tak ramai yang tahu tentang aku dan dia. Hanya rakan-rakan yang rapat ngan aku je yang tahu.

……………………………………………

Aku dah pun dapat rumah sewa yang terletak di Bukit Baru.Tapi bukan rumah yang Jas tinggal dulu..Rumah yang aku dapat nie murah sikit sebab kat tingkat 3. Ok la tue.Lagipun tak de la jauh sangat dari ofis.Nasibku agak baik sebab ada Shah, lelaki yang juga satu pejabat denganku. Dia la yang banyak menolong aku mengemas dan mengangkat barang-barang dari rumah lama ke rumah baruku.Kalau ikutkan hati malu gak la..Aku bukannya dah lama kenal ngan budak Shah nie..baru je lagi.Tapi nak wat camner, kan?Dah dok tempat orang, jauh lak tue dari orang tua.Terpaksalah mintak tolong.Sedih lak bila teringat nasib diri yang merantau demi sesuap nasi..Pergh!Layan blues la plak..Kebetulan lak Shah nie satu rumah ngan Jas..Ape lagi?Gunakan la peluang yang ada..
“Shah, nanti kirim salam kat Jas,ek?:” kataku sambil mengemas barang-barang.
“Ish, orang tue dah bertunang la, dah nak kahwin pun.” jawab Shah tanpa ku duga.
Ya ALLAH..betul ke ape aku dengar nie? Tak mungkin!!Tiba-tiba hatiku berasa sebak.Aku tak salah dengar ke nie?Kenapa dia memberi aku seribu satu harapan sekiranya benar dia sudah bertunang?Hatiku berbelah bagi samaada mahu percaya atau tidak.Kenapa saat aku mula menyemai rasa cinta dalam diriku baru perkara ini ku ketahui?
“Tipu la..dia tak pernah bagitau Mz pun?” kataku masih tidak mempercayai.
“Mz nie..tak kan la dia nak mengaku.” tukas Shah.
“Tak pe lah kalau dia dah bertunang.Mz cuma kirim salam je..”kataku berdalih semata-mata mahu menutup rasa kecewa.

Fikiranku betul-betul bercelaru. Rupa-rupanya satu ofis sudah mengetahui statusnya yang sudah bertunang kecuali AKU!.lantas satu mesej ku hantar untuk dirinya.

Terima kasih kerana tipu Mz selama ini!

Ku kira ini mesej terakhir kerana aku dah tak sanggup lagi untuk terus dipermainkan. Aku sangka dia tidak akan membalas mesejku. Mungkin dia tidak menduga yang aku akan mengetahui berita ini dengan secepat mungkin. Tapi sangkaanku ternyata silap. Satu mesej masuk ke dalam telefon bimbitku.

Knp Mz ckp Jas tipu? Mz xpercaya Jas ke?

Dah la..Mz betul-betul xsangka Jas sanggup tipu Mz.knp Jas xpnh ckp yg Jas dah
bertunang?smpai at Jas tipu Mz..

Mz..Jgn macam nie?ok kl btl2 Jas dh bertunang ke ape tlg bg bukti.kl x Jas xpuas
hati.Tolong la..

Jas..knp Jas xnk mengaku?ssh sngt ke?kwn Mz xkn tipu Mz la..Mz btl2 sedih..How dare u..

Mz!! Ape Mz ckp nie?kwn Mz xkn tipu?Ape nie tak faham la! Mz kalau tak suka Jas xpe
tapi jgn wat cita cmnie. Takpelah Mz. K lah..kl itu yg Mz nak.Jas xkan kacau Mz lagi..Bye.

Ya ALLAh..Ape yang aku dah buat nie? Takkan la aku yang salah sedangkan semua orang sudah memperkatakannya.Kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa sukar untuk dia berterus terang? Tergamak kau biarkan aku tanpa jawapan yang pasti. Nampak macam aku pula yang bersalah dalam hal ini..Biar lah..mungkin dia mahu berselindung di sebalik rasa terkejutnya..Yang pasti aku masih menantikan hari-hari dimana dia akan membuat pengakuan dari mulutnya sendiri.

……………………………………..

Lagu ‘ I Believe” berkumandang dari telefon bimbitku menandakan ada mesej yang baru masuk. Terpapar di skrin telefonku, From Unintended. Nama yang agak lama menyepikan diri.
“Jas!”..Mengapa baru sekarang kau menghubungiku? Tak cukupkah kau menyeksa hatiku selama ini setelah kau tinggalkan aku dengan seribu satu persoalan??Seminggu lamanya aku menanti mesej mahupun panggilan darimu baru sekarang kau munculkan diri.Nafas ku tarik perlahan mencari kembali sisa-sisa semangatku yang telah hilang untuk membaca mesej darinya.

Mz, kita jumpa mlm nie,leh?

Satu pertanyaan ringkas yang betul-betul menggamit perasaanku. Hakikatnya aku betul-betul merindui dirinya Berkali-kali aku membaca mesejnya untuk mendapatkan kepastian. Betulkah apa yang ku baca ini? Tidak bermimpikah aku? Tegarkah aku untuk berdepan dengan dirinya? Mungkinkah ini masa yang sesuai untukku berjumpa dengannnya? Ya ALLAH..berilah aku kekuatan. Lantas jariku menekan punat-punat abjad di telefon bimbitku.
Ok.Pkl 8 kat bwh flat Mz..balasku ringkas sekaligus menentukan waktu dan tempat.
Tak salah rasanya kalau aku berjumpa dengannya buat kali terakhir. Lagipun sejak peristiwa hari itu, aku masih belum mendengar perkara sebenar dari mulutnya.

…………………………….

Tepat pukul 8 malam. Hatiku mula rasa berbelah bagi samaada mahu berjumpa dengannya ataupun tidak. Sudah puas aku ke hulu ke hilir menghilangkan rasa gelisahku. Hatiku benar-benar ingin berjumpa dirinya tetapi dalam masa yang sama aku takut..takut untuk berdepan dengan kenyataan yang bakal aku lalui..Setelah puas berfikir aku pun mengambil keputusan untuk nekad berjumpa dengannya. Lantas aku terus keluar menuju ke lif.
” Ish, lambat la plak lif nie.” Ngomelku di dalam hati. Debaran di hati hanya Tuhan saja yang tahu. Setibanya aku di lobi lif terus ku terlihat dirinya menungguku di parkir motorsikal yang berdekatan di belakang flatku. Tanpa melengahkan masa aku terus menuju ke arahnya dan menyapa dirinya.
“Hai, sori lambat..”ujarku cuba berlagak biasa.
” Tak pe..Mz nak jumpa Jas pun dah kira bersyukur. Mz sihat?”
“Sihat”
Suasana sepi. Masing-masing membisukan diri..Tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Mungkin dia juga sudah keputusan idea dengan reaksiku yang agak acuh tak acuh dengan kehadirannya. Kami seperti orang asing yang tidak mengenali di antara satu sama lain.
“Emm..takpe ke kita sembang kat sini?” tanyanya memecah kesunyian. Mungkin cuba memulakan bicara. Aku hanya tersenyum menjawab soalannya.
“Kenapa Jas nak jumpa Mz sebenarnya?”tanyaku tanpa berselindung lagi.
“Mz..Mz marah Jas lagi ke?Jas nak mintak maaf.Bukan niat Jas nak tipu Mz tapi Jas terpaksa sebab Jas betul-betul sayangkan Mz..Kalau Jas berterus terang kat Mz pada awal perkenalan kita sudah pasti Mz takkan terima Jas,kan “
” Habis tu Jas ingat Mz boleh terima Jas sekarang?Kenapa sekarang baru Jas nak mengaku semua nie?Setelah Jas beri Mz harapan yang hati Jas hanya untuk Mz!!!Kenapa?? Mz malu Jas..malu dengan diri Mz sendiri. Mesti Jas tak terfikir Mz akan tahu semua nie dengan sebegitu cepat,kan? Kalau la Mz tau Jas dah bertunang dah tentu Mz tak terima Jas..Dah tentu,Jas..”
“Mz..Jas tak tahu lagi sape jodoh Jas. Walaupun Jas dah bertunang, Jas tak tahu betul ke tak dia jodoh Jas. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Lagipun dia jauh..”
” Ape maksud Jas? Dia jauh? Jadi Jas nak kalau Jas ada kat sini Jas ada Mz, kalau balik kampung Jas ada dia, camtu??Terang-terang Jas cuba mempermainkan hati seorang perempuan. Cubalah belajar untuk menjadi seorang yang setia.”
“Bukan camtu Mz.Dengar dulu ape yang Jas nak cakap…Jas memang sayangkan dia.dalam masa yang sama Jas pun sayangkan Mz.Jas tak mintak semua nie..Bukan Jas tak fikir perasaan Mz.Jas fikir semua tu..Tapi Jas nak buat macam mana sebab Jas dah janji dengan orang.” Katanya sambil mengeluh hampa. Tergambar di wajahnya perasaan yang sedang berkecamuk.
“Takpe lah Jas..Mungkin dia yang terbaik untuk Jas. Lupakanlah Mz. Anggaplah cinta Mz hanya sebuah persinggahan yang sementara. Mungkin Mz hanyalah satu cabaran untuk menguji kesetiaan Jas padanya Mz doakan kebahagiaan Jas…”kataku sambil berlalu pergi. Aku takut seandainya lebih lama aku berbicara dengannya aku akan menitiskan air mata. Aku tak sanggup dipandang lemah kerana seorang LELAKI! Akhirnya episod cintaku benar-benar berakhir. Dirinya ternyata tidak tercipta untukku.

……………………………….

Esoknya aku membuat keputusan untuk mengambil cuti bagi menenangkan fikiran. Aku perlukan masa untuk memberi ruang pada diriku agar dapat menerima hakikat kehilangannya. Buat masa ini aku masih tidak kuat untuk berdepan dengan dirinya. Tuhan..bila masih ku diberi kesempatan..Izinkan aku terus mencintainya..Namun bila waktuku telah habis dengannya..biarkan cinta ini, hidup untuk sekali ini saja..T

3 Respons

  1. sedihnya citer nie…cinta yang tak kesampaian…sesungguhnya kita hanya mampu merancang tp yg pastinya Tuhan yg menentukan segalanya…

  2. sedih ceritanya…. apa yang kita harapkan tak semuanya tuhan makbuklkan…mgkn ada hikmah disebaliknya…anggap ujian dari-Nya. Sesungguhnya orang yang baik akan bertemu dgn yg baik ..apa-apa pun teruskan kehidupan dan jgn lupa pada CINTA YANG ESA kerana hanya cintaNYA yang abdi…

  3. seronoknya citer ni..semoga cerita ni dapat memenangi anugerah penulis cemerlang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: