Novel : C.I.N.T.A 2

Dania Syakira
http://www.niakyra_93@yahoo.com

Aku termenung sendirian di taman mini di halaman rumah aku.Suasana malam itu sungguh tenang dengan tiupan angin malam,ditambah pula dengan bunyi pancutan air pancut dari kolam ikan mamaku.Memang mendamaikan tetapi hatiku tidak tenang sejak aku bersua muka dengan Cik Balqis….upsttt..Puan Balqis.Hatiku rasa macam tidak puas menatap wajah gadis tadi walaupun hatiku sedikit terluka apabila mengetahui dirinya sudah bergelar puan.
“Assalamualaikum….”.
“ARGHHH!!!!!!!!,”.Jantungku bagai sudah tercabut dengan sapaan salam secara mengejut dari Along.Along ketawa berdekah-dekah melihat reaksiku.
“Penakut juga angah nih??”…Along ketawa lagi ,lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi bertentangan denganku.
“Waalaikummussalam!Mana ada penakut,angah terkejut aje.Lain kali kalau nak beri salam,jangan jerit-jerit,”.
“Saja aje nak kasi angah terkejut.Dari tadi along tengok muka angah macam cekodok penyek aje,ada problem ke??,”.
Along ni mulalah nak korek rahsia aku ni.Tapi aku tak kisah sebab Along aku ni seorang kakak yang boleh dibawa berbincang dan yang penting dia ni pandai simpan rahsia.Sejak kecil dialah tempat aku kongsi rahsia.
“Eleh…cekodok penyek pun,angah laku jugak.Ramai minah-minah salleh kat UK dulu nak bercinta dengan angah tapi angah reject sebab angah nak cari gadis melayu terakhir kat Malaysia….,”.
Along mencebik,barangkali dia kurang percaya akan kenyataanku itu.
“Dah jumpa ke belum gadis melayu terakhir angah tu?Kenalkanlah kat along,”.Aku tersenyum.
“Ni senyum-senyum ni,ada makna ke??Dah jumpa ke belum?,”.Along begitu berminat akan cerita aku.
“Emmmm…..Along ingat tak perempuan yang kita jumpa dekat restoran KFC minggu lepas?,.
“Yang mana satu eh?,”.
“Yang pakai tudung warna pink tu….time tu angah terlanggar dia.Habis makanan dia tumpah kena baju dia…kesian dia,”.Aku
terimbau saat-saat dimana aku terlanggar Balqis di kaunter restoran KFC.

———————-

Restoran KFC,20 Februari,5.45 petang……….

“RM 54.50….,”.
Aku menghulur wang kertas bernilai lima puluh ringgit dan juga sepuluh ringgit,tetapi malangnya,angin monsun apa yang datang pun aku tidak tahu.Duit bernilai sepuluh ringgit aku terjatuh.Aku pun menoleh ke belakang untuk mengambilnya.
Dush!!!!
Alamak!!!!!aku terlanggar oranglah.Malunya…Makanan yang masih baru dibelinya jatuh ke lantai…Ya Allah,lalainya aku.Kemudian aku menatap wajah gadis yang aku langgar itu.Masam betul…barangkali marah dengan aku.
“Assalamualaikumm saudara,lain kali pasang mata kat belakang sama tau,senang sikit nak tengok sekeliling”,.Aduhhhh,bisanya mulut cik adik oii…
“Maaflah saudari,saya tak sengaja…saya gantikan balik makanan saudari eh….Cik tolong ambil pesanan baru untuk cik ni….,”.Aku menyuruh gadis yang mengambil pesanan di kaunter itu supaya mengambil psanan yang baru untuk si saudari yang aku langgar itu.
“Qis???Kau ok ker?,.Gadis lain pula datang,mungkin kawan saudariitu.
“KO!!…Saudara,tak payah susah-susah yer,terima kasih,”.Si saudariitu terus melangkah pergi meninggalkan aku terkebil-kebil di hadapan kaunter.Sudahlah aku jadi tontonan orang ramai dekat situ,kena marah pula dengan saudari ni.Malunya……Tapi tak per,saudari ni cantik.Aku senyum lagi…
“Angah!…Angah???,”.
Oh!Aku mengelamun lagi.
“Teringat dekat gadis KFC tu ker?,”.
“Emmm…Kalau along nak tahu,hari ni,angah terlanggar lopak air…”.Aku ketawa kucu.
“Habis tu,kenapa dengan lopak air?,”.
“Lopak air tu terkena seorang gadis….along nak tahu tak sape?,”.
“Mesti la nak tahu…cepatlah cerita!!!!”.Hisyyyy along ni,gelojoh betul.Nasib baik Ana tidur.Kalau tidak,jangan haraplah dia nak melepak dengan aku dekat sini.Anak saudara aku tu nakal,macam aku.
“Gadis KFC!!!!,”.
“Hah?Masyaalah!!,”.
“Angah bukannya sengaja…nasib baik dia tak perasan muka angah.kalau tidak,mesti angah kena maki lagi,”.
“Kira angah ada jodoh dengan dialah ni??,”.Along tersengih.
“Tak…dia dah kahwin,”.
“Eh??Kesiannya angah…,”.

———————

“Qis!!!!!!!!Bangun,kau dah lewat!!,”.
Aku mengeliat.Jam loceng aku ditatap.
“Arghhh…aku dah lewat!!,”.Aku terus mengambil kain tualaku dan terus masuk ke bilik air.Aku mandi ala kadar je pagi ini.Mujurlah Rina tolong gosok baju aku,kalau tidak,aku kena pakai baju tak bergosoklah.pagiini aku ada meeting.Datuk nak buat pengumuman penting.Alahai…habislah aku kalau lambat!!!!.

Fuhh!Mujurlah aku tiba tepat pada waktunya.Nasib baik Datuk belum masuk bilik mesyuarat lagi.
“Apsal lambat???,”.Ain menegurku.
“Bangun lambat,sampai pun lambat ah….,subuh pun aku tertinggal tau.!!,.Ain menggeleng-geleng kepalanya.
“Lawa tak aku hari ni??,”.Ain mengeyit-ngeyit matanya.
“Emmm..biasa aje!,”.Aku sengaja megusik Ain,padahal dia memang lawa pun.Gadis kacukan Cina-Melayu,mestilah comel.
Ain memuncungkan bibirnya.Merajuklah tu.
“Lawalah Ain!Kanapa kau cantik semacam je hari ni?Ada date dengan boyfriend ke time lunch nanti?,”.
“Tak…hari nikan Datuk nak kenalkan anak lelaki dia dekat kita,”.
“Ohhh…Datuk ada anak lelaki ke?,”.
“Ada…umur dia 26 tahun,baru balik dari luar negara.Hensem oooo,aku pernah jumpa dia sekali waktu Datuk buat kenduri kahwin anak perempuan sulong dia.Kalau kau tengok,sure cair punyalah!,”.
“Semua kau tahu eh!,”.aku tabik spring betullah dengan Ain yang serba tahu ni.
“Thanks….nama dia….,”.
“Datuk dah sampai!,”.
Semua pekerja yang berada di bilik mesyuarat itu bangun tanda hormat.
“Mana Ain??Tak nampak pun?,”aku bisik pada Ain yang ada di sebelahku.
“Ntah le…..,”.
Mesyuarat hari itu diteruskan tanpa kehadiran anak Datuk yang dimaksudkan oleh Ain.Kesian Ain………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: