Novel : C.I.N.T.A 3

Dania Syakira
http://www.niakyra_93@yahoo.com

Hari ini aku terpaksa hampakan papaku.Ahh….aku masih belum bersedia untuk bekerja,setelah lima tahun aku merantau di negara orang.Aku baru aje pulang dari UK,papa dah suruh bekerja.Malas betul aku ni..lagipun,aku ni tak berminat langsung untuk bekerja dengan papaku,aku nak cari pengalaman di tempat orang dulu.Lepas tu kalau boleh,aku nak buka perniagaan sendiri.Perniagaan yang ada kaitan dengan kereta.Sejak aku kecil lagi,aku memang berminat dengan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kereta.

Keretaku meluncur laju menuju ke restoran mamak di bandar Kuala Lumpur.Aku ada temujanji dengan rakan-rakanku,sudah lama aku tidak jumpa mereka.Agaknya,macam manalah muka diorang semua.Tambah-tambah lagi si Kudin,mesti makin tembam.
Tepat jam 10.35 pagi aku sampai di restoran itu.Selepas mengunci keretaku,aku terus masuk ke dalam restoran mencari kelibat rakan-rakanku.Rasanya aku masih boleh mengenali wajah mereka.Satu-persatu meja disitu aku perhati,emmm…..mana diorang eh?
“Kim!!,”.Aku menoleh ke belakangku.Kelihatan tiga orang sahabatku melambai-lambai ke arahku.Aku tersengih,lama benor aku tak jumpa mereka semua.
Aku berjalan menuju ke arah mereka.

“Kudin,kau ke ni???,”.Mataku bulat melihat si Kudin,kawan baikku itu.Fuyoooooooo,macho jugak mamat ni.Kalah aku,alamatnya saham Kudin lagi tinggi dari aku nanti.
“Aku la Kim,sape lagi tapi kalau boleh,jangan la panggil aku Kudin lagi,tak glamour,just call me Coodean!,”.
“Tengkorak kau!!!Kim,kau jangan la layan si Kudin tu.Dah tak sedar diri!,”sampuk Azlan,juga sahabatku.Dia ni ketua pengawas dekat sekolah aku dulu,aku ni cuma pengawas biasa-biasa aje…tapi kenakalan aku,Kudin, Azlan dan Ijan mengalahkan pelajar biasa.Kamilah geng yang termahsyur suatu ketika dahulu.Entah berapa ramai hamba Allah yang kami buli masa zaman sekolah,aku pun dah lupa.Aku ingat lagi yang kami semua kena gantung jawatan selama sebulan.Terpaksalah jadi pelajar biasa dan selama sebulan tu jugaklah kami kena menahan geram dekat budak-budak yang kami buli tu..Kira diorang balas dendam baliklah dekat kami berempat.Apa boleh buat,tahan ajelah.Hukuman ini lebih baik daripada kena lucut jawatan,jatuh standard nanti,malu beb…..
“Kau nak minum apa?,”Ijan menyoalku.
“Macam biasa ah…takkan lupa kot!,”.
“Ohh…mamak kasi air paip satu…!!!!!!!!!,”.
“Woi Jan,apa plak air paip!!,”.Kudin dan Azlan ketawa mengekek macam orang kena sawan.
“Laa….bukan air febret kau air paip ke??,”sindir Ijan.
“Masa bulan puasa time sekolah dulu memang ah…air paip pun jadi air febret…,”.Aku tersengih.Dulu,aku selalu pekena air paip belakang blok kelas aku masa bulan puasa.Puasa aku dulu tak pernah nak penuh tapi sekarang ni aku tak pernah tinggal.Dah taubat..
“Apa?Mau air paip ka???,”mamak,pemilik kedai itu menyoal.
“Tak pe!Kenselll!!Kasi satu air teh tarik ah…kasi yang kaw-kaw punya ehh…,”,order Ijan.
“Woooooykehhhh!,”.
“Macam mana kehidupan kau di Uk?”,ujar Kudin.
Tut……tut….tut.Belum sempat nak keluar ayat dari mulut aku ni,telefon aku berdering.Tertera perkataan mama dekat skrin hensetku itu.Alahai…apa pula dosa aku hari ni..
“Hello…assalamualaikum ,ma,”.
“Waalaikummussalam!Angah ada di mana?,”.
“Tengah lepak dengan kawan ma…kenapa?,”.
“Angah tak ke ofis papa ker??,”.Adusss,sah adik aku report kat mama aku yang aku tak ke ofis papa.Apa punya adik daa..mulut tempayan betoi..
“Angah??Dengar tak mama tanya ni…,”.
“Dengar…,”.
“Nanti pergi ofis papa.Kesian papa tu…dah tak larat nak handle syarikat,”.
“Kalau papa dah tak larat,mama ajelah tolong papa!!,”.
“Ehh…sejak bila pandai melawan ni?Habis tu butik mama ni,sape nak jaga?,”.
“Suruh la adik jaga.Dia bukannya buat apa pun kat rumah.Sementara tunggu result spm keluar,lebih baik tolong mama, dapat juga pahala,”.
“Tak payah nak mengada-ngada!!Mama nak Angah pergi juga ofis papa,hari ni jugak!!!,”.Ishh…mama ni,kalau berdebat dengan dia,memang aku kalah punyalah.
“Yelah…yelah…!,”.talian dimatikan.
“Apehal??,”tanya Azlan.
“Aku kena pergi ofis papa aku.Aku blah lu eh….,”.Aku bangun dari kerusi.
“Kalau macam tu,malam ni kita jumpa!!,”ajak Ijan.
“Kat mana?,”.
“Tempat biasa kita le…kau pun dah lama tak lepak kat sana!,”.
“Ok, cun!!Caw lu…,”.
“Kim,teh tarik kau ni ……bagi aku je eh??,”.
“Ambillah Kudin oiiii!!!!,”.
* * * * * * * *

Ahhh!!Leganya aku.Hari ni kerja aku tak banyak,so lebih baik aku layan cerpen dekat internet ni.Datuk pun dah keluar,boleh curi tulang kejap.
Baru aje aku nak buka internet,ada sorang mamat ni masuk ofis menuju ke bilik Datuk.Ikut suka hati dia ja masuk bilik orang.Rasanya, Datuk tak ada temujanji dengan sesiapa pun.
“Assalamualaikum encik!!,”.Aku membuntuti langkah mamat itu.Dia menoleh ke arahku.
“Waalaikummussalam,”.Baru dua saat dia melihat ke arahku,dia menoleh ke belakang semula.Wajahnya macam aku pernah lihat,tapi di mana ya?Emmm…mungkin dalam mimpi kot..
“Encik,Datuk tak ada.Menurut catatan saya,datuk tak ada temujanji dengan sesiapa pun sekarang ni!,”.
Lelaki itu diam.Dia menoleh semula ke arahku.Cehh….nak pakai cermin mata rupanya.Nak bergaya konon.Hantu betul…Tapi mamat ni memang aku pernah nampaklah.Ohhh….kelmarin..

“Datuk kemana eh?,”soal mamat tu.
“Datuk tak ada.Dia keluar!,”.
“Saya tahu lah tapi ke mana?,”.
“Ada hal di luar!Saya tak pasti…,”.
“Setiausaha apa macam ni…Datuk keluar ke mana pun tak tahu..,”.Amboi,kurang ajar pulak mamat ni..Pantang aku kalau orang kutuk kewibawaanku.
“Encik Hakim,saya bukannya orang yang jenis suka ambil tahu tepi kain orang…yang Encik Hakim nak sibuk-sibuk hal keja saya apesal?,”.Geramnya aku.
Hakim tersenyum.Lucu ke apa yang aku cakap.Dia membuka semula cermin matanya.
“Apa yang lucunya?,”.
“Ingat lagi nama saya eh,Puan Balqis,”.Aku diam.Puan?Rasa lain pula bila orang panggil aku begitu.Ahh…lantaklah..
“Qis…aku nak fail…,”kata-kata Ain terhenti setelah melihat wajah Hakim.Kenapa dengan minah ni.
“Fail apa Ain?,”.Tapi Ain masih kaku.Takkan dia kena kejutan elektrik kot.Aku lihat reaksi Hakim.Matanya galak memandangku.Gedik!!!
“Apa tengok-tengok?,”.Aku kurang selesa dengan pandangan itu.Hakim tersenyum lagi.
“Maaf.Puan Balqis cantik betul hari ni!,”.
“Hah?Puan Balqis?Qis,sejak bila kau kahwin.Aku tak tahu pun!,”.Ain pelik.Lurus betul otak Ain ni.
“Dia belum kahwin lagi ke Cik Ain?,”.Ain menggeleng-geleng kepalanya.
“Ohh….Single lagi eh?,”.
“Kenapa?Salah ke kalau saya masih single?,”nada suaraku tinggi.
“Qis1Hormatlah sikit!,”marah Ain.
“Nak hormat apanya,mamat ni pakai hentam masuk bilik Datuk sesuka hati dia ja.Ntah-ntah dia ni nak merompak.Kita kena berjaga-jaga!,”.Terkeluar habis loghat Kedah aku.
“Hisy!Kalau kau nak tahu,Encik Hakim nilah anak lelaki tunggal Datuk merangkap bakal CEO baru dekat syarikat ni,”.
“HAH????????,”.Kantoi….

Advertisements

Satu Respons

  1. SERONOKNYE CITE NIE…TAK BORING…SBB BNYAK LAWAK…WAT LAH CITE MCM NIE LAGI EK….MENARIKNYE..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: