Novel :Hanya kau dihati 5

kathy
ktp_snkp@yahoo.com

Ya Allah, mas ke ni? Apa kau buat kat sini? Kau kata buka restoren? Kau tunggu aku ke?
Aku terus memeluk kawan baikku itu, Maslina. Dialah satu-satunya kawan baikku. Aku mengenalinya semenjak mula masuk ke universiti. Walaupun kami berjauhan tapi kami sentiasa berhubung. Dialah tempat aku meluahkan masalah selain keluargaku. Tiada rahsia antara kami. Segala rahsia hidup kami berada dalam pengatehuan masing-masing.

‘Akulah mas, kawan baik kau. Tanya lah satu-satu. Kau tanya macam mesingun, macam mana aku nak jawap.
‘Aku rindu sangat-sangat kat kau.
‘Aku pun rindu kat kau. Banyak cerita aku nak beritahu kau.
‘Kau tu memang selalu cerita masalah kat aku.
‘Kan kau pendengar yang setia merangkap kaunselor tak bertauliah aku.
‘Tahu takpe.
‘Kalau dah jumpa kawan baik dia tu, sampai tak pandang sekeliling. Macam dia dua orang je kat sini.’ Tegur seorang lelaki yang sedang mendukung seorang bayi. Disampingnya terdapat 2 orang kanak-kanak perempuan.
‘Opss…Sory Azman. Aku tak perasan kau lah. Comelnya anak kau. Berapa bulan ni?
‘Kau tu kalau dah jumpa isteri aku memang gamat dunia ni dengan korang je. Tak padan dengan mak orang.’
‘Suami aku tu jelous sebab kau peluk aku lah..
‘Tak malu lah kau ni, mas. Oh ya, ni buah hati aku. Fitri…salam auntie mas and uncle azman, sayang.
‘Macam muka Fitri kan, abang.
‘Memang lah muka Fitri, auntie.
‘Dah besar anak kau, Izah
‘Yelah, anak kau pun dah bertambah.
‘Auntie, ni baby boy ek
‘Iye, Fitri.
‘Nanti baby boy ni dah besar leh main bola dengan Fitri, kan mama.
‘Iye sayang.
‘Mama, papa Fitri macam uncle Azman ke?
‘Fitri, mama nak berbual dengan auntie and uncle. Fitri pergi main dengan Fika ek
‘Mama ni Fitri tanya tak jawap lagi
‘Tak baik lawan cakap mama kan. Nanti mama jawap ek.
‘Ok mama.
‘Kau elak nak jawap soalan anak kau tu kan. Macam aku tak tahu.
‘Sejak kebelakangan ni, sering sangat dia tanya pasal papa. Aku pun dah tak tahu nak jawap apa.
Oh ya, kau buat apa kat sini?
‘Aku tunggu kau lah.
‘Tapi aku tunggu pembantu aku.
‘Lembab juga member aku ni. Suami aku tu pembantu kau lah. Aku duduk kat Terengganu ni dah dekat 3 tahun tau pasal ikut suami aku lah. Bila dia bagitahu nama bos dia, terperanjat aku. Member baik aku rupanya.
‘Takkan kau tak tahu nama aku, Azman.
‘Aku kenal kau dengan nama Qat. Tiba-tiba bos panggil Siti, mana aku nak kenal.
‘Betul gak ek.
‘Kau tu banyak sangat nama, Siti, Izah, Qat. Tapi apa nama pun kau tetap orang yang sama. Kawan susah senang aku.
‘Tau takpe. Jomlah pergi rumah sewa yang kau carikan untuk aku tu. Dekat tak dengan rumah kau?
‘Jauh lah. Rumah kau area Bandar KT tapi rumah aku kat area kampong je. Suami aku ni lah, carikan jauh-jauh sangat.
‘Kalau saya cari dekat-dekat, tak berasap lah dapur kita awak duk sembang je.
‘Abang ni suka usik mas tau.’ Kata mas sambil memukul lembut bahu suaminya.
‘Aku pilih area Bandar sebab takut kau tak biasa dengan area kampong.
‘Apa tak biasanya, bang. Suami dia kan orang sini…Ops, sory Qat.
‘Kat mana-mana pun aku boleh tinggal lah… Fitri, jom balik sayang.
‘Ok mama.

Suasana di sini memang nyaman seperti dahulu juga. Keakraban dan kemesraan penduduknya tidak pernah berubah. Aku seronok berada di sini walaupun hatiku tidak tenang kerana takut terserempak dengan Mukhriz Fitri. Aku berdoa agar kami tidak dipertemukan.
‘Mama, Fitri takde kawan lah nak main bola. Kat sini takde padang pun. Tak bestlah duduk kat sini.
‘Jangan lah macam tu. Fitri main sepak bola je kat playground depan tu lah
‘Main bola mesti ramai-ramai lah, mama. Mama suruhlah uncle Azman cari rumah yang ada padang.
‘Rumah ni kan elok, Fitri. Nak pindah mana lg?
‘Tapi takde padang. Dah lama Fitri tak main bola, mama.
‘Fitri cakaplah sendiri dengan Uncle Azman. Mama tak nak cakap.
‘Ok mama. Nanti kalau Uncle Azman dah dapat cari, kita pindah ek, mama.
‘Tak abis-abis dengan bola.
‘Mestilah. Main bola kan hobi Fitri. Macam papa. Betul kan, mama.
‘Iye, Fitri.
Itulah sifat anakku. Bola menjadi rutin hariannya. Kalau kena pindah rumah lain pun aku tak kisah. Lagipun pakaian kami belum aku kemaskan. Rumah ini pun terlalu besar untuk kami dua beranak je. Sekolah Fitri pun jauh dari rumahku cuma pejabatku sahaja yang dekat dengan rumah ini.
‘Uncle carikan rumah lain untuk Fitri? Fitri nak yang ada padang bola besar. Fitri nak main bola.’ Usul anakku seminggu kemudian apabila Mas dan Azman datang ke rumahku.
‘Fitri kan leh main bola kat padang sekolah kalau nak main bola.
‘Sekolah Fitri kan jauh. Kesian mama nak anta Fitri tiap-tiap hari.
‘Fitri main bola tiap-tiap hari ke?
‘Mestilah uncle.
‘Mama Fitri bagi ke pindah?
‘Mama bagilah, Uncle. Uncle carikan tau.
‘Qat, kau nak pindah rumah lain ke?
‘Kalau ade, carikan lah Man. Fitri tu nak sangat main bola. Dah sebulan dia tak main.
‘Rumah ni tak ok ke?
‘Rumah ni ok lah. Tapi besar sangat untuk aku dan Fitri je. Kau carilah rumah dekat-dekat dengan rumah kau.’ Cadangku
‘Tapi rumah kami tu kat area kampong lah.
‘Tak pelh. Macam aku tak biasa.
‘Rumah kat kampong ni payah cikit nak cari untuk sewa. Kan rumah sendiri semua.
‘Tapi, bang. Kan ade taman perumahan sebelum sampai rumah kite. Cubalah cari kat situ. Mana tau dah memang rezeki Qat ni.
‘Tapi, Mas. Macam awak tak tahu.
‘Takde ape-apelah, bang. Lagipun tak salahkan.
‘Ada ape yang tak kena, Man?
‘Takde ape-apelah, Qat. Biasalah tempat baru kan. Macam-macam orang cakap.
‘A’ah,Qat. Tapi kau kan berani. Bukan aku tak tahu perangai ko.
‘Kau tu nak kenakan aku memang pandai. Cubalah tanya-tanyakan, Man.
‘Oklah, nanti aku try tanyakan kawan aku. Dia ade rumah kat perumahan tu.
‘Terima kasih, Man.

Orang kata, kalau memang rezeki kita tidak kemana. Aku mendapat rumah teres 2 tingkat di Taman Kenanga. Kebetulan tuan rumah mendapat tawaran sambung belajar jadi mereka menyewakannya. Rumah itu baru sahaja mereka beli selepas berkahwin jadi kawasan sekeliling masih kemas. Kedudukannya dekat dengan sekolah Fitri dan rumah Mas. Untuk ke pejabat aku mungkin jauh sikit. Mungkin mengambil masa 30 minit berbanding rumah sebelum ini, hanya 10 minit. Aku tidak kisah lagipun aku mempunyai kenderaan, yang paling utama adalah keselesaan anakku.

Kawasan sekelilingnya juga damai dan ramai penghuni melayu yang berkeluarga. Jadi semangat kejiranan memang dititikberatkan. Kemudahan yang penting, apa lagi kalau bukan padang bola hanya 100 meter dari rumahku. Mudahlah aku memerhatikan anakku. Aku amat berterima kasih pada Azman kerana apa yang dicarikan memang memenuhi citarasa aku dan anakku.

Jirannku, Norain merupakan guru yang telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak perempuan. Manakala jiran yang sebelah lagi tidak aku temui. Menurut Kak Ain, dia pergi kursus di Kemaman. Lelaki dan belum berkahwin. Biarlah, mungkin aku boleh kenal nanti.
‘Best tak rumah ni?’ aku bertanya pada anakku apabila aku siap mengangkat barang dari kereta.
‘Mestilah best. Nanti Fitri boleh main bola.’ Jawap anakku sambil tersengih menunjukkan giginya.
‘Lepas ni mama tak nak dengar Fitri merungut lagi tau.’ Tegasku.
‘Ok mama. Sayang mama.’ Ujar anakku sambil berlari memelukku
‘Pergi mandi. Lepas tu, tolong mama kemas barang-barang ni.’
‘Ok mama. Fitri pergi mandi dulu ek.

Aku menghabiskan hari ahad itu bersama anakku dengan mengemas rumah. Anakku memang rajin tulang. Dia sering membantuku. Walaupun aku ibu tunggal tapi gelaran itu tidak membebankan aku langsung. Anakku jenis yang ikut kata dan mudah diuruskan. Dia pandai berdikari walaupun berusia 5 tahun. Kepetahannya dan kelincahannya membuat aku sering terhibur. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana hidupku tanpanya. Sekian lama ‘hatiku’ telah tiada kini aku tidak mahu kehilangan nyawaku pula.

‘Mama, nak tidur dengan mama.
‘Bilik Fitri kan mama dah siap kemas. Fitri dah besar. Mana boleh nak tidur dengan mama lg?
‘Boleh lah, mama.
‘Ok sayang. Mari baring sebelah mama.
‘Mama, Fitri rindu papa. Papa sayang Fitri tak?
‘Sayang.
‘Kalau papa sayang fitri, kenapa papa tak ada dengan kita. Fitri tak pernah jumpa papa. Fitri rindu papa
‘Hari dah lewat sayang. Kita tidur ek.
‘Mama sayang papa? Mama rindu papa tak?
‘Mama mengantuk lah sayang. Esok pagi kan mama nak kerja jadi kita tidurlah sekarang.
‘Mama jawaplah dulu Fitri tanya?
‘Fitri tanya apa sayang?
‘Mama rindu papa tak?
‘Rindu sayang. Ok, cukup. Kita tidur sekarang juga.
‘Ok mama. Good Night mama. Sayang Mama.
‘Selamat malam sayang.
‘Mama tak cakap pun sayang Fitri?
‘Ok sayang. Sayang Fitri.
‘Fitri sayang mama.’ Ucap anakku sambil mencium pipiku.

Ketika aku sedang leka menyiapkan tugasanku, pintu bilikku di ketuk.
‘Masuk’
‘Puan, semua ketua jabatan ada mesyuarat pada pukul 4 petang nanti.’ Ujar setiausahaku. Asmah.
‘Tak payah lah panggil saya puan, As. Panggil je Kak Siti. Banyak kali saya pesan kan.’ Setiausahaku memang gemar memanggilku puan. Rasa macam dah tua lah pula…hehe
‘Tapi, puan kan ketua saya.’
‘Kalau saya ketua awak, jadi awak kena ikut arahan saya. Panggil saya Kak Siti je. Kalau awak panggil saya puan, saya denda awak suruh ot.’ Ugutku
‘Baiklah pu…ops, Kak Siti. Tapi apa kata pegawai lain nanti sebab kena panggil ikut pangkat kan?
‘Panggilan tak penting mana. Lagipun saya buat macam ni sebab tak nak ada gap antara saya sebagai ketua jabatan dengan semua anak-anak buah saya dalam jabatan ni.’terangku
‘Baiklah Kak Siti.
‘Nanti dah sampai masanya awak panggil saya untuk mesyuarat nanti ek. Ada ape-ape lagi ke?
‘Lagi 10 minit pukul 4, Kak Siti.
‘Ya Allah, akak tak sedar lah. Oklah ambil kan fail akak.
‘Kak Siti tak makan lagi kan. Tadi masa saya kuar lunch tengok Kak Siti masih dalam pejabat.
‘Tak mboh akak.
‘Ewah, pandai nye akak cakap loghat terengganu. Saya yang dah 2 tahun kat sini pun tak pandai lagi.
‘Kenalah belajar sebab kite duduk kat tempat orang kan. Janganlah asyik nak cakap KL je. Akak tau lah ko orang KL. Nasib baik akak orang luar kalau akak orang Terengganu tak ke haru nak cakap dengan kau guna bahasa luar lak.
‘Tulah saya fikir. Nasib baik dapat akak jadi bos. Peramah, ceria, boleh buat kawan. Tak lah tensen sangat nak kerje.
‘Pandailah kau nak mengampu akak. Jomlah, nanti lewat lak.
‘Yes boss’

Ketika kami masuk untuk dalam dewan mesyuarat semua memandang ke arah kami. Aku dah lewat ke? Fikirku. Sehingga aku mengambil tempatku semua memandang aku. Kenapa pula ni? Aku pakai baju terbalik ke? Aku memandang Asmah untuk meminta kepastian. Namun, dia hanya merenungku sambil mengangkat bahu.
‘Sebelum kita memulakan mesyuarat, saya ingin memperkenalkan pegawai kita yang baru.’ Kata-kata itu menjawab pertanyaanku. Mungkin pegawai lain masih tidak tahu kehadiranku.

‘Puan Siti, sila bangun sebentar dan memperkenalkan diri. Mereka ini tak tahu kehadiran awak lagi. Saya saja je buat surprise.’
‘Nama saya Siti Nor Qatrizah bt Abdullah. Boleh panggil saya Siti je. Saya Katua Jabatan Kewangan yang baru. Saya harap kita dapat bekerjasama.’
‘Mestilah kita bagi kerjasama kalau tak gaji kami nanti Puan Siti tak nak keluarkan.’
‘Tahu takpe’
‘Ewah, pandai menjawap lah. Puan Siti ni dah kahwin ke?
‘Mestilah dah, kalau tak, takkan panggil Puan.
‘Nampaknya Puan Siti kita ni pandai loyar buruk. Asyik terkena je En. Ismail ni. Tapi tak pe, kita kan dah macam satu family dalam syarikat ni jadi bergurau tu perkara biasa. Saya harap Puan Siti boleh terima keadaan ni.’
‘Sudah tentu, En. Ali
‘Ok, kita mulakan mesyuarat sekarang.

Aku merasa gembira kerana mereka memberi kerjasama yang baik kepadaku. Maklumlah, aku masih baru di sini jadi rasa janggal itu mesti ada. Ketika mesyuarat tadi, aku ditugaskan untuk membuat budget bagi projek yang akan diuruskan syarikatku. Walaupun pengarah projek itu adalah dari syarikat lain namun disebabkan syarikat tempatku bekerja merupakan rakan kongsi maka syarikat kami hanya menguruskan segala kewangan untuk projek itu. Nampaknya aku akan sentiasa sibuk nanti kerana perlu sentiasa keluar untuk berbincang tentang projek ini. Aku risau untuk meninggalkan anakku keseorangan. Jika dahulu boleh aku hantarkan ke rumah familyku. Kalau susah sangat aku akan minta bantuan Mas nanti.

Segala kerjaku berjalan dengan lancar. Walaupun kadang kala masalah komunikasi berlaku antara aku dan staffku, namun hubungan kami semua rapat dan sentiasa aling menolong. Inilah yang aku mahukan, suasana kekeluargaan dalam pejabat. Anakku juga rapat dengan semua staffku. Fitri akan datang ke pejabatku apabila cuti sekolah dan ketika aku perlu bekerja hingga lewat malam. Kadang kala aku kesian dengan anakku, namun perangainya yang ingin memastikan aku selamat membuatkan dia seronok menemaniku. Staffku juga sering mengajarkannya loghat sini. Hinggakan dia mengetahui lebih banyak loghat sini berbanding aku.

Advertisements

Satu Respons

  1. citer ni best lah.. ada sambungan lagi kan? tak sabar nak tunggu…. sambunglah cepat2 ye….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: