Novel : Triplet 1

Nurul Aini Bakar
eyenie105@yahoo.com

SATU

2017hrs, 21 Julai 2015, Pismo Beach…

Angin sepoi musim panas di Pismo Beach, California, sedikit sebanyak memberi kesan kepada Maria. Matanya yang hampir layu memaksanya menghentikan jip putih itu ke bahu jalan. Maria turun, menghirup udara segar, menggeliat malas dan mencuci matanya dengan keindahan sinar cahaya matahari yang semakin tenggelam di ufuk barat. Laut yang luas terbentang menggamit pandangan. Suasana kabut disekeliling seperti tenggelam bersama mentari senja yang mula pudar warnanya. Ketika musim panas begini, tak dinafikan pantai akan menjadi salah satu tempat yang sesak selain daripada taman-taman tema yang sememangnya merata wujud di negeri Hollywood ini. Selagi sekolah tak dibuka tidak jemu-jemu kawasan-kawasan peranginan dipenuhi manusia yang inginkan kehangatan summer yang datang hanya sekali setahun. Bagi remaja perempuan, kulit keperangan yang mereka idamkan akan hanya diperolehi tika ini. Bagi remaja lelaki pula waktu inilah kehebatan mereka menakluk ombak laut dipamerkan. Sukan luncur air sememangnya dinanti-nantikan untuk menceriakan suasana havoc di pantai.

Lautan manusia didepannya ditinjau teliti. Maria memerhati satu persatu kelompok manusia disitu, memastikan tiada sesiapa yang mencurigakan mengekori mereka daripada San Francisco. Kelibat kanak-kanak yang girang bermain buih-buih air mengingatkan zaman kanak-kanaknya bersama Jimmy dan Billy… juga Sabrina. Peristiwa yang berlaku dulu membuat jiwanya memberontak untuk pulang ke tanah air, Malaysia yang telah 20 tahun ditinggalkan Maria sejak dia berumur 3 tahun. Hatinya sudah terlalu rindu, lebih-lebih lagi apabila mengetahui Peter telah mula mengesan mereka. Maria ingin segera keluar dari negara yang kononnya paling selamat di dunia, United State of America. Hakikat tidak segah namanya. Maria terkedu, kenangan dulu menggigit perasaan.

———————————–

April 1997…

“Mama, Maria nak dapat adik ye. Bila adik nak keluar?” Bibir kecil itu mengomel. Maria leka bermain dengan perut Hanis yang telah memboyot. Hanis hanya tersenyum melihat gelagat anak angkatnya itu.

“Maria nak adik ke? Kalau Maria nak adik tak boleh nakal-nakal. Nanti adik merajuk tak nak keluar dari perut mama.” Hanis mencium pipi Maria. Sejak setahun dahulu anak kecil inilah yang menjadi penghibur hatinya dan juga suaminya, Stephen atau nama Islamnya Hazwan. Pengalaman hidup sebagai seorang anak yatim piatu telah membuatkan hatinya terbuka untuk memelihara Maria yang senasib dengannya. Lagipun Hazwan tak keberatan dan perasaan inginkan anak setelah lima tahun berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata membuatkan jiwa bapa Hazwan menyokong cadangannya itu. Lebih-lebih lagi pertama kali menjejakkan kaki ke negara orang, hanya Maria seorang tempatnya melepaskan rindu pada tanah air. Kini dia mengandungkan anak sulung mereka dan menganggap rezeki ini sebagai tuah daripada Maria. Akhirnya Allah makbulkan juga doanya yang ingin memiliki darah daging sendiri.

“Mana ada Maria nakal, lagipun kalau adik lahir nanti Maria janji nak jaga dia.” Maria bersungguh.
“Promise?.” Hanis mengunjukkan jari kelingkingnya.
“Promise mama.” Maria menyangkuk jari kelingkingnya pada jari yang di unjuk Hanis lalu memeluk satu-satunya ibu yang dikenalinya itu…
“Maria, don’t disturb your mother! Come to papa, time for your class now.” Suara Hazwan memecah suasana. Hazwan menghampiri kedua-dua puteri hatinya itu lalu mencium kedua-duanya dipipi.
“O.k. papa, let’s go. Bye mama, but don’t forget about our date tonight. I want you to tell me the story of Cinderella.”
“Again!!” Hazwan berseloroh, tersenyum kepada anak kecil itu.
“Em…. papa, I like that story!” Maria memuncung. Geram dengan Hazwan yang menyakatnya. Hanis tergelak.
“O.k. sweetheart. I won’t forget. Listen to your farther, o.k.”
“Yeah… Like she would listen!” Hazwan menyindir manja anak kecil itu.
“Em… papa, I will.” Maria merajuk.
“O.k. I trust you. Now give your mother a kiss and we better leave now.” Hazwan mengarah.
Maria mengikut kata papanya dan terus ke bilik latihan di bahagian belakang rumah mereka untuk berlatih ilmu seni mempertahankan diri

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: