Novel : C.I.N.T.A 4

Dania Syakira
http://www.niakyra_93@yahoo.com

“Apa yang lucunya Kim?Kenapa ketawa sorang-sorang?Wayar otak kau putus eh???,”.
“Mana ada Jan,aku terkenangkan budak pompuan di syarikat papa aku.She\’s sweet!,”.
“Ohh….kiranya kau ni dah jatuh cinta pandang pertama le ni?,”sampuk Azlan.
“Maybe!!,”.
“Wekkk….sejak bila kau ni jadi angau????,”Kudin ketawa mengejek.
“Salah ker?,”.
“Aku tak kata salah pun,”.Kudin meneguk air coke yang baru dibelinya.
“Cantik tak??,”.Azlan berminat untuk mengetahui tentang Balqis.
“Cantik,sweet,tapi garang sikit!,”.
“Nama pun perempuan,biasa le.Emm…ada cewek baru masuk ah…aku pergi dulu k,mana tau sangkut dengan aku,”.Aku melihat ke arah sekumpulan gadis-gadis yang baru masuk ke kelab ini.Seksi gila…alahai,anak dara zaman sekarang,dah tak cukup kain nak buat baju.Nasib baiklah Balqis aku tak begitu.
“Aku pun nak ikut Kudin jugalah…,”Ijan mengikut langkah Kudin.
“Kau Lan???,”.
“Kenapa dengan aku?,”.
“Kau tak nak ikut juga ke diorang tu?,”.
“Malas,buang masa layan pompuan macam tu,tak de standard.Aku masih setia pada Naimalah!!!Kau gila nak suruh aku mengorat perempuan lain,silap-silap hari bulan,perkahwinan aku dibatalkan tau…,”.
Aku tersengih.Lupa pula status Azlan yang sudah menjadi tunangan orang ni.Perbualan kami terhenti dengan kehadiran Melya,ex-girlfriendku sewaktu sekolah menengah.
“Hai Kim!,”.
“Hai Mel!,”.Mataku memandang Azlan yang sudah bangun meninggalkan aku dan Melya.Azlan kurang suka pada gadis macam Melya.Gadis sosial.
“You dah lama ke balik Malaysia?Tak bagi tau i pun,”.Melya bersuara manja,meremang bulu roma aku.Kalau dulu mungkin aku suka,sekarang sorry,aku geli.Lainlah kalau Balqis yang cakap.
“Dah sebulan lebih,”.
“Emm…you sihat?,”.
“Sihat,”.
“You dah keja ke belum?,”.
“Emmm belum,mungkin esok i start keja dengan papa i,”.
“You dah kahwin?,”.Gulp…Melya ni kenapa?Soal kahwin pula dia tanya,nak umpan aku le tu.
“Emmm…belum,”.
“Oh…emm,you nampak lainlah sekarang ni?Ada buah hati ker?,”.Melya makin galak,tanganku diusap lembut.Aku membiarkan sahaja dia berbuat demikian.Dulu pun dia macam ni.
“Apa yang lain?I makin hensem ke?,”.Melya senyum menampakkan lesung pipitnya.
“Taklah,you nampak sombong..,”.Sombong?
“Mana ada,you yang terasa kot?,”.Aku malas nak cakap panjang-panjang.Mulut aku ni terasa macam ada batu,berat semacam.
“Mungkin….Jom menari,”.Aku mengangkat kening kiriku.Melya tersenyum manis.
“Sure,why not?,”.

—————————

“Qis…Kenapa kau nak minta cuti?,”.
“Aku nak balik kampung,rindulah dekat famili aku.,”.
“Emmm…tak bestlah kalau kau tak de.Aku boring!,”.
“Kalau macam tu,kau pun mintalah cuti.Kau balik kampung kau!,”.Aku bangun dari kerusi,aku nak ke bilik rehat.Nak buat kopi.
“Hisy kau ni,aku seriuslah.Aku tak boleh hidup tanpa kau,”.Ceh…jiwang pula minah ni.
“Suka hati kaulah Ain.Lagipun,Encik Hakimkan ada,kau sanggup ke tinggalkan dia?,”gurau aku.
“Tak….,”.Tahu pun tak sanggup,aku terus berjalan menuju ke bilik rehat,meninggalkan Ain yang sedang melepak di tempatku.
Masuk sahaja bilik rehat,Hakim sedang membaca suratkahbar di situ.Aik…bila masa mamat ni keluar dari bilik.Aku tak perasan pun.Dia ni ada kuasa ghaib ke?Macam Kaber zero kaber hero …
“Hai Cik Balqis!Nak buat kopi ke,?”.Hakim menegur.Yelah Hakim oiii…saya nak buat kopi,takkan saya nak menari pula?..tapi kata-kata itu tersekat di celah kerongkongku ini.Kalau dia dengar,silap-silap hari bulan,kena pecatlah aku.
“Ye…saya nak buat kopi!,”.
“Saya teringin nak merasa kopi Cik Balqis,boleh tolong buat untuk saya?,”.Hisyy…mengada-ngada!!Datuk pun tak suruh aku buat kopi tau!!Kopi Datuk pun Ain yang selalu bancuh.
“Boleh tak Cik Balqis??,”.
“Boleh!!,”.Nak tak nak,aku kenalah buat kopi untuk majikan baru aku tu.Aku gagahkan juga diriku supaya ikhlas,dapat juga pahala.
“Cik Balqis asal mana?,”.
“Kedah.”
“Area mana?,”.
“Pokok Sena,”.
“Oh…dah lama ke Cik Balqis tinggal dekat KL ni?,”.
“Baru 2 tahun,”.Kenapalah mamat ni banyak soal.kalau dia wartawan tak apalah juga,boleh juga masuk suratkahabar.
“Cik Balqis ni lulusan perakaunan,kenapa jadi setiausaha?,”.
“Saya tak minat akaun,dulu ayah saya yang suruh saya belajar akaun,”.
“Rugilah kalau macam tu,”.Suka hati la!!!!!!!!Menyibuk!!!!!!!!!Ayah aku pun tak kisah aku jadi setiausaha,janji aku ada lulusan dan pandai jaga diri.Lagipun,aku nak kumpul duit untuk buka butik sendiri.Aku nak buka butik pengantin tapi sebelum buka butik,aku nak beli kereta dulu.Kancil pun jadilah..
“Maaf,saya banyak soal pula?,”.Hakim memohon maaf.Sedar pun!!!Ingatkan tak sedar!!Mulut tu macam mesin fotostat,pot…pet…pot…pet..Perempuan macam aku ni pun tak banyak songeh..
“Nah ni kopinya..,”.Aku menghulur mug berisi kopi panas pada Hakim.Dia mengambil mug itu dari tanganku.
“Minumlah,saya keluar dulu,”.
“Terima kasih.,”Hakim meminum kopi tersebut.Prushhh!!!Uhuk!Uhuk!Uhuk!
Aik??Apa kena dengan bos aku ni?Kena serangan jantung ke???
“Kenapa Encik Hakim?,”.
“Kenapa kopi ni pahit sangat…awak bubuh gula tak?,”.Eh…iye ker?Aku menghirup kopiku.Prushh…Uhuk!Uhuk!
“Yelah,pahit!,”.Hakim ketawa.Aku turut ketawa dengan kelalaian diriku.
“Maaflah Encik Hakim!Saya lupa bubuh gula!,”aku mengakui kesilapanku.
“Tak apelah…Cik Balqis,awak tak perlulah berencik-encik dengan saya,just call me Kim!Okey?,”.
“Okey!Awak pun,tak perlulah bercik-cik dengan saya,panggil saya Qis aje,”.Alamak!!!Sejak bila aku pandai menggatal dengan lelaki ni?Ringan pula mulut aku berbual mesra dengan majikan baru aku ini.Balqis…Balqis…….Apa dah jadi daaa????????

2 Respons

  1. cerita nie best lh..klu de smbungn nye cpt2 lh wat.. x sbr nk tunggu nie..

  2. SERONOKNYE CITE NIE…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: