Cerpen : Dari sahabat kepada sahabat

Syamira
kawan_4ever89@yahoo.com.my

Aku membuka kembali lembaran yang ditulis dengan kemas dan rapi olehnya dikongsi bersama,suka dan duka dalam satu masa..ah..sedihnya!!

Pandangan ku kembali pada lembaran terakhir pada sebuah buku yang berwarna merah hati.itulah hadiah yang paling bermakna buat diriku.Aku membaca lembaran itu dengan penuh ketabahan, ketenangan dan kesabaran dihati. Yang pergi akan tetap pergi, ia takkan kembali lagi pada ku..wahai sahabat yang ku sanjungi dan amat ku sayangi..

Persahabatan itu bermula daripada titik pertemuan, namun titik pertemuan itu akan diakhiri dengan satu titik perpisahan yang kekal abadi.Persahabatan ini akan terus tersemat dihati dan diingatan ku buat selamanya. Ini janji ku pada diri mu sahabat yang ku kasihi kini dan selamanya..

Air mata ku lagi. Lailah nama seorang sahabat yang tidak pernah ku lupakan. Kehadirannya dalam hidupku mengubah diriku daripada seorang yang pemarah kepada seorang yang tenang dan pemaaf. Kami mempunyai hobi yang sama iaitu pada hari pertama Lailah datang ke sekolah,ramai teman-teman yang ingin berkenalan dengannya. Mukanya yang berseri-seri menyebabkan orang ingin berkenalan dengannya, dia datang secara tiba-tiba sambil menghulurkan tangannya dan berkata “boleh berkenalan? Saya nampak awak khusyuk belajar masa matematik tadi. Awak tak keberatan kan?” tanyanya sambil melemparkan senyuman manis. Aku mengangguk dan menghulurkan tanganku. Semakin lama aku bersama dengannya, aku mula mengenal erti persahabatan. Ketika aku susah, dia memberiku nasihat, galakan dan juga semangat padaku. Dia menjadi sahabatku sepanjang bersama-sama dengan ku. Aku bangga mempunyai teman yang begitu istimewa malah lebih dari itu.

Pada suatu hari yang ceria, aku agak lewat ke kelas. Aku melihat wajah Lailah agak pucat,lesu dan tidak bermaya. Lalu aku bertanya “kamu sakitkah Lailah? Kamu dah makan?” bertalu-talu soalan yang ku ajukan padanya. Tiada sepatah perkataan pun yang terungkap dari bibirnya. Dia hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum tawar. Namun, setiap hari yang berlalu, perubahan pada dirinya semakin ketara, Lailah tidak lagi seperti dulu. Perubahan pada dirinya benar-benar merunsingkan diriku yang penuh dengan pertanyaan. Namun aku harus tabah untuk menghadapi semua ini. Hanya dirinya yang memahami sikap dan tindak tanduk diriku. Dialah sahabat dunia dan akhirat ku, kini dan untuk selamanya.

Tiba-tiba pada waktu rehat Lailah mengajukan satu soalan yang benar-benar memeranjatkan diriku. Lalu dia pun berkata ” kalau aku tiada lagi,bolehkah kau meneruskan perjuangan kita?” aku terkejut mendengar kata-kata yang dilafazkan olehnya dan tika itu Lailah hanya mampu menundukkan kepalanya dihadapanku. “sebenarnya, aku dan keluargaku akan berpindah dan berhijrah, Sai. Kami akan bertolak seminggu lagi..” Lailah menyambung kembali kata-katanya.”Tapi,pergilah selepas sambutan hari jadi aku bolehkan?” Aku meminta. Tetapi tiada tindak balas darinya. Dia hanya mampu mendiamkan diri dihadapanku. Kini aku semakin runsing dan bertambah risau. Lailah seakan-akan menyembunyikan sesuatu dari diriku. Aku semakin keruan. Namun apakan dayaku, aku hanya mampu melihat dan memerhati segala tindak tanduk dirinya yang jauh berbeza denga Lailah yang ku kenali dulu. Namun aku akur dengan keputusan yang telah diungkapkan dari bibirnya.

KINI..Sudah tiba masanya Lailah meninggalkan guru-guru,rakan-rakan dan juga diriku. Air mataku mengalir ketika memandangnya . Aku melambaikan tanganku ke arahnya. Namun, Lailah membalas lambaianku dengan penuh sayu dan kesedihan yang menyelubungi dirinya.

Namun, sekian lama Lailah pergi meninggalkan aku di sini. Sepucuk surat daripadanya tidak pernah ku terima. Hanya tinggal 2 hari lagi hari jadiku bakal tiba. Aku mula bosan menunggu. Akhirnya aku memberanika diri untuk ke rumah Lailah. Aku melihat ibu Lailah yang tergesa-gesa keluar dari rumahnya. Pemandu Lailah sedia menunggu dihadapan kereta. “Sai,mari ikut makcik ke hospital..” tanpa bertanya aku segera masuk kedalam kereta. Hatiku semakin berdebar-debar dan banyak persoalan yang terungkap..
“YA-ALLAH apa yang telah terjadi pada sahabat ku?” aku berdoa agar semuanya selamat. Namun hati ini masih tidak tenang memikirkan apa yang telah berlaku pada sahabat karibku..

Setelah sampai di hospital nanti, aku akan memarahi Lailah itulah niat ku. Aku dibawa ke wad dimana Lailah ditmpatkan. Wajah Lailah pucat,lesu dan tidak bermaya. Kepalanya ditutupi skaf kegemaran kami berdua iaitu nike,yang pernah ku berikan padanya dahulu. “Kau tipu aku!!! kau tidak sepatutnya buat aku begini!!! aku terluka,kau tahu!!” aku mengalirkan air mataku sambil memandang wajahnya. Pada malam sebelum hari lahirku Lailah berkata “Sai,ini adalah hadiah dari ku..semoga kau menyimpannya dengan baik.” “apa benda ni?” aku bertanya. Namun, belum sempat dia menjawab nafasnya sudah turun naik. Ayah Lailah cuba menenangkan satu-satunya anak kesayangannya. “mengucap Lailah..mengucap” “lailahaillallah”..

Lamunanku terhenti. Buku yang dihadiahkan kepada ku telah dibasahi air mata. Cerita persahabatan didalam buku yang diberikan olehnya,tiada tolak bandingnya dengan cerita persahabatanku. Aku kembali ke alam realiti setelah puas berkabung di alam illusi. Tiba-tiba, telinga ku disapa sesuatu..” nanti,bila hari jadi Sue..Zeck akan beri sebuah hadiah yang amat bermakna dan telalu istimewa buat kamu”perempuan itu tersenyum riang.”apa hadiahnya?”tanya Sue pada Zeck. Lalu zack berkata “sebuah persahabatan” air mataku kembali mengalir, tanpaku sedari diriku rebah dipangkuan ibuku tatkala aku mengenangkan persahabatan antara diriku dan arwah Lailah yang telah pergi meninggalkan diriku keseoranggan menempuhi cabaran kehidupan ini..Akhirnya, aku tabahkan diriku untuk membaca catatan itu sekali lagi. Bagi diriku persahabatan itu amat penting, tanpa sahabat siapalah aku. Hanya sahabat sahaja yang mampu membahagiakan dan menggembirakan seseorang sahabat.

“YA-ALLAH, kau hadiahkanlah cinta dan kasih sayang-MU demi untuk memelihara kesejahteraan dan kebaikan sahabatku ini kerana ku tahu hanya-MU YA-ALLAH yang mampu menjaga dan melindungi dirinya lebih baik dari diri ku”
-Amin-

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: