Novel : Cik Yb 2

kronika
dd_chronicle@yahoo.com

Setengah jam sebelum majlis berlangsung…

“Syafiq, macamana? kau dan standby ke nak bercakap depan orang ramai ni? Lain macam je aku tengok kau. Ketaralah kaki kau menggeletar..” Rizal tegelak kecil melihat kaki Syafiq sedikit menggeletar. Malam itu menjadi malam yang dinanti oleh ketiga-tiga “peserta the apperantise” yang akan menyelesaikan tugasan yang diberi oleh Sulaiman Trump. Bezanya tiada pemenang dan tawaran kerja menanti para ‘peserta’.
Syafiq memang belum pernah berucap di khalayak ramai sebelum ini apa lagi menjadi juru acara majlis.Tapi kali ni dia terpaksa juga melakukannya setelah Noor menarik diri untuk bergandingan dengan Rizal bagi mengacarakan majlis penutup Minggu Orientasi pada tahun itu dengan alasan dia lebih suka mengendalikan kelancaran belakang tabir. Lagipun dia terlibat dalam persembahan tarian sebentar lagi.

Selain daripada persembahan tarian yang dipimpin oleh Noor sendiri, Majlis pada malam itu juga bakal diserikan oleh beberepa persembahan lain termasuk Rizal yang akan menyanyikan sebuah lagu yang sehingga waktu ini masih dirahsiakan oleh Rizal.
Dalam kesibukan tiga pelajar terpilih itu melaksanakan tugas mereka, si Rizal masih sempat mencuri pandang ke arah Noor yang berada di belakang pentas. Sedangkan Noor tidak sedikit pun membalas pandangannya itu. Walaupun Rizal sedar situasi itu, namun dia tetap tersenyum puas kerana yang penting baginya adalah menikmati keindahan wajah Noor yang kali ini mengenakan baju kurung dan bersanggul bunga melati pada tudung. Paling menerujakan hatinya ialah, pada malam itu jugalah kali pertama dia dan semua penduduk asrama melihat gadis idamannya itu mengenakan solekan pada wajahnya yang sudah sediakala menawan kalbunya. Hati siapa tak tertawan melihat Noor ketika itu…

“Mintak-mintak apa yang terjadi sekejap lagi ada kesan pada dirinya. Kalau tak adapun, tak bermakna berakhir di sini…” Bisikan hati Rizal itu menandakan ada sesuatu yang akan menjadi kejutan pada Noor malam itu.
Kapten Asrama si Sulaiman memberi isyarat supaya majlis dimulakan…
Rizal memulakan kata-kata aluan dengan begitu baik sekali dan menimbulkan sedikit kehairanan kepada sesiapa yang hanya mengenal sikap buruknya. Rizal kelihatan yakin dan berlagak seperti pengacara profesional. Setiap kata-kata yang dikeluarkan begitu jelas dengan intonasi yang sesuai tema majlis yang dijalankan. Boleh dikatakan semua yang hadir boleh terlupa sikap buruk Rizal sebelum ini. Karektornya sudah tidak menggambarkan sikapnya yang dahulu. Sehinggakan Noor yang berada dibelakang pentas tergerak hati mengintai dari tirai pentas.

Tiada apa yang dibisikkan hati Noor. dia hanya memerhatikan Rizal dan dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat demikian.
“Khusyuk nampak…”
Noor terkejut dengan suara yang terpacul dari sebelah telinganya. Amiroh rupanya…
“Tak kenal ke suara tu?” Tanya Amiroh sambil tersenyum.
“Tahu…Saje tengok…Tak boleh ke?” Jawab Noor selamba sambil membetulkan tirai pentas.
“Boleh…” Balas Amiroh juga dengan selamba dan tersengih meninggalkan Noor dan menuju ke tiga lagi rakannya yang sedang menunggu untuk membuat persembahan tarian.
Noor membodohkan dirinya sendiri. “Apa aku buat ni?”
“Baiklah para hadirin sekelian.., untuk memulakan acara pada malam ini, apa kata kita saksikan satu persembahan tarian tradisional daripada pelajar-pelajar tingkatan satu asrama puteri yang dipimpin oleh seorang pelajar yang kecantikannya seiring dengan kebijaksanaan yang diberikan oleh tuhan kepadanya.”
Sorakan kedengaran dari pelajar-pelajar asrama.
” Dia juga adalah pelajar cemerlang Malaysia dan saya serta anda sekelian amat bertuah kerana dapat menimba ilmu sebumbung dengan pelajar ini. Terimalah… Noor Aziah dan rakan-rakannya dengan Tarian Zapin Dondang Dendang dan Hati Kama!!” Rizal mempersilakan persembahan pertama pada malam itu. Semua hadirin bersorak mendengar nama Noor Aziah.
Noor terkejut dengan skrip yang disampaikan oleh Rizal sebentar tadi. “Kenapa lain macam je skrip tadi? Aku yang buat skrip tu takkan aku nak bangga-banggakan diri sendiri. Ini mesti kerja Rizal! Pandai-pandai dia ubah skrip yang aku tulis untuk dia.Siaplah dia lepas ni!”
Rizal menuju ke belakang pentas dan berselisih dengan Noor dan rakan-rakannya yang sedang menuju ke pentas. Rizal mengukir senyuman.
“Lepas ni aku ada perhitungan dengan kau!” Noor menuding jari ke arah hidung Rizal. Dia kelihatan marah dengan apa yang diucap oleh Rizal kepada hadirin sebentar tadi. Namun Rizal tetap dengan sikap ‘cool’nya. Dia menganggap itu adalah antara percubaan untuk memikat gadis idamannya.
Persembahan tarian Zapin dari Noor dan rakan-rakannya cukup menghiburkan semua pelajar. Setiap gerakan tarian yang penuh lemah gemalai diiringi dengan dua buah lagu Etnik Kretif itu menambat hati semua yang ada di situ. Pastinya yang menjadi tumpuan dipentas adalah Noor. Inilah kali pertama mereka semua menyaksikan sendiri pelajar cemerlang Malaysia menarikan tarian Zapin. Noor kelihatan lebih menyerlah dari segi kelembutan gerakan kerana Zapin memang bidangnya berbanding Amiroh,Alice, Ila dan Fasha yang baru belajar tarian Zapin dari Noor beberapa hari lalu.
Mislia yang berada di situ juga terpegun dengan tarian Noor. Memang Noor layak menjadi yang tebaik antara yang terbaik. Harapannya juga ingin melihat apa lagi yang dimiliki oleh gadis cantik itu selepas ini.
Selesai sudah persembahan tarian, giliran Syafiq pula tampil mengambil alih tempat Rizal sebagai pengacara majlis. Eh! Nampaknya tiada apa-apa kecacatan pada ucapannya sebagai pengacara majlis. Dia nampak tenang mengeluarkan kata-kata sambil menjemput pengetua Sekolah untuk membuat ucapan penutup minggu orientasi.

“Fuh! Lega aku, Rizal….” Syafiq menarik nafas panjang sejurus mendapatkan Rizal di belakang pentas setelah selesai menjemput pengetua untuk naik memberi ucapan.
“Kan aku dah cakap, tak de bende…Kau buat biasa je… Kau anggap semua orang kat depan tu ibarat rumput kat padang sekolah je.” Rizal menyambut Syafiq dengan menepuk-nepuk belakang Syafiq tanda syabas.
“Apapun aku nak berterima kasih pada kau pasal dua tiga hari ni kau ajar aku cara bercakap depan orang ramai.” Syafiq kelihatan begitu gembira sekali.
“No hal…Small matter je tu…” Jawab Rizal.
Noor mencuri dengar perbualan Rizal dan Syafiq. Noor teringat ketika dia menolak menjadi pengacara beberapa hari lepas, Syafiq ada merayu padanya supaya kembali menjadi pengacara kerana dia seorang yang gugup dan tidak biasa berhadapan dengan orang ramai. Dia sanggup menarik diri dalam tugasan itu jika dia dipaksa menjadi pengacara majlis. Pada ketika itu juga Rizal memanggil Syafiq dan mengatakan sesuatu. Pada masa itu jugalah Noor beredar meninggalkan Syafiq dan Rizal tanpa mengetahui apa yang mereka bincangkan.

Rupa-rupanya, Rizal telah berjaya mengubah syafiq dari seorang yang gugup kepada seorang yang berkeyakinan. Buktinya, Syafiq yang dilihat tadi bukannya syafiq yang digambarkan oleh Syafiq sendiri beberapa hari lalu. Satu lagi kelebihan Rizal terbukti malam itu. Rizal memang seorang yang berkebolehan dalam macam-macam hal rupanya. Sikap kepimpinannya semakin terserlah dimata Noor membuatkan Noor termenung sejenak. Tak tahu apa yang dimenungkan. Adakah dia sudah mula tertarik dengan Rizal sedikit demi sedikit? Dia sendiri pun tak pasti. Noor banyak termenung dalam tugasannya malam itu.
Majlis berjalan dengan lancar. Berbagai persembahan diadakan terutama dari pelajar-pelajar yang mewakili Dorm mereka. Ada persembahan lawak jenaka, ada persembahan pentomin, sajak, puisi, nasyid dan macam-macam lagi yang menggamatkan dewan sekolah. Persembahan yang paling dinanti adalah dari beberapa orang guru yang melakonkan sebuah cerita rakyat dan ianya amat melucukan dan berjaya menghibur semua yang ada di situ. Pada malam itu juga Pengetua memilih persembahan terbaik antara dorm-dorm yang membuat persembahan.

Dalam kesibukan Noor, Syafiq dan Rizal mengatur majlis, tiba-tiba ada seseorang muncul di belakang pentas. Ianya seorang pelajar perempuan.Boleh tahan juga orangnya. Tinggi lampai dan Noor biasa melihat kelibatnya kerana dia adalah pelajar tingkatan satu sama sepertinya. Dengar cerita dia anak orang kaya… anak Datuk. Tak tahu lah, Datuk ‘K’ atau Datuk ‘B’. Orangnya kelihatan sombong dan ramai pelajar perempuan tingkatan satu menjadi pengikutnya. Tak pernah bertegur sapa dan tak pernah juga membalas senyuman Noor walaupun berselisih di mana jua. Tapi Noor tak pernah ambil hati dan ambil peduli. Dan Noor juga sudah sedia maklum nama pelajar itu.
“Sarah… Kau ada ambil bahagian ke? Rasanya tak de kan?” Tegur Noor sambil melihat senarai nama peserta yang membuat persembahan.
Sarah memandang Noor dengan renungan yang tajam…”Kenapa tanya macam tu? Salah ke aku naik atas ni? Baru pegang satu tugasan dan over…”
Noor tersentak dengan kata-kata itu sedangkan dia cuma bertanya dengan baik dan disalah anggap oleh Sarah.
“Sarah…Aku kan cuma tanya je…Kenapa kau cakap macam tu?” Noor membalas dengan nada yang sederhana.
“Oooo…Tanya ye…Kalau kau nak tau sangat, kau tanyalah Rizal!” Suara sarah berubah lembut bila menyebut nama Rizal.
“Rizal…! Kau tengok lah Noor ni. Dia nak halau aku dari sini…” Sarah meluru ke arah Rizal yang sedang berbual dengan rakannya sebiliknya yang baru selesai membuat persembahan. Noor terkejut dengan tindakan Sarah dan mengikuti langkah kaki Sarah sambil menafikan kata-kata gadis sesat itu.
Rizal yang menyedari hal itu terus meluru ke arah Sarah dan Noor.
“Kenapa ni?” Tanya Rizal.
“Noor halau aku!” Jawab Sarah sambil merapatkan dirinya pada Rizal.
“Mana ada! Aku tanya je lah!” Noor mencelah.
“Cara kau tanya tu macam menghalau aku!” Sarah meninggikan suara.
“Sarah…Apa kau cakap ni?” Noor sedikit hilang sabar.
“Ok! Ok! Ok! Noor…Biar Sarah kat sini…Kenapa dia ada kat sini, kau jangan tanya ok?!” Rizal memutuskan perang mulut antara Noor dan Sarah dan yang pasti dia berpihak kepada Sarah. Noor sedikit terkilan. Dia tak menyangka yang Rizal akan berkata begitu padahal dia tahu yang Rizal ada menaruh hati padanya. Apa kaitan Sarah dengan Rizal?
“Whatever…” Noor tidak mahu memanjangkan pergaduhan. Dia beredar dari situ meninggalkan Rizal dan Sarah berduaan. Sempat dia memandang ke belakang melihat Rizal dan Sarah. Nampak ‘matching’ Rizal dengan Sarah.Seorang Hensem, seorang lagi cun. Tetapi Noor menidakkannya. Hatinya berdetik,”Tak matching langsung!”
Tiba- tiba suara Syafiq berkumandang…
“Sebelum kita ke persembahan dorm yang seterusnya, di sini ada satu persembahan dari dua orang pelajar tingkatan satu yang akan menyanyikan sebuah lagu kesayangan mereka. Terimalah alunan merdu satu-satunya pasangan romantik kita pada malam ini…Rizal dan Sarah!!!”
Langkah Noor terhenti….
Betul ke apa yang dia dengar? satu lagi skripnya acaranya diubah pada malam itu. Mana ada perkataan ‘dua’…..’duet’…..lagi-lagi perkataan ‘pasangan romantik’. tak ada dalam skrip…. Noor tahulah pasal dia yang tulis skrip. Tak mungkin Syafiq yang ubah…Kerja Rizal lah ni… siapa lagi. Noor begitu marah kerana tidak diberitahu perubahan yang dibuat oleh Rizal.
Rizal dan Sarah muncul di pentas. Muzik mula berkumandang…
Noor kenal betul dengan lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka berdua. Lagu itu mengingatkan Noor pada Ferdi.

Di sini… Kau dan aku…
Terbiasa bersama…
Menjalani kasih sayang…
bahagia ku dengan mu…

Pernahkah… Kau menguntai…
Hari paling indah…
Ku ukir nama kita berdua…
Di sini Syuga kita…

Suara Rizal membuat semua yang ada di situ terdiam sejenak. Rupanya Rizal mewarisi bakat kakaknya, Mislia yang tersenyum melihat perubahan pada adiknya malam itu. Suasana riuh rendah apabila Sarah menyambung nyanyian. Suaranya juga merdu semerdu penyanyi asal lagu itu. Gaya mereka di pentas yang menghayati sepenuhnya lagu itu mendapat sambutan hangat daripada para pelajar asrama. Mereka berdua betul-betul macam pasangan kekasih!
Noor mengintai dari tirai pentas…Tingkahnya yang terlalu lama mengintai itu disedari oleh Rizal yang sempat memandang ke belakang. Noor merenung tajam ke arah Rizal dengan perasan yang dia sendiri tak tahu apa jenis perasaan itu.
Rizal tidak memberi sebarang reaksi malah dia kembali menoleh ke hadapan dan menyambung kisah romantiknya dengan sarah di atas pentas.
Noor beredar dari tirai dan duduk di kerusi berhampiran.
“Bencinya..! Meluat aku!!” Noor mengomel sendiri.
“Saja nak tunjuk kat aku lah tu.”
Semua penghuni asrama sedang berseronok di luar sana. Noor pula sedang menyerabutkan fikirannya sendiri. Dia sendiri tak faham kenapa dia geram dan marah sangat dengan tindakan Rizal yang mengubah skrip dan agenda majlis sedangkan ianya tak memberi kesan kepada kelancaran majlis malam itu. Malah ianya berjaya menggamatkan suasana.
Macam ada satu perasaan yang tak sepatutnya muncul dalam hati Noor. Tapi itu semua masih tidak pasti kerana ingatannya pada Ferdi masih kuat. Semua pesan dan nasihat Ferdi akan sentiasa menjadi peta sekiranya terdapat jalan bersimpang di hadapannya.
Manakala Rizal pula merasa apa yang dilakukannya sebentar tadi adalah semata-mata untuk menduga perasaan Noor setelah apa yang dilakukannya pada Noor selama ini tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Sekiranya Noor tidak merasa apa-apa dengan tindakannya, dia akan mencuba dengan cara lain selepas ini dan sekiranya Noor iri hati dengan tindakan Rizal tadi, pasti Rizal akan dapat membacanya esok hari. Tunggu dan lihat….
Hmm… What a night!

Topik yang menjadi bualan sekitar sekolah dan asrama noor pastinya apa yang terjadi malam tadi. Banyak yang dia dengar… Tentang kemerduan suara Rizal, kemerduan suara Sarah, keserasian suara Rizal dan Sarah, ketampanan rizal memakai sut Tuxedo, keanggunan Sarah mengenakan gaun kembang dan mahkota yang begitu menawan kalbu, Rizal dan Sarah bakal menjadi sepasang kekasih, pasal Rizal… Sarah….. Rizal… Sarah… Rizal……
Itulah yang didengar kemana saja dia pergi.
Bagus juga keadaan macam ni. Sekurang-kurangnya Noor dapat mengelak daripada digosip dengan Rizal…
Tapi sejauh mana Noor dapat melawan semua itu sedangkan jauh di lubuk hatinya dia sendiri mengakui yang dia cemburu dengan apa yang terjadi di Majlis Penutup Minggu Orientasi dan cakap-cakap orang tentang Rizal dan Sarah. Bak kata orang, hati tak boleh berbohong. Sesiapa yang menidakkan kata-kata hati bermakna dia adalah seorang yang ego dan dayus. Hari ke hari semakin Noor rasa semacam… Semacam yang tak kena pada hatinya. Sepertinya Rizal selalu diingatannya. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana Rizal selalu muncul mengacaunya pada waktu rehat dan prep malam. Mungkin juga kerana lirikan mata Rizal ketika mereka berdua berselisih walaupun Noor membuang muka setiap kali Rizal berbuat demikian. Atau mungkin kerana bayangan Ferdi sudah jarang-jarang kelihatan di ruang matanya…?

2 Respons

  1. bile daa mau sambung..udah lama nunggu ni..bes le citer ni..

  2. Dear are_nieys…

    Saya kronika. Salam perkenalan. Insyaallah saya cuba sambung cite ni. Actually saya busy. ade masa saye sambung. Time kasih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: