Novel : Siapa di hatiku 5

pelangipagi05
pelangi_pagi05@yahoo.com

“Hai senang kau pagi ni Ida , selalunya pagi Isnin muka kau susah hendak nampak di bawah ni”aku menegur Ida bila melihat dia berjalan-jalan di tingkat ini senang sungguh dia.
“Tuan Megat outstaion dua minggu”terang Ida.Entah kenapa rasa bersalah menganggu fikiran ku tentang hal semalam.
“Iya ke seronoklah kau”aku cuba bersendiwara sedangkan hati ku di pagut rasa bersalah.
“Bagaimana dengan majlis jamuan tahunan ni”tanya Ida.
“Segalanya beres minggu depan kita akan adakan mesyuarat dan aku akan bentangkannya”terangku.
“Alahhh kau bagilah tahu kat aku”Ida cuba membeli ku.
“Kau tunggu je lah nanti masa tu aku akan buat pengumuman”rahsia tetap rahsia.

Terasa lambat masa berlalu, dulu aku tidak kisah pasal masa tetapi sekarang aku seakan membilang waktu rasa hendak ku putar jarum jam ni.Aku menjadi penunggu setia pada telefon ku.Setiap pesanan yang masuk hanya satu harapan dari ku ianya dari lelaki itu.Mungkin dia merajuk sungguh dengan sikap ku tetapi sudah beberapa kali aku meminta maaf hanya kebisuan yang di berikan.

————————

“Selamat petang kepada semua yang hadir saya Miera dari bahagian pentadbiran hendak membentangkan agenda berkenaan dengan majlis jamuan tahunan syarikat kita”aku memulakan ayat.
“Seperti yang kamu semua tahu kali ini bahagian pertadbiran yang akan mengendalikan majlis ini dan saya sudah mengaturkan beberapa acara untuk memeriahkan majlis ini.”aku cuba mengawal suasana.
“Saya mahu setiap bahagian wajib menghantar satu penyertaan tidak kira samaada boria, sketsa atau apa saja.”aku tersenyum bila mereka mula berbisik-bisik.
“Cik Miera saya hendak bertanya kenapa pula kali ini kami kena ambil bahagian tidak seperti tahun lepas ada pertunjukan dari luar”Shukri ketua bahagian akaun bersuara.
“Memang kita ada pertunjukan dari luar tetapi hanya sedikit sahaja.Saya mahu kita yang penat berkerja ini sesekali tunjukkan bakat dalam bidang lain pula kan”suasana agak bising juga bila mereka berbicara sendiri.Baru aku hendak menyambung perbincangan ini kelihatan pintu di tolak dari luar.Kelihatan wajah lelaki itu berdiri di situ dan menjadikan suasana senyap seketika.Kenapa dia ni muncul waktu ini sedangkan dia sepatutnya pulang minggu hadapan.
“Teruskan”sepatah katanya tanpa memandangku.Dia mengambil tempat di kerusinya seperti selalu dan menunggu aku menyambung peneranganku.Lidah ku kelu untuk berkata-kata bila dia ada di depan mata.
“Wati tolong sambung saya hendak keluar sekejap”bisik ku.Wati yang tidak dapat menangkap apa-apa terus mengangguk.
“Maaf semua saya ada temujanji yang lain jadi Wati akan mengantikan saya.”aku mengangkat buku ku dan baru hendak berlalu….
“Miera ikut saya sekarang”lelaki itu bersuara di depan mereka semua.Hendak atau tidak aku terpaksa mengikut lelaki itu masuk ke biliknya.

Sudah hampir sepuluh minit masa berlalu tetapi lelaki ini masih membisu.Tangannya lincah menyelak helaian kertas-kertas di atas mejanya.Terasa bahang panas bila berada di dalam bilik ini dalam suasana begini.Aku berkira-kira mahu mengangkat punggung untuk keluar dari sini tidak kira dia pengarah aku sendiri.Kalau dia hendak pecat aku suka hatinyalah.Aku pun dah terlewat untuk menghadirkan diri dalam temujanji yang telah ku tulis dalam dairi.
“Miera sihat?”ehh lain pula bicaranya. Dah hilang ke rajuknya?
“Mieerrraa….”nama aku lagi di panggilnya begitu.
“Saya sihat Tuan Megat”dia ni kenapa baik pula bertanya tentang diri ku.
“Shah bukan Tuan Megat”usiknya sambil tersenyum.Lelaki ni memanglah ada yang tidak betul dalam kepalanya.
“Tapi ini kan pejabat”aku cuba menyedarkannya.
“Tapi dalam bilik Shah ni hanya kita berdua”tambahnya lagi.
“Shah rindulah..” aku ni bermimpi ke?….sinchan aku bermimpi ke..??? kalau aku bermimpi tolong kejutkan.
“Miera dengar tak?”aku jadi termangu dengan gelagat dia.
“Shah ok ke?”entah kenapa mulut ku gatal bertanya ayat itu.Ketawanya lepas mempamirkan barisan giginya yang putih bersih.
“Miera..Miera…kenapalah Shah terpaut dengan Miera ni, Shah pun tak tahu”bicaranya bersama tawa yang bersisa.
“Tuan Megat sakit ke?” aku cuba menyedarkannya mungkin dia yang bermimpi.
“Mieraaa…..”suaranya berubah tegas.
“Maaf saya tidak sengaja”aku takut dia tersinggung lagi.
“Shah betul-betul rindu dengan Miera, Miera tidak rindu dengan Shah ke?”aku pandang kakiku sambil berfikir ada ke dia ini Megat Shahrizal yang asli atau dah bertukar dengan orang lain.
“Shah…saya hendak minta maaf dengan Shah pasal hal tempohari.”ku luahankan rasa bersalah ku sebelum lelaki ini melalut entah apa yang hendak di cakapnya lagi.
“Errmmm…..pasal tempohari”aku seakan menunggu hukuman bila kata-kata lelaki itu terhenti di situ.Renungan matanya cuba ku tangkis tetapi akhirnya aku terpaksa mengalah bila mata itu tidak berkelip walaupun sesaat.
“Kenapa buat Shah macam tu, tidak kasih ke Miera pada Shah”luahnya.Terkejut dengan apa yang di katakan lelaki ini.Dia tidak pernah meluahkan rahsia hatinya kenapa sekarang menagih kasih pada ku.
“Ssayaaa…..”apa jawapan yang hendak berikan aku sendiri tidak tahu.Lelaki ini memang tengah gila agaknya tiba-tiba dia ketawa.
“Haahhhh…..pucat”rupa-rupanya dia mengenakan ku.
“Shahh…..”setiap kali aku tidak dapat melahirkan kemarahan ku nama itu yang ku sebut.
“Shah maafkan tapi jangan buat begitu lagi, Shah tidak mahu memaksa Miera.Kalau Miera rasa tidak perlu memenuhi permintaan dari Shah beritahu saja tidak payah melakukan tanpa keikhlasan dari hati”rasa terpukul dengan kata-katanya.
“Tapi Shah jerat saya”aku cuba membela diri.
“Jerat apa sayang…jerat percintaan ke”usiknya.
“Saya hendak keluarlah saya dah lambat ni”aku bingkas bangun.
“Duduk jangan hendak kemana-mana tanpa keizinan saya”tegas saja bunyinya membuat aku terduduk kembali.Lelaki ni memang ada penyakit sawan lah sekejap ok sekejap ko.

—————————-

Kesibukan dengan kerja dan tanggungjawab harus ke sandang membuatkan masa ku terbatas.Sesekali aku mengajak Shikin bermalam di rumah ku. Mama dan ayah menyambut baik dengan kehadiran Shikin, abang pun dah rajin melekat di rumah.Hari itu aku mengajak Shikin datang ke rumah macam biasa kerana hendak berbincang tentang majlis jamuan tahunan.Kalau di pejabat aku lebih menumpukan pada tugas ku sendiri.Nasib baik Tuan Megat jarang menganggu ku di pejabat mungkin baginya hal peribadi tidak seharusnya di campur aduk dengan kerjaya, nampaknya pegangan kami sama.Cuma sesekali bila bertembung matanya tidak pernah lari dari merenungku dan bagi ku lantaklah mata dia kalau aku cungkil nanti buta pula pakwe kacak ni…..kasihannnnn.

“Shikin saya nak mandi”aku mencapai tuala di ampaian.Shikin yang duduk di meja kerja ku hanya mengangguk.
Sedang aku menikmati siraman dari pancutan air kedengaran ketukan di pintu. Aku malas hendak membuka kerana dengan keadaan ku begini yang hanya bersalut dengan kain batik yang sudah basah.Ketukan itu kedengaran lagi dan tidak mahu berhenti.
“Kenapa?”aku terkejut dengan mimik muka Shikin yang kalut sambil tangannya memegang telefon ku.
“Ada panggilan”sepatah Shikin menjawab.
“Siapa?”tanya ku pula.
“Tuan Megat”nama itu meniti di bibir Shikin.
“Cakaplah saya mandi”arah ku.
“Cik Miera cakaplah saya tak mahu”jawabnya sambil mengeleng-geleng kepala.Aku mengambil tuala dan mengalas telefon di tangan Shikin.
“Asalamualaikum”aku memberi salam.
“Walaikumsalam Miera”suara di hujung talian.
“Tuan Megat, saya telefon semula sekejap lagi boleh?”luahku.
“Miera tak ingat ke apa yang Shah beritahu dulu”pandangan dari Shikin mematikan bicara ku dengan Tuan Megat.
“Saya telefon Tuan Megat sekejap saja lagi”aku cuba memutuskan talian tetapi lelaki ini masih tidak mengerti.
“Kenapa? Miera tengah buat apa?”suara kehairanan di hujung talian.
“Ada kerja sikit.”aku cuba membuat alasan.
“Kerja apa nak Shah tolong ke?”alah lelaki ni kenapa degil sangat.
“Tak perlu”aku cuba berdalih.
“Mieeerraa”aduhhh lelaki ini bikin aku penasaran.Terasa pedih di mata ku tidak dapat ku tahan lagi.Air dari shampu yang ku letak di rambut mengalir perlahan-lahan.
“Aduhh….”tanpa sedar mulut ku mengaduh bila pedihnya kian menyengat.
“Kenapa Miera?….apa yang sakit”aku tahu Shah risau bila mendengar bicara ku.
“Air shampu masuk mata”setelah ayat itu keluar baru aku tersedar aku dah silap cakap.
“Miera tengah buat apa ni?”haruskan aku terangkan keadaan ku.Kalau aku tidak terangkan mesti lelaki ini akan bertanya bermacam-macam soalan.
“Mandi”sepatah kata ku.Biarlah dia tahu aku dimana sekarang ini asalkan perbualan ini dapat di hentikan.Kedengaran tawa yang kuat di hujung sana dan serta merta muka ku merona merah dengan perasaan malu.Agaknya lelaki ini berfikir yang bukan-bukan tentang diri ku sekarang ini.
“Kenapa tak beritahu dari tadi”bicara lelaki itu di hujung sisa tawanya.
“Habis Tuan Megat asyik tanya saya saja”malas aku nak bersoal jawab lagi.
“Kenapa masih panggil Tuan Megat lagi ni nak kena cubit mulut nampaknya”lelaki ini tidak mengerti lagi keadaan ku sekarang ini.
“Shikin ada di sini lah”bisik ku perlahan sambil mencuri pandang Shikin yang sedang khusyuk membaca majalah.
“Iya ke…tapi bagus juga kalau dia dengar”bisik lelaki itu pula.
“Shahhhh…..”geram betul dengan lelaki ni tidak boleh hendak di gambarkan.
“Dahlah Miera pergilah sambung mandi dan kemudian bila selesai telefon Shah semula tau, Shah tunggu iya sayang”akhir bicaranya dia masih tertawa dan terus memutuskan talian.Aku mendengus gerammmmm………………
…………………………………………………………………………………………………………………

Apabila giliran Shikin pula masuk ke bilik air aku segera menelefon Tuan Megat bagi memenuhi janji ku pada nya.Aku tidak tahu kenapa lelaki ini masih mengekori gerak langkah ku sedangkan ramai wanita yang ingin berada di sisinya sentiasa.
“Hai sayang, Shah baru sahaja hendak keluar”terasa terusik hati ku dengan panggilan begitu tetapi aku sedari itu panggilan bukan dari insan yang selama ini ku dambakan.
“Shah dah hendak keluar ke?”aku takut panggilan dari ku menganggu dirinya walaupun dia yang meminta aku yang menelefonnya semula.
“Iya”sepatah jawabnya.
“Kemana?” gatalnya mulut ini bertanya.
“Shah hendak ke rumah Mieralah”ehh kenapa pula dia hendak kemari.
“Shah nak buat apa kemari?”pertanyaan ku disambut dengan tawanya lepas.
“Shah hendak tengok Miera tengah buat apa sehingga lambat menelefon Shah semula”baru aku sedar diri ku di permainkan olehnya.
“Shahhhh….”aku tidak tahu hendak berkata apa lagi.
“Iya sayang….”itu saja jawapanya yang boleh membuat aku terdiam.
“Shahhhh….janganlah main-main..”rayu ku agar dia tidak kenakan ku lagi.
“Dari dulu Shah paling suka kalau Miera merenggek macam ni lemah seluruh badan Shah”usiknya lagi.
“Dahlah kalau tiada apa-apa saya hendak letak phone ni”rajuk ku.Iyalah dari tadi aku saja yang terkena.
“Ok…ok…merajuk pula sayang Shah ni”dia ni tidak boleh berhenti mengusikku agaknya.
“Shah ada perkara hendak bincangkan dengan Miera”sambungnya dengan nada serius pula.Sekejap saja lelaki ini boleh bertukar rentak dalam apa jua keadaan.
“Bincang tentang apa?”pelik pula ku rasakan kerana selama ini kalau hal pejabat aku banyak berurusan dengan Encik Safuan.
“Shah hendak ajak Miera keluar malam ni nak bincangkan tentang hal ni”lelaki ini masih tidak mengunkap apa yang tersirat di fikirannya.
“Malam ini tidak bolehlah Shah sebab saya hendak keluar dengan Shikin.Shah cakap sajalah dalam telefon”usul ku pula.
“Tidak boleh kalau hendak dibincangkan dalam telefon”hati ku semakin berdebar-debar bila lelaki ini berkata demikian.
“Penting sangat ke?”tanya ku.
“Iya sayang….ohhh Miera hendak kemana dengan Shikin?”aku bertanya tetapi aku pula di soalnya.
“Kami hendak ke 1 Utama hendak cari bahan untuk majlis malam tu nanti”terangku tetapi soalan ku masih tiada jawapan.
“Shah hendak ikut boleh tak”biar betul dia ni ada ke hendak mengikut aku dengan Shikin keluar kalau terserempak dengan perkerjanya apa pula kata mereka.
“Tak perlulah nanti apa pula anggapan Shikin”ku luahkan kebimbangan ku.
“Biar lah dia hendak anggap apa pun”dari nadanya aku tahu lelaki ini merajuk dengan kata-kata ku.
“Shah harus faham dengan keadaan kita ini, memanglah Shah tidak kisah tapi saya ini perempuan kalau dalam hal kata mengata ni saya yang paling teruk terkena.”aku harap penerangan dari ku dapat memujuk hatinya.
“Ok lah kalau macam tu nanti ada masa kita keluar”terasa lega bila dari nadanya aku tahu bicara ku dapat memujuknya.
“Baiklah saya janji kalau ada masa kita keluar.Ok lah Shikin dah nak keluar dari bilik air tu”aku cuba meminta diri dengan sopannya.
“Ok….jaga diri bila keluar tu, beg tangan tu pegang elok-elok jangan lalai.Kalau ada apa-apa hal telefon Shah.Bye sayang”sikap ambil beratnya membuat aku teringat peristiwa aku di dalam dukungannya.
“Bye…asalamulaikum”aku akhiri perbualan ini tetapi apa yang hendak di bincangkan masih dalam pertanyaan.

———————————

Sudah agak lama kami merayau di sini tetapi barang yang hendak di cari masih tidak berjumpa.Satu kedai ke satu kedai kami masuk dan hanya membelek sahaja.Memang jahat mata aku ni tengok ini hendak beli tengok itu hendak beli….

“Hai sayang….”terdengar satu bisikan di telinga ku.Aku cepat menoleh dan terlihat senyuman manis terukir di wajahnya.Memang dia ni sengaja hendak mengekori langkah ku.
“Shah buat apa di sini?”tanya ku walaupun hati ku berat mengatakan dia sengaja datang ke sini.
“Saja hendak ikut Miera jalan-jalan”selamba saja dia.
“Nanti Shikin nampaklah”aku tertinjau-tinjau kelibat Shikin dan apa yang aku takuti akan terjadi bila melihat Shikin menghampiri kami.
“Ehh…Tuan Megat”ku lihat Shikin memandang aku dan Tuan Megat silih berganti.
“Shikin pun ada”amboi pandainya dia berlakun.
“Tuan Megat buat apa di sini?” Shikin yang lurus bendul ni bertanya dan aku hampir hendak tergelak melihat Tuan Megat dengan muka selamba menjawab.
“Saya saja jalan-jalan dan tidak sangka ternampak Cik Miera.”aku mengetip bibir menahan geram kerana nama ku juga yang naik.
“Kami sebenarnya mencari bahan untuk majlis itu nanti tapi sehingga kini tidak berjumpa”terang Shikin.Aku sengaja buat muka yang tidak megetahui apa-apa sedangkan dalam hati ini rasa di geletek.Tuan Megat dengan penuh minat mendengar cerita dari Shikin dan aku cuba menjauhi mereka dan berjalan kearah kedai-kedai yang ada di hujung sana.Aku malas hendak berada di antara mereka takut Shikin ingat aku sengaja berjanji dengan Tuan Megat.
“Kenapa melarikan diri ni…marah dengan Shah ke?”terkejut aku bila lelaki ini bersuara di sisi ku.Terada bahang kehangatan tubuhnya yang begitu hampir dengan ku.
“Shikin mana?”aku cuba mencari kelibat Shikin.
“Shikin pergi ladies”terang Shah sambil matanya tidak jemu menatap wajahku sehingga aku sendiri malu.
“Kenapa tengok saya macam tu?”aku pula yang gelisah dengan gelagat lelaki ini.
“Saja lagi pun Shah rindu pada Miera, kalau di pejabat susah sangat hendak bersua muka dengan Miera sibuk memanjang.”luahannya membuat aku terpana.Dia ni betul ke tidak tak kan aku hendak terhegeh-hegeh depan dia kalau tiada urusan.
“Shah kan bos dan saya adalah perkerja.Kalau saya tidak bersungguh-sungguh buat kerja nanti bos marah dan buang saya.”aku menjawab apa yang termampu.
“Ehhsss…tak kan Shah nak buang pekerja kesayangan Shah…kalau Shah buang pun Shah akan campakkan dalam hati Shah.”ayat yang keluar dari mulutnya mengunci segala urat saraf ku.
“Dahlah malas saya hendak layan Shah”aku cuba melarikan diri darinya dan berjalan kearah Shikin.
“Jom kita makan saya belanja”budak bertuah ni masih mengekori ku lagi rupanya.Shikin hanya tersenyum meminta persetujuan dari ku.
“Tidak mengapalah Tuan Megat”aku cuba berdalih.
“Jomlah temankan saya makan”rayunya pada ku dan Shikin bertindak sebagai pemerhati.
“Bolehkan Shikin”dia pula meminta persetujuan Shikin.Aku cuba memberi isyarat agar Shikin tidak menerima perlawaannya tetapi Shikin seakan hendak mengenakan ku dan mengangguk bersetuju.
“Senyum sikit nampak macam tidak ikhlas saja”bisiknya perlahan bila Shikin berjalan mendahului ku.Aku teringat peristiwa dulu yang mana dia merajuk.Aku tidak sanggup menghadapi ulangan kejadian itu dan semanis senyuman ku berikan padanya.

10 Respons

  1. best…best…sambung lagi…

  2. Best nyer… Cpt r smbng citer nie.. x sbr nk tunggu nie..

  3. best2..biler nak ada smbungan nie..

  4. alaa…mane smbungan cite nih!!!!

  5. Citer ni bessst, tapi lambatnya nak sambung

  6. ble nk smbg nie…. cpt la smbg…

  7. ado… la… kgn seksaku begini… cpt la smbg….. dah x sabaq nie…

  8. bila nk sambung….lambatnya

  9. benyer citer,..
    bile daa mau sambung??..
    cepatler..ngah hangat2 ni..
    kkg daa suam mals laa nak bace..
    huhu

  10. aisehhh..cepat2la sambung citer ni…tgh hangat nii…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: