Cerpen : Oh Cikgu Hazril

Saya serunding
serunding_ajaib@yahoo.com

“Arghhh!!” jeritan suara nyaring bergema di dalam kelas 5 Bumi. Semua pelajar yang sedang sibuk membuat kerja masing-masing terus tersentak. Serentak dengan jeritan dasyhat lagik nyaring itu, kelihatan seekor katak terbang di udara. “Ala..katak mainan pun nak takut ke?” “Mengganggu konsentrasi la ko ni Sarah. Aku tengah bergosip ni. Busy tau tak?”Sarah yang masih dalam ketakutan terus kebengangan melihat tiada seorang pun yang mahu menyebelahinya. Dia tahu siapa yang melakukan perkara tersebut. Dan semestinya dia akan membalas dendam kesumat itu. Tunggu kau Fisha.

“Hahahah. Gila kejam kau ni. Kau tak kesian ke dekat Sarah tu?” “Aku bukan apa Nina, tapi nak buat macam mana la kan. Siapa suruh dia potong line aku. Cikgu Hazril tu aku yang punya, tau?”kata Fisha sambil matanya di kerdip-kerdipkan. Manja la konon. “Aku peliklah dengan kau ni, punya ramai lelaki suka kau, nape cikgu tu juga yang kau nak?” “Sebab dia hensem, kacak,senyuman menggoda, baik hati…” Nina terus meninggalkan Fisha keseorangan di kantin kerana tak sanggup nak mendengar rintahan jiwang gadis angau itu, yang sememangnya tidak menyedari bahawa dia telah ditinggalkan.

“Cikgu, saya tak faham lah sistem respirasi ikan ni cikgu.” Ujar Sarah sambil mengambil tempat di sebelah cikgu muda yang sememangnya kacak itu. Sengaja dirapat-rapatkan lagi kedudukannya untuk menyakitkan hati Fisha. Cikgu tu pula, biarkan aje, seolah-olah suka pulak. “Tak guna punya minah!!” “Sabar Fisha. Lagipun, ko tak perasan ke? Aku rasa cikgu memang sukakan Sarah la. Maklumlah, dia kan bijak.” “Oit, ko ni tak sayang aku ke? Sampai hati ko. Kecewa hatiku yang halus lagi mulus ni tau” “Ala sayang, I gurau je” ujar Nina sambil mengusap-usap bahu Fisha. Seperti kekasih lagak mereka. “Fashirah!Rosnina! Apa kamu buat tu?” “Hah,tengok. Kekasih aku dah marah. Dia jeles tu tengok kita beramah mesra” lantas terus mereka bergelak ketawa bersama-sama.

Fisha mengakui, dia memang terlalu sukakan guru muda itu. Macam stalker pun ada. Nampak je cikgu pergi ke kantin, tiba-tiba dia kata lapar. Cikgu masuk ke pejabat, dia pun buat-buat sibuk memfotostat nota. Padahal, library betul-betul terletak di sebelah kelasnya. Nasib baik cikgu masuk toilet dia tak ikut sekali. Dia juga sedar, cikgu lebih banyak menumpukan perhatian pada Sarah. “Tapi aku takkan putus asa!!chaiyok!!” diikuti deraian ketawa semua pelajar 5 Bumi. Tanpa sedar, dia telah berangan di kelas sampai berdiri mengucapkan kata-kata penuh semangat tersebut. Siap dengan gaya-gaya tangan lagi tu. Tak tahan. “Apa yang awak berangan tu Fashirah?” tersentak Fisha mendengar suara lelaki pujaannya itu. Fisha hanya duduk tanpa membalasnya. Malu siott.

“Hai Fisha.” “Eh, cikgu? Cikgu buat apa kat sini?” “Saja saya jalan-jalan sini. Kebetulan ternampak awak kat sini. Awak memang suka duduk kat depan tasik ni ke?” “Aah cikgu” Aiseh. Hensemnye cikgu ni dari dekat. Mata bundar, hidung mancung, pipi tersorong-sorong. Eh..apa aku cakap ni? “La..awak berangan ke Fisha?” Aduh kantoi lagi aku dengan cikgu kacak ni. Fisha hanya tersenyum malu yang sebenarnya bukan lah malu sangat. Ala-ala menggoda gitu. Auuww. “Fisha, awak tau tak?” “Tak tau cikgu..” pantas Fisha menjawab. Cikgu Hazril hanya tergelak kecil. “Kalau awak la kan, awak suka hadiah apa ye?” “Kenapa? Cikgu nak bagi hadiah kat awek eh?” Cikgu Hazril hanya tersenyum. Alamak, ni yang aku rasa tak best ni. Dia dah ada awek ke? “Jawablah..” Kalau cikgu si pemberinya, bagi batang penyapu pun saya akan peluk cium bawak tidur cikgu. Adoi, angau aku ni. “Fisha, awak dengar tak?” Apsal la romantik semacam suara cikgu ni. Tergugat iman anak dara orang ni cikgu oi. “Em. Accessories pun ok kot? Kalau sayalah.” “Oh yeke. Oklah,thanx ye Fisha. Saya balik dulu. Assalamulaikum.” Fisha dibiarkannya terkial-kial memproses sama ada pertemuan itu realiti atau mimpi semata-mata.

“Apa? Dia tanya kalau ko nak hadiah apa?” Fisha hanya mengangguk. “Weh, entah-entah dia nak bagi hadiah birthday kau tak? Birthday kau minggu depan kan?” Fisha membulatkan matanya yang dah sedia besar membuntang tu. “Takkan kot? Kau juga kata dia suka Sarah?” Eceh. Cakap je macam tu. Dalam hati amatlah gembiranya jika kata-kata Nina itu satu kebenaran. Oh ibu! Anakmu ini jatuh cinta. “Ye. Confirm. Habis, kenapa dia nak tanya kau, betul tak? Wah, makan nasi minyak la pasni aku ye. Tak sia-sia kau berangan-angan selama ni kan.”

“Selamat hari jadi. Selamat hari jadi. Selamat hari jadi Fisha. Selamat hari jadi.” Nyanyian beramai-ramai rakan sekelas Fisha di kelas 5 Bumi. “Terima kasih korang. Ni yang aku sayang korang lebih ni.” Kecuali Sarahla. Takde maknanya aku nak sayang dia pun. Huahua. Kejam aku ni. Eh, tapi Sarah ni takde pun dalam kelas ni, biarlah dia nak pergi mana pun. Bukan ada kaitan dengan aku. Dari jauh kelihatan wajah kacak Cikgu Hazril berjalan menuju ke kelas 5 Bumi. Ehem. Kacak sokmo deh. “Assalamualaikum semua. Eh, ada celebration apa ni?” Eceh cikgu ni, buat-buat tak tahu pulak. Hari tu beria-ia tanya aku nak hadiah apa. Siap aku nampak lagi bungkusan terbungkus cantik semalam sewaktu meletakkan kerja rumah di atas mejanya. “Birthday Fisha cikgu.” Cikgu Hazril memandang Fisha seperti hendak menelannya gamaknya. “Kenapa awak tak bagitau saya? Saya tak prepare hadiah apa pun.” “Oh, takpe cikgu.” Nampaknya hadiah itu memang bukan untukku. Adoi, pedihnya hati. Rasa nak nangis pun ada. Nampaknya, aku memang tiada di hatinya.

Dalam pada Fisha sedang bersedih, muncul pula Sarah. “Hai korang.” Ujarnya dengan wajah tersenyum manisnya. Yang anehnya, aku terlihat wajah Cikgu Hazril malu-malu betik basi je. Macam ada apa-apa je diorang ni. “Awak suka hadiah tu?” soal cikgu. Sarah pula hanya mengangguk sambil menjeling ke arahku. “Gelang ni sangat sesuai dengan Sarah, cikgu.” Saat itu, barulah Fisha faham apa yang terjadi dan terus menuju ke toilet setelah merasakan bahawa air matanya bakal mencurah-curah. “Durian sungguh cikgu tu kan Fisha. Tak patut dia buat kau camtu.” Nina bersimpati ke atas Fisha. “Takpelah Nina, bukan salah dia. Aku yang perasan.”

Sejak hari itu, Fisha mula menjauhkan diri daripada cikgu Hazril. Buat apa mengejar pada yang tak sudi. Sarah juga semakin rapat dengan cikgu muda itu. Kalau berjalan bersama, macam jalan tu lebarnya 15cm jek. Berkepit habis. “Fisha, dah lama saya tak nampak awak fotostat nota kat pejabat? Jumpa saya untuk tanya soalan pun dah tak lagi” Memanglah, dulu aku pergi pejabat pun sebab nak jumpa cikgu. Berpura-pura tanya soalan pun sebab nak menatap wajah kacak itu. “Saya busy sikit cikgu.” “Oh, yeke..” “Cikgu, jom balik!” entah dari mana Sarah ni muncul. Dia ni macam ada magik. Tiru David Copperfield tu agaknya. “Saya pergi dulu ye. Assalamualaikum.” Pergilah cikgu. Saya merelakannya. Masalahnya, tak terkeluar pun kata-kata ku itu.
Hari itu hujan sungguh lebat. Fisha yang selalu berjalan kaki untuk pulang ke rumah tidak mampu berbuat sedemikian. “Fisha, awak tunggu siapa?” “Saya tunggu hujan reda cikgu” “Jomlah balik dengan saya.” “Takpelah cikgu. Kejap lagi reda lah ni.” “Kalau macam tu saya balik dulu la ye. Ada apa-apa call saya.” Fisha hanya mengangguk lesu. Setelah 30 minit berlalu, Fisha mengambil keputusan untuk pulang dalam keadaan hujan lebat tersebut. Hari sudah semakin gelap. Sedang dalam perjalanan, kepalanya berdenyut-denyut. Dia memang tak boleh kena hujan. Mesti terus pening. Namun langkahnya tetap dihayunkan. Hingga satu tahap, dia terasa badannya ringan dan melayang-layang. Sempat dia menangkap jeritan memanggil namanya di tengah hujan lebat itu. “Fisha…….!!!!!” Terus, dia tak menyedarkan diri.

Eh. Aku kat mana ni? Aku hidup lagi tak? Apsal langsir warna biru ni. Langsir bilik aku warna pink. “Hah, dah bangun pun kau Fisha.” “Sarah? Apa kau buat kat sini?” “Eh, dah bangun pun awak Fisha. Itulah, saya ajak tumpang saya awak degil. Nasib baik saya tergerak hati nak patah balik tau.” “Cikgu….” Kecewanya hati aku. Sarah kat rumah cikgu? Nampak sangat hubungan diorang ni memang rapat. Biarlah aku terus melupakannya. “Cikgu, Sarah, terima kasih sebab selamatkan saya. Saya balik dulu ye.”ujarku seraya terus bangun dari katil dan mengemaskan barang-barangku. “Bunyinya macam orang patah hati je Fisha?” Mangkuk nye budak. Sabar jela. Mentang-mentang dia dah mengalahkan aku dalam menawan hati cikgu kesayanganku, cikgu Hazril. “Eh, takla. Aku takut mak ayah aku risau je” “Yeke? Tapi nampak macam awak betul-betul patah hati je?” giliran cikgu pulak. Aku cam nak bagi penyepak paling handal di zaman ini je kat dua-dua ekor tu. Tak kira lah dia cikgu ke apa. “Saya kata tak, taklah. Kalau saya patah hati pun kenapa? Ada siapa yang nak ambil peduli?” “Hah. Tulah kau, suka cakap suka. Jangan jadi stalker. Bertindak macam aku. Jadi stalker apa yang kau dapat. Kan cikgu kan?” Ya Allah, kesabaran aku dah sampaii tahap maximum ni. Tapi aku pura-pura tabah. Walhal airmata ni nak mengalir dah ni. “Tulah kan. Saya pergi pejabat, awak pergi pejabat. Suka betul awak kat saya kan?” kata-kata cikgu buatku terkejut. Dia sedar? Oh my God. Dia berpura-pura tak sedar je selama ini rupanya.

Aku tak mampu bertahan lagi. Aku terasa sanagt terhina, menyintai seorang yang tak sepatutnya. Yang memalukanku depan Sarah. Sambil mengemas, air mataku mengalir laju. “Sarah, Hazril, awatnya mengacau bakal menantu mak tu.” Ujar seorang makcik yang masih kelihatan ayu walaupun sudah agak berusia. Yang musykil tu, bakal menantu?? “Fashirah, sebenarnya Hazril ni abang Sarah. Saja diorang buat lagu tu bagi hang jeles. Jangan ambil hati na.” Ya Allah, apa semua ini? Benarkah? “Amboi, luasnya melopong.” “Alang-alang dah kantoi ni kan, Fashirah, will you marry me 5 years later?” Aku masa tu jangan cakapla. Perasaan bercampur-baur. Diorang mempermainkan aku rupanya. “Fashirah, sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Saja nak tengok awak betul-betul sukakan saya ataupun hanya cinta monyet. Boleh awak maafkan saya dan adik saya ni, seterusnya mengambil saya dalam hidup awak?” Amboi, senangnya mamat ni cakap. Penat-penat aku menangis terluka selama ni diorang sedap-sedap nenek je gelakkan kot. “Boleh, tapi dengan 2 syarat.” “Apa?” “Saya nak sebijik banglo dan sebuah kereta sport.” Kataku membiarkan giliran mereka pula terlopong kali ini. Rasakan. Pandai main-mainkan aku ye. Walaubagaimanapun, aku tahu bahawa hatiku tetap miliknya dan kami akan hidup bahagia selamanya. Oh Cikgu Hazril!!!

Advertisements

7 Respons

  1. Hmmm.. Not bad.. Best..

  2. Bercinta dgn cikgu?? ade ke..erm..kompius….not bad…but rasa pelik je..

  3. Emm..camni je ker cerita dia…siap dapat support dari mak lagi….reality ohhh fantasi…..

  4. yewwww…. g skol study la… ape kes mngejar ckgu plak??? ishk4…

  5. ermmm,,ntahlah…x tau nk kta ape..mcm fantasi je cter ni..ade ke student couple ngn cikgu..pastu emak cikgu 2 plk siap support dr blkg plk 2..so, bc jela..
    release tension heheheh..

  6. cm klakar je cite nie..ade ke ckgu cm2..bcnte ngan ank mrid..hehe..dlm mmpi ley arr kowt..hehe..

  7. mengarut je ni citer ,, tak masuk akal langsung .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: